Meet my new born beautiful baby girl. Nur Aina Fariha binti Mohd Fauzi. :)
Born on 28 of December 2013.
Semoga menjadi puteri abah yg solehah.
Sunday, February 2, 2014
Baby meets new world!!
Saturday, November 23, 2013
I am going to be a dad...soon !!
السلام عليكم
Alhamdulillah kerana dapat tulis balik blog yang dah lama bersawang ni. My wife dah 32+ weeks of pregnancy. Ikutkan doktor kata awal bulan jan 2014. but bila dah masuk 8 bulan 3 minggu ni pun dah boleh standby.Tunggu masa je nak melahirkan baby. To be honest, agak risau dan nervous bila fikir balik bakal kelahiran cahaya mata kami. Tambah-tambah aku lah. Yerla nak jadi status 'daddy' kena pikul segala tanggungjawab yang bukan mudah untuk aku galas. Sedar tak sedar wife aku dah 8 bulan mengangdung. Aku bersyukur kerana sepanjang pregnancy ni dia tak banyak ragam. Semuanya senang. Sekarang ni dah kena buat medical check-up seminggu dua kali. So far ok je. Takde high BP, sugar ok, kandungan OK.
Baru-baru ni aku dan wife pegi beli barang shopping untuk baby. Excited giler. dulu sebelum kahwin, perkara yang paling excited bila shopping ialah beli baju aku. Sekarang ni beli baju baby pulak. Aku akui bukan senang nak beli barang baby ni. Looks simple but complicated. Aku dan wife aku buat list yang nak beli than lepas tu kitorang gi survey dulu. Cari kat mana baju-baju yang branded tapi murah, ada offer dan quality. Soal beranded tak semestinya kena mahal. Ada baju branded yang jual sepasang below RM20. Bila bab berbelanja ni, aku selalu ingatkan kat wife aku, beli biar quality dan berjimat. Survey dulu baru beli. I took almost one whole day beli barang baby ni. Sebelum tu kat sebulan ushar dulu kat mana yang best. Haha...punyalah susah. Walaupun penat dan kadang-kala rasa pening sebab nak memilih dan buat keputusan, tapi aku rasa happy sebab dapat merasai macam mana jadi daddy and mummy ni. Ni baru sikit. belum lagi anak dah lahir. Susu, playpen, stroller itu ini lagi. Huh......
Banyak kami ambil nasihat dari kak ipar aku, parents aku dan parents mertua aku bila nak shopping ni. Beli sekadar keperluan yang penting. tu pun dah RM600 duit aku spend. Ni lah pertama kali dalam hidup aku beli pakaian dan accessories sampai harga macam tu.
Apa-apa pun aku rasa bersyukur kerana segala doa aku termakbul. Masa memula kahwin dulu, terpaksa berjauhan ngan wife aku. masa tu ramai tanya aku bila nak ada baby. Yerlah..wife aku masih berlajar lagi. terpaksa postpone dulu kan. Bila lerpas habis berlajar, wife aku dah pregnant. Then sekarang ni tunggu masa nak melahirkan cahaya mata kami yang pertama.
Aku ada buat scan pasal baby ni. Haha...aku rasa tak surprise kalau aku bagi tau baby aku boy ke girl. Insyallah. Bagi aku boy ke girl ke..janji sihat, sempurna dan Insya Allah akan menjadi anak yang soleh/solehah. Rezeki Allah yang Allah beri kat kita, terima dengan redha dan syukur. Kalau aku mintak aby boy, dapat baby girl, aku rasa bersyukur. Sebab Allah beri rezeki. Dari langsung takdak kan. Ada setengah orang yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi tak dapat lagi. Insyallah, rezeki itu di tangan Allah. Kita berusaha seakat yang mampu, the rest let Allah decided for us.
Semua barang keperluan baby aku dah beli termasuk keperluan wife aku untuk bersalin nanti. barang pun dah pack sikit-sikit. tunggu masa je. Ikut doktor, time macam ni kena prepared dah. Ada orang tanya aku, nak bersalin kat mana? Hospital swasta ke kerajaan? Bagi aku mana2 pun ok. Ada kata swasta ok sebab hospitality dia best. Kerajaan punya tak oklah, itu ini lah. Bagi aku, kerajaan ke, swasta ke sakit nak bersalin tetap ada. Ada kawan aku bersalin kat hospital swasta. bayar beribu ringgit tapi complain sebab layanan dan hospitality dia tak ok. Ada kawan aku bersalin kat hospital kerajaan je. Tapi kata OK sebab hospitality dia ok. Bergantung kat mana nak lahir dan ikut keampuan.
