Sunday, September 30, 2012

Updates...untuk sekian lama...



Assalamualikum w.b.t,

Tu dia !! Dah sebulan blog aku tak update. Kalau tinggal kat stor dah confirm penuh dengna sawang dan tahi cicak. Wahaha...

Ok terlebih dahulu agak terlewat untuk aku ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'  kepada seluruh pembaca blog picisan aku. Yer..blog aku cuma beberapa orang je yang baca. Ada yang follow up blog aku terang-terangan dan ada yang jadi silent reader. Walau siapapun korang, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi masuk blog aku ni. 

Sebelum aku terlupa, 

Khas untuk pembaca blog aku yang masih follow since 2004 - girlfarah. She is one of my good friends yang masih follow aku. Abang nak ucapkan jutaan terima kasih kerana komen kat blog abang tetapi apakan daya, sebab abg jaranglah sangat membaca komen sebab takde pun org yang komen melainkan Farah sorang je kan? Abg mmg tak perasan Farah komen sampailah abg bukak blog ni beberapa jam yabng lalu..Terima kasih kerana membaca sudi menghantar komen kat blog abang. I really appreciate and put all the credits to you. 

Abang ada tengok dalam FB Farah. What a nice and cute baby !! Semoga keluarga Farah akan bahagia selamanya dan berseri dengna kedatangan baby yang cute tu. Insyaallah lepas ni baby akan menyusul plak dalam family abang. wait, see and pray for that ok? ;-)

Bila fikir balik, ramai kenalan aku semuanya dah berkahwin. Farah yang aku kenal almost 10 years ago pun dah kawin. Aizad kawan sekolah aku yang dulu 'mat bunga' kat sekolah pun dah kawin. teringat kisah Aizad masa aku form 4 dulu. Pernah si Aizad kata nak kawin dengan minah satu sekolah dengan kami lepas SPM nanti. Aku gelak sampai nak terkeluar biji mata. Serious masa tu aku punyalah tak percaya dengna angan-angan mat jenin Aizad. Sebab? Mat bunga mcm dialah telah secara rasmi di cop sebagai playboy kat sekolah. Awek keliling pinggang, masakan nak 'kawin' dengan minah ni? Abis yang lain semua dalam waiting list apa cer bro? Tapi bulan 2 hari tu,  Aizad hantar msg dalam FB. 

"Bro, glad to hear you become a husband of a luckiest person. FYI, aku dah akad nikah dengan Emma pagi tadi." 

Caiitt....Aizad ini sudah gila. Yes..dia telah membuktikan awek yang dia gila bayang since sekolah menengah dah jadi wife dia. Congrats bro...Aizad sezaman dengan aku kahirnya menamatkan zaman bujang dan playboy...

Second person yang baru melangsungkan perkahwinan hari ni ialah bro NoReason. Atau pun nama betulnya Norizan. selamat penangantin baru untuk Norizan dan Suliana. This two lovely husband and wife adalah sahabat aku since 2006 lagi masa aku keja kat Pulau Tikus. Chenta masa satu tempat kerja dan amik kau...here they are. Dah sah jadi laki bini. Dulu aku kaki merapu ngan Norizan ni. Seorang kaki lawak dan kaki merapu. And he is my good friend. Dan aku tumpang berbangga sebab akhirnya Kelab Alif Ba Ta (angkata bujang terlajak)  kami dah dibubarkan..hahaha....bro...glad that you are married. Aku doakan semoga sahabat aku ini berbahagia hendaknya bersama isteri tersayang hingga ke syurga...Aminnn....

Sikit je lagi,

This year past hari raya merupakan hari yang terbaik untuk aku. Pengalaman pertama menyambut raya bersama isteri dan keluarga isteri aku. Great !!! Happy siot. barulah terasa mcm mana feel orang berkahwin.
Aku akui raya thaun ni mmg tak menang tangan. Penat dan banyak rumah yang nak pegi beraya. Alhamdulillah aku mmg enjoy sesangat.

After raya, isteri aku kebali menjadi seorang student. Pengalaman getir aku jugak sebagia seorang suami yang mempunyai isteri berlajar jauh-jauh. Secara peribadi agak sukar untuk aku. Tapi aku kuat kan hati dan aku letakkan ni semua atas tanggungjawab dan semuanya untuk menyokong isteri aku tercinta sambung berlajar.

Its ok..less than a year isteri aku akan abis berlajar. Twice a month balik, bagi aku dah syukur rahmat sesangat.

To all blog readers, aku mnyusun sepuluh jari kerana dah lama tak update. Sesungguhnya komitment kerja dan komitmen aku sebagia seorang suami yang masih junior membuat aku tersangat busy. Insyaallah lepas ni updates akan mnyusul kembali.


To my wife, abang nak ucapkan terima kasih kerana memahami abang. Thanks a lot. Walaupun ketika hari raya pertama dan kedua abang terpaksa bekerja untuk mencari rezeki, sayang tak pernah merungut dan sentiasa memberikan sokongan kat abang. Even just a few days balik kampung jumpa bang, sayang tak pernah mengabaikan tanggungjawab sayang kat abang dan makan minum, kepuarluan diri semuanya terjaga. Mmg betul kata orang, esok dah kahwin semuanya dah tak lekeh mcm bujang. You are really a good wife. Insyaallah abang doakan dan in fact, abang sentiasa doakan sayang diberi kesihatan yang baik, diberikan keselamatan, dimurahkan rezeki, bertambah iman dan sentiasa terang hati untuk berlajar. berlajarlah setinggi mana sayang nak, abang tetap memberikan sokongan. You have my support. ;) Abang sentiasa memberikan sokongan kepada sayang. Biar kesusahana yang menimpak kita untuk permulaan. Insyaallah lepas ni kesenangan dan kita akan dilampahkan dengna rezeki andai kita bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Tuesday, July 17, 2012

Lighten Up !! Ramadan Coming soon.



“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.


Hari ini 17 Julai 2012. Alhamdulillah, jika dicongak, tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadhan. Syukur kepada Allah swt kerana memanjangkan usiaku untuk menikmati bulan yang paling indah untukku. Dan suyukur kepada Allah swt kerana memanjang usiaku untuk merasai kenikmatan Ramadhan dan Syawal bersama isteriku. Insyaallah.

Sejujurnya, aku suka dengan bulan Ramadhan ni. One of the best reason ialah bulan yang penuh kenikmatan dan penuh barakah. Keduanya, bulan ni lah waktu untuk aku menguruskan badan aku. Haha. ok aku admit aku gemuk sebab tu dikala waktu bukan Ramadhan aku mmg liat untuk diet, maka dengan kedatangan Ramadhan inilah aku akan diet habis-habisan. :D Well susah nak cakap jugak sebab bila dah berkahwin ni, masakan isteri dan berbuka bersama isteri dan keluarga buat aku naik selera. Silap-silap...diet kemana..aduila...

Tahun ni merupakan tahun paling happy unutk aku so far. Yerlahkan, tahun aku beraya bersama isteri tercinta unutk kali pertama, tahun aku berpuasa sebagai status 'sudah berkahwin' dan tahun yang paling bermakna sebab tahun inilah aku sedang merasai tanggungjawab aku sebagai seorang suami untuk kali pertama sejak 30 tahun. Tu diaa habaq hang...

Cakap pasal tanggungjawab, aku tak nafikan bukan senang untuk menggalas tanggungjawab tu. Betul. Sebelum kawin, cakap mmg mudah dengan air liur. Boleh kata kena buat itu, kena buat ini, kena ada itu dan kena ada ini. Tapi aku percaya, dan aku rasa bangga untuk berkongsi pengalaman aku dengan sahabat aku yang belum berkahwin dan terutamanya pembaca blog picisan aku yang terdiri dari kaum hawa, tatkala bila masa untuk diijabkabulkan, percayalah semacam punya aura dok rasa. Aku tak nafikan perasaan gemuruh dan takut itu wujud, tapi tahukah sahabat aku sekalin kenapa kita gemuruh dan takut?

Sebenarnya perasaan takut dan gemuruh wujud sebab kita di kelilingi dengan ramai orang. Semua memandang kita sebagai seorang lelaki yang akan diijab kabulkan, apatah lagi kengkawan yang perangai gila yang tumpang sekaki nak kejut pengantin lelaki ni. Aku nasib baik sebab kawan2 gila aku tak datang. Bapak aku dah cakap kalau diorang datang buat hal..dia sendiri akan halau. Tu dia....bapak aku lagilah hati kering.

Bila aku fikir balik, salah satu sebab lagi kenapa perasaan gemuruh itu ada kerana gemuruh untuk menerima tanggungjawab dari seorang ayah kepada perempuan yang menjadi bakal isteri kita berpindah ke kita. Yes, itu yang aku rasa. Aku rasa betapa berat untuk aku menerima tatkala aku diijabkabulkan. Betapa berat untuk aku menggenggam tangan tok kadi kerana terlalu merasai tanggungjawab itu. Itu yang aku rasa. percayalah, walau sehebat mana org itu, bila di hadapan tok kadi, mmg gemuruh.

Tak salah untuk gemuruh kerana itu adalah betapa perlunya merasai gemuruh itu. Apabila perkataan 'Sah' di sebut, maka di saat itulah dosa pahala isteri kita akan kita tanggung. Ya rabbi...berat lagi tangan yang akad, berat lagi bahu yang akan memikul.

Seberat mana tanggungjawab itu, itulah persediaan kita yang harus kita terima. Sebab itulah salah satu persediaan sebelum kahwin bukan sekadar pada duit. Tapi kesedaran mengenai tanggungjawab itu. Insyaallah bila ada kesedaran mengenai tanggungjawab itu, kita akan lebih redha dan menerima tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan cuba lakukan yang terbaik.

Aku tak nafikan aku masih baru untuk mengenali erti tanggungjawab. Bagi aku, tanggungjawab sekarang yang aku pegang terlalu sedikit dan terlalu awal untuk mengatakan aku dah buat semua. Aku masih berlajar dan akan berlajar untuk lakukan yang terbaik. Aku masih ada kekurangan. Biasalahkan, dah lama hidup membujang, dulu hanya pikir diri sendiri. rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Sekarang ni, apa yang kita buat semuanya kena fikir pada keluarga aku especially isteri aku. ;)

This coming Ramadan, aku berharap dengan kedatangna bulan yang penuh mulia ini kita akan memperbanyakkan segala amalan kita. Insyaallah. Yang penting back to basic puasa kena penuh beb. Melainkan kalau ada uzur syari'e yang kita tak dapat elakkan. :)




Monday, July 2, 2012

I'm married.



Alhamdulillah....

That is the best word describe about me. Akhirnya tanggal 2hb Jun 2012 aku diijab kabulkan bersama isteriku yang ku cintai. Aku bersyukur kerana segala rancangan aku dan doa aku akhirnya termakbul.

Now I'm married and I'm a husband of my wife, Rabieka binti Abd Rashid. Maka selepas bergelar suami maka banyaklah tanggungjawab aku. Bukan senang nak jadi suami. Yeap betul. Bila dah berkahwin, barulah aku merasai betapa hebatnya tanggungjawab itu.

And I'm thanks to God sebab aku diketemukan dengna isteri aku yang cukup memahami, understanding, kelakar, chillax, comel dan yang penting bagi aku, seorang yang penyayang dan beragama.

Dulu kemain sibuk mrata mencari bakal isteri. Sekarang, aku dah ada isteri aku. >_<

If you don't know her and some fiends asked me to publish our wedding photos, this is one of them. The rest masih belum siap lagi album. :)

And you guys know lastly why I'm saying that I'm the luckiest person. :)

Say hello to my lovely wife, say hello to new coming episode of married life and say goodbye to single guy...once I'm became.

She's sweet rite... :P

Monday, May 28, 2012

Old time sake...





Hari tu aku lepak ngan kengkawan aku. Dah lama tak lepak mcm ni. Sejak menghampiri kepada pengakhiran zaman bujang, makin kerap aku jumpa nggan kengkawan aku. Yeah...deep down in side my heart, it won't tell lies that I really miss my bachelor's 'timeline'. Sebenarnya mmg aku akan merindui zaman bujang aku. Aku rindu segala-galanya. Ada yang kenangan manis utk aku dikenang, dan ada yang terlalu pahit untuk ingat semula. That is the life for every people. Need to go on for no matters bring out ahead you.

