Monday, August 29, 2011
Lu Pikirlah Sendiri Beb....
Salam my comrades !! First of all, sorry for delaying some blog posting here. Semenjak dua menjak ni mmg aku bz sket sebab nak buat preparation dan aku pun kerja. ;)
Ok..esok nak raya. Seronok. At the same time aku rasa sedih sebab Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita. Ntah ada ke tak tahun depan ni nak merasa Ramadhan. Insyaallah di harapkan mcm tu lah.
Sebelum aku nak wish selamat hari raya dan mintak maaf ke apa, aku sedikit nak buat satu statement yang bersifat general. Pertamanya, statement yang aku buat di bulan yang penuh kemuliaan ni dan nak menghadapi bulan mulia bulan Syawal diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan cerita sebenar.
Ok..first of all. Aku beragama Islam dan aku tau apa yang syirik dan apa yang dosa dosa besar. Aku tau apa perbuatan yang boleh menyekutukan Allah, dan perbuatan yang boleh membuat aku terkeluar dari agama Islam. Aku mungkin jahil dari segi Islam, tapi aku tak pernah jahil bila bab syirik/murad ataupun apa2 saja perbuatan yang boleh buat aku jadi mcm ni. Alhamdulillah..Allah sentiasa melindungi aku dari aku melakukan perkara-perkara keji yang boleh menyukutukan Allah s.w.t. Walaupun aku bukanlah alim mcm ustaz, walaupun aku tak hafal 30 juzuk Al-quran, walau pun aku tak hafal hadis-hadis nabi kita, tapi sekurang kurangnya rukun iman dan rukun Islam semua aku lakukan yang terbaik untuk aku jaga.
Apa 7 dosa besar? Kalau ditanya kat orang lain yang sibuk dok pandai kata, mungkin dia sendiri yang tak tau kan? Aku malas nak tulis kat sini. Google it. Zaman sekarang dah ada internet, senang je nak cari. Kalau aku tulis means korang malas nak cari then korang nak harapkan aku tulis je. Dan yang penting ada 2 perkara yang tergolong dalam 7 dosa besar ialah MENYEKUTUKAN ALLAH dan SIHIR.
OK cerita bab menyekutukan Allah ni. Aku tak sanggup nak buat perkara mcm tu. Segala mcm perkara yang boleh menyukutan Allah, na'uzubillah mintak simpang dari aku. Senang cakap Syirik. Syirik ada dua. iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi. Apa itu syirik Jali dan Khafi? Korang cari sendiri. Dan apa yang aku tau ni bukan sebab aku baru je cari. Mmg aku tau dari dulu. Cara nak menyekutukan Allah ni banyak. tapi yang paling direct dan terang terangan ialah melafaz sesuatu dengan sedar ungkapan yang dia tidak mempercayai Allah dsb dan boleh terkeluar dari Islam. Tau apa azab Allah orang yg syirik ni adik-adik? Azabnya, Allah akan mengharamkan orang yang syirik ni dari cium dan merasai nikmat syurga selama-lamanya dan akan ditempatkan di neraka bersama orang kafir. Na'uzubillah.....takde makne nye...
Ok..cerita bab yang kedua SIHIR. pertamanya sihir yang apa boleh aku tafsirkan ialah perbuatan meminta pertolongan dari sesuatu makhluk selain dari Allah dengan cara tertentu atau kaedah tertentu sama ada cara baik atau pun buruk. Itu tafsiran aku lah. Bila sebut meminta pertolongan sesuatu selain dari Allah means kita tidak percaya sama sekali kewujudan Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya. Means....terjerumus dalam lembah Syirik. Ok cerita bab sihir ni kita selalu panggil bomoh la apa la kan? Mintak tlg kat segala datuk nenek, segala makhluk puaka dan segala makhluk yang kononnya panglima lah itu lah ini lah...sama ada untuk merawat pesakit atau pun SANTAU !