Ikutkan aku, ada duit ni nak lahir kat hospital swasta. Tapi lepas bincang ngan wife aku, kami decided nak lahir kat hospital kerajaan. Bukan tak mampu cuma kalau hospital kerajaan ni bagi hospitality yang sama, kenapa nak membazir duit. Lagi pun kata wife aku, duit tu boleh beli lain untuk baby kita nanti. So far aku survey kat hospital kerajaan Pulau Pinang ni OK. Tak banyak rungutan pun. Ramai kawan aku pegi sana. Semua kata OK je. Kalau anak kena demam kuning, kena tahan lama. Kalau anak dan mak sihat, maka dalam 24 jam boleh balik. Insya Allah.
Aku rasa bersyukur kerana suatu hari nanti, I am going to be a dad !! yes i am... Alhamdulillah....
Friday, June 21, 2013
BABY IS COMING SOON...
Assalamualaikum,
Last posting aku ialah pada 30 Sept 2012. Kalau di kira hampir 8 bulan aku menyepi dalam dunia blogging. Series lama. Buat pertama kali dalam tahun ini aku mulakan posting aku. Insyaallah posting2 akan datang akan menyusul kemudian.
Sebenarnya bukan aku nak bersanara dari dunia blogging ni. wife aku pun pernah tanya " Abang, kenapa sayang tengok abg dah lama tka post dalam blog? Abang dan nak bersara ke?"
OK..wife aku adalah salah seorang peminat blog aku. Aku admit, blog aku bukanlah blog popular seperti blog2 yang lain. Gah pada nama dan orang. Blog aku sekadar blog picisan yang aku sendiri coretkan untuk tatapan peribadi aku dan isteriku.
Alhamdulillah sepanjang 8 bulan aku menyepi, macam2 telah terjadi. Wife aku telah berjaya mendapat diploma pendidikan. Wife aku dah abis berlajar. Abang nak ucapkan tahniah buat sayang abang kerana berkat kesabaran sayang dan kita, berkat pengorbanan kita, sayang dah tercapai cita-cita untuk menjadi cikgu. Sebenarnya ramai tak tahu, ketika aku diijabkabulkan, isteri tercinta aku masih berlajar nun jauh di Melaka. Aku terpaksa berjauhan dengan isteri aku selama hampir setahun setengah. Itulah pengorbanan dan dugaan yang aku tempuhi. Telefon, chatting, skype dan facebook menjadi orang tengah kepada kami. Isteri aku plak, 2 minggu sekali baru nak balik. Itu pun kalau takde apa2 program. Kalau cuti sekolah barulah aku dapat rasa peluang dekat dengna isteri aku. Aku pun kekadang ulang-alik dari Penang-Melaka. Pandu sendiri, naik bas dah menjadi lumrah bagi aku. Isteri aku pun sama. Alhamdulillah berkat kesabaran dan pengorbanan kami, isteri aku dah pun bais berlajar.
Sekarang ni dah nak masuk fasa baru dah. Isteri tercinta sekarang ni dah disahkan mengandung 3 bulan !! Aku panjat kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki buat kami. Masa memula tu aku tak perasan, tapi bila buat pregnancy test, aku rasa bersyukur dan buat pertama kalinya aku mengalirkan air mata kegembiraan sebagai seorang bakal bapa. Pi check kat klinik kerajaan, doktor punsahkan dan sekarang ni isteri aku ada pasport merah. Wahuahuahuahua....
Mcm biasa, dikala tengah pregnant ni memamg macam2 jadi. Soal loya, letih dah jadi kebiasan bagi aku tengok isteri aku. memang tempias kat aku. Aku masa first 2 month tu aku pun loya. Kekadang muntah. Mengidam?? Ya...I am the first one yang mengidam. Hahaha...nak makan buah sukun !!! percaya atau tidak aku sampai merajuk sebab tak dapat buah sukun. Kebetulan masa tu bukan musim, punyalah satu penang aku cari mmg tak jumpa. Aku merajuk. Rasa macam nak nangis pun ada. Serious..this is not a joke. Aku tak pernah sikap mcm tu. Kalau aku tak dapat apa yang aku nak, jenis aku, aku tak kisah. Lain kali boleh cari. Tak pernah merajuk pun. Tapi this time aku mmg merajuk. Tapi kakak ipar aku sendiri yang carikan dan akhirnya aku dapat makan. Punyalah seronok time tu. Hahahaha....barulah aku rasa macam mana mengidam ni. Wife aku plak kekadang mengidam nak makan itulah, inilah. Alhamdulillah wife aku tak mengidam teruk. Nak makan laksa, nak makan mempelam muda. tu semua boleh cari. walaupun baru pertama kali mengandung, aku bersyukur isteri aku tak banyak ragam. kekadang loya, muntah, penat perkara biasa bagi aku. kekadang angin wife aku pun tak berapa ok. Cepat sensitif, terasa. Tapi aku anggap semua tu perkara biasa.