Aku, Mat Ki, Mus, Sani, and a few peoples yang selalu hangout ngan aku ada sekali.

"Bro...dengar citer skang dah bersara jamming? Betul ke?" Sani besuara kat aku.

"Ntah..aku tak declare bersara pun. Dah lama tak main. Gitar elektrik aku dah lama aku jual sebab aku dah tak guna. Gitar acoustic aku adik aku amik sebab dia nak guna. Napa?" Aku bertanya. Sani salah seorang geng jamming aku. Dia pun dah lama tak jamming. Last yang aku ingat tahun 2010. Masa tu aku ngan kengkawan aku lepak kat Bandar Perda.

"Aku rindu bro zaman jaming. Sekarang ni lagu nak jamming pun dah tak banyak source. Nak harap lagu lama. Kalau ada pun jiwang karat." Sani luahkan perasaan.

"Ala..apa susah. Layan je la..bukan susah sangat pun." Mat Ki mencelah.

Mat Ki salah seorang bassis yang terbaik pernah aku jumpa. Seangkatan dengan aku dalam tahun 2005. Aku ngan Mat Ki ni lah selalu jamming. Dia masih aktif. Cuma aku tak leh ikut dia sebab terlampau aktif sangat. KL - Penang ni dah mcm Bayan Baru - Bayan Lepas je aku tengok. Kejap2 dah ada KL. Peminat setia gigs dan kalau band2 underground request khidmat dia, dia mmg tumpang sekaki.

Kami borak pasal jamming. Aku sebenarnya ikutkan jiwa muzik masih menebal dalam hidup aku. Aku suka muzik. Tapi aku berpegang pada prinsip asalkan tidak melalaikan. Jaming-jamming gak. Jgan overshot dah la. Sekadar nak lepas gian dan jumpa kengkawan lama. Itu boleh. Tapi sejak kengkawan aku dah berpecah, aku dah kurang dengan jamming ni. Zaman dulu 2001-2005 mmg zaman kemuncak aku jamming. Seminggu sekali mmg layan punya. Aku teringat lagi betapa seronoknya jamming sebab boleh berlajar menda baru. Seronok. Lagu macam2 yang main. Dari rock, metal slow punk. alternatif semua ada. Kalaulah Dangdut boleh jamming, dah lama dah aku buat. Wahaha...

Dalam borak2, Mus amik gitar kapuk dari bilik dia. Tu dia. Gitar yamaha acoustic dreadnought nylon string dengan  yamaha acoustic standard. Aku sebenarnya mmg suka dengan gitar yamaha ni. Kalau ikut bahasa kita, gitar tong paling best, gitar yamaha lah. Sebenarnya nama 'Gitar Kapuk' tu adalah bran gitar. Tapi bila dah berlambak sangat brand ni kat Malaysia, Istilah 'Kapuk' merujuk terus kepada gitar tong. Haha..

Aku amik gitar yamaha, tune balik tali satu-persatu. Aku try strumming. Nice..Mus mmg pandai jaga gitar. Maintainance  tak pernah miss. Bunyi mmg best. dalam dok sembng tu lah kami main beberapa lagu acoustic. Hotel California (Eagles), Nothing Else Matters (metallica), More than words (extreme) dan last boleh plak selit lagu carta hati (Najwa Latif). Cart hati lagu last minit. Sapa pun tak tua chord. Aku dan Mat Ki cari, last2 jumpa.

Sebenarnya, jamminglah antara afew things yang aku miss. Aku mmg suka jamming. Aku berlajar main gitar masa tahun 2000. Sifu aku ajar aku. dari zero sampailah aku berlajar mcm mana tune up sound. Smeua aku berlajar. Mmg terbaik sifu aku ni.

Apa2 pun aku tahu aku harus tinggalkan beberapa perkara. Sometimes, zaman bujang tak leh bawak ke zaman berkahwin nnt. And jamming ni pun aku rasa mcm tu. Aku harus berkorban sesuatu untuk concertrate kat menda yang lebih penting utk aku, Family aku. Means my wife, soon my children dan yang penting diri aku. I have to be responsible utk keluarga aku.

Sejak dah bekerja, aku kena concerntrate pada kerja. Then bila nak kawin, aku kena concerntrate utk masa depan keluarga aku. Aku tak nak nnt keluarga aku terumbang ambing sebab aku nak ikutkan hati dengna menda yang tak boleh mendatangkan return profit. Kalau sekali jamming dapat 3-4 ribu ringgit takpelah. Ni sekali jamming abis seratus. Hahaha...


OK...Dah pukul 2.30 pagi. Esok dating terakhir aku sebagai orang bujang bersama tunang aku yang tercinta. ;)

Selamat malam semua sahabat-sahabat aku. Assalamualikum...

Tuesday, May 22, 2012

Busy days...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


This week and next2 week bermulah episod aku tour satu Penang. Minggu busy teramat sangat. Kad-kad jemputan sedang diagihkan merata. Kelmarin hari Isnin aku edar kad jemputan aku. Turun dari penang sampailah ke Parit Buntar. Tu dia aih..persiapan sedang dibuat untuk menghadapi tarikh aku berkahwin. Hahaha...giler seyh..penat aku. 

 Esok pun sama. Aku tak abis lagi nak bagi kad aku kat tempat kerja lama aku. 

Kekadang bila nak kenduri nilah ada beberap insiden yang kurang manis aku nak hadap. Dugaan bagi aku...

"Weh..apesal ko tak bagi kad kat aku?? dah lupa kawan ke?"

"Wah..nak kawin ni..aku pun ko tak ingat...nasib baik kawan aku sorangni dapat kad..tu baru aku tau ko dah nak kawin..kalau tak..aku mmg tak tau."

OK..menjawab soalan pertama, sriously aku bagi ka kat orang yang aku rapat je. Mintak maaflah..aku bukan tak nak bagi kat dia pun..the fact is aku mmg tak rapat. Dulu masa jumpa aku buat tak reti je. Nak sembang ngan aku pun buat bodo. Sombong. Aku tak kisah bab tu. Masing2 ada perangia masing2. Tapi bila tak dapat kad..jgnlah kita bising. Aku ada kuota aku sendiri untuk aku nak edar. Anyway..ni kenduri aku. Aku ada hak nak panggil ke tak. Bila bab jemput je...mulalah nak petik ayat lupa kawan. Ape selama ni dia kawan ke ngan aku? Hurm...aku tak balas dendam pun..cuma adatlah..aku mmg tak nak panggil sebab aku tak rapat. Sebba aku pun macam tu. Bila orang yang aku tkarapt tak panggil aku..aku mmg tak kisah sebab kalau kena panggil nnt aku akan serba salah. Kaalu tak datang nnt dikata plak dah panggil tak nak datang. Bila datang, aku bukan kenal sangat dia...mmg akan jadi masalah.

Soalan no 2 ni aku dapat 2 orang yang tanya aku. Pertamanya..dlu ngan minah ni aku mmg rapat dengan dia sebagai officemate aku. Seriously aku rapat. Mcm mana rapat nya aku dengan dia? Kami selalu share makanan waktu sarapan ataupun lunch. Tu dia...mmg aku rapat. Aku selalu tolong dia masa kerja dan dia pun sama. Tapi aku ada kecik hati gak sebab lepas 3 minggu aku resign dari tpt keja lama aku, aku di fahamkan dia tak bagi kad kat aku. Aku tak tau reason dia apa. Kot yer pun tak leh jumpa aku sebab aku dah tak keje..kirim je kat kawan aku yang lain. Satu lagi, no telefon aku ada. Tu yang buat aku kecik hati. Kekadang bila jadi mcm tu aku tawar hati jugak nak jemput. Al kisah masa aku pegi kat office lama aku dia ada kat situ aku bagi by hand kat kawan aku kebetulan duduk sebelah dia. Terkulat kulat dia tengok aku sebab dia tak dapat kad. Aku bukan tak kesian kat dia. Tapi aku rasa just make it fair. Ko tak jemput aku, so aku tak jemput ko. Bukan aku ni besar sangat nak kenduri. Tapi aku rasa kalau dia betul-betul anggap aku kawan dia, telefonlah aku bagi tau yang dia nak kenduri dah. Tak bagi kad, jemput pakai air liur pun jadi. Aku akan datang punya. Aku akan usaha datang jemputak kenduri kengkawan aku walaupun jauh sekali pun. Insyaallah. Tapi bila fikir balik, dia takde alasan tak dapat jemput aku sebab FB aku dia ada, no telefon aku dia ada, kengkawan aku yang kau selalu hangout sampai sekarang kat office dia pun still ada. Kot mana pun senang nak cari aku. Aku tak pernah cakap kat dia kenapa tka bagi kad kat aku. Aku diam je. even dia nak tanya aku kenap aku tak datang pun tak. Tapi bila aku tka bagi kad, jgnlah bising kenapa tak dapat. Aku pun jawab dengan baik kenapa aku tak bagi. Aku tau raut wajah dia ada muka kesal yang dia buat kat aku. I'm so sorry, tapi aku just nak make it fair. Kalau dia datang kenduri aku, aku alu-alu kan..aku taklah sekejam sampai tak bagi langsung dia datang, but aku tak ajak. And you are welcome to come. :)


Yang keduanya ni mmg aku marah giler. Sorang pun cakap kat aku soalan no dua. Reason kenapa aku tka bagi kad sebab dia dah tukar no. Ni jenis perangai orang kerap tukar no 3 kali setahun. Aku tak faham kenapa. Dulu kata Celcom tak best, tukar Maxis. Then kata Maxis tak best tukar DiGi. Lepas tu back tu old time pakai Celcom. Apa cer? Ko dah menyusah kengkawan bro. Bukan aku sorang, ramai merungut sbb susah nak contact dia. So dengan aku sekali tak dapat hubungi dia. No yang ada kat aku no lama dia. Kat 2 tahun aku tak leh call dia. So bila dia jumpa kawan aku yang dapat jemputan, dia terasa kenapa tak dapat. Agak2 korang boleh agak tak kenapa dia tak dapat? Yeap..sebab....aku tak leh cari dia. Sebab tulah orang mcm tu aku malas nak layan. Tu pun dia amik no telefon aku kat kawan aku ni. Selama ni no aku dia tak simpan. Then terhegeh nak jemputan aku? WTF ??


Bagi aku, biarlah aku jemput dengan ikhlas. Again, aku ada hak untuk nak jemput sesapa pun datang kenduri aku. Sebab kalau orng tak jemput aku sebab atas dasar hak diorang, kenapa aku tak boleh? Aku tak sombong, in fact kat 200 kengkawan aku semua aku jemput dengan kad. So yang jemput pakai FB tak buat lagi.


Yeah..mungkin next week aku akan jarang update. Busy.

Adios..

Tuesday, May 8, 2012

Forgiving..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Hari ini kalau dicongak kepada kiraan aku, kurang dari sebulan aku akan menamatkan zaman bujang aku. Allahmdulillah. Aku bersyukur. Persiapan semuanya sedang dibuat dan almost 80 percent done.

Tak sangka aku akan berkahwin dalam tempoh mcm ni. Tahun 2012 tahun aku akan berkahwin. Past years, aku tak tahu bila aku akan menamatkan zaman bujang aku. Punyalah dok fikir, bila lah nak kawin last2 Alhamdulillah...here I am. Going to be somebody's husband. YEAAHHH !! \m/ \m/

Sebenarnya topik yang nak aku story kat sini bukan pasal kawin. Yeap korang sure boring bila baca je asyik2 pasal kawin aku kan. Aku tak boring..excited ada lagi..haks...

'Memaafkan.' Itu topik yang aku nak share and story kat sini. 

For the past 6 years, aku pernah menyimpan perasaan marah kepada seseorang. Aku berat hati untuk memaafkan seseorang ni. Aku bukan jenis suka berdendam kat orang apatah lagi tak nak memaafkan orang. Tapi bila fikir dengan apa yang pernah seseorang buat kat aku, aku ditipu selama betahun-tahun, dialah satu-satunya manusia yang aku tak pernah maafkan. 

