Tuesday, July 26, 2005

bernilainya berlian....

25/7/2005

Aku buat suprise kat awek aku....mmg best giler. Sebenarnya aku nak buat lama dah. Tapi mmg tak jadi je manjang. Soo aku amik keputusan nak buat surprise pada hari Isnin. 25/7/2005. Bagi aku...takde excuse untuk aku nak tangguh lagi. Takde excuse untuk awek aku tak nak keluar time tu. Aku mmg tekad giler nak buat. Naper aku pilih hari isnin? Sebab hari Isnin adalah 25hb. bersamaan dgn hari lahir awek aku, 25hb feb 2005. Masa besdey awek aku (masa tu aku belum couple lagi) aku nak buat surpsie, at last tak jadi sebab ada masalah teknikal yg tak dapat dielakkan. :-)

So aku dah tekad yang 25th july, (dah 5 bulan lepas besey awek aku nih) aku nak buat satu lagi kejutan untuk awek aku. Sebab aku rasa tak puas hati masa besdey awek aku hari tuh aku tak dapat buat. ahahaha....LOL. Soo bukan maksud aku nak ganti tapi sekurangnnya hati aku dah terubat selepas lima bulan yang lalu dan yang penting, aku nak melihat dia gembira. Setelah apa yg dia 'hilangkan' selama nih mungkin dia masih mencari sehingga sekarang, Tetapi sekurang-kurangnya hatinya sedikit terubat kembali setelah berminggu dia memikirkan perkara yg dia hilangkan.

Bagi aku, apa yg aku buat , aku bukannya nak buktikan cinta aku pada nya sendiri. Aku tak perlu buktikan dengna apa yg aku buat hari ini. Sebab bagi aku, cinta aku pada dia, tak pernah sedikit pun akan berkurang walau secebis zarah, walau dia membenci aku sekalipun, walau dia telah hilang perasaan cintanya pada aku. Itulah sumpah aku pada diri aku dan diri dia sendiri. Setiap hari...setiap itulah cinta aku tetap sama dan akan bertambah. Jika ada org suruh aku buktikan cinta aku, aku kaan menjawab " Aku boleh buktikan, tapi esok-esok hari aku boleh buktikan lebih hebat dari nih sebab cinta aku akan bertambah sampai bila-bila. Tak perlu nak buktikan hari ini. Mmg sia sia" Tunggu sehingga aku sendiri berkata" cinta aku padanya telah sampai ke tahap penghujungnya" Namun, jgn haraplah cinta aku akan hilang. Selagi aku bernafas, selagi maut belum menjemput aku, dan selagi malaikat Izrail belum berada disisi ku, selagi tulah cinta aku takkan berkurang dan tiada penghujungnya.

Bagi aku, cinta itu ibarat seketul berlian. Dari seketul batu yang digali, yang masih belum ada sinarnya. yang masih kita tidak nampak betapa berharganya. Namun, berlian yg kita gali dan cari itu bukan nya senang. Tidak mudah untuk mendapatkan walau seketul batu berlian yg halus. Kerana untuk mendapatkan seketul berlian yg masih belum digilap, memerlukan pengorbanan, memerlukan kesabaran dan memerlukan ketekunan dan yang penting sekali, keikhlasan.

Tidak perlu bersifat tamak, tidak perlu berkira dan tidak perlu merungut untuk medapatkan seketul berlian. Sebaliknya, bersyukur dengan pa yg kita mampu dapat. Itulah yg dikatakan "terimalah seadanya". ;-). Jika kecil berlian yg kita dapat, maka bersyukurlah, tetapi kita harus berusaha agar berlian tersebut mempunyai nilainya, kita perlu berusaha agar berlian tersebut setanding dengan batu belian yg besar. Jika besar habuannya, maka, bergembiralah dan bersyukurlah. Namun ingat, sebesar berlian yg kita dapat itu, kita harus peka, kita harus jaga dan kita harus memastikan agar sebesar berlian yg kita dapat itu jgn di salah gunakan. Jangan tamak dengan nilai berlian tersebut. dan yang penting, ketulinan berlian tersebut.

Harus diingat berlian harus digilap bagi memastikan sinarannya. Harus dijaga agar tidak hilang serinya dan tidak hilang gemerlapannya. Namun harus juga diingat agar berlian yg terlalu digilap akan menjadi haus dan kurang serinya, maka hilanglah bemerlapannya. Gilaplah apa bila perlu sahaja namun kita harus pastikan serinya dan germerlapannya tetap tidak akan berubah.

Berlian yg bergemelapan, ada yg akan mencemburui tuan punya nya. ramai pencuri ingin memilikinya. Maka berlian tersebut harus dijaga, harus disimpan dan yang penting harus diletakan di suatu tempat yg betul-betul selamat. tempat dimana nafsu kita dan musuh kita tidak akan dapat mencuri berlian tersebut.(iaitu di hati).

Sebenarnyakan, berlian tersebut senang dijaga, tidak perlu untuk memikirkan bila harus digilap, bagaimana dengan keadaan berlian tersebut. Sebaliknya, berlian yg betul-betul berlian akan bersinar walaupun seribu tahun tidak digilap, walaupun seribu tahun disimpan. Apa yg perlu dilakukan, hanyalah hargai berlian tersebut.

Ketika mencari berlian, jgn di tanya kat mana nak carinya. Berlian sebenarnya sudah ada dimana-mana. Kita yg tidak nampak. kekadang kita nampak tapi kita kekadang menjadi buta untuk melihat. JIka dianya kat mana, percayalah, sampai bila-bila pun tidak akan jumpa. Sebaliknya kita perlu bertnaya bagaimana nak mencarinya.

Jika berlian merupakan perkara yg paling berharga, samalah dengan cinta itu sendiri. Betul bukan ???

Sunday, July 24, 2005

TRUST vs LOYALTY vs SACRIFICE (republished)

Orang selalu kata kat aku. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seseorang terhadap kita. Betul. Aku tak pernah menafikan. Bagi aku kepercayaan dtg sendiri hasil dari kesungguhan kita untuk mendapaTkannya. Dari kepercayaan tulah datangnya keihklasan, datangnya amanah, datangnya perasaan sayang. Sebab apa? Sebab...untuk mendapatkan kepercayaan seseorang, senjata yang paling kuat ialah keikhlasan. Tanpa keikhlasan kita takkan mudah mendapat kepercayaan. Bila kita mendapat kepercayaan, dari situlah datangnya amanah. Apabila seseorang memberikan kepercayaan kpd kita, maksudnya dia memberikan amanah kepada kita untuk dia bergantung kepada kita. Cuba kita fikir sejenak berapa ramai dari kita yg boleh memberikan kepercayaan kita sendiri kat org lain? Bukan senang kita nak memberikan kepercayaan kita kerana kepercayaan(trust) adalah sesuatu perkara yang amat rumit. Aku masih ingat lagi kata Imam Ghazali yg lebih kurang berbunyi: "Kepercayaan adalah satu amanah, dan amanah itu adalah benda yang paling berat dalam dunia." Setiap diri kita yang dilahirkan dalam muka bumi ini telah pun diberikan amanah oleh Allah s.w.t. apakah amanah kita? sebagai khlaifah dimuka bumi ini iaitu menjaga hasil ciptaan tuhan dengan sebaik mungkin dan yg besar sekali sebagai pemimpin kepada segala makhluk di alam ini. Sebab itulah nabi pernah berkata: "Sebaik-baik kejadian adalah manusia". Tiada satupun makhluk lain yg dapat menandingi manusia kerana masnuia diberikan akal fikiran yg sempurna. Berbalik kepada trust tadi. Berapa ramai dari kita yg mendapat kepercayaan seseorang? setiap dari kita diberi kepercayaan. Ibu bapa kita memberi kita kepercayan kpd kita untuk hidup berdikari hasil dari didikan mereka, sahabat kita memberi kita kerpercayaan kpd kita. tetapi..berapa ramai dari kita yg berjaya mendapat kepercayaan itu..akhirnya disi-siakan bergitu sahaja?? Berapa ramai??

Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang, secara tak langsung kita akan dihargai. Bukan kerana sifat kita tetapi niat kita yg hendak mendapatkan kepercayaan dari sesorang. Betul tak? Sebagai contoh, kalau seseorang tu mendapat kepercayaan dari kawan dia. Bukan kerana sifat baik hati yg ditunjukkan oleh org tuh tetapi niat seseorang tuh untuk menolong kawan dia sendiri. Sifat baik tak cukup. Yang penting niat dan bersama sifat kita, sikap kita untuk menolong seseorang. Ada sesetengah orang mendapat kepercayaan hanya berbekalkan sekali pertolongan ada pulak mangambil masa bertahun, baru mendapat kepercayaan dari seseorang. Bukan senangkan nak medapatkan kepercayaan dari seseorang. Bagi aku, kepercayaan ni, adalah separuh dari hidup kita. Kalau kita memberikan kepercayaan kepada seseorang, maknanya dia telah memberikan separuh dari hudup dia kat seseorang. Nak tau sebab apa? Korang pikirla sendiri.

Kepercayaan(trust) boleh wujudnya kasih sayang?? hmmm..menarik tu. Ramai dari kita tak menyedari, dari kepercayaan itulah akan merapatkan lagi hubungan kita dengan seseorang. Kerana, bila seseorang akan mempercayai kita, kita akan dihargai. Sekurang-kurangnya kita akan berfikir yg we are the choosen one. Betul ?? sbg contoh dalam persahabatan. Kalau kita diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia, diberi kepercayaan untuk membimbing org yg kita memberikan kepercayaan, secara tak langsung kita akan cuba untuk merapatkan kembali jurang yg kita ada. Secara tak langsung kita akan mengenali siapa rakan kita. Maka..dari situlah datangnya kasih sayang. Semakin kita hampir dengan seseorang, semakin itulah bertambahnya kasih sayang kita terhadap kawan kita.

Loyalty??? dari mana kita boleh dapatkan loyalty?? senjata utama untuk mendapatkan loyalty ialah trust. Betul tak ?? kerana kepercayaanlah wujudnya amanah, keikhlasan dan kasih sayang. Wujudnya semua perasaan ini dan semua sifat tadi, secara tak langsung akan wujud kesetiaan dalam persahabatan (percintaan pon boleh). Sebab bila kita dihargai kerana kepercayaan yg diberikan oleh kita, kita akan cuba untuk mengekalkan satu perhubungan. Kerana kita tahu selagi seseorang itu masih memberikan kepercayaan kepada kita, kita akan merasa kita akan paling hampir dgn orang yg memberikan kepercayaan dengan kita. Dari situlah kita akan cuba untuk mengekalkan hubungan kita dengan org yang memberikan kepercayaan, caranya?? loyalty !!