Sepanjang hidup aku, sejujurnya aku tak pernah main ngan sihir ni. Aku berani bersumpah dengan Al-Quran sebab aku tau apa yang aku pernah buat dan aku tak pernah buat. Biar susah mcm mana aku pun biar mcm mana senang aku pun, sihir sesekali takkan aku buat walaupun akan mendapat keuntungan bagi aku. Kalau korang nak tau, aku sendiri pernah kena perbuatan orang. Almost setahun aku suffer. Dan aku pernah merasai mcm mana azab kena sihir. Dan alhamdulillah, aku berjaya merawat penyakit aku dengan kaedah Islam. Semuanya berpandukan Al-Quran dan hadis. Orang banyak kali menganiayai aku. Kalau secara logika akal, boleh je aku nak buat kat diorang ni. Tapi apakah apa yang aku buat ni akan dapat faedah kat aku? Aku mungkin rasa puas kan kalau aku sihir kan orang ke apa. Tapi aku fikir jugak, pertama Iman dalam diri ni kalau kita buat kat orang dengan sihir, sia-sia je amalan kita seumur hidup. Puasalah 365 hari sekali pun, Sembahyanglah tungging terbalik sekali pun, berdoalah memintak ampun kepada Allah sekali pun once kita buat amalan keji tu amalan pahala kita akan terhapus. Mcm tu je.
Kedua nya, ingin aku tegaskan yang sejahat-jahat aku lah, aku tak pernah buat cara halus kat orang. Pujuk cara lembut tu adalah...hahaha..tu pun kita cara halus ke?? Lantak koranglah nak pikir apa. As I said, orang pernah buat kat aku dan aku tak pernah buat kat orang. Ketiganya, aku tak pernah percaya kata-kata 'ustaz' or bomoh bila kita dtg untuk merawat. Bila dtg je. dia mesti kata hang ni orang dok buat kat hang itu ini lah org dia mcm ni lah apa lah. Kita pun percaya. then kita tuduh orang tu dengan membabi buta. Orang yang dituduh itu tak tau apa2 dikeji dan di hina sebab perbuatan yang dia tak buat. teranaiya. Tu kira baik lagi. Kalau org yang kena tu nak balas dendam dia santau balik org yg kena tuduh tu, tak pasal2 dia tak bersalah. tau tak adik -adik apa yang akan terjadi kat doa yang yang teranaiya?
Sebab apa aku tak percaya? Pertamanya jin dan syaitan sendiri pernah bersumpah dihadapan Allah s.w.t akan menyesatkan manusia. Keduanya, syaitan sendiri pernah berkata kat nabi (ok..this part aku tak ingat nabi yang mana..soo aku sebut je nabi..aku seriesly tak ingat) yang sesungguhnya pencapaian tetinggi diorang dalam menyesatkan manusia ialah apa bila mereka berjaya memecahkan hubungan sesama saudara Islam. Apa bila si adik dan abg bergaduh apa bila si anak dan mak bapak membuang keluarga masing2 Syaitan tu dah di anggap boleh mkn pencen dah. Hahaha..tak percaya ?? Aku ada buku dia cerita pasal ni. Nnt aku tunjuk. Soo..berbalik cerita sihir ni, hanya Nabi Allah dan para Wali Allah je yang tahu apa yang berlaku. Nabi, akan tahu melalui mukjizat dan utusan yang dihantar oleh Malaikat. Dan para wali Allah boleh tahu disebabkan kebolehan yang dikurniakan oleh Allah swt. Means kalau setakat ustaz ke apa ke..tetiba nak kata "Oh...org yang buat kat hang ni dia mcm ni...org dia mcm ni..." Aku mintak maaf bebanyak kalau aku cakap. It just all BULLSHIT !! Sebab aku sendiri pernah bertanya kat Ustaz Ismail Kamus, aku sendiri pernah bertanya pada Ustaz Harun Din pasal bomoh dan ustaz yang boleh bagi gambaran siapa pelakunya mereka sendiri kata menda yang sama. Cuma penerangan mereka tu lebih islamik dan bukti yg cukup banyak dari segi Al Quran, hadis dan pengalaman mereka sendiri.
Aku cerita ni bukan sebab aku nak marah nak buruk sangka. Buruk sangka? Wahaha..lantaklah kalau aku buruk sangka ke tak. Aku peduli apa sebab org tu sendiri pun selalu buruk sangka kat aku. Jauh lagi teruk dari aku. Aku tak nak aibkan dia. Semua cerita dia semua aku dah tau dan jgn aku bagi pecah lubang je. Aku sendiri dah tau cerita sebenar dia. Kalau aku tulis kat sini, aku tak nak sebab bagi aku adalah haram dan berdosa besar kalau aku aibkan orang. Apa yang boleh aku kata, bertaubatlah sebelum terlambat dan berubatlah sebelum terlewat.