Sehinggalah ditakdirkan oleh Allah aku dihubungi oleh seseorang yang aku dah lama lupakan pasal dia. 

Berat untuk aku memikirkan pasal ni. Yerlahkan...bila kita benci seseorang yang pernah buat kita merana dan susah, kenapa kita nak fikir balik pasal dia. Bukak buku baru dan tutup buku lama. Itu je pemahaman aku. Tapi bila dah jadi macam ni aku tak suka sebab semua ni lah yang akan jadi susah balik.

Boleh dikatakan perbualan telefon aku dengan seseorang hampir sejam. For the past 6 years dia explain kat aku kenapa dia buat kat aku mcm tu. Kenapa dia tipu aku dan kenapa dia tikam aku. Bagi aku semua tu tak penting walau apa pun alasan dia. Aku tak peduli samada dia nak mintak simpati aku or cuba nak start a new relationship ke...yang penting bagi aku past is past. Aku tak nak fikir semua tu. Masing2 dah ada life sendiri. Kenapa sekarang baru nak hubungi aku untuk berikan penjelasan? Kenapa sekarang call aku untuk mintak simpati? Kenapa call aku sekarang bru nak reveal reason dia buat kat aku? Kenapa lepas 6 tahun?

Well..aku tak tahu kenapa. Seriously aku tak tahu. Mugnkin dia rasa bersalah dan tak dapat simpan perasaan bersalah. Mungkin dia rasa tak tenteram selagi tak bagi tau aku? Atau dia nak jernihkan relationship aku dengan dia?

So this is my answer as I told someone tu. Tak kira walau apa pun reason yang dia nak bagi, bagi aku menda dah lama. Aku dah totally lupakan dia. Aku dah fikir hidup aku, aku dah fikir kehadapan. No more turning back and mourning about my past. Sometimes, mourning and think about the saddest thing won't favour me. Yeap...walau apa pun alasan dia, aku dah tak nak fikirkan pasal menda lepas. 

At last for the first time selama 6 tahun, aku maafkan dia atas kesalahan yang dia pernah buat kat aku. Yes..aku maafkan dia dengan ikhlas. Bukan kerana atas cerita simpati yang dia story, bukan kerana dia call aku and suddenly I have a blues feeling yang buat aku nak maafkan dia. Aku maafkan dia sebab aku tak nak fikir lagi sejarah lama. Buat apa bila aku nak lupakan sejarah lama, tapi hati aku masih berat unutk maafkan seseorang. Biarlah kisah lama aku terkubur mcm tu. Aku nak kisah lama aku terkubur dengan aku memaafkan dia. 

Aku advise dia, walau apa pun life dia lepas ni dia terpaksa harungi, jangan sesekali menipu orang yang kita sayangi. Jangan sesekali kita musnahkan harapan orang yang kita sayangi. Allah itu maha berkuasa, Allah akan membalas perbuatan kita kelak. Dan dari apa yang dia story kat aku, dia mmg merana dengan kehidupan dia. Biarlah cerita dia hanya aku yang simpan. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Berkuasa. 

Aku maafkan dia kerana aku nak lupakan terus cerita lama aku dan pada masa yang sama, aku nak dia dapat teruskan kehidupan dia dengan mendatang dengan lebih tabah dan kuat lagi. Biarlah apa yang jadi kat dia sebagia pengajaran dalam kehidupan. Sekurangnya dia tahu bagaimana diri terasa dikhianati dan ditipu. 

Untuk kali terakhir aku mintak dia jangan telefon aku aku. Or jangan hubungi aku sampai bila2. Dia tau aku akan menamatkan zaman bujan nnt. Dari mana dia tau..aku sendiri tak tahu. Tapi aku boleh rasa someone bagi tau dia sebab aku masih lagi contact dengan kawan aku sorang ni. Its ok..

Bagi aku walau dia mintak sedikit nilai persahabatan untuk aku lepas ni, maaf aku cakap, aku tak mampu bagi kerana aku tak nak ulangi kisah silam aku. Biarlah dia dengan kehidupan dia. Dan aku dengan kehidupan aku. Bagi aku persahabatan yang terjalin antara aku dan dia selama berpuluh tahun cukup lama untuk aku menilai sejauh mana kejujuran dia dalam persahabatan. Aku tak mampu nak ulangi lagi persahabatan aku. Aku tak mampu lagi ulangi semua tu dengan dia. Aku tak nak jika aku mulakan sesuatu yang telah berakhir, padah lain akan menimpa. Aku tak nak. Biarlah...cukuplah dengan aku telah memaafkan dia dengan ikhlas dan jujur. Cukuplah aku dah dengar pengakuan dan luahan hati dia dan cukuplah dia dah dengar luahan hati aku.

Aku tak nak kehidupan aku dengan 'bakal isteri' aku yang aku cukup sayangi akan terjejas kalau aku mulakan persahabatan. Sebab aku tau dia mcm mana.

Bila fikir balik ini semua ada hikmah disebalik dia call aku. Kalaulah aku tak answer that call mungkin aku tak dapat nak sebut perkataan aku maafkan dia. Mungkin perasaan dendam itu masih wujud. Mungkin aku masih marahkan dia. Aku sebenarnya kesian kerana bertahun-tahun dia dihantui perasaan bersalah. Dia cuba untuk hubungi aku tapi tiada kekuatan dan akhirnya dia call aku jugak. Allah itu Maha Kaya dan mugkin bila dekatnya tarikh aku nak berkawin Allah aturkan untuk aku supaya memaafkan seseorang. Ujian dari Allah dan abgi aku, aku nampak rahmat dari Allah in a positive way. Alhamduillah..aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah...

Untuk kali terkakhir, terima kasih kerana call aku. Walaupun apa yg dia bagi tau kat aku dah menda tak perlu diungkit, sekurangnya aku tau kenapa dia buat mcm tu. Terima kasih kerana 'ada hati' nak call aku. Terima kasih kerana masih lagi untuk bersahabat dengan aku. Tapi maaf aku katakan, aku tak dapat menerima persahabatan itu dan aku terpaksa menolak. Aku menolak bukan kerana aku marah, tapi cukuplah persahabaran aku selama 19 tahun dah cukup mengajar aku banyak perkara. Aku menolak kerana aku tak mampu melihat kebelakang. D hadapan aku hanyalah kehidupan aku, keluarga2 aku dan bakal isteri aku yang aku sangat-sangat sayangi. Di hadapan aku ada cita-cita aku yang masih jauh untuk aku kejar. Bukannya persahabatan yang aku terpaksa bina setelah 19 tahun aku merasai betapa peritnya aku lalui. 

Terima kasih buat kali terakhir kerana merungkai semua  persoalan aku. 

Dan untuk kali terakhir, terima kasih kerana call aku untuk aku memaafkan...hati aku kini tenang..Alhamduillah..


1988-2006 - FRIENDSHIP IN MEMORY

***********

Wednesday, April 18, 2012

Kerja oh kerja....


Dah lama aku tak update blog. In fact, I almost forgot the existence about tycooncyber's blog for a few weeks. Lolz..

Sebenarnya tak banyak nak story kat sini. Aku still dengan life aku. Pegi kerja..then balik..esok sambung kerja. Kehidupan seorang yang bernama Mohd Fauzi sungguh sadis. Aku dah rasa mcm tak reti bercampur dah. Wahaha...Sejak aku meninggalkan alam kerja 'normal shift', aku dah jarang jumpa kengkawan aku. dulu almost everyday aku jumpa. Lepas keja mesti aku lepak ngan kengkawan aku. Komitmen untuk cari 'awek' or any commitment sebagai 'orang dah ada' mmg tak terfikir langsung. Yerla..single life is my life and I'm willing to do anything I want. Haha..

Sekarang ni, sejak aku dah memasuki alam pekerjaan baru for almost 4 years, aku dah berubah. Aku dah jauh berubah dari segi cara aku berfikir, dari segi cara aku melakukan sesuatu. kerja aku banyak komitmen. Meeting, scheduling, shift planning, ticket management, nak jaga orang bawahan aku lagi semua kena fikir. Yeap. I'm no longer work alone. Semua nak kena fikir pasal orang lain. Bila fikir balik, aku rindu kerja macam dulu. Kerja buat sensorang. cukup time, balik. Cukup target, submit. Syokkk!! Tapi kerja tetap mcm tu, seriously no adventures. Mmg tak ke mana. But aku bersyukur kerja macam tulah aku berlajar macam-macam. Politik kerja yang sentiasa nak kena hadap, mmg banyak. Tikam belakang, pijak kengkawan, semua ada. Cakap je.

Aku sebenarnya dapat offer kerja kat tempat lama aku. Last months kot. HR dari ECHO Broadband call aku. Aku kenal siapa dia. One of the HR manager kat situ. Aku pun borak kosong. Last baru dia straight to the point. Well, aku kata aku tak sure sebab aku nak tengok mcm mana. Sebenarnya itulah taktik aku. saja jual mahal. bagi aku, kalau diorang betul-betul nak kat aku, why not try to approach me in a right way kan? Nape? Tak boleh? Try tanya tunang aku. Ekeke..she knows what I mean kan. Last diorang ajak aku datang office. Konon nak deal ngan aku pasal employment ni. Aku datang office seperti yang dijanjikan, aku borak ngan HR.

Diorang offer aku jadi senior tech kat sana. Ok good. Aku tnaya job scope and project in case aku hired. The way diorang sembang ngan aku mmg nampak menarik. Last but not least, aku tanya pasal salary. Diorang offer RM200 shy. Aku senyum. Aku cakap kat dia yang aku tak dapat terima kalau dapat short RM200. Second thing, no OT, no allowances, and no extra benefit yang ada. Sekadar pegang post tu then tak buat apa. Aku menolak cara baik sebab aku tak boleh.

Bukan aku nak berkira, bagi aku everybody has its own right. Aku perlu memilih bila bercakap pasal $$$, aku perlu berkira bila nak cakap pasal income, aku perlu pikir in a long term pasal ni sebab melibatkan masa depan aku dan kerjaya aku. Aku kerja bukan untuk masa pendek, aku kerja untuk masa panjang beb. Cukuplah khidmat aku kat sana. Aku pernah kecewa banyak kali sebab aku ditikam dari belakang oleh kawan aku. Disebabkan dialah aku terlepas nak buat pilot project kat German, disebabkan dialah aku tak dapat top performer, disebabkan dialah aku tak naik gaji !! Aku bukan jenis takde disiplin. Aku susah nak datang kerja lambat, apatah lagi ponteng kerja. Jenis aku, kalau aku ada kerja aku akan buat sebaik mungkin sampai siap.

Tapi bila ada orang suka potong trip dengan cara tak elok, aku rasa sakit hati dan pihak management lebih-lebih lagi manager aku masa tu buat tak reti. 'Takde rezeki'. That is their reason. Amboii..... Alhamdulillah berkat kesabaran aku dan kejujuran aku kerja, aku dapat offer jauh lebih baik dari sekarang ni. Aku dapat apa yang aku nak. Aku beryukur kerana aku dapat kerja ikut jiwa aku. Aku beryukur kerana sepanjang aku kerja aku dah dapat 4 recognition dari pihak managemant dan aku bersyukur kerana aku dapat hasil usaha aku sendiri tanpa menikam orang dari belakang, tanpa aku kacau periuk nasi orang. Aku bersyukur.

Aku bangga? Yes aku mmg bangga kerana aku boleh dapat semua ni. Namun aku masih merendah diri kerana aku sedar Allah memberi rezeki kat aku. Aku sentiasa berdoa agar aku dimurahkan rezeki. Tetambah nak kawin plak ni. Aku bersyukur. Last, sebelum aku balik dari jumpa HR company lama aku, aku pulang paku buah keras. Aku cakap apa yang aku nak cakap. Aku kata aku tau menda ni dah lama, sepatutnya aku tak patut cakap tapi aku luahkan jugak. Kenapa aku tengok sekarang ni, kengkawan aku yang dah kerja lama dan still kerja masih ditakuk lama? Sebab management. Management tak reti nak appreciate staff. Second kat sini ada kumpulan A dan kumpulan B. Tikam dari belakang. yang bestnya, kawan aku yang buat kat aku dulu pun masih ada. Bila tanya, kerja mcm tu jugak. masih pakai motor buruk. Bukan aku nak menghina. Tapi dia sendiri pernah cakap kat aku one day dia akan naik pangkat dan dia cakap besar dengan aku. Tak salah kalau bercita-cita tinggi tapi biarlah cita-cita kita yang ingin kita laksanakan tanpa menikam belakang kengkawan, biarlah kerja dengan jujur bukan dengan kacau periuk nasi orang. Tak berkat. Last? Apa jadi ? Pakai moto tu jugak. kerja tetap macam tu jugak.