Bagaimana dengan sacrifice(pengorbanan)? apabila wujudnya kepercayaan(trust), wujudnya kesetiaan(loyalty) dari situlah wujudnya sacrifice. Maksud aku sacrifice ialah kita sanggup berkorban untuk org yang kita harapkan, org yang memberikan kepercayaan. Sebenarnya bagi aku maksud sacrifice nih banyak...aku tak boleh nak detailkan, terpulang cara seseorang tu sacrifice. Ada yang melakukan pengorbanan yg besar, ada yg tidak, tapi yang penting, niat kita. Kita tak boleh mengharapkan seseorang untuk melakukan perngorbanan terhadap kita. Apatah lagi mengaharapkan sejumlah perngorbanan yang kita hendak. Yang penting, walaupon seseorang tu melakukan pengorbanan, walaupun kecil, ia tetap pengorbanan. Dari pengoranan itulah datangya pernghargaan. Jangan sesekali membandingkan jumlah pengorbanan dengan keikhlasan. Ada org selalu pikir, pengorbananlah yg menunjukkan sejauh mana keikhlasan kita. Tetapi bagi aku silap dan salah sama sekali. Bila kita berkorban, itu dah menunjukkan kita ikhlas, kita sanggup melakukan sesuatu yang mungkin bagi kita, kita terpaksa melupakan sekejap apa yg kita lakukan waktu tudan kadang-kala melupakan sekejap apa yg kita impikan waktu itu. Walau sekecil mana pengorbanan, walau sebesar nama pengorbanan kalau hati kita tak ikhlas, jawapannya sia-sia sahaja. Memang dalam hidup perlu ada pengorbanan.Selagi ia bernama perngorbanan, selagi itulah manusia akan menghargai satu sama lain. Selagi itulah wujudnya kasih sayang, wujudnya kesetiaan. Dan wujudnya Keihlasan. Tanpa pengorbanan, mungkin semua tu tak wujud.

Ingatlah, jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan org yang beri kat kita. Kalau kita mensia-sia kan kepercayaan, hilanglah kesetiaan yang wujud dan percayalah kita takkan dihargai. Untuk mengekalkan kepercayaan yang diberi kepada kita, pengorbanan lah merupakan satu senjata utama, benteng utama kepada kita untuk mengekalkan kepercayaan. Sejauh mana pengorbanan kita, terpulanglah, asalkan ia mempunyai niat yg ikhlas.

Jadi yang mana lebih hebat?? trust?? loyalty?? atau pon sacrifice? Bagi aku semua sama hebat kerana elemen inilah yang wujud dalam setiap satu sama lain.....

Perkara yang paling jauh di dunia ialah masa,
kerana masa itu sentiasa meninggalkan kita.
Semakin jauh masa meninggalkan kita,
semakin itulah kita akan mengenang kembali masa kita yang berlalu,
setiap perkara yang belaku dalam masa itulah dinamakan takdir,

Dan ingatlah....
kita mampu mengubah takdir kita,
jika kita menghargai masa yang akan datang.

Perkara yang paling berat di dunia ialah amanah,
kerana amanah itulah yg mewujudkan kepercayaan,
kerana amanahlah yang melahirkan kesetiaan,
kerana kesetiaanlah kita harus berkorban,
sejauh mana pengorbanan kita?
Terpulanglah.....asalkan niat kita ikhlas....

Perkara yag paling berkuasa di dunia ialah nafsu,
kerana nafsulah manusia bergelar manusia,
kerana nafsulah binatang bergelar binatang,
dan kerana nafsulah juga manusia bergelar binatang,

Senjata utama nafsu??
Akal dan iman.
Itulah bezanya kita dengan binatang.
Ingatlah....

kerana nafsulah...
hancurnya kepercayaan,
maka hilanglah kesetiaan,
akhirnya sia-sialah pengorbanan......
[LePaT]

Saturday, July 23, 2005

Massage of The Day

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '
Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatnya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah; Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya; Mereka lah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) ..."(AlAnfal:2-4)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Berbahagialah hidup didunia bagi orang yang mengumpulkan kebajikan untuk hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi redha Tuhannya dan celakalah hidup didunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari amalan untuk akhiratnya dan lalai untuk memperolehi redha Tuhannya." (Hadis riwayat Al-Hakim)

thanx Husna and Wani !!.....

lokasi: kat bilik
suhu: sejuk...walaupun tghari sebab hujan tadi
keadaan aku: biasa je
suasana: mendung, bunyi mp3
mood aku: biasa je


Aku bangun awal hari ni. Mcm biasa, takde plan aktiviti aku untuk hari ni. Semalam pun mcm tu. Aku bangun kol 9, pegi klas then lepak kat umah. Pukul 4 ptg semalam aku dapat call dari Husna dan Wani. Last minit call dari diorang. diorang baru je sampai kat Mlk. Ada seminar under Kementerian Penerangan kat MITC. Diorang lepak kat hotel Mahkota Century.

Aku terkejut jugak sebab diorang datang. Nak buat surprise la konon !! ;-) Aku ngan Husna dan Wani janji nak kuar gi makan dalam kol 9 lebih mcm tu.

Series ptg semalam mmg tak best bagi aku. Aku takde mood langsung. Aku ambik novel fave aku, aku baca. Masuk je page yg ke 3, aku dah rasa bosan. Banyak mende yang aku fikir semalam. Mcm-mcm hal. Nak buat assignment? Lagi la. Assignment tak banyak tapi ras amalas je nak buat time siang mcm nih.

Pukul 5 lebih mcm tu Issam datang umah. Dia ajak aku gi minum kat CD. Temoat biasa bagi aku ngan Issam kalau kuar time petang. Issam datang sebab nak settlekan hal ngan Finance.

What a surprise !! aku jumpa balik ngan Nana, tunang Ran kat sana. Aku sempat berborak ngan dia. Kebetulan dia pun ad seminar kat MITC. Nana dah banyak berubah sejak dia keje. Tapi dia tetap sama mcm dulu jugak. Lama jugak aku berborak ngna dia. Insyallah hujung tahun ni diorang nak kawin. All the best untuk ko Nana !!!

Lepas gi minum, aku balik umah. Sambung keje aku yg ntah apa apa aku tak tahu nak buat. Aku kemas bilik, rumah then aku tgk tv. Sedar tak sedar aku terlelap depan tv. Aku bangun pukul 7 lebih.

In time nak tunggu Husna datang ambik aku, ak dapat panggilan dari ayah aku. Ayah aku baru je balik dari KL. Dia ada meeting kat Kementerian Kerja Raya.

Kitorang borak mcm biasa. Hal aku ngan ayah aku still aku tak leh lupakan. Tapi aku tahu cara dia cakap, dia dah cool down sikit. Well..mcm ayah dan anak borak dalam telefon. Dia tanya aku nak balik tak cuti nanti. Aku cakap ye..lama aku tka balik. Lagi pun aku balik nih nak menenangkan fikiran aku sikit. Well where else you can fine a better place to free up you mind. Bebas dari hal kat mlk, bebas dari fikir hal study dan yang penting, aku boleh jumpa kengkawan aku !!!Yesssss....

Ayah aku cakap adik aku demam, kat 3 hari tak pegi sekolah. Kesian adik aku. Mak aku ambik cuti 4 hari sebab nak jaga adik aku. Tapi soo far alhamdulillah dah beransur baik dah. Adik aku yg kat UPSI plak tgh sibuk ngan study dan project dia. Biasalah baru masuk sem baru. Adik aku kene organize seminar untuk sumer bakal-bakal guru yang akan grad tak lama lagi under Kementerian Pelajaran. Patutlah..aku susah giler nak call dia skang nih.

Dalam kul 8 lebih mcm tu aku stop conversation aku ngan ayah aku. Elok je lepas borak ngan ayah aku, aku dapat msg dari Husna" Pojie, kitorang dtg lambat sikit,nak settlekan keje kat sini."

Huh....lambat lagi. Takpelah. Lagi pun aku tak kejar masa. Dalam kol 9.30 mcm tu Husna dtg amik aku kat umah. Dia nih main redah je cari umah aku. Nasib baik dapat. Lagi pon dah kata kg dia kat Mlk, soo dia tak kekok sangat kat area sini.

Aku bawak diorang pegi makan kat Umbai Seafood. Lama giler tak pegi kat situ. Diorang plak tak pernah pegi lagi kat situ. Mcm biasalah aku yg kene drive. Wanie beli kete baru. Perdana V6. Kete lama dia dia kasi kat adik dia kat Perak.

Series gi Umbai tak sesia. Diorang nak belanja aku makan, soo aku tibai je lah. Aku tak cerewet sangat hal makan nih. As long as org nak belanja, aku mkn je apa yg aku nak mkn. Ikan siakap lah, udang nye, sotonglah, mcm mcm lagi lah. masa kat Umbai tu sempat kitorang berborak pasla ADI. Ciss..mmg aku kene tipu ngan bebudak nih. diorang nak kenekan aku. Ada ke buat lawak pasal mati. Mmg la ADi tu eksiden kat Tronoh Perak, patah kaki je. Kete kene rempuh ngan kete jugak. Tapi takde la sampai mati. Masuk sepital. Masa aku dapat berita tu aku terkejut gila. Aku call bebudak yg lain, herannya saper pun tak angkat. Aku call Hizer, Hizer pun mengiyakan apa yg si Dollah tu kata kat aku. Yg terkejutnya, lepas bape hari tu, ADI call aku. Aku rasa mcm nak pegsan je. Dia baru dapat tahu yg bebudak nih kene kan aku. ADI kat hospital. Kene tahan wad. Dia kata bebudak nih saja je nak kenekan aku. Konon nak buat aku sedih la. Kepala hotak korang !!!!.....kalau nak kenekan aku, jgn la libatkan bab mati jack...tak pasal-pasal korang yg mati.

Soo ADI kata jgn riso lah pasal dia. Dia ok je. Biasalah patah kaki kanan. Insyallah hari Rabu depan dia boleh balik. Huh....aku memanjat kesyukuran bia dengar mcm tu. ADI lah salah seorang best friend aku kat Penang. Giler aa kalu jadi mcm tu kat dia, aku tak tahu lagi saper aku boleh dpt kawan mcm dia. Adi pun marah jugak sebab bebudak nih kelentong aku. Dia tak marah sebab kelentong, tapi dia marah bila diorang kata dia dah 'mati'. Ahahaha....ADI..ADI...