Apa yang aku tulis ni sebenarnya aku nak clearkan statement aku. Aku nak org tau aku mcm mana. Sejahat-jahat aku, aku penah pukul orang, aku pernah buat jahat tapi demi Allah aku tak pernah merasa bangga dengan apa yang aku buat. Aku bertaubat dengan apa yang aku dah buat. Aku bersyukur kerana Allah masih sayang kat aku sehingga dia membuka pintu hati aku untuk betaubat. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah mensyrikkan Allah dan jauh untuk sihir mensihir orang ni. Aku mmg tak reti weh nak sihir ni. Tanyalah aku kat mana ada bomoh siam ke apa. Aku sendiri tak tau. Dan org yang kata kat aku pun kena ingat jugak, aku sendiri pernah nak tlg dia bawak kat Ust Ismail Kamus masa dia tgh sakit dulu. Dia sendiri kata kat aku yang dia mintak tlg kat aku. Sebab itulah aku nak tlg dia. berkat dari doa aku dan pertolongan kawan2 aku aku mmg nak bawak dia tapi ntah mcm mana dia yang tak nak. See? Adakah cara aku nak mensihirkan orang dengan cara mcm tu? Kalau dia ajak aku nak santau orang ke apa ke tlglah jgn ajak. Nak buat syirik pegi wat sensorang. Aku mmg tak nak. Terniat pun tak pernah nak balas dendam dengna cara halus ke apa ke. Haha...aku dah bahagia dengan hidup aku sekarang ni. Buat apa aku nak buat kat orang? Buat apa aku masih nak dengki kat orang? Buat apa aku nak rasa tak puas hati kat orang? Aku mmg dah bahagia dan aku mmg dah dapat yang aku nak dapat selama ni. Alhamdulillah.. Aku tak pernah kacau sesapa. Aku tak pernah sakitkan hati sesapa. Kalau aku buat, aku akan mintak maaf. Aku beryukur sebab aku ada ramai kawan kawan aku. Satu Malaysia aku ada. Nak pi mana pun aku tak risau tetambah kat tpt kelahiran aku ni. lagi la berlambak. Semuanya sahabat aku. Sebab apa aku ada ramai kawan? Sebab aku tak pernah aniaya kawan aku, aku tak pernah sakitkan hati kawan aku, aku tak pernah mensyirikkan kawan aku, aku tak pernah mensihirkan kawan aku, aku tak pernah tuduh kawan2 aku itu ini. Sebaliknya org yang pernah kata kat aku mcm2. Tapi ada pernah aku balas balik dengan cara halus? Ada.....mmg aku balas balik dengan cara halus. Aku berdoa kepada tuhan aku, Allah swt supaya segala perbuatan mereka akan dihitung di Akhirat kelak dan aku akan tuntut segala perbuatan mereka di mahkamah Maha Agung kelak. Mahkamah akhirat. Itu cara halus aku.
Kepada orang yang dok tuduh aku ni, insaflah dengan diri sendiri dan sedar-sedarlah sikit. Sampai bila nak buruk sangka kat orang lain. Nampak gaya, dia ni sampai bila pun mmg takkan berlajar dari apa yang dia pernah lalui. Sedih betul. Ingatkan bila dah pernah lalui dia akan berlajar tapi rasa aku semakin takbur, semakin riak semakin bermegah plak aku tgk. Semakin ego plak aku rasa. Anyway, aku akan maafkan dia dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Cuma satu ja permintaan aku, sebelum kita mengata kat orang itu ini, kita ambil cermin letak kat depan then kata kat manusia kat dlm cermin tu. Kalau kita kata tu kat org dlm cermin tu then kita rasa sakit hati ke atau kita sendiri tersentap..kecewa ke...then itulah perasaaan org yg dia dok kata tu. Kan ? Dan kembalilah kepada Allah. bertaubatlah...udah udah la tu....kalau sayang aku baca blog ni aku rasa dia pun pening apa. Hahaha..
Bagi aku, aku tak nak perbesarkan issue ni. Mungkin apa yang dia kata tu sekadar gurauan, atau pun aku yang tersentap sendiri ka. Tapi kalaulah apa yang dia kata tu bukan kat aku, Alhamdulillah aku bersyukur sebab sekurangnya dia tau aku ni mcm mana. dan sekurangnya dia tau aku bukan org jenis mcm tu. Kalau dia kata kat aku..mmg nak kata kat aku....as I said..baca balik dari mula posting aku ni.
