Monday, March 28, 2005

Sekadar berkongsi...

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

> Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

> Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

> Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia beradadi hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

>Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua inihanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

> Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelakiyang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
>Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergimeninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yangsanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

> Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

> Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

>Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

>Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cumamembuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) andaselamanya..."

>Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

> Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

>Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas.
Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengansepenuh hatinya.

>Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

>Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalamhati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk andamengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorbandan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai"

The Secret to Being "Lucky"

Image hosted by Photobucket.com


Why do some people seem to have all the luck? They're always in the right place at the right time. Their businesses prosper. They get one fantastic promotion after another. In short: they enjoy phenomenal success. What explains it? Are they doing something special, or is good fortune selecting them by chance?


For a moment, let's put aside winning the lottery -which seems to be a random type of luck -and instead focus on those who consistently achieve extraordinary results in their lives. Often, we attribute their accomplishments to random luck. However, after studying the lives of these people, I've discovered that there's more to it than that. Indeed, these people seem to benefit from something I'll call created luck." People who create their own luck have certain traits in common. Here, then, are the secrets for deliberately bringing luck into your life....


1. Be proactive. Show me a consistently lucky person and I'll show you someone who doesn't sit back waiting for good fortune to pay a visit. Indeed, lucky people put themselves in a position to win by continually taking action in pursuit of their goals.


2. Have a dynamic, positive attitude.It has been proven that we attract what we think about most. People who get the breaks believe in themselves and in their abilities. They picture themselves reaching their goals and are secure in the knowledge that they'll master any and all challenges that come their way. To become a magnet for exceptional achievements, there-fore, maintain a confident outlook and concentrate on success!


3. Possess a burning desire.Aside from being positive, lucky people are passionate about achieving their goals. They're always on the lookout to seize an opportunity, and you can bet they'll bring enthusiasm and energy to the quest.


4. Be prepared. Earl Nightingale said it superbly: if you are not prepared for your opportunity when it comes, the opportunity will only make you look silly. Lucky people are mentally, physically and emotionally ready to perform at their maximum. They are learners and hard workers. whatever activity they are engaged in, you'll find them reading, practicing and picking the brains of successful people in that field. And they realize that the preparation must be done beforethe fantastic opportunity presents itself. Pro football quarterback Jeff Hostetler, formerly with the NY Giants, sat on the bench for seven years as a back-up, seldom playing at all. But when starting quarterback Phil Sirrims was injured late in the 1990 season, Hostetler stepped in and led the team to a string of victories, including a triumph in the Super Bowl! Hostetler didn't know in advance when his time would come, but he kept himseff mentally and physically fit and was therefore able to take full advantage of his big chance.

5. Display incredible persistence and a long-term perspective. Most people want a lucky break and they want it NOW! If only success were that easy! Examine the lives of highly accomplished people and you'll find that vtrtually each one overcame years of frustration and setbacks. In any profession. the few who refuse to quit when success is nowhere on he horizon are the ones who eventually achieve the "impossible."


6. Pay your dues. Lucky individuals are willing to start small and work their way up. For instance, in high school and in college, Michael Jordan wasn't the world's best basketball player. Likewise, Oprah Winfrey didn't begin her career as host of her own national television show. They developed their skills over time and earned the right to capitalize on their opportunities.


7. Create crystal clear objectives. Clarity is power. Lucky people know what they want to accomplish and can visualize the end result in vivid detail. They are motivated by an exciting picture that they seek to bring into reality. You just don't get very far with a vague notion that you want to be "happy" or "successful."


8. Demonstrate flexibility. Let's face it, no matter how well prepared you are, you can never anticipate all the setbacks and detours you'll encounter. Lucky people monitor their progress and make adjustments when appropriate. When a particular strategy isn't working, they don't complain or curse their bad luck; they just make a change. In addition, they are extremely open - and able to take advantage of - new opportunities which may arise as they pursue their original goal.


9. Be a risk-taker. This isn't about foolish, unprepared gambles. However, phenomenal, ground-breaking success is usually reserved for those who will venture into unknown territory. In the end, successful people make their own luck. George Bernard Shaw may have said it best: "The people who get on in this world are the people who get up and look for the circumstances they want and, if they can't find them, make them."

Sunday, March 27, 2005

someone

Dear someone,

Sometimes you need to step back and take a long, good look at yourself. This also involves looking at how people view you as well. It's a scary prospect, I know, but it's sometimes really necessary. The time is here for you, my dear. Walk over to that mirror and listen to me.

There you are, raw, and beautiful. No, it's no the conventional beauty that you've always longed for, it's not the kind of beauty that stops men in their tracks or that belongs on the cover of a magazine. That kind of beauty is one-dimensional and fades with time and passing fads. Look at yourself and look into yourself. You are the same kind of person you praise others for being. You are kind. You are thoughtful. You are generous. You will do practically anything to make someone smile.