Takpelah, lupakan pasal ADI. Lepas kitorang gi makan kat Umbai, aku ajak bebudak nih round Melaka. Memula diorang cakap letih tapi Wanie nak sangat lalu kat kat area A'famosa. Apelah ko...A'famosa tu dekat je ngan Mahkota Century. Aku pusing satu round then diorang hantar aku balik. Wani ngan Husna ajak aku lepak kat hotel. diorang dapat 2 bilik tapi satu bilik lagi kosong sebab diorang tak nak duduk berasingan. Diorang kata rugi je kalau biar satu lagi kosong.

Apelah korang nih. kalau aku lepak sana bukan aku buat apa pun. Baik balik umah je. Lagi pun aku dah janji ngna awek aku nak chat dalam pukul 11 mcm tu.

Diorang nak bertolak balik Pg esok pagi. Kira hari nih la. Masa aku tgh tido, Husna call aku, nak wish gewd bye. Dalam kul 7 pagi mcm tu. Aku selak kain kat tingkap, sedar je dah hujan..huhu...best hujan. Apa lagi, sambung tido la.

soo aku bangun kul 11 pagi tadi. Lapar plak. takpe, jap lagi gi makan. Aku tgk tv, sempat chat ngna bestfriend aku Aisyah kat YM. Dia keje hari nih. Sebab Isnin nanti dia ada presentation untuk proposal nak organize event kat hotel.

chatting pun tak lama sebab aku tak nak kacau dia keje. Aku sambung tgk tv then aku rasa mcm nak tulis blog plak.

Hurm..lupa cakap, semalam Aisyah call aku. Kitorang berborak lama jugak. Mcm mcm hal la. a week after cuti nanti maybe aku nak turun KL. Insyaallah. Aku nak sangat jumpa ngan dia. Dah lama aku tak jumpa ngna member aku nih. Kat dua tahun. Hari tuh dia kasi gambar kat aku via email. Ahahaha....dah makin berisi aku tgk. Dressing pun dah lain sikit. Takpe..janji ko bahagia.
Oh ye...lupa plak..aku ada 'keje' hari nih. Hari tuh dah janji ngan Mr. Osman pasal nak pegi office dia kat Mlk raya. tapi disebab kan aku demam, tak dapat pegi. Ptg nih aku janji nak jumpa dia kat area sini sebab dia ada something nak discuss ngan aku pasal business dia. Sorry la jack..kalau nak ajak aku masuk dlm business ko. Tak dapat lah. Aku baru je tarik diri dari business yg aku dah lama invest. Kat 3 tahun. Aku dah malas nak pikir hal company tu. Bukan bermasalah tapi company tu nak merging ngan company lain. Kalau tak silap aku nama company tu Tri-Ed systems SDn. Bhd. Lepas nih nama aper nak pakai tak tahulah. ahahaha..ape2 hal untuk my ex boss but forever my cousin, thanx for everything.

Aku dah banyak berlajar dari ko. Bila terkenangkan balik hal aku keje dulu, aku rindu giler kat bilik office aku. Aku stil ingat lagi bilik aku kat area corner left wing selang dengan bilik meeting.
Kat situ lah aku berlajar everything pasal bussieness, pasal management, pasal mcm mana aku nak deal ngan client....everything!! Semua ilmu yg aku dapat kat situ, tak mungkin aku dapat kat tempat lain. Last aku pegi, bilik tu still kosong lagi. Barang aku sumer dah takde, ada yg aku dah ambik, dan separuh lagi cousin aku tlg simpankan. Satu satu nya kenangan aku yg aku ada pasla company tu ialah Mug yang aku ambik dari store diorang. Aku sayang Mug tu. walaupun simple tapi mmg bermakna bagi aku.

Soo untuk semua staff yg pernah berkerja bawah aku dan yg pernah berkerja ngan aku, Mr Alias, Abg Radzi, Kak Shira, Lim, Aniff,Louis, Kak Nita merangkap kakak angkat aku kat situ, Ramli merangkap office boy yg kecoh ngan cerita kelakar dia, Mr Patrick merangkap HR manager, walaupun dia susah nak kasi cek kat aku(ikut prosedure la konon) tapi dia mmg best. Buat semua staff kat technical department. Walaupun korang tak tahu aku nih 'small exec' kat sana, tapi korang layan aku mmg best. Aku suka la keje ngna korang walau pun kekkadang korang malas skit buat keje. ahahaha....Buat head tech. department (Ixora department) Miss Fiona, all the best untuk ko. Dengar citer dapat keje baru kat Seagate skang. And untuk semua staff yg aku tak dapat nak mention kat sini, all the best untuk korang. Ingatlah, berkerjalah bersama kompany korang, bukan untuk kompany korang..ahahaha...

And..for the last one, Miss receptionist yg lawa giler, Farah dan Sally, maintainkan lawa korang tu. Farah dah nak bertunang ngan manager bank kat sebelah company tu. Sally maintain single je. Ngorat boleh ?? ehehehe....jgn riso aku akan pegi lagi kat company tu. Tapi sebagai org biasa nak lawat kengkawan aku kat sana. Pass aku still ada lagi. Harap korang tak delete lagi Info aku dalam server. karang bila nak swap smart card kang tak leh plak. Kene pakai pass pelawat je.

~~peace..heavenly in a peace mind.....hopefully.

Friday, July 22, 2005

Siti Nurhaliza - Cinta Tak Berganti

Akhirnya lagu yang puas aku cari dah dapat. Puas giler aku cari lagu nih. Habis satu internet aku cari. Thanx to dvrplayer.com.my yang telah menyebabkan aku berjaya cari lagu nih. first aku dengar lagu ni mmg best. So kepada semua couples, aku tujukan lagu nih kat korang semua especially to Wanie and Husairi yang menyambut anniversary korang yang ke 5 tahun..cayalah korang....
Lagu nih jugak aku tujukan untuk my only precious one. My only sweet heart.
Ayang,
Abang mintak maaf kalau sejak dua menjak abg menyusahkan ayang. It's ok, abg faham kalau ayang ada rasa sedikit terganggu. Acctually sejak dua menjak nih abang jadi 'bengong' ( <<<---sorry copy ayat ayang :P) sikit. No need to worry about me ok. Abg ok je kat sini. Semalam (khamis) abg nak ajak ayang kuar dinner ngan abang, ingat nak buat small surprise. Tapi takpe, banyak masa lagi. This week kiter jarang berborak. Abang tahu. Dan abang tahu ada something yang ayang tgh fikir sekarang ni. Take your time. Abang tak nak ganggu ayang sekarang nih. I'll give you some space to settlekan masalah ayang. I'll be always with you. What ever you do, u always have my full support. Take care of yourself. Sorry again. Abang tak bermaksud nak menyusahkan ayang cuma abg harap kita still mcm dulu. If you have anything, just call me ok. I'm always there for you. That is what the couplefriend are for rite? Love u always !!


SITI NURHALIZA - CINTA TAK BERGANTI
Biarkanlah resah sayang
Sukar ku lalui
Buat ku berduka

Kenangkanlah oh semalam
Walau cinta dikunci
Janji tak ku lupa

Tak daya ku halangi
Tak ku cuba jauhi
Tetap di sini
Terus menanti

Ikrar kita mengharungi badai sakti
Mencari sinar kasih suci
Walaupun nafas ku ini pasti terhenti
Jangan pula ada sangsi lubuk hati
Percaya cinta tiada ganti
Kau yang ku cari
Kaulah kasih ke akhir hayat nanti

Thursday, July 21, 2005

advice necessary ?..sendiri pikirla beb...

Kelas sampai pukul 1 hari nih. Mmg meletihkan. Lepas kelas, aku singgah jap kat library. Seingat aku dah lama aku tak masuk lib untuk tujuan. Kalau masuk pun just nak hantar barang ke kat kawan aku.

Aku masuk, pinjam surat khabar Utusan. Baca. Aku belek satu persatu muka surat. Hurm..citer pasal UMNO je. Aku teringat balik masa ayah aku aktif dalam UMNO. Tapi sekarang nih dia tak aktif sebab sibuk dengan kerja.

Dalam tengah baca paper, aku disapa oleh member aku yg dah lama aku tak jumpa. Kebetulan dia nak hantar buku kat sana. Soo dah alang-alang jumpa aku berborak kejap ngan dia dalam lib.

Mcm biasalah, dah kata lama tak berorak. Aku ajak dia lunch ngan aku. Dek kerana nak hisap rokok punya pasal dia ajak aku pegi makan kat RSI. ahahaha....masih tak berubah kawan aku ni.

Mcm-mcm kitorang borak. Hal kengkawan lah, hal dia ngan moto dia lah, hal dia dengan kelab lah. Bila masuk bab awek, dia tanya aku "Ko dah ada awek ke?" wahahaha.....giler maut soalan. Aku senyum je. Bukan aku tak nak kasi tau tapi aku just nak kasi dia pikir. "Ko cakap la bebetul..ko ada wek ke lum? Takkan sampai bila nak membujang jackk" Aku cakap "Kalau ada awek tak semestinya tak bujang, tak kawin pun org kata bujang"

"Yerlah..aku tau ko ada awek...hari tu aku nampak ko gi makan kat Pizza Hut kat MP ngan awek ko weekend hari tu"

Ahahahaha....giler ayat..dia nak pancing aku sampaikan main belasah je. Serkap Jarang la tu.

"Aku ngan awek aku pun tak pernah kuar lagi time weekend, inikan plak aku nak gi makan kat situ time weekend..apela ko ni"

"Haa...ko ada awek la nih..aahaha..aku pancing je ko makan kat situ..bukan aku tau pun...aku nak tgk ko deny je ayat tu"

Ciss...aku kene pancing...mmg aku kene....

"Adalah....dia sama batch ngan aku dulu...aku kenal lama tapi aku baru je couple ngan dia." Merah je muka aku jawab. Bukan segan tapi malu kene pancing. Siott tol...

"Ko ok tak ngan awek ko? Maksud aku ko bahagia tak ?"..huh..apa punya soalan dia tanya ni.

"Aku OK aper ngan dia...kitorang dah lama kawan..soo takde kekok sangat hal couple nih..soo far aku boleh la faham dia mcm mana..nak kata 100 percent tu taklah. Tapi...aku boleh la faham dia at certain hal." aku jawab.

"Hurm....apa yg ko faham dia ?" dengan selamba dia tanya aku.

"Maksud ko?"

"Yerla...apa yg ko faham sifat dia...dia tu mcm mana...jenis mcm mana..."