Aku beryukur, kerana Allah memakbulkan doa aku. Aku selalu pesan pada isteri aku, jaga kesihatan, jaga emosi, jaga agama dan jaga segalanya. Supaya kandungan isteri aku sihat. Buah kurma dan kismis menjadi supplement untuk isteri aku. Aku kagum dengna isteri aku. Walaupun pregnant, isteri aku sanggup bekerja. Aku kagum isteri aku mmg kuat semangat. Syukur dapat isteri yang baik. Tak pernah sekalipun selepas solat aku mengabaikan doa kepada Allah untuk isteri aku dan kami semua.
Masa pertama kali doktor buat ultrasound scan untuk bulan ke-2 aku sendiri dapat tengok kandungan isteri aku. Punyalah excited. Syukur. pertama kali aku dapat tengok zuriat di dalam perut isteri aku. Rasa teruja, seronok, macam2 lah...Barulah aku tahu sekarang ni macam mana perasaan seorang bapa yang menunggu kelahiran cahaya mata.
macam biasa, bila dah bergelar status suami dan bakal bapa, tak lari dari tanggungjawab yang banyak. Memang betul kata orang, dah kawin ni, otak kena bahagi dua. Satu untuk diri sendiri dan satu untuk isteri. Semuanya aku kena buat sama-sama. Aku beryukur jugak sebab dapat keluarga mertua yang baik. Bapa mertua aku (abah), mak mertua aku (mama) dan kakak dan adik ipar aku semua nya baik. Biras aku semuanya sporting.
kerja aku, masih macam ni, Aku bersyukur kerana rezeki aku berkahwin, aku dah berjaya dan rezeki aku makin bertambah. Betul kata orang, dah kawin ni rezeki akan datang. Tambah lagi bila anak lahir ni.
Sedar tak sedar 2-Jun hari tu lah menjadi genap kepada perkahwinan aku setahun. Syukur. Dalam rumahtangga, bukan selalu indah ada juga masam dan manis. Tapi aku bersyukur kerana setiap apa yang berlaku kami tempuhi dengan sabar. Kalau ada konflik, kami akan cepat2 settlekan. Aku selalu ajar isteri aku berbincang dengan baik. Biasalah suami isteri ni kan. Aku kata mcm ni, dia kata mcm tu. kekadang aku mengalah, kekadang isteri aku mengalah, kekadang...2-2 tak nak mengalah. tu yang jadi punca tu. Hahaha..tapi aku bersyukur semuanya kami selesaikan secepat mungkin. Jenis aku, aku suka berterus terang. Isteri aku dulu memang susah sikit nak terima cara aku. Dan sekarang dia pun dah boleh terima. Aku dulu pun susah nak terima cara isteri aku, tapi sekarang aku boleh terima dan faham cara isteri aku. Kami berlajar sama-sama untuk saling memahami antara satu sama lain.
Aku bersyukur kerana aku mempunyai seoran isteri yang baik. Baik dengan aku, baik dengna keluarga aku dan baik dengan kawan-kawan aku. Aku tka nafikan, aku banyak berlajar dari isteri aku. Kesabaran, sifat tenang dan kekadang merajuk pun aku berlajar dari isteri aku! Aku bersyukur kerana Allah berikan hadiah terbaik untuk aku, seorang isteri yang memahami, penyayang, bertanggungjawab dan taat kepada Allah. syukur sesangat. kalau dari segi fizikal, aku lagilah tinggi dari isteri aku. Wahaha..tapi kepribadian isteri aku jauh lagi tinggi dari aku. itu yang buat aku rasa syukur. Isteri aku banyak mengajar aku erti kesabaran.
ketika kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami, tiada makan besar, tiada candle light dinner di restoran mahal, tiada hadiah mahal, tapi hadiah yang tidak ternilai yang aku dapat ialah berita aku bakal menimang cahaya mata. itulah hadiah terbaik untuk aku dan isteri aku. parents aku plak, punyalah excited nak menimang cucu. Cucu sulonglah katakan. Ceeyyy...