People see this in you; why can't you? You don't have to look like Katie Holmes or Jennifer Love Hewitt to be beautiful. Your actions often determine your beauty. I've seen you spend your money on an object that is insignificant to you but will make someone else's day. I've heard you tell people exactly why you love them and why you think they are beautiful. And I've heard you cut off the same people when they try to tell you something about yourself. Why won't you listen? I have a hard time believing that you really feel like you aren't worth anything. I have a hard time believing that you don't know you're a good person, that somewhere in there, you don't recognise that you're someone who is worth receiving everything you give out.

I've seen you surround yourself with people who aren't good for you before, a very long time ago. I've seen your mental and physical health decline because of the psychic vampires and selfish trolls you've let into your life. I know you struggle with letting people go because you want to believe that your gut instinct is wrong, that these people really are good deep down. I know that you struggle with yourself after you turn these people out of your life as well. I know you question your judgement of people and I know you question yourself; that maybe it was just you, not these people. It would be easier if it were you. I understand that. I know that you feel if it was you, you could change and make everything better. It's easier to change yourself than to change others. I know you want to protect everyone else, even if it's at the expense of yourself. But you can't do that, and it's time to recognise that sometimes, you need to save yourself too.


Save yourself someone.

Ask for help when you need it. Take advice. Listen to the people you love. If someone tells you your eyes are beautiful, listen and accept that your eyes are beautiful. Maybe you don't think they are, but your eyes are beautiful to someone and you shouldn't discount that opinion because you don't feel you're worthy of compliments. You can't be perfect. No one can. You've told at least one of your friends this. It applies to you as well.


You are talented. You are funny. You are worthy and you are loved. And yes, you are beautiful. You are beautiful even if you don't see it yourself. You are. Listen to the people you love. Stop putting yourself down. Stop discounting what people have to say about you because it makes you uncomfortable. Stop not believing in yourself. Take some of your own advice. Get off your ass and take the world by storm!


Love,
fauzi

Tuesday, March 15, 2005

Cinta strawberry dan cinta buah lime

lokasi: lagi mau tanya
suhu: panas jackk......
keadaan aku: tgh lembik
suasana: waktu petang
mood aku: biasa je



Image hosted by Photobucket.com

Petang semalam lepas balik kedai, ku dapat panggilan call dari member aku. ADI. Member aku yg menuntut kat united kingdom dalam sarjana muda kejuruteraan kimia telah pon selamat balik ke malaysia. Berbekalkan segulung ijazan second upper, member aku nih skag nih tgh cari keje. Aku tumpang gembira pasal member baik aku dah balik. Lama tak jumpa dia. Masa kitorag berborak tanya khabar masing-masing, aku dikejutkan oleh satu berita gembira buat member aku nih. ADI dah nak bertunang dengan ex-awek dia asa derang menuntut kat Univeristi Malaya dulu. Wahh.....terkejut aku. ADI kata dah jodoh balik dia diketemukan ngan ex-awek dia.


Masa derang belajar kat um dulu derang nih penah couple, kejap je tak sampai 4 bulan clash. Masing masing tak sefahaman sebab komitmen berlajar diorang tak sama. ADI nak berlajar sampai pegi oversea, minah tu plak nak berlajar nak score dapat fist class.

alhamdulillah ADI dapat melanjutkan pelajaran kat United Kindom. Minah nih plak..kalau tak silap aku la nama dia Reene..dapat melanjutkan pelajaran kat Australia..ambik accounting. Yg aku last dengar citer, lepas derang pegi oversea, terus lost contact. Hantar email tidak, chat pon tidak. Setahun lepas derang berpisah, nak dijadikan citer masa tuh ada reunion budak sekolah aku, T.I penang tahun 2001. Buat kat Hilton Hotel Penang. Masa tula derang jumpa balik
dan aku dgr khabar derang keep in touch balik.


Tahun 2002 tahun yg paling bersejarah bagi derang. Akhirnya derang buat keputusan nak couple balik. Yg bestnya, satu kat U.K, satu lagi kat Aus. Memula aku rasa mende nih macam tak leh jadi. Adi sendiri cakap kat aku yg dia tak yakin sebab long distance couple. Minah nih plak org Labuan. Adi nih org penang. Umah dia kat area aku je. Memang susah nak jumpa. Yg aku dengar derang just msg, email, chat dan kalau balik alaysia je derang call. Penah jumpa sekali dua je. Respek...mmg aku respek ngan Adi dan Reene. Boleh terima keadaan macam tu.