"Hurm...dia nih biasa je....jenis selamba, jenis on-time punya org, manja tu biasala, jenis kuat jeles jugak tapi soo far takde sangat, sebab dia tak pernah tunjuk sifat tu depan aku, jenis open minded, sometimes unpredictable jugak. Kekadang, dia simpan dalam hati bila dia ada something nak cakap. Satu lagi bagi aku dia tak reti nak sembunyikan masalah dia. Sebab so far aku kenal dia, aku boleh tau dia ada masalah ke apa ke dengan tgk air muka dia. Senang cakap la...dia banyak tunjuk ekspresi muka bila dia ada something. Susah la aku nak describe sangat tapi aku tahulah dia tu mcm mana..naper ko tanya aku mcm tu? Ko kenal ke awek aku? Ke ko ada someting nak cakap pasal awek aku?"

"Isy..takdelah....aku sendiri tak pernah nampak ko kuar ngan dia..aku tak kenal pun dia..tgk pun tak pernah"

"Then?" tetiba aku rasa suspen plak.

"Jap sebelum tu, aku nak tanya ko soalan..last...ko jgn salah sangka plak...ko sayang awek ko?"

"Mestilah...apa punya soalan la ko nih. Saper tak sayang awek sendiri. takkan ko tak sayang awek ko. Aku sedikit marah dengan soalan bodo mcm tu."

"Takdelah....aku ada satu masalah nih..tapi tak tahu nak cakap mcm mana." Huh..itu rupanya...aku ingatkan apa dia. Tanya berjela tapi itu je point dia. Kan senang kalau dia cakap je.

"Ape masalah ko? Awek ko tinggalkan ko ke ?"

"Takdelah..mcm ni..aku kenal awek aku nih lama jugak. Kat setahun lebih. Tapi masa aku kenal dia..kitorang mmg kawan. Aku mcm ko jugak. Kenal sbg kawan. Tapi sejak aku couple ngan dia, aku rasa something pasal awek aku. Makin lama aku kenal dia, aku rasa dia ada something sifat dia yg aku tak tahu. " Tiba-tiba raut wajah dia berubah. Aku nampak ada sedikit kesedihan(mungkin kot ?) dan sedikit kekecewaaan.

Aku hairan....tapi dalam hati..biasalah ramai yg mcm tu. Aku pun pernah mcm tu jugak.

"Apa yg ko tak tahu ?"

"Ntahlah...dia mcm berubah..and kekadang sejak aku couple ngan dia, dia bnyak fikir, banyak berahsia ngan aku, one thing yg paling ketara ialah aku banyak tahu sifat sebenar dia sejak aku couple. Sebelum nih dia ok je..."

"Biasalah..maybe dia tak nak tunjukkan keburukan dia. Semua org ada keburukkan. Tapi yg beza, cara kita nak terima je" aku cuba cool downkan dia. Amik hati.

"Ntahlah...kekadang aku rasa mcm aku tak enjoy ngan dia. Dia jenis tak faham aku. Apa yg dia tau..dia je..."

Aku fikir sejenak....aku rasa mcm pernah alami je mende nih.

"Ko tlg la aku, pak...advise la skit mcm mana"

"Ahahaha....aku bukan tak nak advice ko, tapi aku bukan Dr. Fadzilah. Aku tak reti sangat nak advice sangat bab hal nih sebab aku pun baru je couple ngan awek aku. Apa kata ko mintak pendapat kat Faizal, dia kalau bab nih mmg terror. Ko bukan tak tahu. Dia dah couple ngan awek dia kat 6 tahun dah. Aku sendiri pun berguru ngan dia..."

Kitorang ketawa....mmg tak dapat dinafikan aku mg respek gila kat Faizal tu. Kawan aku merangkap ex-housemate aku ngan roomate aku. Aku banyak mintak advice dari dia.

"Mcm nihla....aku nak advice pun susah skit. Tapi aku citer jela apa yang aku ngan awek aku buat. Kitorang masa kawan dulu...memasing bersikap biasa je. So far kitorang mmg ngam, senang cakap la sekepala la. So memasing takde nak cover time tu. Maksud aku, aku kawan ngan dia, aku takde nak sembunyikan apa-apa dari dia. Dia pun jugak. Dia mmg ok. Soo bagi akulah, apa yg dia nampak aku...itulah aku. Kalau dia nak kata aku nih kerek ke, poyo ke, jahat ke apa ke..nak buat mcm mana, itulah aku. sama mcm dia jugak. Apa aku nampak dia, itulah dia aku tak boleh nak expect lebih dari apa yang aku nak. Aku tak reti nak jadi org lain bila aku ngan awek aku. Bagi aku, dalam friendship, tak perlu nak tipu diri sendiri, tak perlu nak tipu org lain siapa diri kita. Sebab org tak tgk ko anak org kaya ke, ko pakai kete apa. Tapi org tgk ko mcm mana. Aku ngan awek aku..kitorang just biasa je. Soo masa couple...kitorang still go on dengan apa yg mcm tu. Bagi aku couple ke tak couple ke still aku dan dia yg sama. Cuma, mcm aku selalu cakap la, sayang tu lebih dan special dari sblm ni. Yang pentingkan...just be urself. Itu akan buat org hormat ko. Even musuh kita sendiri akan hormat kita sebab dia tahu kita nih jahat atau baik mcm mana. "

Dia mencelah "OO....tapi mcm mana aku nak suruh awek aku buat mcm tu ? Sebab aku tgk dia lain la dari aku kenal"

"Soal tu bagi aku kita tak perlu nak suruh. Sebenarnya kan bagi aku, dia sendiri kene buat mcm tu. Salah la buat mcm tu. Depan org baik. Belakang org dia lain plak. Aku beruntung kenal awek aku sebab dia tak mcm tu. And then bagi aku awek aku nih mmg jenis obviously dalam semua hal. Cara dia yg aku kenal, dia tak reti nak sembunyikan perasaan dia kat org. Mungkin dia buat. Tapi aku jenis boleh baca raut muka dia. Tak tahulah org lain mcm mana. Sebab bagi aku, kalau org tu jenis open minded, open dari segi perwatakkan, tak susah kita nak kenal dia dan kita boleh cepat menilai dia."

"Tulah yg aku risau nih, mcm hari tulah, tetiba je nak marah marah aku. Aku hairan gila. Kot yer pun tgh bendera jepun ke, jgn la buat mcm tu. Aku pun ada perasaan jugak. Dia punya marah nak amik tahu. aku punya marah dia tak pernah kira lagi."

Ahaha..part nih aku ketawa...sebab ayat dia "Dia punya marah nak amik tahu. aku punya marah dia tak pernah kira lagi." mcm aku jugak. Sebijik. ego beb..ego....

"Sebab tulahkan...ko kene anggap couple nih mcm suami isteri. Maksud aku bukanla ko boleh buat apa saje kat awek ko. Tapi maksud aku suami isteri in terms of the way ko run relationship ko lah...cthnya...ko kene biasakan diri ko ngan awek ko....selalu berbincang, ada masalah..apa yg tak puas hati, cakap je kat depan. Tak perlu tak simpan dalam hati. Bahaya bagi seroang perempuan simpan dalam hati sebab dia akan merajuk...makan hati. Kalau lelaki bahaya sebab kalau simpan dalam hati boleh jadi dendam. So ko kene bawak sifat tu. Aku pun tak kata aku perfect..of course in certain times aku simpan dalam hati jugak pasal awek aku..tapi sebelum tu aku fikir, kalau mende nih remeh, tak perlu nak dikecohkan..so tak payah la...apa yg penting, kalau ko rasa mende tu perlu di bawak berbincang, bincanglah...tapi kene berbincang elok-elok. Jgn nak mcm bergaduh plak."

Dia terdiam seketika..aku tak tahu apa yg dia tgh pikir. Then..dia tanya "Ko pernah bergaduh ngan awek ko tak? Paling koman ko terasa something yg dia ad abuat kat ko ? Mcm kecil hati ke....apa ke. Pernah?"

huh..soalan maut....tapi untuk kebaikkan dia aku citer lah.."Bergaduh tak pernah..dan itulah aku cuba nak elakkan..sebab bagi aku..aku tak nak bergaduh. Aku tahu tahap ego awek aku mcm mana, dan aku tahu tahap ego aku mcm mana. Soo org cakap, jgn simbah minyak kat api la bila kitorang bergaduh."

Ketawa...memasing ketawa. Aku dah nampak sedikit wajah ceria dia.

"Kalau ko terasa ngan awek ko pernah ?" dia bertanya kat aku.

"Hurm...pernah jugak aku terasa dalam certain hal, tapi mcm aku cakap, aku jenis tak kisah. Sebelum aku nak menjadikan benda tu serious, aku akan fikir dulu. Perlu ker aku buat mcm tu? Apa sebabnya kalau aku nak buat mcm tu. Kalau setakat mende remeh aku lupakan je. Haa..one thing..jgn sesekali buatkan mende remeh antara korang jadi mende besar. Tu yang penting tu."


"Apa mende yg ko terasa ngan dia? Citerlah" Dia tanya aku..ciss nak korek citer mamat ni.

"Adalah...tu hal aku lah..takan aku nak citer sumer kat ko plak"

"Heh..sorry...aku bukan nak keypo..tapi just nak tahu..sebagai guide untuk aku"

"Yang penting...korang kene open minded...kene berlajar mcm mana nak bawak berbincang."

"Aku nak tanya ko..soryyla kalau ko marah..ko kuat jeles tak ngan awek ko. Let saylah kan..ko dapat tahu yg dia kuar ngan lelaki lain. "

"Sebenarnya kan jels tu tetap ada, tapi bagi aku, aku susah la nak jeles. Katakanlah aku tahu dia kuar ngan org lain, aku tanya dia, tapi so far mcm awek aku nih, dia akan kuar ngan kawan yg dia bebetul kenal je..dia pernah citer kat aku dia kuar ngna saper. So far aku tak kisah. Sebab sebelum aku couple pun aku tahu dia kuar ngan saper then lepas couple pun aku tahu dia kuar ngan saper. So aku tak kisah, as long as dia tahu jaga diri cukuplah. Aku bukan jenis suka mengongkong org. Sebab aku tak suka aku kene mcm tu. Itu tak boleh lah..ini tak boleh la...sebab aku kat penang pun kat mlk pun..aku kuar ngan sesapa je aku nak kuar. Kalau lelaki biasalah, kalau perempuan, awek aku pun tahu ngan saper aku kuar. Dia kenal ngan saper aku kuar. Yg penting kene jujurlah. Jgn la kata kuar ngan member perempuan tapi ko kata ngan lelaki. Kalau kantoi..naya ko..."