Dulu kemain cakap suatu hari nanti dia nak berlagak depan orang yg dia akan naik pangkat, dia yang paling layak, suka menghina orang. Tapi Allah balas dan Allah tak memberkati apa yang dia buat. Yang aku dengar cerita, dia berhutang terlalu banyak.

Bagi aku kerja apa pun biarlah ikhlas, jujur dan jangan sekali menipu apa tah lagi kacau periuk nasi orang. Biar kita kerja tanpa mengharapkan balasan. But percayalah orang akan perhati kita. Manger, management, team member dan anak buah kita. rajin-rajinkan diri untuk ringan tulang. Insyaallah Allah akan membalas perbuatan kita. Itu yang penting. Aku ajar anak buah aku mcm tu. Team work. We are brotherhood. Ada apa masalah, share. No need to worries. Aku selalu cakap mcm tu kat diorang. Walaupun kami berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza taraf pendidikan tapi kami semua sama. Kami tolong satu sama lain. Aku bersyukur sebab soo far takde lagi perangai tikam belakang ni. Alahamdulillah. Biar seteruk mana kerja, biar sesusah mana kerja, tetap akan jadi senang dan happy. Sebab kami tolong antara satu sama lain. Sebab tulah kenapa aku rasa berat nak tinggalkan company ni. Aku kerja dengan ramai bangsa. Cina, india, melayu, semua ada. Majoriti cina. tapi aku boleh duduk dengan diorang. Tak lupa gak ngan 2-3 orang awek cun yang selalu datang kat sini untuk audit. Ekekeke...well aku tak ngorat. Aku suka kawan ngan diorang sebab diorang mmg baik. Lagi pun diorang buat audit at least boleh la kawtim satu dua. :D

Well aku harapkan aku dapat maintain momentum kerja mcm ni. To my team, aku mmg bangga ngan korang. Susah mcm mana kerja sekali pun, korang tak pernah merungut. Korang tak pernah bising. Korang tetap buat. Alhamdulillah sebagai balasan, aku purpose sorang dua naik jadi permanent staff. Semua aku purpose naik gaji untuk bulan 10 nnt. Well diorang tak tau lagi pasal ni sebab aku tak nak. Nnt bila dah tau esok lusa naik kepala. Mula kerja nak malas sebab dah rasa selesa. Yang tak best esok nnt bergaduh. Yes aku purpose kat boss aku yang semua staff aku akan naik gaji. Atleast 7 percent. Diorang banyak dapat recognition hasil usaha diorang. sebagai superior, tanggungjawab aku untuk naikkan diorang. Alhamdulillah. Aku mmg sayang ngan team aku.

Hopefully plan aku akan berjalan lancar. Insyaallah....

Wednesday, March 28, 2012

Final countdown....


Assalamualaikum w.b.t...

Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. Shift malam minggu ni dan terpaksa bermalam di office aku selama 3 minggu berturut-turut bagi memenuhi tuntutan boss aku untuk support night shift untuk this quarter end. Terima kasih boss, anda telah berjaya 'mengconvertkan' aku menjadi Batman. Masuk kerja malam, balik kerja pagi buta. Sebenarnya the next week for our calender, Intel calender is a WW14, means, the auditor from Us nak datang sini untuk audit system kitorang kat bulding ni. Selaku seorang kuli yang menjaga system komputer di banggunan ni aku terpaksa bertugas dengan anak2 buah aku waktu malam untuk support. Aku bukan sangat suka kerja malam. Sebab boring, dah tak leh keluar makan kat luar dan yang penting, asal malam je semua nak tido. Ceyyy.....

OK..last 2 weeks my fiancee balik dari Melaka. Terubat rindu gak. Rindu seyyhh..giler kau. Tiap2 hari tengok gambar, dengar suara. Tuan punya badan ghaib kat sana. Haha...ni baru bertunang, sok-sok dah kawen tak tau lah. Sebagai seorang tunang mithali, aku sanggup berkorban jarak dan masa semata-mata mahu melihat tunang tersayang aku berjaya. Ceewahhh.... :D Dan insyaallah lepas kawin je nanti secara automatik status aku akan menjadi suami mithali. Insyallah...hehehe...alahai..dok berjauhan bukan lama tara mana (loghat Penang jap). Ramai lagi kengkawan aku terpaksa cakar dinding selama 4 tahun sebab wifey/hubby diorang berlajar kat oversea. Tu dia. tu pun rileks je. Aku kire nasib baiklah sebab setahun setengah. lepas tu cubaan melanda tunggu tunang aku, OPSS...wife aku (sebab masa ni dah kawen dah) posting.

Cakap pasal kawin, one whole week aku busy. Serious busy yg amat sangat. The week yg tunang aku balik cuti, time tulah kerja aku berlambak-lambak. Meeting, kerja, active aging ticket, shift management, planning, daily task, preventative maintenance dan dll semua nak kena buat dalam masa 3 hari. Yess..3 hari. Ikutkan lepas waktu off day aku lepas kerja (aku kerja ikut shift - days working, 3 days offday..best kan??? ) aku kena datang OT sebab banyak kerja yang kau kena buat. But....disebabkan sayang aku balik maka aku cancel semua OT dan aku kasi can kat assistant aku dtg amik alih tugas aku. Haa..baru dia tau tugas shift leader mcm mana. tu pun aku dah bagi quarter je dari kerja aku sutuh dia settlekan. Anyway he did a good job and dia settle beyond my expectation and dia mmg committed. Ada chances untuk naik pangkat soon. Hehe. Offday aku and tunang aku pun membeli belah. Shopping beli barang hantaran, buat tempahan, settlekan HIV test, macam-macma lagilah. to be honest, rekod aku shopping paling lama kalau aku keluar sensorang ialah 2-3 jam. Sebab aku mmg dah plan nak beli barang sebelum aku shopping. But keluar dengan tunang aku, it took almost 6 hours untuk melengkapkan senarai barang. Bukan sebab tunang aku, tapi menda yg nak dicari tu lah yg makan masa. Series beb. Sampai lenguh kaki aku beberapa hari tu. Apa pun aku rasa happy sebab aku dapat jumpa tunang aku, spend time and she seems happy sebab dapat shopping sekali. One week in a row, thousand ringgit of cash burns mcm tu je. Huu....kawin..kawin....dah jadi adat. Semua nak beli yg menarik dan terbaik. Kawin empat  sekali seumur hidup. Maka nak beli barang hantaran mestilah yg terbaik dan menarik kan ??


Alhamdulillah, semuanya settle. Tunggu masa nak kenduri je. door gift dah beli, baju dah sewa dan tempah, semua dah buat. even kad kahwin pun aku dah siap. Aku jenis tak suka lengahkan. pernah jadi kat kawan aku, lagi 2 minggu nak kenduri baru edar kad kahwin. Sebab? kad kahwin baru je siap. Alahaii....mintak simpanglah segala mcm benda tak elok nnt.


Soon, I'm gonna be a husband of somebody, and i have a wife. Banyak tanggungjawab sehh. Bila difikirkan tentang tanggungjawab seorang suami, banyak. Tetambah mcm aku. Anak sulung lagi. Adui yaiii...


Dan yang penting..the clock is ticking and I'm starting to countdown..tak lama dah beb...lagi 2 bulan jer...huhuhuhu.....


Sebagai penutup aku selit gambar fishing trip aku ngan geng2 aku. Untuk pengetahuan semua especially kengkawan ex-universiti aku dulu, aku skang ni ada hobi iaitu memancing. dah lama dah aktiviti ni. kat 4 tahun dah. Merata aku dah travel. Semenanjung smeua aku dah travel. So tak hairanlah nnt kalau tetiba korang tgk dalam facebook aku banyak gambar ikan dari aku. hahaha..Seronok sebenarnya memancing ni. Some people say buang masa dan duit, but berjudi dan melepak tak tentu hala lagi buang masa. Sekurangya ada hasil dengan memancing kan?

Lokasi: Batu Payung, Pulau Aman, Pulau Pinang.



View Larger Map
Tarikh: 8-9 March 2012 (bermalam 2d1n)
Hasil tangkapan: Jenahak 1.3-2.0 kg (6 ekor)
                             Ikan Merah (red snapper) 0.6-1.0kg (4 ekor),
                             Siakap putih (burumundi)0.8kg (seekor),
                             Ikan yu 0.5 kg (seekor),
                             Ikan tanda/anak jenahak 0.4kg (2 ekor)
                             Ikan pari/ketuka 0.4kg (2 ekor)






Monday, March 5, 2012

Lelaki kuat merajuk MACAM AKU !! :D



Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih Wan sebab post kan kat aku kad jemputan walimatulurus. Alhamdulillah, 23hb Mac ni Wan sahabat aku akan sah bergelar seorang suami. Comel betul. Aku kenal Wan since 2 years ago. Masa tu aku attend reunion NGO Panggilan Pertiwi di Kuala Lumpur. Dah kebetulan dia orang senegeri aku dan bermastautin di Johor kami jadi rapat sebab aku banyak cerita kat dia tempat kelahiran kami. Dia dah kat 4 tahun tak balik Penang sebab org tua dia semua dah takda. Dia plak masa tu bertugas sebagai jurutera Maxis dia sana. Insyaallah Wan, akan aku datang. Apa yang menarik, dia pernah berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dia di Penang, dan hasrat dia tercapai. Insyaallah. Jika takda aral melintang, 23hb ni aku akan sampai. :)


Sebenarnya sedikit luahan yang aku nak tulis kat sini. Sikit je. Tak banyak. Aku selalu ditanya kawan2 aku, kenapa aku selalu mengalah dalam sesuatu hal? Sbg contoh kalau aku diberi pilihan untuk memilih antara A dan B, kalau orang lain suka B aku akan pilih A walaupun aku suka B. Kenapa? Jawapan aku senang, aku tak nak burukkan keadaan dan aku mengalah sebab aku tak nak tengok orang lain sedih. Itu jawapan aku. Aku jenis tak kisah dalam membuat pilihan, aku sanggup mengalah asalkan orang lain bahagia. jgnkan kawan2 aku, dirumah sekalipun aku mmg mcm tu. Mak aku dah masak dengan perangai aku. Sebab, dirumah sebagia anak sulung, aku tak suka jadi seorang abang yang 'kena ikut cakap aku' or 'aku kena pilih dulu' jenis aku biar adik beradik aku or mak bapak aku pilih dulu then baki aku amik. Samalah dengan kawan-kawan aku. Kalau menda remeh aku jenis tak kisah, korang amik dulu org korang buat lah mcm mana asalkan korang bahagia. Aku tak kisah.

Kekadang apa yang aku selalu disalah erti. Ada kata aku jenis merajuk sebab setiap kali aku cakap "its ok...saya tak kisah" or "takpa...saya boleh terima" or as simple as "its ok..." Aku kaki merajuk? Aku kuat merajuk? Hahaha...aku bukan seorang perempuan yang kaki merajuk, aku bukan seorang 'hati itsu' yang sikit2 nak merajuk. Ok..apa itu merajuk? Secara peribadi, definisi aku kepada merajuk ialah someone yang tersentap hati dia bila kemahuan/hasrat seseorang tidak tercapai dan dia rasa sangat sedih kat orang lain. In fact kalau kita tengok perempuan merajuk pun dah faham. Buat muka, tak nak cakap dan yang penting bila merajuk je, KENA PUJUK !! Biasalah perempuan, that is why  adanya lelaki2 yang kena pujuk dan dah menjadi lumrah seorang perempuan yang merajuk. Aku mmg susah nak merajuk. Merajuk bagi aku manja. Merajuk bagi aku bagi aku need attension. Merajuk bagi aku something yang perempuan yang tahu. Dan they are very good at it. Kan? :D

Aku pun manusia biasa. Tak pernah terlepas dari sebarang kesilapan. Apatah lagi dosa. Ya Allah...kalau dikira dosa aku, mmg banyak. Aku bukan insan perfect yang 24/7 dapat pahala. Jenis aku, aku mmg suka mengalah. Sebab aku tak nak terjerumus dalam konflik. Kekadang bagi aku, mengalah ni perlu sebab bila aku mengalah sapa pun tak sakit hati. Sapa pun tak perlu nak mengata kat orang lain. Walaupun aku terpaksa menelan pahit dan terpaksa menerima kepahitan akibat aku mengalah. Sebab? Aku lebih suka org org lain happy dan senang dari aku nak menangkan diri sendiri dan at last org lain tak puas hati. Itulah aku. Kekadang, mengalah ni lah yang memakan diri aku sendiri. Pernah jadi kat aku. Asalkan orang lain bahagia dengan aku terpaksa mengalah, aku terima. Itulah aku sebenarnya.