Tahun 2004, Reene dah grad, sekembali dari Aus, dia keje kat Price Waterhouse Coopers. Jadi exec kat sana. Adi plak tak grad lagi. Dia dulu penah amik cuti 1 sem pasal sakit. skang nih dah grad dan yg aku dengar ADI mintak keje kat Palm Co. Kilang industri minyak sawit yg terbesar kat Malaysia, kat area Seberang Perai. Nampak gaya boleh dapat je keje.

Akhirya selepas masing masing dah grad, dah balik Malaya, derang buat keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Of course kene bertunang dulukan. hehe...


So buat member aku ADI dan bakal tunangnya, Reene, aku nak ucapkan syabas kat korang kerana berjaya merapatkan balik hubungan korang sehingga ke jinjang pelamin....insyaallah. Itulah jodoh..itula takdir...dah itulah namanya cinta. ADI..aku masih ingt lagi ko penah kata..mungkin jodoh aku ngan Reene takde dah. Takat couple kat UM je. tapi skang nih...tgklah...ko je yg ckp "mungkin" jodoh dh takde..cuma mungkin je ADI..ingatlah, jodoh ajal rezeki di tangan tuhan. Nanti jgn lupa jemput aku makan nasik kandar nanti..ahahaha..idea Adi yg aku takleh terima tapi mmg gempak "aku kalau nak kawin tak nak buat masik minyak..busan dah ngan menatang tu..aku nak buat nasik kandar je..walaupon bangang cara tu tapi biar org yg penah dtg kat kenduri aku akan ingat sampai bila-bila yg satu2 nya kenduri kawin org sedia nasik kadar ialah kenduri ADI dan Reene !!!" cayalah ADi !! gua respek sama lu...soo next time aku nak buat nasik ayam plak....ahahahha..jimat skit.


OK..ADi...akhirnya ko akan bertunang jugak..soo lepas nih Anak Antu Gangz terpaksa dibubarkan kerana akan kehilangan seorang lagi memember yg akan berkahwin. ko dah takleh campur geng nih dah..bukan tak leh campur, tapi tak leh jadi ahli..sebab gang anak antu jenis kuar merabu mlm..jenis kaki moto, kaki snooker...kaki kaco anak dara..ahahha..ko time tuh kene ada komitmen kat family baru ko. but !!! prinsip yg kitorag pertahankan selama nih..no sex....drug and alcohol....biar jadi nakal..asalkan jgn jadi sampah masyarakat.......anyway ADi ko tetap sebahagian dari geng kitorang lgi..kalau ada masa ke....time sumer balik pg..join joinlah kitorang kat tempat port biasa.


aku doakan agr korang bahagia sampai bila2 dan yg penting.....jemput aku dan semua anak antu gangz...termasuk Tach....



~peace.....and forever in love......

Mari menonton wayang.....

Monday, March 14, 2005

antara hari ini dan semalam

lokasi: kat mana lagi..umah la
suhu: sejuk-sejuk hujan
keadaan aku: tgh lembik
suasana: mcm baru lepas hujan
mood aku: biasa je...ehem...ehem...



Lapo...series lapo gila. Akibat dari mau menurunkan berat badan dan mengurangkan gejala hisap rokok, aku tak makan tgh hari. Rilek je muka....tgh malam macam nih baru nak rasa lapar. Eh..tgh malam plak..baru nak masuk maghrib. Suasana baru lepas hujan lebat. Yang tak best bilik aku masuk air ala-ala sunami. Abi melimpah kene kotak barang aku. nasib baik tak kene plug wire. kalau tak korang check la esok kat paper, sure ada kes kene karen.


jap..tgh azan..lepak jap......


okeh sambung balik. hari nih hari paling busan dalam hidup. busan tahap cipan(kenapa mesti cipan? takde menatang lain ke nak sebut?). macam biasa bilik aku nih port segala reunion member aku. hehe...ada yg dtg melepak, ada yg dtg surfing, ada yg dtg nak buat assigment dan tak lupa ugak ada yg dtg bawak gossip liar. ha..mengalahkan kaum hawa.

semalam..aku turun kl..follow member aku buat keje dan pada masa yg sama menyetelkan problem aku yg lama tertanguh. hurm....hidup kene banyak berjalan..ahakss...baru leh jumpa ramai org. acara jalan-jalan cari pasal kat kl abis kol 5..lepas tu kitorang gerak ak balik umah. lepbat kat kl. macam biasa peranan aku sebagai penumpang di belakang kete....tido. letih pon ada, penat pon ada, tak larat pon ada. macam macam ada......