Lepas tu pebualan kitorang stop. Memasing mcm takde idea nak cakap. Aku plak hisap rokok..mcm biasa..dia plak baca surat khabar.

Dalam 15 minit mcm tu dia hantar aku balik rumah. Dalam kete dia cakap kat aku "Pak, thanx advice ko. Insyallah aku ikut. Aku pon tak sedar yg mende agak complicated jugak"

"Ala..that is what the friends are for rite? Lagi pun ko pernah tolong aku banyak mende. Ko ingat tak masa aku nak call minah yg dok ostel tu. Saper yg tolong aku masa tu ? Ko la...yg kiter lepak kat bawah hostel kat kerusi tu ngan minah tu sampai kene sound ngan pak guard sebab lepak sampai koil 3 pagi....kalau tak kerana ko...aku tak dapat kuar ngan minah tu..."

Kitorang ketawa....kelakar sungguh masa tu. Aku punyalah takut nak ajak minah tu date ngan aku. Last sekali dating kat bawah ostel je. Itu pun berteman...

"Lagi satu...aku nak advice kat ko....just two things je...terimalah dia seadanya dan dia pun kene terima ko seadanya...tapi yang penting ko kene faham dia ..dan dia kene faham ko mcm mana. Baru ko boleh buat mcm tu. Itulah baru namanya ikhlas. OK? Last one..enjoy your relationship...tak perlu nak complicated sangat mende nih...enjoy je"

"OK..thanx aa..nanti mlm nanti aku nak ajak ko gi makan...lewat skit lah pasal aku ada meeting club ni."

Aku menunjukkan isyarat bagus dan dia berlalu pegi.....dalam hati aku...itulah "kawan"..sebenarnya..aku terasa ngan dia jugak. Baru sekarang nak buat baik ngan aku balik. Masa dia couple ngan awek tu, tak pernah dia cakap dia dah couple, dia tipu diri sendiri tipu kengkawan dia. Lepas kitorang tahu yg dia dah ada awek, dia buat hal sendiri. Sekarang nih bila ada prob...baru lah nak kata...lama tak jumpa lah ngan aku....dia cari aku konon masa nih. Padahal no tel aku dia still simpan lagi. naper tak call aku je? Anyway....sekurang-kurangnya..dia still anggap aku lagi kawan dia...all the best untuk ko !!

Massage of the day

"Dan jika ada dua golongan dari orang mukmin itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! jika salah satu dari golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yg lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.."[maksud surah Al-Hujurat ayat 9]

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

Dari Abu Qatadah r.a. berkata: Nabi saw bersabda, "Impian yang baik dari Allah dan impian yang buruk dari syaitan. Maka barangsiapa bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukainya, hendaklah ia meludah ke sebelah kiri tiga kali dan membaca A'UDZU BILLAAHI MINASY SYATHAANIR RAJIIM tiga kali, maka tidak akan membahayakannya." (Bukhari - Muslim)

Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad

Dari Abu Hurairah, ra bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" baginda menjawab: "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan." (Bukhari)

demam.....

Ya Allah..sakitnye tekak aku...sakitnya telinga aku..sakit kepala lagi. Hanya tuhan yang tahu. Aku dah berapa hari demam. Tak pernah aku demam mcm nih. Nak angkat kepala pun tak larat. Tido je manjang.
Nak makan ubat ? Ubat pun mcm tak berkesan je kat aku. Ada org suruh buat itulah, inilah. Semalam aku pegi hospital. Sensorang. Check blood pressure aku. Doktor cakpa blood pressure ak utinggi skit. Tapi biasa je. Maybe sebab demam kot. Huh...nasib baik. Soofar sejak aku makan ubat dari hospital, kat setahun blood pressure aku tak naik tinggi lagi. Kalau naik pun sikit je. Alhamdulillah....
Semalam lepas makan, aku tidur. Dalam kol 2 mcm tu. Aku bangun je, dah pukul 2 ptg. Huh?? kat 12 jam aku tido. MAsa tulah aku ras pening sesagat. Badan menggigil. Aku rasa sejuk gila. PAdahal waktu tu tgh panas. Huh....aku minum air, aku lepak jap, barulah lega.
Sebenarnya aku tak pernah rasa mcm nih. Demam terus sangat. Tapi ku tah usebab apa. Ayah aku call. Dia kata dia tahu sebab apa aku mcm nih. Hurm....aku teringat balik mas aku pegi Sagil hari tu. takpelah..biar aku je yg tahu mende nih....
OKlah, sorilah kalau blog aku nih pendek je. AKu takde mende nak tulis pun. Nak rehat, dah makan ubat tapi still mcm tu jugak. Soo ape ape hal, just drop by kat shoutbox je ok....
~~peace

Friday, July 15, 2005

Ingatlah Sayang....

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta..

aku masih terus mencari.....

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

aku terus mencuba.....

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
masih ada sisa harapan, masih ada sisa keberanian, masih ada sisa cinta, masih ada sisa kepercayaan di hati aku....

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

sungguh, kini baru aku memahami kenapa semuanya harus terjadi.........

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

terima kasih kerana mencintai aku apa adanya.......

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

dan kini aku mampu tersenyum kembali...

al kisahnya.....

lokasi: kat bilik..mcm biasala
suhu: sejuk...
keadaan aku: tgh buat keje depan pc...sesambil dengar lagu
suasana: mlm...sejuk, Pokya dah tido, then kedengaran buti kipas dan gelap.
mood aku: biasa je
warghhh...............giler busan !! series busan!busan....busan....busan.....lalalalala.....
Dari tadi series busan giler. Aku bangun kol 9, pegi klas 10 -11 then gi klas 1-2. Lec hari nih tak best betul. Aku siap tido lagi dalam kelas.
OK....OK..cut the crap..malas tol nak citer pasal hal busan nih..kang tak pasal pasal kang..lagi sangap....
Tadi masa lepak tadi dalam petang mcm tu. Aku bukak balik kotak aku. (ni pasal kes busan la nih) Dalam tu penuh gile ngan barang secret aku. Mostly banyak barang kenangan aku dalam kotak tu. Dari surat cinta la...hadiah la...even mende yg aku kutip buat kenangan pun ada. Batu, kulit siput, card, bekas french fries McD sumer ada. Siap aku tulis lagi kat kotak tu tarikh..ngan masa...then apa yg berlaku kat kotak tu. Kalau kasi kat Arkib Negara sure diorang puji. ehehe...
Aku tak tau naper tetiba aku nak bukak sangat kotak tu. Kotak tu kemas je aku balut, Even..kotak tu sendiri ada nilai sendiri kat aku. Kotak tu sebenarnya pemberian arwah Mohd Najib kat aku. Dia nih housemate aku dulu kat mlk..meninggal masa alpha, 1 April 2000, sebab kemalangan jalan raya.
Aku bukak kotak tu...masih wangi lagi dengan bau Pot Puri (<<---betul ke ejaan nih..ehehe belasah jek) dari kawan aku yg kasi...aku baca satu persatu surat yg pernah aku dapat dulu. Giler aa....masa tu email dah ada..tapi aku still lagi pakai snail-mail. Sebab bagi aku...walaupon pakai surat biasa...tapi nilai sentimental tetap lagi best dari email. Walaupon kekadang aku terpaksa tulis kat 3-4 keping helai. Tu yg best tu.
Sumer aku kira kat 40 keping surat aku dapat, 25 keping kad termasuk kad raya..besdey, mcm mcm lagi lah. Sumer kat situ. Then, kat 10 mende yg aku amik sebagai koleksi kenangan aku. Batu lah, kulit siputlah, kertas McD lah, tiket F1 lah (nih yg paling aku syang sebab tiket harga kat seribu aku beli..selambaaaaa). Masa tgh baca satu persatu, aku terbukak satu surat yg bebetul kasi aku teringat balik kat kawan lama aku. Arwah Faizah. Tak pasal-pasal masa tu aku rasa sebak sikit. Surat yg pertama dan yg terakhir aku dapat dari kawan aku dari Jepun.
Aku masih teringat kawan aku nih, dia mmg kat sekolah dulu mmg jenius, aku dulu tak berapa rapat sangat dengan dia. Tapi aku respek dia sebab dia jenis muka selamba. Tetambah lagi dia nih kaki ponteng ngan aku. Ehehe...
OKlah..mende yg lepas...mals nak citer...tapi apa apa hal Faizah tetap dalam kenangan aku.
Aku belek dan baca semua surat aku dapat, dari kawan akulah, ex awek akulah, dari pen-pal aku kat Australia, German ngan Jepun pun ada. Suker gila baca surat² tu. Aku senyum sensorang. Kelakar plak bila teringat balik kat org yg pernah kiter kaple yeh...teringat balik kat org yg kiter pernah kawan dulu. Mcm mcm hal jadi.
Lepas baca semua, aku susun balik surat ngan kad dalam kotak tu. Aku asingkan kad ngan surat, then aku ikat. Latest card aku dapat dari awek aku sendiri, masa besdey aku hari tu. Aku letak sampul yg ada card ngan tag t-shirt hadiah awek aku kat atas sekali menandakan yg tu paling latest aku dapat. Lepas tu pembalut hadiah. Hish..nih kotak present hadiah awek aku kasi nih pon ada..tapi besar sangat nak masuk dalam nih. Takkpelah..aku biar je kat atas almari aku.
Lupa nak cakap, 1st time dalam seumur hidup aku, aku dapat bunga dari someone. Giler argh.....aku dapt bunga, selamba je minah nih kasi kat aku. Tapi bunga kaler putih ngan kuning. Bunga putih melambangkan kesucian dalam friendship, dan kuning melambangkan honesty dan kekuatuan friendship tu. Huhuu..aku baru tahu mende tu...bunga tu pon ada lagi dalam kotak tu..tapi mmg dah keringla..aku hantar kat kawan aku, bunga tu suruh dia buat Pot Puri (<<---betul lagi ke ejaan ni?) selamba jek....sebab aku tak nak hilang kan bunga tu...sayang sesangat.
Yang best nya...masa aku tgh susun balik surat tu, aku terperasan satu mende yg aku cari selama nih. Lencana sekolah teknik aku !!!! warghh..kat sini rupanya ko yek...lama tol aku nak cari..lencana besi sekolah aku nih mmg kiut je. Kecik. Soo far dalam collection aku ada 3 lencana sekolah. Dari sek rendah, sek men biasa dan last sekali sek teknik. Tali leher siap ada lagi aku simpan. huhuhu....nostalgia betul....
Aku simpan kotak tu, aku balut balik dengan kertas pembalut yg aku bukak tadi. Kertas pembalut yg berusia 2 tahun masih elok je. Kenangan beb..susah nak cari kertas kaler oren mcm tu..aku minat giler kaler oren ngan kuning. Tulah kaler fave aku..ehehehe....
OKlah nak tido nih kul bape dah...tadi aku gi minum ngan awek aku kat kedai Azam. Sajer jer lepak sana. Borak-borak kosong ngan awek aku....kitorang mmg macam tu...ape awek aku cakap...couplefriend?. Ha..tulah ayat paling best. Pegi kedai gi minum atau makan pun borak biasa..kene usik..kene kutuk, kene sakat dah menjadi amalan seharian kitorang, yg teruk aku...kete tampar kat bahu, cubit, kene cucuk kat pinggang dah menjadi kelaziman untuk aku menerima mcm tu..huhu...Best betul dapat awek mcm nih. Kalau la aku sakat, dia marah then kene ciumm...bestnyeee....tiap tiap hari aku kuar dating..hehehe......sori bebeh....gua nakal skit. Esok awek aku balik kl. Balik lagi !!! Dah 3 minggu straight balik weekend. Next week pun balik jugak. Gila mensangap aku. Sejak kapel...tak merasa aku dating ngan awek aku time weekend nih. Takpela..balik nak tgk family. Aku plak tak balik-balik...huwaaaaaa !!..sedihnya !!!..Plan aku weekend nih nak tgk wayang. Citer Fantastic 4. Best jugak citer tu. Sejak dua menjak nih sindrom kaki wayang dah menular kat aku...hehehe...ntah apesal ntah aku pon tak faham...
Okla....tido.....nak tido nih..kang kalau merepek dalam nih kang sesia je terus sambung semayang subuh...tak nak aku...awek aku plak esok nak balik awal pagi..ingat nak hantar dia kat Mlk Central, tapi dia tak kasi...huhuhu...
dalam kepala otak skang ---> kunci pintu, gosok gigi....lepas tu minum air then cari kayu api...cari kayu api....cari kayu api......zzzZZZzzz..........
~~peace, heavenly in mlk.....hopefully.