Mak aku selalu cakap kat aku. Kekadang mak aku bising kat aku kenapa aku suka buat mcm tu. For example dalam family aku selalu mengalah sebagai anak sulung. Aku jenis malas nak bolot, aku jenis tak suka nak gunakan status abg sulong, boleh, aku mmg boleh guna tapi bila pikir balik, banyak nnt rasa tak puas hati dari rasa happy, banyak rasa berdendam dari rasa senang hati. The best result, aku mengalah. Itu yang senang asalkan keluarga aku bahagia dan adik beradik aku happy.

Bila fikir balik, mmg betul, kekadang apa yang aku buat selalu org missjudge dengan apa yang aku express. Kekadang aku diam, sebab aku jenis malas nak konflik. Kalau aku marah, aku lebih suka diam. Aku sanggup diam berhari hari dari aku nak bising 24jam. Aku bukan perangai mcm pakcik aku yang sorang ni. Kalau nak marah je, mesti nak bising sampai berhari baru diam. Sakit hati kan nak dengar? Soo aku lebih suka diam. Sebab aku tau emosi aku mcm mana. Aku pun ada sikap hilang sabar. Aku pun ada gak sikap panas baran aku. Aku manusia hina yang tak pernah terlepas dari kebarang kesilapan dan dosa. Sebab tu aku amik pendekatan "DIAM". Sebab kalau aku bising aku susah nak berhenti, kalau aku betul-betul marah mmg susah aku nak reda. Biar marah aku dengan diam. dari marah aku nak herdik orang, nak berleter, nak maki orang 24 jam. Sebab tak guna. Aku tau siapa pun tak suka kena marah, siapa pun tak suka kena herdik. Sama dengan aku gak.

Aku tau kekadang orang tak boleh terima aku mcm ni sebab aku jenis diam. Kalau aku ok, aku mmg nnt cakap banyak. Buat lawak, cerita macam2. Tapi bila marah aku akan diam, sehari? dua hari? seminggu? Aku tak tau. Tapi itu sikap aku. Dan aku bukan jenis suka simpan lama2. Kalau aku marah, bila marah aku cool aku tak simpan. Aku bukan berdendam. Aku tak suka nak mengungkit. Kalau setakat mengingatkan kesilapan aku agar aku boleh perbaiki, aku akan sentiasa ingat dan aku boleh terima. Tapi aku tak suka mengungkit cerita lama or apa yang aku buat semata-mata nak jadikan point untuk salah aku. Nak settle, settle sekarang. Yeap, aku ada ego aku. Aku akui. Ego aku sebagai seorang lelaki, ego aku sebagai anak sulong dalam keluarga. Aku ada. Tapi ego aku, aku tau kat mana nak letak. Aku tau kat mana nak guna. Kalau aku buat salah, aku akan mintak maaf dengan seikhlas ikhlasnya. Aku bukan jenis orang tak nak mengaku salah. Aku bukan jenis orang nak semua betul.

This is me. Aku mmg mcm ni dari dulu. Aku dah banyak tengok sikap panas baran orang. Sikit2 nak melenting nak maki hamun orang. Hilang sifat sabar. Aku pun kalau di situasi yang jadi mangsa aku pun tak suka. Aku pun melenting. Sebab tu prinsip aku, aklau aku tak suka orang buat kat aku, aku takkan buat kat orang.

Aku faham, kita manusia ni kekadang tak terlepas dari kesilapan. jgnlah buruk sangka dengan aku. Once kalau aku cakap "IT's OK" means aku betul2 maksudkan "ITS OK". Full stop. Jangan pertikaikan "It's Ok" aku tu tak ikhlas ke, mcm terpaksa ke, MERAJUK ke. Kalau aku tak suka, aku takkan cakap "IT'S OK" Aku akan direct cakap aku tak suka mcm tu. Sebab bila aku kata "IT'S OK" orang akan kata aku merajuklah, tak nak ajak lah lepas ni lah apa lah, itu yang aku tak suka. Ok, kalau lah aku merajuk, aku letak telefon terus, berhari aku tak cakap, senang cakap buat mcm perempuan merajuk. Hahaha...the fact is aku sendiri tak pandai nak pujuk perempuan merajuk. Inikan aku nak merajuk. Sebenarnya, aku tak suka tulis hal peribadi aku. cerita pasal aku mcm ni. Cerita pasal perangai aku kat sini. Tapi aku nak bagi orang faham mcm mana aku. Family aku kenal aku mcm mana. Bila org tak kenal aku, akan letakkan something negatif kat aku. Aku tak leh boleh menghalang persepsi orang. Tapi sekurangnya aku nak orang tau aku mcm mana. One thing, jangan buat lawak or nak saja nak kenakan orang dengan melibatakn perasaan orang. itu yang aku
cukup tak suka. Sebab aku nak buat lawak or nak kenakan orang aku cuba untuk tidak melibatkan perasaan dan hal peribadi dia. Nak kena kan orang nak buat lawak aku boleh terima janganlah kita sebut pasal hal peribadi. Tadi sorang dah kena maki ngan aku. Aku tak suka. Aku minta maaf bukan aku nak aibkan sesapa, kekadang family aku sendiri suka buat mcm tu. Aku tegur banyak kali. Nak tease orang nak seloroh jauhkan hal peribadi or sifat peribadi dia dengan seloroh. Bila dah cakap tahap mcm tu, itu bukan seloroh itu dah menghina orang. Aku cukup benci orang menghina orang. Sebaliknya sebelum menghina orang, cermin diri. Last, family aku faham apa maksud aku. baru diorang tau kenapa aku tak suka. Sbg contoh, aku jumpa kawan aku. Let say dia ni hitam legam lah. Then aku buat lawak aku kata tadi aku jumpa kawan aku yang lain dia kata awat hang ni hitam mcm arang, nnt blackout susah nak nampak. Mmg nak melawak tapi itu dah capai tahap menghina orang. Dulu kes, aku kena org sampai kat family aku konon aku tak kawin lagi dengan usia aku dah cecah 30 masa tu. Yang best nya family aku ni sebijik sebijik pi sampai kat aku.

Konon org tu kata awat tak kawen lagi, nnt mati sapa pun tak boleh tlg doakan untuk aku nnt mati mereput sorang sorang dalam rumah. Ya rabbi...aku terdiam. Kenapa lah bendul pi cerita kat aku mcm ni. Kalaulah org kata kat family aku mcm ni, sebelum aku sampai kat family aku, aku taruh kaw2 org yg kata tu dulu. Then aku fikir, patut tak aku pi sampai kat family aku menda ni? Kecik hati kan ?? Terasa kan? kekadang kita terpaksa menipu demi menjaga maruah orang lain. Demi menjaga keluarga kita.

Aku sebolehnya tak nak org buruk sangka dengan aku. Aku tak nak org kata aku itu lah ini lah. Aku tau aku tak perfect dan aku tak leh tutup mulut orang. Tapi bagi aku kalau tak puas hati cakap ngan aku. Tanya aku. Aku tak pernah meletakkan sikap buruk sangka kat orang. Walau sejahat dia, sebusuk perut mana dia bagi aku perangai dia jangan ikut. Kalau tak leh tahan kawan, baik jgn kawan jauhkan diri. Abis cerita. Aku sayang org sekeliling aku. Aku sayang family aku, aku sayang sahabat aku, aku sayang tunang aku. Aku sayang sangat sangat. Sebab tu bila aku sayang seseorang, aku takkan letakkan sikap buruk sangka kat orang. Apa kekurangan, aku akan terima dengan hati terbuka dan redha. Apa saja kekurangan, aku akan sentiasa maafkan dan aku selalu think positif. kalau wujud perasaan tak puas hati atau terdetik sedikit buruk sangka or rasa tak sedap hati aku akan bertanya sendiri untuk mendapat kepastian. Kalau apa yang aku sangka tu salah, aku bersyukur kerana aku tak buruk sangka. Kalau betul apa yang terdetik dlm perasaan aku, aku akan cuba perbetulkan dan menasihati. Itu cara aku.

Aku kekadang nampak tegas dengan apa yang aku buat. Aku mmg nampak tegas dengan keputusan aku. itu lah cara mcm mana aku diajar oleh bapak aku. Bapak aku seorang yang tegas dengan prinsip. Soal akhlak, agama, kejujuran tiada kompromi bagi bapak aku. Aku diajar supaya tegas dengan adik aku, aku diajar supaya tegas dengan orang. Tapi bapak aku ajar supaya bersikap menerima. Menerima tergurang, pendapat orang. Itu ajaran bapak aku.

Well, aku harap aku dapat meleraikan sedikit apa yang aku nak luah ni. Aku tau tak semua orang boleh menerima apa yang aku kata. Aku tak reti nak cakap, the best way to express my thoughts is blogging. Dan aku nak minta maaf kalau selama ni perangai aku disalah ertikan. Aku tak reti mcm mana nak express kat orang. Aku minta maaf kalau cara aku berkata 'ITs OK" or anything menunjukkan seolah-olah aku ni merajuk dan aku dicap sebagai kaki merajuk. Aku minta maaf. The fact is' I'm still who I am dan aku sentiasa bersama-sama dengan orang orang yang tersayang... :)



Sedikit link: http://www.terbaik.my/2012/02/9-tanda-lelaki-merajuk.html

Wednesday, February 22, 2012

Kenangan Silam...

Meeting dari pukul 9 pagi sampailah pukul 5 ptg. Tu dia aihh...Kalah PM mcm ni. Nak buat mcm mana beb. Dah kerja. First meeting dengan big boss aku dan ngna beberapa lagi blue batch Intelers. 2nd Meeting pasal issue kat prod line dari dulu tertangguh sebab spare unit yang vendor bawak dah pun EOL. Cett....tu kerja shift 4 punya. Dia dah resign, aku plak sangkut kena. meeting ni lah paling best sebab walaupun bincang issue yang serius, tapi kitorang mmg santai sebab vendor tu mmg kaki lawak. Aduih..nak tergelak aku pun ada. Apa2 pun aku mmg respek sebab kitorang boleh sepakat resolve issue ni dengan senang. 3rd meeting dengan WOSIS team. Nil a meeting yang paling aku tak suka. Mrs Perez conference ngan aku, bos aku dan anak buah aku. meeting berlangsung kat IT lab antara Intel Malaysia dan Intel Texas US. Ni meeting banyak nak kena fikir. Yang aku tak suka dengan minah saleh ni seba bkejap dia kata ini..then dia kata lain..adui la...boss aku pun pening dengan dia. 

Abis meeting pukul 5:30 aku singgah kat cafeteria. Mencari sisa makan kalau ada kat atas tray. Aku mmg lapaq. Kali ni aku tekad, kalau ada apa pun aku nak sambar. Aku dah lapaq sgt. Takleh nak cerewet. Sekali.......atas tray ada serdak tepung goreng pisang ja..adui.... :'( Aku tanya Nuar budak canteen. Member aku bagi tau makanan dah abis dah kul 5 tadi. Jemm...

Lapar punya pasal, aku amik segelas milo suam. Sekadar isi perut takut kosong. Aku layan tv kat cafe. Aku tinggal walkie-talke kat anak buah aku. Aku dah tak larat dah. Kali ni aku nak rehat. Din, Jambul, Bad dari team DB Schenker datang join aku. Semua dengan muka kelat sebab makanan dah abis. last kitorang lepak minum air panas. 