Korang nak tau tak cerita aku based on pengalaman aku? ok..cerita dia mcm ni. Dulu aku selalu sakit. Mcm2 aku sakit. Merata aku pi. Ustazlah, klnik lah apa la..semua kata ngarut. doktor cakap aku tekanan jiwa. Ustaz2 kata aku kena buatan oranglah, kena tegur lah. Ahaha..yang kelakarnya org yang dikatakan ustaz semua nya bagi punca yang berbeza penyakit aku ni. See that point? Ok then aku di bawa berjumpa dengan seorang ustaz yang cukup terkenal di Malaysia. Mmg pandai berubat cara Islam dan pandai dalam agama. tinggi ilmu agama dia. Bayangkan aku pi je nak berubat. Tapi aku tak tau kenapa hari tu aku rasa gelisah, takut, rasa bersalah dan rasa mcm nak sembunyikan sesuatu. Aku sendiri tak tau. Masa aku jumpa dengan ustaz tu, dia hanya tersenyum tgk aku. Kawan aku ni dok cerita kat ustaz tu apa sakit aku. Last sekali dia mintak tlg semua kawan2 aku beredar sekejap dia ada something nak cakap kat aku. Tapi dalam salah satu tu dia kata "Sebenarnya bukan masalah dari orang lain. Masalah dari diri awak sendiri. Bila kita selalu lupakan Allah, hati kita ni jadi terlampau hitam sampaikan apa yang baik apa yang dtg dari Allah semua susah nak masuk. Dah jadi sarang tempat jin dan syaitan duduk. Sebabtu penyakit dtg. Nabi Muhammad sendiri pernah kata. Penyakit semuanya berpunca dari HATI. Betul tak? Sekarang ni awak balik. Sembahyang mintak ampun dari Allah dan dekatkan diri dengan Allah, insyaallah awak akan rasa lebih baik dari sekarang ni."
Itulah kata-kata keramat yang aku dapat. Dan apa yang dia kata betul. Aku saja dok kata menda ni perbuatan orglah apa lah. Aku dok tuduh orang tu buat kat aku lah itulah ini lah..last2 diri aku sendiri tak betul. Morale of the story ?? Lu pikir la sendiri beb....
Thursday, August 18, 2011
Insaf..
La....rasa kejap je 18 hari dah puasa. Isk...tula kerja shift mcm aku ni selalu rasa mcm tu. Hehehe...
Alhamdulillah....syukur kepada Allah SWT sebab permudahkan amalan puasa aku. Bila pikir balik..sedih pun ada sebab rasa kejap je Ramadhan ni.
Ok..last week hari sabtu aku ngan sahabat aku ada buat majlis amal kat Sungai Petani Kedah. Kitorang berempat termasuk mak aku, jadi 5. Tapi mak aku tak dtg sebab sibuk kerja. Majlis amal ? ahaha..bukan buat concert. Tapi adalah majlis kecil-kecil je. Aku rasa bersyukur bila terkenang balik majlis tu. Bila pikir balik, ada jugak orang yang hidup susah di bumi bertuah ni. Masih ada yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bila tgk keadaan rumah mereka yang terlalu buruk, menunggu masa untuk menyembah bumi, betul2 buat aku terasa insaf betapa syukurnya aku tidak hidup mcm tu. Aku tak pernah menghina mereka, cuma aku mmg sedih tgk mereka mcm tu. Kalaulah kita merungut gaji RM800 tak cukup...nak kena hutang sana sini, nak beli itu ini kena pinjam duit, merekalah lagi siksa dari kita. Nak makan nasi dan merasa masakan ayam pun seminggu sekali.
Siapa lagi nak tlg mereka ni? Mereka seagama dengan aku. Sebangsa dengan aku. Aku rasa walaupun aku tak mampu beri wang beribu ringgit, cukuplah aku menolong mereka ni sekadar mampu dan aku rasa puas bila aku tgk mereka tersenyum. Ada seorang pakcik aku lawat kat rumah dia. Pakcik Man yang aku kenal diserang lumpuh sebab kemalangan jalan raya 10 tahun lalu. Anak 5. Walaupun anak2 dia dah besar dan kebanyakan bekerja, apa yang menyedihkan aku hampir semua anak-anak dia tak menamatkan sekolah dengan sempurna. Sebab tak mampu nak menanggung kos persekolahan yang tinggi. Kebanyakan anak-anak dia turun ke laut. Itu pun kalau ada rezeki dan berpeluang. Ada yang kerja kecil kecilan mengambil upah menukang kat rumah orang. Rata-rata kebanyakkan mereka tak mampu bekerja dengan gaji lebih baik sebab faktor pendidikan yg tak sempurna. Pakcik tu plak terpaksa berhenti mengambil ubat sebab kos ubat mencecah ratusan ringgit sebulan. Katanya, harga ubat jauh lebih mahal dari pendapatan dia selama ni.