Wednesday, July 13, 2005

friendship ?? huh ...

See....siapa kata aku salah? siapa kata ku yg sengaja cakap mcm tu ? siapa kata aku sengaja nak sakit kan hati org?...Betul tak cakap aku....mostly kegkawan aku yg aku ada sekarang banyak yg tak guna. Banyak yg aku anggap mcm sampah, banyak yg bagi aku menjadi duri dalam daging bagi aku. Bila aku kata aku susah nak percaya pada friendship, bila aku kata aku takka npercaya pada friendship, ramai melenting kat aku, ramai yg kata aku bodoh, tapi sebodoh aku, bangang lagi mereka yg cuba menidakkan apa yg mereka buat, ambik kesempatan kat aku.

Bila aku senang, semua nak cari aku, bila aku nampak bahagia, semua nak menempek kat aku, semua kata aku boleh tolong diorang, semua boleh kata aku boleh settle problem diorang, sampai kan kes anak bini pon nak mintak tolong kat aku! FUCK OFF !!!

Bila aku susah, aku nak mintak tolong kat kengkawan aku, semua kata, sorrylah, aku tak leh nak tolong sebab nanti berat sebelah, ada yg kata sorry lah kalau aku tolong, nanti aku pon terlibat. Ada pulak yg perasan nak mampos kata 'walaupun ko dah anggap aku bukan kawan ko..tapi aku masih lagi anggap ko member aku' tu pulak jenis cepat terasa, selama nih dia ingat aku sorang je kawan dia. Orlg ain pon kawan dia jugak, naper dia tak tego aku kat YM? naper dia invi ? naper dia tak nak tego org lain kat Ym? kerana aku sorang punya pasal, dia nak kata aku dah tak anggap dia member. Aku peduli apa kalau ko nak bermusuh ngan aku, bermusuh lah, aku dah malas nak pikir pasal ni. Sedangkan org lain semua ok ngan aku. Aku ok dengan bebudak umah aku. Aku ok ngan semua kengkawan aku. Diorang semua tau aku couple. Diorang semua tau dengan saper aku couple. diorang ok je. takpernah diorang sindir aku. Tak pernah diorang kata mcm mana ko kata. Aku spend masa aku banyak ngan kengkawan aku. Tapi at the same time aku spend jugak masa aku ngan awek aku. Bagi aku awek aku jugak kawan aku, sebab sebelum nih dialah kawan baik aku jugak. Korang kalau ada awek takkan tak nak spend ngan awek jugak?

Bila aku jumpa je sikit skit nak sindir aku. Cakap lepas nih komitmen ko kat awek dah lebih dari kawan. Lepas nih aku takleh nampak ko ngan member lah, lepas nih ko hanyut lah. Tapi siapa sebenarnya perasan? Aku tak macam tu. Aku kat sini tetap ngan member aku. Dah ko nak anggap aku mcm tu. Anggaplah. Ko sorang je anggap aku mcm tu.


BIla pikir balik, aku akan bukak citer satu persatu semua member aku yg buat masalah dengan aku. Korang nak ke aku sebut nama member member aku yg buat masalah dengan aku? Nak aku listkan apa prob diorang dengan aku? Nak aku kasi tau semua tu ? Nak aku mengaibkan diorang? Aku boleh buat. Saper yg baca blog aku nih, aku mintak korang cabar aku, cabar aku suruh aku listkan nama member aku yg buat hal dengan aku, dan apa hal diorang. Kalau ada yg cabar aku, aku akan taip. aku akan tulis semua dalam blog aku nih. Fare and square. Aku akan bagi korang tgk dan baca.

Jgn ingat aku takde maruah. Aku sanggup menjaga maruah aku walaupun aku terpaksa mengorban kawan aku. Aku sanggup mempetaruhkan maruah aku demi keluarga aku dan org yg paling aku sayang. Bila aku cakap mostly member aku sumer tak boleh pakai, tak berguna, semua nak marah aku. KOrang tau ke apa masalah member aku 'yang tak berguna' tu?

Semua kaki penipu, kaki perasan, kaki bermasaalah, suka mengungkit, suka main janji. Mostly kengkawan aku yg aku paling trust pon dah tikam aku dari belakang. Aku tak cakap seorang, tapi ramai org. bila susah, cari aku. Citer itu ini, citer pasal itu ini. Aku cukup pantang kalau org cakap kat belakang aku. Depan aku baik, belakang aku kutuk aku, belakang aku cakap mcm mcm. Bagi aku diorang tu tak ubah lebih dari seekor anjing kurap. Bila depan aku, semua ok, senyum kat aku mcm aku nih anak raja, cakap dengna aku mcmlah aku nih BAPAK diorang, hormat aku mcmlah aku nih Perdana Menteri. Tapi kat belakang aku ??

Dari aku cuti dua bulan, dari aku duduk kat Penang selama 2 bulan sampailah aku sekarang nih, kat 3 bulan, 5 ekor kawan aku semua buat palat ngan aku. bayangkan 5 org. Semua kes tipu aku. Tikam aku dari belakang. Ada yg tak puas hati ngan aku, tapi tak nak cakap. Penakut mcm syaitan, tapi berani mcm tikus depan aku. Ada pulak berdendam dengan aku tanpa sebab. Konon kes paal kene tinggal ngan pakwe, lepas tu blame aku. Come onlah....ko tuh kan suka tukar pakwe. Ko bukan penting sangat pakwe mana ko suka. last sekali dia baru tau yg aku nih takde kene mengena. Naper plak aku nak masuk campur dalam hal diorang? Pegi mampos lah sama mereka tu !!! Dari aku nak amik tau pasal pakwe makwe korang, baik aku maik tahu pasal diri aku sendiri. Sanggup berdendam dengan aku tu selama beberapa tahun. Dia cuba nak pendamkan masalah dia. Cuba nak pendamkan marah dia. Bodoh...ko mmg bodoh...ko main kan perasan ko sendiri. Last sekali ko tau ko salah. Tulah. Untung ko dapat org mcm aku. Sebab aku jenis face to face. Tapi ko tak nak buat mcm tu. Ko rela bermain dengan perasaan ko sendiri.

Yang sorang lagi kaki penipu. Ni yg aku pantang. Penipu...masa susah cari aku mcm nak mampos. Kalau umah aku kat hujung gurun sahara, kira dia nih sanggup redah gurun walaupun dia tahu kat gurun tu takde apa yg boleh dia survive semata mata nak cari aku nak mintak tlg. Sanggup call aku semata mata nak mintak tlg. LAst sekali ko tikam aku dari belakang. Ko cakap kat kau itulah, inilah...kasi org kesian. Sebenarnya kan, kalau ko kat gurun tu. Kalu aku nampak ko tgh redah nak pegi umah aku, aku dtg, aku tembak je kepala ko sampai mati. Biar mampos tak payah nak susahkan aku lepas nih.

Ynag sorang nih lagi sadis, masa aku kenal dia punya baik, pijak telur tak pecah, pijak semut tak mati, silap silap semut pijak dia balik, pijak kuman pon tak leh effect kene kuman. Punya baik gile. Dia ada masalah ngan kengkawan dia. Sudahlah hal tu. aku plak yg terbabit. WHAT THE FUCKK ???!!!! Aku tak pernah masuk campur hal ko gaduh ngan kengkawan ko....aku tak pernah cakap apa apa pun. diorang citer kat aku, aku buat tak reti je sebab aku tau, kalu aku cakap kat diorang, aku tikam ko dari belakang. Kalau aku sound diorang sebab ko kawan aku jugak, aku bermusuh kat diorang. So aku diam je. Last sekali ayat keramat sampai kat aku " Bapak..sorry i have to end this friendship...**** (nama dirahsiakan sebab takde org cabar aku soh kasi tau saper nama sebenar) terpaksa...sorry **** ada reason sendiri harap bapak faham." pergh....giler ayat dia..kalau nak baca apa dia tulis, filem Bobby citer hindustan mmg dah lama bankrap, sebab ayat dia lagi sedih..konon nak mintak simpati. Pegi mampos sama kau !!! Kene cancer konon !! sepuluh bulan je boleh hidup....konon takde masa nak pikir untuk diri sendiri sehinggakan terpaksa putus sahabat. Ko kene ingat sok sok ko nak mampos, saper nak baca yasin kat ko ? saper nak semayang jenazah kat ko? saper nak ikut ko sampai ke liang lahad ? saper nak doakan ko selepas semayang?? saper ? sumer kengkawan ko. Sebab family sendiri belum tentu boleh buat mcm tu.