Dalam dok sembang2, member aku bukak cerita pasal zaman kecik2 dulu. Tu dia. Banyak menda kitorang share. Apa yang missout, apa yang teringin nak buat. Ha....aku terdiam kejap. Sebab banyak menda. Din kata dia teringin nak main tudung botol. Hahaha...legend tu beb. Aku dulu suka gila main tu. Dulu mana ada computer game, mana ada internet. Band teringin nak tangkap ikan dalam bendang. Jambul teringin nak main lastik. Aku plak ada. Aku teringin sangat2 nak pakai baju sekolah galas beg, naik basikal BMX. WAhahaha..riindu zaman tu. Aku rindu zaman aku ada basikal. Merata aku pegi. Seronok. Hujung minggu aku merayau waktu petang, main kat payah bekas sawah (sekarang ni dah jadi Shopping complex Giant dan Hospital Pantai). Tangkat ikan laga, kena gigit lintah tangkap haruan. Seronok !! Balik kena tibai sebab kotoq. Hahaha...tu pun tak serik lagi. 

Lepas borak ngna diorang, aku masuk IT lab aku fikir balik. Apa yang aku nak buat sekarang ni. Di takdirkan aku mampu buat. Tak kisahlah zmaan kecik2 ka..atau menda dah lama aku teringin nak buat. 


1. Naik bas awam.

Aku dah rindu sangat2 nak naik bas awam. Zaman dimana aku takde motosikal. Aku start berlajar naik bas masa aku form 4 sebab sekolah aku jauh. Dalam 10 km dari rumah. Aku terpaksa naik bas pegi dan balik. seronok masa tu. Walaupun tak selesa mcm naik kereta, tpai aku rasa enjoy and adventure sebab bas pusing merata. Hahaha...kalau hujung minggu, aku naik ngan member2 aku. Pusing satu penang. 

2. Zaman uiversiti.

Ni lah sebenarnya zaman paling hapenning bagi aku. Ada banyak suka dan duka. Suka nya sebab aku berlajar erti berdikari. Aku terpaksa tipu sunat parents aku dan aku kerja part time sebab nak cari duit lebih. Parents aku masa tu bukan orang senang. Sekadar duit belanja aku dpt RM300 sebulan, mcm2 aku nak kena bayar. Sewa rumah, bil, mkn, mcm2 lagi. Aku kerja kat kedia komputer sekadar jadi jurujual dengna gaji RM700 sebulan. Zaman ni lah aku sebenarnya berlajar memasak. Syok ooo. Bila pikir balik mmg rasa nak nangis sebab aku terlalu rindukan masakan mak aku. Aku tak mampu balik tiap2 minggu macam kawan aku yang lain. So aku terpaksa berlajar memasak dek kerana nak mkn mcm masakan mak aku. Kari ikan, masak sayur, tomyam, Bihun sup mcm2 lagi aku berlajar. Walaupun tak sehebat masakan parents aku, tapi sekurangnya terubat rindu nak makan masakan diorang. Zaman ni lah aku berlajar banyak menda. erti dunia yang penuh dengan dosa, yang penuh dengan nafsu semata-mata. Aku kenal dengna mcm2 jenis orang satu Malaysia. Aku kenal dgn org dari negara luar, semua aku kenal. 

Sebenarnya aku mmg rindu sangat nak buat 2 benda ni. Aku rindu pada lecture class, pada tutorial class, rindu pada assignment...terasa tu.. betul apa yang orang kata. Bila kita merungut masa zaman study dulu, sebab tension lah..apa lah..tapi kita akan merindui balik sebab alam pekerjaan lah lebih sukar lagi. Yess....those anonymous said that word.. you are right bro !!! high five !!!

Monday, February 20, 2012

trip memancing....in dilemma.


Yeah....it's a Monday blues. Perhaps this Monday will bring me up everything, indeed. My flue, fever, cough and lots of headache stuff that I need to think. hal kerja..hal perkahwinan, hal aku. Banyak.

My fever start a few days ago. After vising my friend at Kepala Batas and soon-to-be family in law at Penaga. Hot and mild humidity temperature, perhaps causes some disease. Musing demam la katakan.... ;) And yesterday my fever get worst. After go back from work I had to suffer some headache, feel cold and muscle pain. Got a last minute plan, I drove direct to clinic for check up. Doc said it nothing. temperature still acceptable and doc just give me pain killer to chill down my muscle pain. Back to home, got some refreshment form hot shower, pray, eat then go to sleep at 9:30 pm. Geezz....

Nuar and Pokya called me last week, seeking some activity on March. Aku dah agak. Kalua puak-puak ni call aku mesti aktiviti memancing jadi pertaruhan utama. First choice is in Batu payun, Pulau Aman. Pic below.  it is a gold mine for the fish angler. last aku pegi, 2 years ago. Damn nice. Aku ingat lagi spesis ikan gred A seperti Kerapu, Alu-Alu, siakap Putih, Jenahak dan yang best, udang segemuk ibu jari aku pun dapat. Kitorang bermukim selama 2 hari satu malam. Satu je kat sini, kalau tak cukup stok makanan yg bawak, akibatnya korang terpaksa la tahan. Nak datang sini pastikan stok makanan mencukupi. Onr thing kat sini, cukup panas. Tapi memandangkan kitorang pegi waktu petang dan balik esok pagi, taklah terasa panas. Tapi lepas je balik, kot mana pun korang akan tetap kena sun burn..hahaha...dah la aku nak kawen nnt. tak berseri plak aura pengantin baru aku ni. :D Satu lagi batu Payung ni mmg agak keras tempatnya. Buka nsekadar batu je keras kalau terjatuh, keras yang dimaksudkan banyak benda asing2 yang suka merayau kat sini. kekadang kalau iman tak kuat pun susah. Mcm jadi kes kat kawan aku, pi ramai2. Balik je 3 orang demam. Sebab? Sendiri faham lah.... :)

Batu Payung, Pulau Aman

Tempat kedua menjadi pusat memancing kami ialah di bawah jambatan Pulau Pinang. Ok kat sini mmg care. Nuar beriya ajak pi. Aku on je kalau bawah jambatan ni. Tapi kat sini pun kena pandai pilih tiang. Kalau kena gaya, kerapu, senangin, dan talang saiz juvana menjadi mangsa kami. tiang yang dicadangkan kat sini sekitar tiang 3-25. Tu pun kena tengok jugak air mcm mana. Bukan selalu boleh redah ikut dan. silap hari bulan balik tangan kosong je.

Apa-apa pun aku tka sure lagi mcm mana sebab aku tka berapa sihat lagi. Ikutkan nafsu memancing aku, aku on je. tapi bila pikir soal kesihatan sekarang ni mmg aku pun tak berani. Mak aku dok bising gak sebab nak dekat2 kawen ni lagi la dok pi merata. Bukan mak aku tka bagi pi memancing, cuma dekat nak kawin ni jgn pi sangat tempat yang tak selamat takut apa2 jadi. yerla..bukan nak mintak sbg contoh buatnya jatuh patah kaki ka...kena dok sepital sampai berbulan ka..nnt kawin mcm mana? Pok pek pok pek...letteran mak aku mmg dari dulu mcm tu. Haha. Kalau bab nasihat dan leteran, serah kat mak aku. Macam mana aku kerja 12 tak henti, mcm tu lah mak aku mampu buat. Lolz..apa2 pun dia tetap mak aku. Sebab aku tua dia mmg concern ngan aku. Dia tak nak apa2 jadi kat aku tetambah aku pun bukan mak aku je satu-satunya perempuan yang sayang aku, dah dah perempuan lain yang sayang aku. Tu yang mak aku risau. sapa lagi kalau bukan Sayang aku. :) Well I know mom. Aku pun tak sure lagi. But anyway kalau tak menjadi kerja aku, plan aku, aku nak memancing kat area rumah aku. Sekarang ni musim sembilang dok mai. Banyak plak tu.

Lorr..dah pukul 7.05 minit dah...ok guys...calllloooooooo!!!

Tuesday, February 14, 2012

No string attached...

Hari ni first day aku keja for this week. Setelah sekian lama aku menghilang seminggu dek kerana aku 'MC' dan ambil leave. First time aku keja kat Intel ni, nilah aku tipu sunat amik MC. dek kerana nak hantar sayang aku gi Melaka. Nasib baik la boss aku leh kawtim ngan aku. Aku ingat lagi mcm mana wajah boss aku bila aku bagi tau aku nak amik MC. Haha..tak penahnya aku amik MC ntah tetiba aku amik. Gempar sekejap satu shift aku yang aku demam tetiba. Masa aku otw nak pegi ke rumah sayang aku, anak buah aku hantar message "Boss...have a good rest. Rajin2 makan ubat. don't worry kitorang leh handle...take care !" Hahahaha.....sayang jugak diorang kat aku ni. Well maklumlah semuanya masih muda remaja. yang kelakar, aku tak demam pun. terpaksa tipu sunat sebab aku kena amik leave last minit. haha..dunia...dunia....

Ok since Friday, bermulahlah episod aku menjadi seorang single sementara. My fiance aku dah ada kat selatan, nun jauh di Melaka, my second home. Seriously, even sebelum ni kitorang duduk berjauhan Penaga - Bayan Lepas, atleast once a month jumpa, anyway Penaga - Penang just a few clicks awak and took almost 45 minutes to reach. Dekat je kan. But this time is different. Melaka - Penang in distance almost 400km away. Driving via PLUS highway took almost 6 hours kalau bawak tahap skema 110km/j dan berhenti dua kali kat RnR. Yeap, I really miss her so much. Life aku lepas berkahwin, aku tetap akan duduk berjauhan atleast for a years. See...setiap orang tak sama rezekinya dan tak sama perjalanan hidup. Inilah perngorbanan yang akan terpaksa aku lalui dan aku tempuhi semata-mata untuk masa depan kami dan yang penting aku nak tengok sayang aku berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita dia. Aku tak nafikan ada sedikit perasaan berat hati untuk aku tinggalkan sayang aku jauh2. Bukan sebab aku tak percaya pada sayang aku. Seriously, aku mmg percaya dia and I know dia mampu jaga diri dia as she did before this and I know apa yang dia boleh buat dan apa yang dia tak boleh buat. And one of that reason why aku boleh letakkan kepercayaan kat dia dan pada masa sama, aku sangat2 sayang kat dia. Susah oo nak cari perempuan yang pandai jaga diri.

Aku dah banyak tgk bagaimana bila dok jauh2 je, tetiba either one of them jadi rosak, means hilang kepercayaan dan at last curang ke apa. The best example yang jadi kat aku dulu lah. That is why I still got some phobia and bad dreams pasal long distance ni. History never can be simply erased from my memory. But what I can said, history teach me to be who I am now and make me change. I should put on gratitude on that. My principle is clear - learn from the past, have gratitude in present and plan for the best in future. This is how I learnt to be myself right now. Insyaallah, aku selalu berdoa dan sentiasa berdoa agar hubungan aku dengan sayang aku akan sentiasa berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sampialah ke akhir hayat. Dan aku selalu berdoa agar kasih sayang aku akan sentiasa bertambah untuk sayang aku tak kira walau apa pun yang terjadi kat aku. Aku dah banyak bersyukur kerana Allah memakbulkan doa aku dan harapan aku. Dan this time, distance wont be a matter for me. Sebab aku tahu sejauh mana hubungan kami dan perasaan aku. Insyaallah. Yang penting kat sini, I'm just doing as usual, buat hal aku dan hal sekeliling aku. Itu ja. Ada jugak nasihat2 berbaur nakal yang sampai kat aku. As I said, korang nak buat, buatlah sebab korang tak reti menghargai kepercayaan yang diberikan. But aku tak nak buat sebab aku ada maruah dan aku perlu menjaga maruah keluarga aku, keluarga sayang aku dan maruah sayang aku. Cukuplah apa yang aku dah lalui sebelum ni. And I have to learn it in a hard way. Bukan senang aku nak berlajar erti sabar dan pengorbanan. Aku terpaksa tengok orang-orang yang aku sayang terpaksa berkorban untuk aku dan bersusah payah untuk aku. Sekarang ni biarlah aku pulak berkorban untuk orang-orang yang masih menyayangi aku dan berkorban untuk sayang aku.