Aku hanya terdiam dan berdoa supaya suatu hari nanti pintu rezeki keluarga mereka akan terbuka luas. Dan apa yang lebih menyedihkan aku, mereka jauh dengan didikan agama akibat tak berpeluang untuk berlajar disekolah. Ramai yg buta huruf, apatah lagi membaca Al-quran. Bila aku tanya kat adik yang berumur 15 tahun. Apa yang di gantung kat dinding tu, dia hangya menjawab "Ntah...yg tu tulisan jawi. Mak kata hantu tak leh masuk rumah kalu tgk tulisan tu." Masya-Allah...ayat surah Yasin yang digantung dia kata tulisan jawi.
Bila fikir balik, aku rasa bertuah dengan kehidupan aku. Walaupun gaji tak besar mana, sekadar cukup makan, tapi aku tak pernah rasa betapa susahnya aku mcm mereka. Dan yang lebih penting, aku tak jahil bab agama. Walaupun tka berlajar tinggi pun tapi aku mampu tahu yamg naa dosa yang mana pahala yang mana wajib yang mana haram.
Itulah yang di namakan syukur. Bapak aku selalu cakap kat aku. Kat mulut pantang disebut rungutan. Tak cukup mkn lah..gaji kecik lah..tak cukup duitlah..sengkek lah. Sedangkan apa yang Allah bagi kat kita dah besar rahmat dah. Kalau kita merungut...Allah akan sekat rezeki kita sebab kita tak pernah beryukur dengan apa yang ada. Betul tu. Tapi bila kita senang, ingat samalah pada yang susah. Walau sepuluh sen pun kita bagi dengan ikhlas pahala kita lebih besar dari seribu ringgit yang kita bagi dengna takbur dan nak menunjuk.
Thursday, August 11, 2011
Syukur....
Oh ye...dah berapa hari dah aku migrain tahap dewa alam ni. Series migrain. Haishh...tetiba rasa migrain lak. Last aku kena migrain tak silap aku awal tahun ni kot. Sehari aku amik MC sebab tak dapat nak kerja.
Aku jenis jarang ada migrain. Senang cakaplah..migrain bukanlah penyakit utama aku. Bila migrain je, segala komponen penyakit lain semua nak dtg. Blood pressure tetiba naik, sakit kepala dan kadang simpton nak demam pun ada. Sikit punya gila.
Ni cerita kelaka aku masa pi klinik hari tu. Hari Selasa aku diserang virus migrain. Sakit gila sampaikan pi kerja pun aku tido je. Wahaha...yg best, boss aku ingat aku tak larat sebab aku puasa. Diorang cakap kat aku " takpelah...you rehatlah dulu, I tau you puasa hari ni. Semalam you buat kerja banyak." Padahal diorang tak tau langsung aku migrain.
ZZZzzzzZZZ...aku tidur dari kul 10 pagi sampailah kol 2 petang. Nasib baik lab aku takde orang masuk. Kalau boss merangkap manager lain masuk konpen kena getah. Kul 3 petang aku decide nak pi klinik panel. Sebab aku tau aku kena amik ubat. nasib baik jugak klinik panel dekat je ngan opis aku. So tak perlulah aku concerntrate nak bawak kereta aku jauh2 sangat. Sampai kat klinik..aku tgk ada kat 8 orang yang tungu turn.
"Cik..lambat lagi tak turn saya?" aku tanya kat sorang staff kat sini.
"Erm..lambat kot sebab doktor pi mkn jap"
Ceh...boleh pulak pi makan. Taulah doktor tu tak puasa sebab bukan Islam. Aduila...sakit. Apa lagi aku sempat tido kat klinik. Wahahaha...selamber...
Sampai je turn aku. Aku pun masuk dalam bilik doktor. Disebabkan aku baru bangun, aku kira tgh dok blur lagi tambah plak migrain dok ada. Aku cerita kat doktor pasal sakit aku. Doktor test BP aku, check dalam mulut then check anak mata aku.
" Hurm...awak ni tinggi sangat. Susahla kalau mcm ni. Orang lain semua normal. Awak je mcm tak ni." Doktor sound aku.