Buat isteriku, Rabieka binti Hj Abd Rashid, bang nak ucapkan sejuta terima kasih kerana menjadi isteri abang sepanjang sethaun perkahwinan kita. isteri abang banyak berkorbang untuk abang. berkorban masa, berkorban wang ringgit, berkorban tenaga dan berkorban air mata. tiada apa yang mampu abang balas melainkan doa abang setiap 5 waktu untuk sayang abang dan kemaafan setiap malam sebelum abang tidur. Abang selalu berdoa untuk kebaikan sayang. Abang selalu memaafkan sayang ketika abang merenung sayang sedang lena tertidur. Abang selalu redha dengan apa yang sayang buat kat abang sepanjang hari-menunaikan tanggungjawab sebagai isteri untuk abang. Walalu seletih mana abang balik dari kerja, bila terpandang wajah sayu sayang dan senyuman sayang, hilang segala penat lelah abang 12 jam bekerja. Bila sayang hidangkan air untuk abg minum, untuk melepaskan dahaga hilang segala penat lelah abang. Tiadawanita yang terbaik untuk abang melainkan sayang. terima kasih abang ucapkan kerana mengandungkan zuriat untuk abang dan kita. Insyaallah abang doakan anak yang bakal sayang lahirkan bulan satu nanti akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Abang selalu kata kat sayang, kalau anak perempuan, buiarlah cantik macam mama dia, lembut macam mama dia, sifat yang terpuji macam mama dia. Kalau lelaki, biarlah hensem macam abah dia.. hahaha...tinggi mcm abah dia dan mempunyai sifat terpuji macam mama dia.
Our baby is coming soon !!
Sunday, September 30, 2012
Updates...untuk sekian lama...
Tu dia !! Dah sebulan blog aku tak update. Kalau tinggal kat stor dah confirm penuh dengna sawang dan tahi cicak. Wahaha...
Ok terlebih dahulu agak terlewat untuk aku ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada seluruh pembaca blog picisan aku. Yer..blog aku cuma beberapa orang je yang baca. Ada yang follow up blog aku terang-terangan dan ada yang jadi silent reader. Walau siapapun korang, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi masuk blog aku ni.
Sebelum aku terlupa,
Khas untuk pembaca blog aku yang masih follow since 2004 - girlfarah. She is one of my good friends yang masih follow aku. Abang nak ucapkan jutaan terima kasih kerana komen kat blog abang tetapi apakan daya, sebab abg jaranglah sangat membaca komen sebab takde pun org yang komen melainkan Farah sorang je kan? Abg mmg tak perasan Farah komen sampailah abg bukak blog ni beberapa jam yabng lalu..Terima kasih kerana membaca sudi menghantar komen kat blog abang. I really appreciate and put all the credits to you.
Abang ada tengok dalam FB Farah. What a nice and cute baby !! Semoga keluarga Farah akan bahagia selamanya dan berseri dengna kedatangan baby yang cute tu. Insyaallah lepas ni baby akan menyusul plak dalam family abang. wait, see and pray for that ok? ;-)
Bila fikir balik, ramai kenalan aku semuanya dah berkahwin. Farah yang aku kenal almost 10 years ago pun dah kawin. Aizad kawan sekolah aku yang dulu 'mat bunga' kat sekolah pun dah kawin. teringat kisah Aizad masa aku form 4 dulu. Pernah si Aizad kata nak kawin dengan minah satu sekolah dengan kami lepas SPM nanti. Aku gelak sampai nak terkeluar biji mata. Serious masa tu aku punyalah tak percaya dengna angan-angan mat jenin Aizad. Sebab? Mat bunga mcm dialah telah secara rasmi di cop sebagai playboy kat sekolah. Awek keliling pinggang, masakan nak 'kawin' dengan minah ni? Abis yang lain semua dalam waiting list apa cer bro? Tapi bulan 2 hari tu, Aizad hantar msg dalam FB.
"Bro, glad to hear you become a husband of a luckiest person. FYI, aku dah akad nikah dengan Emma pagi tadi."
Caiitt....Aizad ini sudah gila. Yes..dia telah membuktikan awek yang dia gila bayang since sekolah menengah dah jadi wife dia. Congrats bro...Aizad sezaman dengan aku kahirnya menamatkan zaman bujang dan playboy...
Second person yang baru melangsungkan perkahwinan hari ni ialah bro NoReason. Atau pun nama betulnya Norizan. selamat penangantin baru untuk Norizan dan Suliana. This two lovely husband and wife adalah sahabat aku since 2006 lagi masa aku keja kat Pulau Tikus. Chenta masa satu tempat kerja dan amik kau...here they are. Dah sah jadi laki bini. Dulu aku kaki merapu ngan Norizan ni. Seorang kaki lawak dan kaki merapu. And he is my good friend. Dan aku tumpang berbangga sebab akhirnya Kelab Alif Ba Ta (angkata bujang terlajak) kami dah dibubarkan..hahaha....bro...glad that you are married. Aku doakan semoga sahabat aku ini berbahagia hendaknya bersama isteri tersayang hingga ke syurga...Aminnn....