kitorang berhenti kat RnR seremban untuk pekena air dan sedikit refreshment...asa tgh lepak kat RnR membr aku secara kebetulan terjumpa gan uncle dia and faily uncle dia. aku sempat la jugak salam dan berborak ngan derang. tak lama la sangat. lepas tu kitorang gerak menuju destinasi. member aku nih cakap uncle dia dok kat Durian Tunggal. Msa sampai tol ayer keroh, member aku nih ajak gi tgk umah pakcik dia. then kitorang balik. mcm biasa aku meneruskan aktiviti aku seharian dengan melepak depan pc. walaupon mata aku nih ngantuk, tapi aku tak dapat nak tido awal.

pukul satu kawan aku yg tadi ajak kitorang gi makan. ha..lambat tol nak makan. on the way alam ketelah..aku menerima satu berita yg aku rasa aku tak dapat nak terima. rupa-rupanya uncle dia yg kitorang jumpa tadi kat RnR Seremban sudah pon kembali ke rahmatullah kerana diserang sakit jantung. aku terdiam lepas tu. aku jadi blur. bukankah tadi aku baru jumpa ngandia ? bukankah tadi aku baru borak ngan dia ? terlalu sekejap sangat aku kenal dia...tetiba ajal telah sampai.

menurut kawan aku, lepas derang balik dari kl, uncle dia pegi main badminton lepas balik, pengsan kat depan umah dan meninggal dunia kemudian. innalillah....



kawan aku pulak terkilan sebab baru jumpa ngan pakcik dia. ku plak terkilan sebab baru kenal, beru jumpa ngan pakcik dia. ntahlah...mungkin secara kebetulan dan arwah pakcik dia baru je balik dari jumpa anaknya kat KL. apa-apa pun, sekalung ucapan takziah dan alfatihah aku sedekah kan buat keluarga mereka. hidup mesti terus.


okla...rasanya dah lama aku tulih nih. mandi time. semua dah mandi..aku sorang je tak mandi lagi. hehe...

~peace....

Sunday, March 13, 2005

slamat pagi Malaysia !!

lokasi: tgh baring..depan notebook
suhu: sejuk-sejuk salji
keadaan aku: biasa je
suasana: terang benderang
mood aku: biasa je..tgh happy layan lagu


First thing's first.....aku nak buat pengakuan kat blog aku nih. Aku start balik hisap rokok setelah berhempas pulas seminggu menjauhi mende terlarang tu. ehehehe..mende terlarang...macam amik dadah plak bunyi. Aku start berhenti sejak tekak aku sakit. Memula biasa je, lepas tu tetiba kuar darah bila batuk. Doktor advice aku soh berhenti kejap. Aku ikut. Sesunguhnya tekanan dan dugaan kat sini untuk menyambung kembali kerjaya aku sebagai perokok tidak dapat dielakkan. Memang dugaan kat sini. huhu...memula pow member..sebatang..sebatang..last sekali sekotak aku beli. Nih bila nak berhenti nih....ingatkan alang-alang sakit nih boleh berhenti..sekali tak boleh pulak. Ciss.....

OK..cut the crapp....tukar tajuk lain..tajuk nih dah rasa tak best plak......makin tensen plak jadi..hehe...

Esok, aku turun kl. Follow member aku buat keje pada pada masa yg ama aku nak settlekan keje aku yg dah lama tertangguh. Balik hari je. Kalau takde apa-apa hal ptg aku balik.

Sebelum aku ending blog aku nih, aku ada satu permintaan, sesaper yg baca blog aku nih kol 9 pagi(13 march) tlg kejut aku. Aku nak bersiap gi kl nih. hehe....

peace~

Friday, March 11, 2005

mencari cinta......

lokasi: kat cc
suhu: panas dosa
keadaan aku: tak bape sihat
suasana: mcm kat cc
mood aku: tgh gelabah mencari cinta...heheh
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta..


aku masih terus mencari.....

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

aku terus mencuba.....

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

masih ada sisa harapan, masih ada sisa keberanian, masih ada sisacinta, masih ada sisa kepercayaan di hati aku....

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

sungguh, kini baru aku memahami kenapa semuanya harus terjadi.........

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

terima kasih kerana mencintai aku apa adanya.......

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

dan kini aku mampu tersenyum kembali...

Friday, March 4, 2005

shoutmix and doodleboard

Setelah sekian lama aku pakai doodle board akhirnya aku terpaksa jugak tukar pakai shoutbox. Pasal skang nih doodle board dah start nak kene bayar dah. Untuk sesapa yg penah tulih kat doodle, aku harapa korang sumer still go on lagi tulih kat shoutbox pasal tanpa korang sumer, siapalah log aku nih. tol tak ? aku mintak maaf sebab tak daapt nak retrieve balik msg korang tu. soo kita start balik ngan yang baru ok??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...