Yang sorang nih lagi best...takde kaitan langsung dengan aku...ada ke masalah rumah tangga nak diceritakan ngna aku? What the hell ?? Aku mana kawen lagi...semua nak citer kat aku....dari A sampai Z...aku dengar je..bila aku tak tahan, aku soundla, ko kalau susah sangat pegi je rujuk kat pejabat agama senang. Buat consulation kat sana. Kang senang. Buat apa nak citer masalah kat aku. Lepas tu tarik muka..bengang. Lepas tu tak nak cakap dengan aku. Kalau fitnah pasal org no 1 dia punya keje. Last sekali kantoi sebab org tahu ko mcm mana. masa nak kawin, kemain suka, konon memberlah yg tolong dia nak kawin. Tapi bila dah kawin, haram nak tanya pasal member. Bukan kitorang soh ko anggap ko bujang. Komitmen ko kat family kene dulu. Tapi atleast tanyala khabar pasal member2. Zaman sekarang semua ada, email ada, telefon ada, msg ada, fax ada, skang nih lagi best...3G dah ada !!!!

So....pasal org yg aku sebutkan tadi lah tu yg buat masalah ngan aku. Kalau korang nak tau..semua tuh kawan baik aku. Kawan aku yg aku percaya..skang nih korang nak mempertikaikan aku ?? Korang nak ajar aku pasal friendship?? Korang nak mempertikaikan pasal aku lagi ?? huh....skit skit nak cakap pasal friendship. MY big bro.....my bro...sedara aku...best friend aku. Semua istilah tu bagi aku tak berguna lagi. Bagi aku sekarang nih...aku susah nak percaya pada friendship... ebab aku malas nak gaduh dengan org yg nak mempertikaikan friendship. Korang yg nak kecuh dengna aku, tapi korang kene pikir aku dah kecoh dengan 5 kawan baik aku sendiri yg aku percaya, yg aku bebetul sayang. Semua tu aku dah tolak...aku dah buang diorang jauh. Kalau nak berlagak dengan aku pasal friendship, tak payahlah....aku pernah terima lagi hebat dari sebelum ni..


Aku bersyukur walaupun aku kena mcm nih...aku boleh lagi berdiri di atas kaki aku sendiri. Aku bersyukur sebab walaupun ada orang nak buat something kat aku, tapi aku percaya Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Aku pernah susah....aku pernah merasa mcm mana itu susah. Aku pernah ras asemau tu. Sebab tu aku tak nak tengok org lain susah. Mugkin niat aku baik. Tapi kekadang aku ras aku terlau baik sangat dengan semua org. Sampaikan org buat buat kat aku mcm mcm.....honestly...bagi aku sekarang, there is no word for me to say who is my true best friend. Even kawan aku yg aku dah kenal hampir 17 tahun pun boleh buat kat aku, even kawan aku yg aku percaya seumurh hidup pun boleh tikan aku. Even kawan ku yg aku dah anggap mcm adi kberadik aku sendiri pun pernah tikam aku. Even kawan aku yg aku dah tlg banyak, walaupun bukan best friend aku pun tikam aku.

Sekarang nih baru korang tahu...kenapa aku cakap mcm tu... kenapa aku ckp yg aku dah susah nak percaya pada friendship. Aku hargai kawan kawan aku sekarang..aku hargai..tapi mungkin lepas nih aku terpaksa berhati hati dengan apa yg aku ada. But if u r talking about nak mencari kawan baru...no more bagi aku. Sehinggakan hal aku dengan kawan aku pun dah jadi hal keluarga aku sendiri.

Ayah aku sekarang dah tak leh nak percaya lagi pada aku bila sebut bab friendship, ayah aku sekarang nih marah kat aku sebab aku boleh kawan dengan org mcm tu. Org tak tahu....ayah aku pernah hidup susah kerana kawan, kerana kawanlah keluarga aku merana dulu. Pernah kena tipu. Mcm mcm lagi kena. Sebab tu sekarang nih ayah aku mmg berkira sangat bab duit berkira sangat bab ' kasi pertolongan dalam kebendaan'. Bukan dia kedekut, tapi ayah aku pernah kene tipu pasal duit, sampaikan bank pernah cari ayah aku. Ayah aku kalau nak tolng pun sekarang nih diaakan berhati hati. Even saudara dan adik beradik dia sendiri pun pernah tipu dia. Ayah aku pernah kene tipu sampaikan org nak pukul ayah aku. Org lain punya salah, ayah aku yang kena. tapi sekarang nih alhamdulillah. Semua dah settle...sebab tu aku tgk dalam bab frienship skang nih ayah aku dah berubah, dulu aku selalu argue dengan ayah aku. Aku cakap ayah aku tak ptut buat mcm tu. Tapi aku tahu last sekali...bila kena kat aku..mcm nih lah ayah aku rasa.

Soo kepada kengkawan aku yg aku citer tadi, korang sedarlah balik, mungkin korang boleh lari dari aku kat dunia, tapi akhirat, kita tak boleh lari antara satu sama lain. Ingatlah, pernah diceritakan oleh nabi muhammad s.w.t kepada sahabatnya. Apabila seorang suami yg soleh mendapat syariat dari nabi muhammad untuk masuk syurga ketika dipadang mahsyar, lalu Allah memerintahkan supaya org tersebut dimasukkan kedalam syuga..lalu seketika ia ditahan oleh sekumpulan manusia..lalu bertanya Allah kepada mereka " siapakah kamu?" jawab mereka " aku adalah anak dan isterinya...adakah dengan ketaaatan lelaki ini yang membolehkan dia masuk kedalam syurga sedangkan dia mengabaikan tanggungjawabnya sebgai suami dan ayah kepada kami?" lalu Allah memerintahkan dia diasukkan kedalam neraka kerana waaupun taatnya dia kepada Allah, namun dia mengabaikan tangunggjawab sebagai suami dan ayah mithali. Jika itu yang berlakku pada suami/ayah...bagaimana dengan kita sebagai seorang sahabat ???

Tuesday, July 12, 2005

Rahsia bulan kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros



JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.



JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja



OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat



NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah



DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, July 11, 2005

takutkah kita dengan masa depa kita sendiri ??

aku nak share skit ngan korang...mende nih aku dah lama pikir..tapi aku tak tahu mcm mana nak cakap...aku sebenarnya tgh cari jawapan untuk mende nih....tapi aku sendiri tak boleh jawab..so untuk semua member aku yg baca blog nih..kalau ada jawapan..tgla kasi jawapan kat aku.....


aku pernah terpikir something pasal masa depan....yes.....masa depan.....org pernah cakap kat aku..kekadang mereka takut pada masa depan mereka sendiri....mereka takut untuk menghadapi masa depan mereka...ada yg dah boleh nampak masa depan..aku pernah bercerita dengan kawan aku...kawan aku nih ckp..walaupun dia tak tahu masa depan dia mcm mana...tapi based on apa yg sekarang dia ada..dia dah tahu masa depan dia....ada pulak yg menyerah bulat bulat pada nasib..pada tuhan untuk menetukan masa depan mereka sendiri...ada pulak kawan aku yg berusaha untuk mengubah nasib mereka....sebab bagi mereka..mereka tak percaya langsung pada nasib..mereka lebih percaya pada berusaha untuk mengubah nasib mereka....

soo yang mana satu betul ?? jawapan bagi aku.....aku sendiri tak tahu...sebab apa yg aku citer tadi pasal kawan aku tu..semau aku dah buat...aku pernah menyerah nasib aku....aku pernah berusaha untuk mengubah nasib aku...aku pernah expect masa depan aku dengan apa yg aku ada sekarang...tapi secara jujurnya..tak semua apa yg aku buat tu jadi..kekadang..expectation aku jadi lain....

kalau nak kira masa depan..bagi aku terlalu universal..masa depan studylah...masa depan kerjayalah..masa depan keluarga lah..dan masa depan pasal jodoh....semua tuh berkait rapat dengan satu sama lain....

korang nak tau apa yg aku target dalam future aku ? mmg banyak....saper tak nak berjaya dalam hidup...saper tak nak mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat...semua org nak mcm tu....cuma..beza antara kita sesama manusia ialah...berapa banyak kita usaha nak mecapai tahap mcm tu..dan bila kita boleh dapat mcm tu...ada org..dia telah mencapai apa yg dia impikan apabila dia berada hampir dengan mati...apa bila umurnya meningkat tua..barulah apa yg dia impikan tu dapat....ada yg mendapat apa yg dia impikan sejak lahir lagi..tanpa perlu berusaha...beruntunglah org yg mcm tu.....segala-galanya dia dapat sejak lahir....ada pulak yg dapat setelah mengharungi bermacam dugaan...barulah dia dapat....

itulah aku sebenarnya.....org selalu berkata pada aku...kenapa aku tak nak bermewah dengan apa yg aku ada sekarang?? kenapa aku lebih suka keadaan aku mcm nih ? secara jujurnya...aku pon ada harta....aku pun ada duit...keluarga aku pun boleh memberi kesenangan pada aku.....ramai yg kata..aku tak perlu bersusah payah untuk aku dapat yang aku tgh usaha sekarang....betul cakap mereka.....ada duit..semua boleh jalan......tapi pernahkah mereka fikir masa depan mereka ?? aku pernah tgk kengkawan aku....dah berkerjaya....gaji beribu....hidup mewah dengan apa yg mereka pakai..kereta..pakaian.....segalanya..tapi mereka miskin apabila bercakap soal masa depan....bila ditanya....soal berumahtangga....masing masing cakap tak cukup duit...bila di tanya soal duit untuk masa depan..ramai yg cakap 'takde'....

itulah yg aku takut selama nih....bagi aku...biar aku miskin sekarang....biar aku susah sekarang..biar aku tak mcm org lain...sanggup berbelanja menghabiskan wang ringgit semata mata kerana hendakkan sesuatu diluar kemampuan....tapi apabila cakap soal kawin..tak cukup duit lah..tak pernah simpan duit lah.....itu yg menyedihkan aku.....

aku pon mcm manusia lain jugak....nafsu pada kebendaan mmg ada....bukan aku tak mampu membeli barang berjenama...aku ada semua tu..tapi bagi aku berpada pada....cukup bagi aku nak beli untuk merasa....bukan beli untuk keperluan....contohnya..kalau nak dikira pakaian aku...pakain yg paling mahal aku beli ialah sleuar jeans berharga RM245...dan baju kemeja camel active berharga seratus lebih....aku beli bukan nak meunjuk..tapi aku beli sebab nak merasa...itu semua duit aku sendiri...duit gaji aku yang aku dapat dari pekerjaan aku...aku tak pernah mintak kat parents aku...sebab bagi aku...kalau diorang kaya sekali pun..kalau diorang mampu nak belikan aku pakaian yg jauh lagi mahal..itu duit diorang....bukan duit aku..yg kaya adalah diorang bukan aku....