Last week aku tonton drama Vanila Coklat. Daayyuuuummmm....best!!! Episod yang ke 9 yang aku tgk is one of the best episod so far. Comel betul tgk Izara Aishah berlakon, cerita mcm mana from the fist episode Zara, lakonan Izara Aishah menjadi seorang yang keras kepala, degil, stubborn then transform menjadi seorang yang romantik dan comel selepas insiden yang jadi kat suami dia, Aamir lakonan Aiman Mentor. BEST !!! Seriously aku bukan layan cerita romantik pun, but this case, aku terpaksa ngaku yang aku mmg btl2 layan cerita ni. Romantik Komedi. :)


Aku buat research belakang tabir, Izara Aishah ni sebenarnya naib johan dewi remaja 2009/2010. Ntah..aku tak penah tgk pun dewi remaja ni. But I guess mcm pertandingan ratu cantik la kot? Anyway she's really cute, hot and adorable!! Aku suka tengok muka dia bila blushing. Cute dowwhh... Mcm sayang aku..... seriously sayang aku kalau muka blushing sure nampak cute....ekekeke...Izara is a mix of Pakistanis and Malaysian. One thing aku suka pasal Izara, lakonan dalam drama Vanila Coklat mmg selamba and natural. Tak nampak mcm terpaksa buat. Obviously in a  certain scene...danng..she looks cute dowwh.... :D Beside, aku suka tengok perempuan rambut panjang dan curly mcm dia. Hahaha...well...yang itu takleh kata apa sebab dah lumrah seorang lelaki. :D

Last drama aku tengok sebelum ni lakonan Izara ialah Kasih Najihah, but it is not enough to impress me about her. Sebab aku layan beberapa episod ja sebab ku bukan kaki drama pun. Lepas insiden aku hangout keluar makan ngan kengkawan aku kat Kari Kepala Ikan, kebetulan drama Vanila Coklat ditayangkan, member aku plak peminat dia, maka aku terpaksalah tengok sekali. Last2 aku tgk mcm best je. Aku balik office, aku layan dari 1st episod sampailah episod terakhir masa tu. Haha..amik kau. Apa2 pun selasa ni aku akan tunggu the next episode.

Ok you guys maybe heard that Whitney Houston has just passed away a few days before. Well, to be honest, before the introduction of internet, youtube, mp3s, I am one of her biggest fan. She sing so nice and her voice really awesome. But, at the aged of 48, she passed away due to addiction and depression. Ada sesetengah berita mension dia lemas dlm tab mandi disebabkan terlampau steam dengan dadah dan alkohol. Well..mcm2 andaian. Syukur sebab that is why Allah through Islam forbid alkohol a.k.a minuman yang memabukkan. Damn...that is why lots people say rich and famous people die young. Haks....

Sedikit trivia dan tribute untuk Whitney Houston, this in one of the best song I aver heard and since her appearance in 80s, over 170 million album has been sold world wide. before that, if you want to play the flash youtube here. Please stop the embed music played in my blog. Kalau tak haru biru dengar. Need to know more about her? try wikipedia. :) R.I.P Whitney !!!








p/s:  I love my sayang so much and I will always love you !!! ;)

Monday, February 6, 2012

Dream come true...




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pukul 3.26 pagi. Jam PC aku menunjukkan lagi setengah jam waktu break. Kali ni aku malas nak gi break ngan kengkawan aku. Aku decide nak tulis blog yang dah lama tak aku update. Skang ni anak buah aku semua dah lena dibuai mimpi-mimpi indah. Diorang stay sampai kul 2 pagi buat kerja. Alhamdulillah kerja kami siap hari ni dengan jayanya. Kerja hari ni tak banyak cuma nak buat preparation untuk system maintenance untuk esok pagi. Passover kepada shift 1.

Alhamdulillah...sekarang ni aku dah mula prepare sikit2 untuk menyiapkan apa yang patut untuk kenduri aku. Soon. Still banyak lagi tak buat. But semua tu akan disiapkan dalam bulan depan. Aku sebenarnya malas nak tunggu kerja last minit sebab aku takut nnt tak siap. Baju untuk akad nikah dan kenduri, hantaran dan beberapa persiapan yang akan amik masa untuk aku siapkan. Target aku, next month. Then aku boleh relax sikit. :)

Last year, aku rasa aku terlalu jauh untuk bergelar seorang suami. Terasa jauh untuk aku tunggu tarikh perkahwinan aku. Bila masuk tahun baru, aku rasa mcm boleh tunggu lagi. Then skang ni bila my fiancee remind me yang cuma ada beberapa bulan, aku baru perasa yang time is so short for me. So, the next step is preparation and planning and of course, some cash will burn during this process. :)

Sebelum tu, aku nak ucapkan congratulations kepada sayang aku kerana dapat mencapai cita-cita untuk menjadi seorang guru !! I'm so proud of you. Saya mmg happy sesangat bila tau awak dapat tawaran. :) profession guru adalah kerjaya impian sayang aku dan she really obsess dan teaching already is part of her life.

Sayang aku dapat melanjutkan kursus kat Maktab Perguruan perempuan Melayu, Melaka. Yes friends, it is in Malacca. Tempat di mana aku pernah bermaustautin hampir 5 tahun, tempat di mana aku mengenali erti hidup, tempat di mana aku berlajar segalanya. tempat yang banyak kenangan untuk aku. It is a semtimental place for me. Di sanalah aku berlajar erti berdikari, di sanalah aku berlajar erti kesusahan, di sanalah aku berlajar erti pengorbanan. Alhamdulillah, segalanya di rancang dengan baik oleh Allah swt. Tatkala aku mengenali sayang aku, aku pernah berdoa agar diketemukan dengan orang yang sederhana, memahami aku dan doa aku dimakbulkan. Tatakala aku mengenali sayang aku, apa saja doa aku dan harapan aku Allah sentiasa makbulkan. Ketika sayang aku mengharapkan dapat sambung berlajar, doa dia dimakbulkan. Tatakala aku sentiasa berharap suatu hari nanti aku akan balik ke negeri yang aku dah anggap negeri kedua aku, sayang aku dapat tawaran di sana. Dan yang bestnya, tatkala aku berharap aku berjumpa dengan sahabat aku yang aku terlalu rindu untuk berjumpa di Melaka dan datang kenduri aku, kebetulan 2hb 6 adik dia melangsungkan perkahwinan di Penang !! Alhamdulillah. Ya Allah, Kau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Aku rasa syukur sesangat. Inilah mungkin rezeki aku tatkala aku akan menamatkan zaman bujang aku. Kata mak aku, kalau makin dekat dengan perkahwinan, asalkan kita betul-betul jujur, sabar dan menerima segala ketentuannya, Insyaallah, rezeki akan datang kepada kita. Yes mom, you are right. Berkat doa mak aku, segala doa aku dikabulkan oleh Allah swt.

One thing, semakin dekat dengan perkahwinan, rezeki sentiasa dtg mencurah, OT semakin bertambah, dan apa yang aku rasa bersukur, kawan aku yang pernah berhutang dengan aku, tetiba call aku nak jelas hutang yang dah lama tak bayar. Aku bukan nak mengunggkit, tapi aku dah malas nak cari dia sebab aku totally lost contact. Aku cuma harapkan dia dapat cari aku sebab no dia dah tukar. At last, panggilan telefon dari kawan aku nilah yang mengembirakan aku. Alhamdulillah...

Sayang,

I just want to say that I'm so proud of you. I really proud of you. Saya tumpang gembira untuk awak sebab cita-cita awak termakbul. Saya dah bernazar untuk awak kalau termakbul doa awak saya akan buat something dan Alhamdulillah niat baik saya dimakbulkan dengan Allah memakbulkan harapan awak selama ni. Saya rasa bertuah sebab saya dapat mengenali awak. Setiap minit, setiap saaat saya rasa bersyukur kerana hidup saya diketemukan dengan awak. Saya terpaksa mengharungi segalam macam halangan, penderitaan dalam mencari jodoh semata-mata kerana untuk menemui awak. Benar kata orang, bila kita dapat sesuatu dengan bersusah payah dan terpaksa mengharungi keperitan, kita akan menghargai sesuatu itu sebab ia telah dibayar dengan kepayahan. :) Dan awak lah saya telah temui itu. Bukan wang ringgit saya pinta untuk kebahagian saya, Tapi cukuplah sekadar awak dan kasih sayang awak untuk saya. Insyaalah saya akan bahagiakan awak. :)

Jangan sia-siakan peluang yang awak dapat. Awak dah lama impikan yang ini. Inilah peluang terbaik awak. Do your best for your opportunity given and never miss that thing. Biar susah mana rintangan yang perlu awak harungi saya tetap bersama awak. Walaupun saya sendiri terpaksa berkorban sesuatu untuk awak. Saya tak kisah semua tu asalkan cita-cita awak tercapai. Jgn jadi mcm saya, saya tak mampu menyempurnakan cita-cita saya tatakala saya sedang mengharunginya. Saya tak mampu kerana tiada orang yang bersama saya selain dari keluarga. Tapi awak ada keluarga awak, keluarga saya dan saya yang sentiasa mendoakan untuk awak.

Doa saya sentiasa bersaya awak, saya awak tau yang saya ambil berat kat awak. I really take care of you. dan no doubt....

I love you soooooooooooooooooo much !!! ;)



p/s: sedang melayan drama Vanila Coklat kat tv3. I'm not a jiwang person but I have to admit I really like the drama !!!! :p

Wednesday, January 25, 2012

Handphone cap epal dan ayam.



Bukan nak kata, sepanjang minggu ni cuaca mmg panas kat sini. Kalau hujan turun sekali pun mcm takde hujan. Turun setengah jam then berhenti. Tu dia... sikit punya turun.

Tahun baru cina, aku kena kerja. As usual. Kerja aku tak ikut mcm kerajaan. Bila adik dan mak aku bergembira kat rumah cuti sampai bosan seminggu, aku kena kerja seminggu plus OT yg dok nak kena. Ceh..takpe beb. OT means duit dan duit means kawen. ekeke...

Semalam, aku penat kerja. Aku kerja 12 jam tanpa henti plus extra time selama 2 setengah jam aku kena duduk kat opis. Berapa lama aku kerja? 12+2.5 = 14.5 jam. Masuk kerja gelap, balik kerja pun gelap. Banyak kerja semalam dan hari ni. Ni pehal tetiba boss aku buat plan cilaka last minit. Buat round up dan corrective maintenance dikala production high volume minggu ni? Apa gila? Hilang akal? Aku dah angin dah satu pasal kes ni. Aku tau budak aku 2 orang amik leave nak sambut CNY. Aku tak kisah pasal tu. Aku yang approve sebab diorang dah 2 tahun tak merasa cuti CNY. Memandangkan aku nak amik leave nnt aku kasi can kat diorang tu. Aku request 3 orang budak shift 3 and 4 masuk OT shift aku. 2 org replace yang maik cuti sorang lagi backup sebab kerja banyak.

Masuk kerja hari Isnin sekoq batang hidung takdak. Tinggal aku dan 2 org anak buah aku buat kerja. Aku call shift leader mangkuk2 ni tanya kenapa tak dtg. Dan again, aku cukup pantang kalau aku call banyak kali tapi tak angkat. Dah tau misscall kat hp 4 kali atleast call la balik. Jgn di tanya soalan paling bodoh dalam dunia yang aku rasa mcm nak tikam orang bertubi-tubi.

"Bro hang call aku ka tadi?"

"Bro tadi hang ada call aku ka?"