"Laa...biasala doktor nak buat mcm mana..sejak lahir genetik saya mcm ni. Takkan saya nak kerat kaki kot?" Aku mempetikaikan sikap tak professionalisma doktor ni.
" Ish...mana ada sejak lahir boleh jadi mcm ni. Orang lahir semua normal je. Awak ni..sejak dua menja ni kot jadi?" Doktor cuba nak main ayat ngan aku.
" Dah lama dah doktor...takkan saya nak kerat kaki kot?" Aku cuba tunjuk sengih tak ikhlas aku.
"Kenapa plak awak nak kerat kaki? Tak pernah orang kerat kaki sebab ni. Kencing manis ada la."
"Yerla..doktor kata saya ni tinggi...kerat kaki la.." aku tunjuk sikap mesra aku.
" Mr. Fauzi..saya tak kata awak tinggi. Saya kata BP awak tinggi. Ha..tulah...tido lagi..saya nampak awak tido tadi masa saya masuk. Kan dah blur." Doktor gelak kat aku.
Laa doktor ni...rupanya aku salah dengar la plak. Caittt....nak je aku seligi bijik mata doktor ni. Aku yg salah dengar rupanya..Doktor tu gelak je kat aku. Aduila.....ni kes malu ni. Apa la doktor. Tau la lidah tu pendek tapi jgnla cakap pelan ngan saya. Saya tgh migrain. Pendengaran saya tak stable la. Apa yang aku mampu buat..aku sengih mcm kerang bakar kat Marton Corner je...isk..terkena aku kali ni. Nasib baik doktor ni lawa and cute.. :p
Esok..aku kena pi hospital buat check-up. Sebab doktor nak suruh aku buat pemeriksaaan MRI. Dia suspect aku ada menda pelik dalam kepala aku ni. Wahaha..takpela doktor..menda pelik takde...kalau scan pun nampak otak ngan saraf medula oblongata je. Nak tak nak kena pi jugak sebab doktor dah buat surat tunjuk sebab dah...
Last..doktor bagi kat aku ubat pain killer, garam hidrat dan ubat mata. Erk..ubat mata? Doktor kata sebab mata aku kering sangat. Soo dia kasi satu. Orait....
Semalam, masa aku masuk kerja (oh ye...migrain aku dah ok dah time nie), aku check email. Berlambak la plak hari ni. Dalam berlambak email cinta yang aku dapat, ada satu email yang menarik perhatian aku. Dari boss aku sendiri.
"Fauzi and leads, please attend for meeting at 8:30 am at conference room CR1008. I already booked. Compulsory.I have some discussion and need your feedback regarding appraisal and contract renewal. "
Alahai....ni yang malas ni. Kul 8:30 pagi tu. Time aku nak arrange kerja la dia nak buat meeting. Kul 8:30 pagi aku masuk bilik conference. Aku bawak laptop dan aku dah tau apa yang aku nak kena kali ni. Perbincangan aku dan boss aku amik masa dalam 2 jam. Banyak yg aku bincang. Soal mcm2..sorry guys..menda PNC aku tak leh citer kat sini. ;)
Last masa nak abis. Dia keluarkan appraisal aku. Ni yang aku lemah ni. Sebab aku expect appraisal aku dibuat bulan oktober sebab genap setahun aku kerja kat sini. Rupa2nya boss aku lak nak buat awal sebab dia kata lepas ni dia banyak kerja dan kerap outstation. Aku cukup lemah bila bab appraisal kena kat aku. Cuak siottt.....sebab aku kalau nak tulis appraisal orang aku berani. Tapi kalau appraisal sendiri mmg aku tak suka. Boss aku banyak discuss ngan aku pasal performance aku sepanjang aku kerja kat sini. Dari start aku kerja sampailah sekarang. Tu dia aihh....segala mala dia tau pasal aku. Abih satu fail aku dia kaji.
Dan resultnya ??
Alhamdulillah....aku dapat increment gaji. Naik 9 peratus !!! Wahahaha...cayalah bos. Aku kembang gak bila boss aku banyak komen positif pasal aku. Tapi tak nafikan ada improvement yang aku kena buat. Soo far boss aku mmg puas hati dengan kerja aku. Dari segi feedback anak buah aku bagi, manager dan client aku yang aku deal semua puas hati ngan aku. Aku bersyukur sesangat sebab diorang bagi feedback positif. Secara tak langsung grade aku naik. Boss aku tanya samada aku nak consider tak untuk relocate utk pi kat project lain. Dia kata project yang tgh nak pakai orang kat Motorola dan Seagate. Aku tolak offer boss aku sebab aku pikir satu je. Kalau aku pi kat tpt len pun...gaji aku tetap naik banyak dan belum tentu kerja kat sana menarik. Soo aku prefer kerja kat Intel je sebab job scope yang aku buat mmg dah cun ngan aku.