sebab bagi aku....aku nak merasa apa itu susah....aku nak merasa apa itu kesusahan...nak mendapat kan sesuatu yg kita nak....sebab aku pernah tgk ayah dan mak aku pernah bersusah untuk mencari rezeki untuk kitorang adik-beradik..aku pernah tgk ayah dan mak aku bergaduh pasal beras tak cukup...aku pernah tgk mak aku menggadaikan rantai emasnya semata mata nak membelikan keperluan untuk aku dan adik beradik aku.....

tapi itu semua dulu....aku betul betul kagum dengan usaha ayah aku dan emak aku sendiri....dan alhamdulillah berkat kesabaran mereka...kitorang sekarang hidup senang.....ayah aku mampu membeli kereta baru dengna duit sendiri..ayah aku mampu memberli rumah mewah khas untuk isteri dan anak anaknya supaya kami hidup selesa.....

itulah aku....aku nak berlajar dari ayah aku....sifat yg paling aku hormat pada ayah aku ialah kesabaran dan usaha......sifat inilah yg menjadi trademark pada ayah aku...secara jujur aku katakan..ayah aku adalah idola aku seumur hidup aku....mak aku adalah idola seumur hidup aku...kepada ayah aku lah aku mencurah kan segala pendapat aku..dan kepada ibuku lah aku mencurahkan segala masalah aku..mak aku adalah penasihat terbaik yg pernah aku ada....

bukanlah aku nak hidup susah sehingga aku tak perlukan kesenangan....aku pun nak jugak hidup senang...aku nak hidup mewah.....aku nak semua tu..nak pakai barangan berjenama..nak memiliki kereta impian aku sendiri....tapi secara jujur...apabila bercakap pasal sekarang..not now....biar aku dapat semua tu atas usaha aku....biar aku bekerja...dan duit titik peluh aku itulah yg boleh membuatkan aku senang.....cuma bagi aku sekarang....aku tak mahu dimanjakan dengan duit..aku tak mahu disuapkan dengan segala mcm kemewahan.....

sebab..........aku pernah tgk org paling rapat dengan aku....jadi mcm tu....tak pernah merasa susahnya hidup...dan apabila kekurangna duit...cepat melenting......terus mintak duit dari parents.....bila ditanya...sehari dia menghabiskan rm50..bayangan sebulan !!!!....jika dengan 50 ringgit.....aku pernah hidup sebulan dengan duit banyak tu.....aku pernah makan roti setiap hari nak megikat perut dengan duit sebanyak tu....sebab apabila aku susah..aku tidak akan merungunt..sebaliknya....aku akan teringat kembali..kesusahan yg mak dan ayah aku alami masa aku kecik kecik dulu....jika mereka boleh bersuah untuk membersarkan 2 org anak ketika itu...kenapa aku tak boleh survive untuk diri aku yg seorang ni ???


bukan aku tak berwang....aku ada duit..aku berharta....bukan aku membuka pekung di dada...bukan aku nak riak...tetapi...duit simpanan aku cukup untuk menampung aku berlajar sepanjang aku kat MMU nih....kalau ikutkan nafsu aku yg boros nih...semua aku akan beli..kereta....pakaian berjenama....barang berjenama....semuanya aku akan beli..tapi...apakah dengan membeli mcm tu akan menjamin masa depan aku?....aku tahu kalau ikutkan duit aku..akan habis semua wang simpanan aku..tapi....bagi aku....biarlah duit tu untuk masa depan aku..masa depan isteri...dan anak anak aku..duit untuk aku membina keluarga aku sendiri..cukuplah sekarang..aku dah banyak menyusahkan ibu dan bapa aku sendiri....bila aku berkeluarga..tibala masanya aku membalas jasa mereka yg belum tentu aku dapat membalas balik jumlah jasa mereka kata aku....bagi aku pulak..jika aku sudah berkeluarga....aku akan ajar anak-anak aku agar hidup dalam kesederhanaan....bukan aku nak menyuruh anak anak berusah mcm datuk dan enek mereka....tetapi....sekurang-kurangnya..hidup dalam kesederhanaan...tidak dimanjakan dengan wang..tidak mudah mendapat apa yg mereka imipikan..sebaliknya..mereka perlu berusaha.

bagi aku sekarang....biarlah kita bersusah payah....sebab dengan bersusah payah inilah kita akan berlajar..betapa susahnya org lain..betapa susahnya ibu bapa kita untuk membesarkan kita....apabila kita berlajar erti susah...kita akan faham..kita akan berlajar....kita akan sentiasa menginsafi siapa diri kita...dan aku selalu beringat....harta yg ada pada kita...bukan milik kita sebenarnya...harta itu adalah pemberian Allah untuk kita. Banyak kita berusaha...banyaklah kita dapat...dan sebaliknya.....


soo apa kaitan dengan soal masa depan.....jawapan aku yg plg hampir ialah...kita tak perlu takut masa depan kita....walaupon kita tak nampak....tapi kita harus bersedia menghadapi masa depan kita....tak kira dalam apa pun...kalau kita menghadapi kesukaran pada masa sekarang..jgn ingat yg kita tidak akan mempunyai masa depan...sebaliknya..berusahalah untuk mengubah masa depan kita....jika kita merasa senang dengan keadaan sekarang...kita harus berusaha untuk megekalkan apa yg kita dah ada....dan bersyukurlah dgn kesenangan kita...

sebenarnyakan....Allah telah menetapkan pada kita hala tuju kita...masa depan kita...siapa jodoh kita....dan bila dan bagaimana ajal kita.....apa yg penting bagi kita sekarag ialah bukannya kita nak mengubah paa yg telah ditetapkan oleh Allah..tapi biarlah kita berusaha untuk merialisasikan masa depan kita tuh agar lebih bermakna agar kita lebih menghargai apa yg kita buat walaupon masa depan kita..hala tuju kita..telah ditentukan oleh Allah s.w.t....

ingatlah....Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya tidak mengubah nasib mereka sendiri....dan 3 perkara yg tidak boleh dielakkan oleh kita yg ditentukan oleh Allah ialah jodoh..rezeki dan ajal....

~~peace \\//




my fotopages

nih link fotopages aku yang baru -----> http://fauzikamar.fotopages.com soo yang lama tuh dah tak valid seba baku dah lama tak update kat dalam account aku.....soo korang rajin rajinla masuk eh...don't worry..incase kalau lupa....aku letak kat link sebelah kiri blog aku kat ruangan always peeping site....da~~

Sunday, July 10, 2005

hari ini dan semalam punya citer.....

lokasi:kat bilik
suhu: sejuk...hujan nih
keadaan aku: tgh buat keje depan pc...sesambil dengar lagu
suasana: gelap skit..sejuk ..lepas tu hujan
mood aku: biasa je


warghh....busan busan..series tatau nak buat apa nih...dar pagi aku bangun sampai la skang...keje mcm nak membuta je..takpe esok dah klas balik..hehehe....

semalam aku ngan member aku gi Sagil, gunung Ledang...giler aa plan last minit bagi aku. Aku yg tak plan apa apa tetiba Apai ajak..memula plan nak pegi Pengakalan Balak...tapi last tak jadi sebab panas sangat...akhirnya aku membuat cadangan drastik dengan mengofferkan kitorang pergi lepak kat Sagil...lagi best dari lepak pantai....air terjun mmg best....sesuai irg yg mcm aku jenis suka berendam dalam air....hehehe

dalam kul 4 mcm tu kitorang gerak...aku Apie, Aida, Wanie ngan Watie...huhu....awek aku tak dapat ikut sebab dia balik Kay El...tak best tul..yg bestnye semua bebudak kecuali aku ngan Aida je penah pegi situ..ada plak yg tak pernah merasa mandi air terjun...agagagagaga....best giler...kitorang sampai dalam kul 5....pergh apa lagi..seko seko muka dah excited..Apai plak suka giler...ahahaha...apa la ko Apai...takpe..ko ajak aku pegi..aku pun suka tgk ko suka...atleast diorang takde la rasa busan sangat ngan tempat tu..


dalam kul 7 lebih mcm tu kitorang balik....wargh...pertama kali dalam seumo hidup aku balik tempat mcm tu time maghrib...aku teringat pesanan ayah aku....pegi tempat hutan..ingat sama..tempat org punya...nak balik sebelum magrib....biar kiter balik tak cukup org..kita boleh cari balik..jgn balik terlebih org je.....huhuhu....seram aku dengar ayat ayah aku mcm tu...

aku penah alami sendiri perkara mcm tu...stakat tak cukup org takpe....boleh cari..nih sampai terlebih org....pergh...aku mmg cuak time tu....hanya tuhan yag tahu mcm mana....

ok ok....cut the crap....maleh nak citer bab horror nih...kang awek aku kang marah aku..dia tak suka aku citer seram and buat joke mcm nih...ehehe....


sebelum balik....aku sempat ambil gambar..dah ada hp camera nih..senang..mcm mcm possing kitorang buat....ahahaha...nakal tol...eh lupa ..korang kalau nak tgk nanti gambar tu..aku letak kat fotopages aku....tapi soo far aku tak upload lagi..nanti aku kasi link..lepsa aku upload ok...

wargh...hujan kat mlk....hujan nikmat....hujan rahmat....mmg best...apesal time hujan je aku selalu pandang bantal busuk aku? huhuhu....bahaya nih..sindrom tido time hujan aku cuba nak elak...sebab aku buka njenis suka tido petang...incasek laua sakit kepala..letih tak pun demam je aku tido...tapi mmg jarang sesangat la ...

tadi aku chat ngan member aku....kitorang borak pasal kawan....kawan kawan aku...kawan kawan dia...mcm mcm la...mmg best borak ngan minah ni....dia plak jenis boleh masuk ngan aku...one thing yg aku pasla minah nih dia jenis tak makan hati..mcm mana sound pun...dia rilex je..mmg aku respect..ahahaa...dia kata dia tak tau mcm mana boleh mcm tu...tapi dia kata certain times dia makan hati jugak la..seang cakap..hati kering je minah ni....best la kau !!!....

okla...aku tak tau nak baut apa hari .....asyik chatting je manjang...kekadang busan jugak....tapi tak chat kang..tak best gak..ehehehe.....ape ape hal...world !!!! eh silap..gua tak layan AF...ape ape hal...peace ~~ \\//

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...