De..kalau lu tgk henset lu nama gua keluar kat hp lu..takkan nenek lu telefon kot? Phone doesn't lie about who is calling who. Kalau nama aku dah keluar as a misscall? Apa ke haram jadahnya tanya aku tadi aku call ke? Buat apa kalau beli henset iPhone 4s dan samsung Galaxy Ace tapi bila call tak dengar? Boleh pulak bagi jawapan mcm tu. Aku tak kisah kalau call tak angkat. Aku tau sometimes org tgh bz or tak dpt dihubungi. Tapi bila dah tgk handphone ada 4 misscalls from same person..apa kejadahnya tanya soalan paling butthurt dalam dunia? Apa kejadahnya pi hantar sms? Apa kejadahnya otak begitu bebal dok pikir aku ke yang call tadi? Apa kejadahnya otak lembab nak pikir call aku balik sebab aku call sampai 4 kali tapi tak answer? Apa kejadahnya ?? Kalau otak lembab...de..resign je dari jadi Shift leader. ramai lagi layak dan dok queue tunggu masa. Kemut sangatkah nak call aku balik sedangkan dapat elaun RM100 sebulan untuk on call? Apa mkn duit haramkah dengan elaun tu sampai nak call pun tak boleh ?? Series aku cukup bengang 2 hari ni. Gara2 call punya pasal. Pagi aku call, ptg baru hantar sms tanya soalan bodoh dan bagi reason tak perasan? Almost 8 hours tak perasan aku call 4 kali?? Handphone ko cap apa? Ayam ??Aku pakai handphone murah je de..but aku bukak sound kuat2. Kalau aku tak leh angkat atleast aku tau ada org call masuk and after aku settle a few cases and issue baru aku call balik.

See? Stupid people doesn't ask a stupid question. Any fool people ask stupid question. Faham maksud aku?

Masuk hari ke 3 kerja, beruk 3 ekor tak dtg OT. Ok fine. Lu tak datang wa tak nak report kat lu punya shift leader yang sengal. Wa no hal. Tapi, at the end of cut off date lu suruh shift leader korang jgn terkejut kalau aku tak approve OT korang. Aku dah malas nak hantar msg or sms bagi tau yang korang tak datang. Dengan aku, sakit kulit kalau main buat kerja acuh tak acuh.

Anyway, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anak buah SHIFT AKU sebab walaupun hanya kita bertiga but we can manage menda ni in a short time. Siap dapat credit dari top manager dan good appraisal dari bos aku sendiri. Depan mereka aku cakap, "Boss, I'm not the one you should give them credits, but to my teammate,. They struggle everything and they had to sacrifice their own break time to complete the heavy task." Ceeyyy....angkat jugak anak buah shift aku. Biar diorang dapat nama sebab mmg diorang deserve. Petang tadi, boss aku belanja makan Domino's Pizza. 3 large pizza plus chicken wing and some site order. Good job team. And aku bangga dengan team aku sebab kami bertiga boleh buat kerja 6 orang.

Kepada 3 orang yg tak dtg OT, we will see you in next week meeting. :)

Sunday, January 1, 2012

New year is coming !!



Alhamdulillah..ketika blog post ini ditulis, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru. Menutup tirai lama tahun 2011 dan membuka jendela baru memasuki tahun 2012. Say goodbye to 2011 say a big welcome to 2012 !!! ;)

Ketika blog post ini ditulis, aku ditempat kerja. Sekadar dtg OT cover shift leader 3 yang bercuti kerana sambut tahun baru manakala manusia tak reti bercampur dan tak reti bersosial mcm aku dtg kerja sebab takde menda nak di celebrate kan. Yes..say I'm faggot and what so ever the fact is, I'm still here celebrating my new year in fornt of my PC. DAANNGG !!!....

Banyak yang terjadi sepanjang tahun 2011 kalau hendak dikenangkan balik. Cerita  geografi politik antarabangsa, bagaimana beberapa kerajaan timur tengah ditumbangkan - Syria, Libya, Egypt dan pembunuhan Osama bin Laden yang menjadi isu hangat di muka surat khabar dan laman web antarabangsa. Cerita mcm mana pronografi topografi politik Malaysia yang kelam kabut bagaimana kerajaan nak amik hati rakyat dengan 'merasuah' insentif terbaik untuk kakitangan kerajaan dan rakyat marhen dengan kenaikan gaji dan elaun segalam mcm tok nenek, hakikatnya golongan pekerja swata mcm aku dan lain2 lagi terus di sisihkan. Cerita mcm mana skandal NFC yang merompak wang rakyat terutama pembayar cukat seperti aku sebanyak RM250 juta semakin hari semakin panas dan tak pernah sunyi dengan pelbagai cerita terbaru dan sensasi. Macam2...

Aku? well tahun 2011 merupakan titik perubahan bagi aku. I don't want to say this but I must admit yang this year, it is the most happening year untuk aku. :) Cerita mcmana aku couple..clash..then couple dan alhamdulillah this year aku bertunang. Everything happens in this year !!

A few day masa aku lepak ngan kengkawan aku kat salah satu port utama kami. Old Town White Coffee Bayan Baru, cerita mcm mana Alan membuka story tentang Krimas celebration dan new year celebration. tentang bagiamana excited sangat dia sambut.

Ok..this part, aku rasa tak berapa syok and I need to advise. Aku terpaksa tegur kat sini. Something is not right here. Sebagai umat Islam, aku sedih tengok beberapa sahabat seagama dengan aku (aku tak kisah kalau sebangsa LAIN agama tapi aku lebih utamakan SEAGAMA) letak posting kat FB how excited they are nak sambut Krismas. Dengan izin tuan speaker, WHAT THE FCUK !!?? Sedih. Seolah2 olah bangga sangat nak drive dari kampung ke Penang sebab member dah tunggu kat sini nak sambut Krismas. Kalau kawan aku nama  Chris, Vincent, Michael, Benett, aku tak kisah sebab they deserve to get excited dan aku pun wish kat diorang. Tapi, bila nama ber 'bin' dan 'binti' ni yang buat aku sedih. Post gambar pakai baju Heineken, Tiger Beer dan santa claus seolah banga dengan apa mereka miliki. Siap pegang botol arak lagi. Well guys, I'm not GOD to say who is innocent or sins but dalam Al-quran sendiri diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 219 dan surah An-Nisa ayat 43. Demand for the recitation and translation?? Well guys.. GOOGLE it. Kalau aku letak korang malas nak cari nak harapkan aku ja. So kalau korang cari sendiri Insyaallah pahala korang dapat dan korang boleh berusaha.

Well mmg difikirkan bila fikir balik umat nabi zaman sekarang dah jauh tersasar dari Islam. Tak tahu membezakan antara haram dan halal, dosa dan pahala, sunnah dan bida'ah. Bagi aku tak salah kalau kita sambut tahun baru. Setakat nak tgk bunga api its ok. Tapi jauhkan dari melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, hiburan sehingga melalaikan dan seks bebas. Biarlah kita sambut tahun baru dengan rasa bersyukur kepada Allah swt kerana dikurniakan umur yang panjang dan bermuhasabah diri. Itu yang lebih bagus aku rasa. Aku pun sambut new year setiap tahun. Aku ngaku gak. Tapi sambutlah dengan rasa seronok dan beryukur.

Teguran untuk kawan2 aku dan diri aku sendiri, jauhilah sesuatu perbuatan sehingga boleh merosakkan akidah kita. Become more worst, merosakkan agama dan akidah islam kita. Rosak akidah means kita jauh dengna Allah, apa tah lagi mendapat keredaan-Nya.

Cakap pasal tahun baru, aku harapkan sesuatu perubahan besar untuk aku. Insyaallah, bulan 6 aku akan menamatkan zaman bujang aku. ;) rasa seronok plak. Series dowhh....mmg rasa seronok sebab dah lama bujang. Friends asked me "Wei hang tak rasa ka rindu zaman bujang nnt? Yerla zaman bujang semua bebas. Nak pi mana bebas, nak lepak2 boleh, nak merambu boleh, no commitment, tak rasa terkongkong, tak rasa beban. tak rindu ka?"

Well this is my answer. To be honest, mmg aku akan rindu zaman aku bujang nnt. Series aku rindu. Rindu macma dalam filem Ombak Rindu. Rindu mcm mana hidup aku hanya dengan kawan2. Rindu mcm mana nak ngorat awek yang aku suka (ok..ni cerita lama..aku tak ngorat aweks dah since I'm not available and I already taken..*wink*). Rindu mcm mana hangout ngan kengkawan perempuan and lelaki, rindu semuanya. Mmg aku rindu. Tak payah nak pikir pasal orang lain, sebab takdak komitmen. Janji aku jaga hal aku sudah. Mmg aku rindu. Tapi at the end of a time setiap manusia pasti akan berkahwin kelak jika ada jodoh. Kalau kita rindu zaman bujang, then tak nak kawen, nnt kita akan cemburu bila tgk kawan2 kita yang dah kawen ada isteri/suami then ada anak2. Masa tu baru nak kata "Jeles plak tgk depa dah kawen" See? kot mana pun kita takkan rasa puas dengan apa yang kita pilih. Mmg zaman kawen ni ada 'pantang larang' dan limit dari segi pergaulan. Tapi tak semestinya lepas kawen kita tak leh jumpa, lepas kawen kita tak leh hangout, lepas kawen kita tak leh buat aktiviti. Apa yang penting, pasangan kita, diri kita dan org sekeliling kena faham. Contoh yang aku tgk kawan aku. walaupun dia dah kawen, dia still hangout dengan kawan2 dia. Tapi tak sekerap mcm dulu. Ada masa dia bawak wife dia, ada masa dia dtg sorang. Dia kata kat aku, kalu dia bawak wife dia dia nak wife dia tau dengan siapa dia berkawan, apa yang dia buat, supaya tak timbulkan fitnah dan syak wasangka. Kalau wife dia tak leh dtg, dia tak paksa dan dia make sure wife dia tau apa yang dia buat. simple. Wife dia mmg faham dia sebab dari dulu lagi dia mmg jenis kaki lepak punya orang. Dialah dulu rajin call aku ajak jumpa. Sat2 call ajak lepak. Then sembang sampai kul 2-3 pagi. Org kata sembang kosong itu tak berfaedah, sembang kosong tu buang masa. Tapi sejujurnya aku tak nampak. Sebab ?? Sembang kosong tak dapat dosa dari keluar tgh mlm jumpa kengkawan pi merambu buat maksiat. Sebang kosong tak berdosa kalau setakat jumpa then bertanyakan khabar dan berkongsi maklumat dari jumpa kengkawan then bersosial ke tempat maksiat. Sembang kosong tak berdosa kalau setakat di kedai mamak dari bersosial kat clubing.

Mmg jenis aku kalau aku lepak ngan kengkawan, mmg aku sembang lama. Sampai 3-4 jam pun boleh. Jumpa sekadar bertanya khabar kawan2, kongsi cerita menarik, kongsi maklumat, then sesi meluahkan perasaan, cerita problem masing2. Sebab semua tu boleh menghiburkan diri dan heal diri kita. Lepas balik rasa puas dan lega sebab boleh luah kan isi hati. dan yang penting, jumpa kawan2 ni menguatkan silaturrahim sesama kengkawan. :)

Well aku harap sayang aku faham aku jenis mcm mana. Mmg bujang ni aku selalu lepak ngan kengkawan aku. Insyaallah, bila dah kawen there is a limit time yang aku kena letak kat situ. Selagi tak kawen, tak leh cakap lah kan. Haha...

Next year, aku harap sayang aku dapat tawaran sambung berlajar amik ursus perguruan. Aku tau sejak dia tak dapat dia mmg sedih sebab itulah harapan dia selama ni. Profession seorang guru adalah minat dia yang dah lama tertanam dari dulu. Aku pun rasa tertekan dan sedih seba dia tak dapat. Tapi kita kena sedar setiap aturan yang ditetapkan oleh Allah ada hikmah-Nya. Insyaallah selagi boleh buat rayuan, buatlah. Sekurangnya kita tak dapat walaupun dah berusaha daripada takdapat sebab tak buat apa2..aku sentiasa doakan yang terbaik untuk sayang aku.

Insyaallah next year, aku akan berpuasa bersama seorang isteri, aku akan menyambut hari raya sebagai seorang suami dan aku akan hidup sebagai husband of somebody.... nice...

Well guys..since the last paragraph dah pun memasuki thaun baru, seems that I took a years to write this entry. Yeah..call me poser and lame, butthe fact is this entry most probably the best post I ever had. I started writing on 31st Dec 2011 and end on 1st Jan 2012. Yeahuuu !!

Wish you guys Happy New Year. All the best for us in coming challenging years and some people say, the end of day would be on 2012. Percaya? Ntah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...