Sikit je lagi,
This year past hari raya merupakan hari yang terbaik untuk aku. Pengalaman pertama menyambut raya bersama isteri dan keluarga isteri aku. Great !!! Happy siot. barulah terasa mcm mana feel orang berkahwin.
Aku akui raya thaun ni mmg tak menang tangan. Penat dan banyak rumah yang nak pegi beraya. Alhamdulillah aku mmg enjoy sesangat.
After raya, isteri aku kebali menjadi seorang student. Pengalaman getir aku jugak sebagia seorang suami yang mempunyai isteri berlajar jauh-jauh. Secara peribadi agak sukar untuk aku. Tapi aku kuat kan hati dan aku letakkan ni semua atas tanggungjawab dan semuanya untuk menyokong isteri aku tercinta sambung berlajar.
Its ok..less than a year isteri aku akan abis berlajar. Twice a month balik, bagi aku dah syukur rahmat sesangat.
To all blog readers, aku mnyusun sepuluh jari kerana dah lama tak update. Sesungguhnya komitment kerja dan komitmen aku sebagia seorang suami yang masih junior membuat aku tersangat busy. Insyaallah lepas ni updates akan mnyusul kembali.
To my wife, abang nak ucapkan terima kasih kerana memahami abang. Thanks a lot. Walaupun ketika hari raya pertama dan kedua abang terpaksa bekerja untuk mencari rezeki, sayang tak pernah merungut dan sentiasa memberikan sokongan kat abang. Even just a few days balik kampung jumpa bang, sayang tak pernah mengabaikan tanggungjawab sayang kat abang dan makan minum, kepuarluan diri semuanya terjaga. Mmg betul kata orang, esok dah kahwin semuanya dah tak lekeh mcm bujang. You are really a good wife. Insyaallah abang doakan dan in fact, abang sentiasa doakan sayang diberi kesihatan yang baik, diberikan keselamatan, dimurahkan rezeki, bertambah iman dan sentiasa terang hati untuk berlajar. berlajarlah setinggi mana sayang nak, abang tetap memberikan sokongan. You have my support. ;) Abang sentiasa memberikan sokongan kepada sayang. Biar kesusahana yang menimpak kita untuk permulaan. Insyaallah lepas ni kesenangan dan kita akan dilampahkan dengna rezeki andai kita bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Aku akui raya thaun ni mmg tak menang tangan. Penat dan banyak rumah yang nak pegi beraya. Alhamdulillah aku mmg enjoy sesangat.
After raya, isteri aku kebali menjadi seorang student. Pengalaman getir aku jugak sebagia seorang suami yang mempunyai isteri berlajar jauh-jauh. Secara peribadi agak sukar untuk aku. Tapi aku kuat kan hati dan aku letakkan ni semua atas tanggungjawab dan semuanya untuk menyokong isteri aku tercinta sambung berlajar.
Its ok..less than a year isteri aku akan abis berlajar. Twice a month balik, bagi aku dah syukur rahmat sesangat.
To all blog readers, aku mnyusun sepuluh jari kerana dah lama tak update. Sesungguhnya komitment kerja dan komitmen aku sebagia seorang suami yang masih junior membuat aku tersangat busy. Insyaallah lepas ni updates akan mnyusul kembali.
To my wife, abang nak ucapkan terima kasih kerana memahami abang. Thanks a lot. Walaupun ketika hari raya pertama dan kedua abang terpaksa bekerja untuk mencari rezeki, sayang tak pernah merungut dan sentiasa memberikan sokongan kat abang. Even just a few days balik kampung jumpa bang, sayang tak pernah mengabaikan tanggungjawab sayang kat abang dan makan minum, kepuarluan diri semuanya terjaga. Mmg betul kata orang, esok dah kahwin semuanya dah tak lekeh mcm bujang. You are really a good wife. Insyaallah abang doakan dan in fact, abang sentiasa doakan sayang diberi kesihatan yang baik, diberikan keselamatan, dimurahkan rezeki, bertambah iman dan sentiasa terang hati untuk berlajar. berlajarlah setinggi mana sayang nak, abang tetap memberikan sokongan. You have my support. ;) Abang sentiasa memberikan sokongan kepada sayang. Biar kesusahana yang menimpak kita untuk permulaan. Insyaallah lepas ni kesenangan dan kita akan dilampahkan dengna rezeki andai kita bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