Aku rasa beryukur sesangat dan rasa gembira. Alhamdulillah selama ni usaha aku mmg menampakkan hasil. Aku buat yang terbaik sepanjang aku kerja dan aku tak nafikan ada kelemahan yang aku kena improve. Dan yang penting, apa yang aku dapat dan aku usaha selama ni, bukannya sebab aku tikam orang dari belakang atau pun atas dasar bodek boss ataupun aku nak pulun kerja sorang2 sampaikan aku nak makan sorang je. Boss aku tunjuk feedback yang dia amik dari anak buah aku, manager dan client aku. Aku tak baca semua sebab banyak. Aku baca sepintas lalu ja. Aku mmg tgk dulu feedback dari anak buah aku. Wahaha..tetiba setan dok mai. Saja nak baca kot2 nak tau ada yang tak puas hati kat aku. Tapi soo far alhamdulillah semua mmg selesa kerja dengan aku. Aku dapat surat penghargaan dari boss aku. Start bulan Oktober aku akan dapat gaji baru dah. Cayalah....
Lepas pada tu aku baru tau yang bukan aku sorang ja yg kena review mcm ni. Semua staff kena. Yang sedih kawan aku sendiri cuma increment naik 3 peratus je. :( Aku rasa simpati kat dia. Aku tengok dia mmg frust gila sebab dia mmg harapkan naik mcm aku. Aku tak nafikan dia mmg antara yang terbaik dalam group kitorang. Tapi aku rasalah..salah satu reason dia tak dapat naik sebab ada satu kes yang jadi kat dia just a month ago. Kes agak besar dan aku tgk mmg teruk dia kena jawab. Kes apa..tak perlulah aku bagi tau kat sini. Sebab aku tak suka nak burukkan orang. Biar aku ja yang tau pasal ni. Slack dia kat situ ja. Dia mmg senior dari aku. Senior setahun gak. Aku cuma kata kat dia mungkin rezeki dia belum sampai lagi. Atleast dia kena bersyukur sebab basic salaray dia jauh lagi banyak dari aku. Huhu...jeles aku bila aku tgk payslip dia.
Insyaallah, aku harapkan lepas ni aku akan buat yang terbaik plak utk nak naik pangkat. Mana tau boleh ganti boss aku ke...hahaha..angan2.
Apa2 pun keberkatan bulan yang mulia ni lah aku dapat berita gembira ni. Aku syukur sesangat. Mak aku kata..ni mungkin aku dah nak dekat dah nak berumahtangga kot..sebab tu rezeki mencurah curah..hahaha..apa la mak ni. Bikin cek malu jaa...hiihihi.....
Dulu aku selalu mengeluh sebab gaji aku naik tak banyak mana. Kekadang bila tgk payslip mcm takde beza pun. Skang ni insyaallah aku dah boleh senang sket. Yerla zaman sekarang nak hidup semua dengan duit.
Bagi aku, this year aku mmg rasa gembira sesangat. Bila pikir balik, banyak menda yang jadi kat aku ada hikmah tersendiri. Senang cakap lepas aku dah pernah merasa betapa susahnya aku nak struggle kerja, terpaksa berdepan masalah aku sebelum sebelum ni, aku dapat rasa Allah tu dah nak bagi kesenangan pada aku. Insyaallah, aku sentiasa harapkan Allah akan permudahkan urusan aku.
Anyway...aku rasa happy sesangat. Aku rasa sekarang ni bila aku sedih atas sesuatu perkara, tetiba ada je kesedihan aku akan terubat. Soal mcm mana, hanya aku saja yang tau. Bila aku lost something, and another thing comes in return will replace that. Semuanya kerana Allah yang bagi kat aku. Syukur sesangat.
Insyaallah aku harapkan plan aku lepas ni akan terlaksana. Banyak menda yang aku nak buat lepas ni. Mmg banyak. Dari segi kerja, life aku dan banyak lagi. Semoga Allah memberkati dan merahmati segala urusan dan doa aku. Aminnn... ;)
Peace ~~
Friday, August 5, 2011
It's a 4th day of Ramadhan !!!
