Kalau di lihat pada catatan terakhir aku dalam blog ni, 29 Sept 08 merupakan catatan terakhir aku sebelum aku menulis hari ini. Dah dekat sebulan aku meninggalkan alam blogging. Dah melepasi Hari raya Aidilfitri, Hari deepavali pun dah lepas. Punyalah lama aku tak update blog ni sehinggakan aku dah terlepas nak wish 2 perayaan. Ini adalah sejarah pertama hidup aku tak sempat nak wish dalam blog aku ni.
"Ini adalan tulisan versi kecewa dalam hidup aku". Yes..itulah tajuk aku hari ni. Tulisan versi kecewa hidup aku yang hari ini untuk aku berkongsi dengan bloggers. Kepada mereka yang tak berminat, ampun maaf diminta, anda tidak diundang untuk membaca, tinggalkan blog aku ni dengan penuh rela.
Aku buka winamp dalam pc aku. Ketika ni ni lagu Omarion - Ice Box sedang dimainkan. Aku dah lama tak dengar lagu ni. Senang cakap, mmg lagu jiwang, jiwa romantik, mmg kacau. Sekali dengar boleh nangis. Tu kata kawan aku lah. Bagi aku, lirik lagu ni mmg penuh bermakna sekarang ni.
Kenapa ? Kerana aku dikecewakan. Bukan oleh seseorang kekasih ( As Usual, I'm not single but always available ;) ) tetapi oleh seorang kenalan yang aku kenal. Cukup sekadar aku kata seorang kawan. Jauh sekali untuk layak bergelar sahabat untuk aku. Sebagai kawan, aku rasa aku dah lakukan apa yang terbaik unutk seorang kawan aku. Sejujurnya, mungkin ramai kawan-kawan aku sendiri akan terkejut kerana kawan yang aku maksudkan ni aku tidak pernah jumpa sekali pun dalam hidup aku. Jarang sekali untuk mendengar suara. Sekadar menghantar sms. Kalau berpeluang chatting, bagi aku dah bernasib baik. Aku anggap dia sbg kawan aku. Tak lebih dari tu. Aku suka kawan dengan dia. Maksud aku dari segi cara dia hidupkan friendship aku. Aku akui dia mmg baik. Jenis follow the flow dan yang penting, dia seorang kawan yang happy go lucky. Aku pernah lihat gambar dia. Bagi aku, dia mmg biasa. Bukan aku too demand walaupun relationship aku sbg kawan. Aku tidak pernah memilih kawan. Jauh sekali mengambil kesempatan kat seorang kawan aku ni. Bagi aku dia seorang perempuan biasa. Bezanya, jiwanya jauh lebih besar dari tubuh nya. dia mempunyai cita-cita yang tinggi, selalu meletakkan harapan tinggi apabila inginkan sesuatu. Sesuatu yang harus dipuji. Sebab, aku sendiri tak pernah ada sikap mcm tu.
Ceritanya bila dia dalam kesusahan, ada satu ketika dia mmg dalam kesusahan. Dia dibuang kerja kerana syarikat yang dia bekerja tak dapat menampung kos menggaji pekerja baru. Soo sebagai pekerja lama kat situ, menurut kata dia, dia diberhentikan atas alasan tamat kontrak. Aku tahu dia mmg sedih kerana cita-citanya unutk menjadi seorang yang berjaya tak kesampaian. Aku mmg tumpang sedih kerana aku tak dapat mengembirakan hati dia sebagai kawan. Cara terakhir aku, aku berjanji akan tolong dia untuk mendapatkan kerja baru. Dengan harapan hidup dia akan beruba ceria seperti dulu, insyaallah aku harapkan dia akan mencapai cita-cita untuk menyambung pelajaran dia. Itulah yang aku harapkan.
Suatu hari dia call aku. Itulah kali pertama aku mendengar suara dia sendiri. Dan selepas perbulan telefon, aku berjanji aku nak tolong dia. Aku ambil masa sebulan untuk aku menolong dia. Aku cuba untuk mencari kerja yang sesuai dengan kelayakkan dia dan aku tahu dia juga berusaha untuk diri dia sendiri. Akhirnya setelah aku menghubungi beberapa kenalan lama aku di selatan tanah air, dia ditawarkan kerja sebagai penolong eksekutif di sebuah syarikat bank tekemuka. Aku gembira. Setidak-tidaknya, aku tahu dia tidak akan sedih seperti dulu. Yang penting niatnya untuk menyambung pelajaran keluar negeri akan terlaksana.
Seingat aku, dia dah hampir setahun bekerja dia Kuala Lumpur. Masih di bank yang sama, jawatan yang sama dan yang pasti cita-cita dia untuk menyambung pelajaran hampir terlaksana.
Sehinggalah insiden 2 bulan yang lepas.....
Aku mendapat telefon dari dia, katanya dia ingin menyambung pelajaran. Menurutnya dia telah berjaya menempah tempat di universiti di Australia. Aku mmg gembira. Menurut katanya, dia mendapat biasiswa dari bank yang dia bekerja. Alhamdulillah. Bagi aku, itulah perkataan yang paling gembira aku dengar untuknya sepanjang perkenalan aku dengan dia. Menurut beberapa kenalan yang aku kenal di sana, kawan aku merupakan seorang eksekutif di bank tersebut membuat beberapa recommendation agar dia mendapat biasiswa. Akhirnya selepas berhempas pulas dengan pelpagai ujian, akhirnya cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran berjaya.
13 Ogos 2008, kawan aku berangkat ke Australia. Aku berasa sedih kerana tidak dapat menghantar dia. Setidak-tidaknya sebelum dia pergi, aku merancang unutk bertemu dengan dia. Aku percaya Allah telah aturkan segalanya. Sehingga kehari ini mulai dari saat dia berangkat ke sana, dia tidak pernah menghubungi aku langsung. Cukuplah sekadar email ringkas. Sekurang-kurangnya aku tahu dia masih sihat di sana. Mesej aku tidak pernah dibalas, Jauh sekali unutk menghantar SMS.
Apa yg aku tahu, aku berasa kecewa dengan sikap kawan aku. Aku tidak pernah meminta untuk dibalas jasa aku. Sedangkan aku tahu aku tidak pernah berjasa kepadanya. Aku tahu dia banyak berkorban unutk mencapai cita-cita dia sendiri. Dialah yang lebih layak untuk di balas segala kebaikkan. Cuma yang aku harapkan, sebagai kawan, tak salah kalau mengingati kawan kita yang lain. Pernah sekali aku hantar mesej dalam friendster, langsung tidak dibalas. Comment aku tidak pernah langsung dia accept.
Cuma aku harapkan agar cita-citanya akan terlaksana. Sehingga hari ini dia tidak pernah kata terima kasih walau sekalipun dalam hidupnya untuk aku.. sekadar ucapan terima kasih dari kawan terhadap seorang kawan....
No comments:
Post a Comment