Assalamualaikum semua,
Terlebih dahulu sorry for the delay of my blog posting. I have so many intentional job to do since a past few months and I have alot of matters that I need to look after. You see.. being the person of me and myself was not so easy.
Ok..this posting is quite a mix of Bahasa melayu and English language. Sorry guys if my posting sometimes quite rojak because she just ask me to write in English and I supposedly planned to write in BM because my English are not so good enough. Senang cakap kalau sembang tu mesti ada sket bahasa pasaq. Hehehe..But sayang punya pasal, here it goes. ;)
Since a past few days, I had talked with her about me. Everything about me. I told her what happens and my intentionally is clear. I didn't want to hide something for her. She need to know me everything. For the last summary we had, she told me that I need to end make a stand of my choice. Options and opinion are clearly shown here and I had to make a decision. Yes..I sincerely hope everything can be ended soon and ASAP. Susah nak pikir pasal hal ni. Senang cakaplah..bila masing2 ada ego dan pendirian masing dan semua nak menang...sapa pun takkan mengalah dan sampai bila pun perang akan tetap meletus. Yes you are rite, is it? ;)
I had talked with her for almost 2 hours yesterday. Despite just made a payment of my bill and I don't care on how much I spend for it. She had just something to tell me. We had talked and discuss everything yesterday.
You see..if you read this, life actually wasn't so easy. You need to stand up and put everything to struggle and survive. You had done your best effort and I knew it. And I always by your side for whatever outcomes. You have a full of my support. ;) What you need is a pray to Allah for the best and more over, thing +VE. ;)
Well you had said to me a few times eh...Insyaallah you get what you are hoping for and I'll pray the best for you and you know what you are deserve for it. And always remember Allah sentiasa memakbulkan doa hamba-Nya yang ikhlas dan soleh. Always remember that.
It's already on 4th of Ramadhan. Geezz..so fast. Tapi dalam hati aku fikir, kenapa lah cepat sangat terasa. dulu kemain rasa lambat. Well, this year my dad just made a decision that we will make a small renovation of our house. Yeaayy!!! I love when he said RENOVATION. R.E.N.O.V.A.T.I.O.N. Hehe..like that word. Aku cukup suka bila kena buat renovaion sebab renovation adalah kerja fave aku dari dulu. Mcm biasa, kena cat rumah. Aku bab cat mengecat ni mmg dah minat dari dulu lagi. Tak tau kenapa. Bagilah aku tong cat dan berus..or roller sekali pun. Aku boleh spend time one whole day cat rumah. Kali ni kitorang buat keputusan nak tukar kaler interior and exterior rumah. Last week we made a shopping kat kedai hardware. Some arguments between me, dad and my mom sebab nak pilih kaler apa. feature wall, dinding dining room, dinding bilik semua dok kalut nak pikir. Last decision kitorang stick kaler masa memula kitorang pindah dulu. Just a few colours we made up our mind that we need to change. Just a minor changes. Alhamdulillah...ptg tadi..semua dah beres. Keja mmg amik masa. ikutkan kalau nak kira cat satu rumah cuma amik masa 2-3 hari ja. Tapi disebabkan aku keja dan sibuk nak settle keja lain, banyak yg tertangguh. Amik masa kat seminggu gak.
Soo tadi masa dok sembang ngan my dad tetiba dia kata "Awat tak pasang lampu raya?" (Lampu raya means lampu kelip2 yang kitorang dengan sengaja istilah kan sebagai lampu raya sebab time raya je kitorang pasang..hehe). Hu...nice..aku cari balik lampu yang aku simpan dan tgk2 banyak dah rosak. Adei la...some of the bulb dah pecah dan ada yang tak bernyala terus. After bukak puasa, I just rush to shopping complex sebab nak cari balik spare part yg ada. Seems that semua mmg dah abis. Terpaksalah aku beli lampu yang baru. Mau kat seratus ringgit kopak..wahaha..tak kisah..janji rumah aku cantik dan meghelitt !! RENOVATION !!!!!
This year raya season is a quite happening to me. Insyaallah...the next thing after raya..is one of the big day for me !! ;) And just like she said...TARAK PAA..... wahaha..
ok mates and comrades, I know that this is too late to wish for. But I have to say it. Happy Ramadan to all my blog readers yang tak seberapa banyak and I knew that some of you just send me an email with machete demanding asking for updates. Hehehe..Semoga dengan kedatangan ramadan, segala amalan kita akan bertambah berkat dan yang penting..jgn tinggal posa... to her...love you soo much.. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



