Monday, October 24, 2005

Ucapan dari aku untuk pembaca blog aku sumer !!!

Image hosted by Photobucket.com

Tycooncyber Studio.....


Sepanjang cuti nih aku ader gak berlajar skit ksit pasal editing menggunakan Adobe Photoshop CS2. Soo sesapa nka komen..tlg la masuk kat fotopages aku ok. Aku ader publish beberapa keping gambar kat situ.

Seminggu aku tulis blog ni !!...

October 20, 2005, 1:15am

Lokasi: Kat ruang tamu
Keadaan sekeliling: diterangi dengan lampu candalier, nyaman dan sunyi,
Keadaan aku: mcm biasa
Mood aku: ok je

Sedar tak sedar dah separuh bulan kita telah menunaikan fardhu bulan ramadan yg mulia ini. Masa terlalu pantas bagi kita untuk menilai sejauh manakah keberkatan yg kita dapat dalam bulan ramadhan ni. Aku plak, secara jujur, aku hanya menunaikan tanggungjawab aku dalam bulan ramadahan ini dengan berpuasa, meninggalkan segala perkara yg boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala..insyaallah. Di samping tu jugak, sembahyang terawikh yg penting. Tak ‘sah’ kalau tak semayang terawikh di bulan puasa nih.

Oh ye...zakat belum bayar lagi. Insyaallah hari jumaat nih nak bayar zakat. Ingat sama kengkawan, zakat tu kan wajib, dah terkandung dalam rukun Islam. Bersama-samalah kita mengingati antara satu sama lain tentang zakat fitrah ni. Sesaper yg dah bekerja, bayar sendiri dengan duit duit gaji kita adalah lebih bermakna, sesapa yg masih dalam tangungan adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa kita yg membayar, tetapi, kalau setakat umur dah mencecah 20 tu, berlajarlah bayar sendiri, tapi duit mestilah dari ibu/bapa kita. Itu yg seeloknya sebab bila kita bayar sendiri, sekurangnya kita kaan rasa lebih bertanggung jawab.

Kalau nak diceritakan tentang aktiviti aku hari ini, takde apa pun yg aku buat. Oh ye...sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua kengkawan aku termasuklah ex-schoolmate aku, penpal aku, sedara-mara aku, member sekampung, member satu office, banyak lagi yg tak dpat aku sebut...terima kasih bebanyak sebab hantar kad raya kat aku. Insyallah aku sdg berusaha nak membalas kad raya korang secepat mungkin. Tahun ni mmg aku perasan aku dapat banyak giler kad raya, aku kira balik, ada kat 20 keping aku dapat. Soo far lah. Bagi aku aku tak pernah mengharapkan apa2, cuma bila sekeping kad ucapan hari raya aku dpat dari kengkawan aku, aku rasa aku dihargai dan diingati. Itulah yg menyebabkan aku nak membalas kad rasa sebagai tanda terima kasih aku pada korang.

Tadi aku dah hantar kat 5 keping. Semua oversea. Kengkawan aku yg masih berlajar kat sana aku hantar. Diorang tak balik Malaysia, soo aku hantar je kat diorang. Sebenarnya seronok jugak bila tulis kad raya nih. One thing yg agak ‘menyusahkan’ sedikit ialah apa yg kita nak tulis dalam kad ucapan tu. Sebab bagi aku, different person, different wish. Tgkla jenis org yg mcm mana kan. Takkan plak nak hantar kat member lelaki stok tulis ayat skema nak mampos...soo dependla pada keadaan.

Bila sebut pasal kad raya, ada jugak yg hantar pakai email. E-card. Zaman sekarang dah berubah. Tapi aku nak tnaya korang sendiri, yg mana lebih bermakna bagi korang, korang dapat kad raya melaui pos ke atapun melalui email ? Tepuk dada tnaya selera.

Bagi aku...aku tak kisah sebab mana-mana pun aku tetap terima dengan senang hati dan berbesar hari. Terpulang pada individu nak hantar mcm mana. Asalkan niat je ikhlas cukuplah.
Korang yg baca blog aku nih...kalau korang ada yg hantar kad raya kat aku...aku tahu banyak yg baca blog aku nih...tlg la sertakan alamat korang sekali yek..plss...kasi sekali...senang aku nak hantar kad raya kat korang. Sebab bagi aku, org yg hantar kad raya kat aku, aku akan cuba balas secepat mungkin. Soo far, alhamdulillah seingat aku, org yg hantar kad raya kad aku..semua aku balas. Sebab bagi aku, kalau org yg hantar kad raya kat aku boleh ingat kat aku, apa salahnya kita hantar kad raya tanda terima kasih dan kita pun nak ingat kat dia jugakkan kan. Secara tak langsung, boleh lagi mengeratkan sillaturrahim sesama kita.

PLs ok..sesaper yg hantar kad raya kat aku..pls...tlg la kasi add sekali. Sesapa yg dah pindah umah ke..inform la kat aku sebab aku takut nanti kad tu tak sampai kat korang plak nanti. Aku mghargai sesangat kal korang kasi address kat aku.

Oklah, hari nih aku rasa tak banyak yg aku nak tulis sebab aku lepas ni nak tido awal skit. Esok pagi aku nak kuar gi Seberang Perai. And thanx alot again kat korang yg hantar kad raya kat aku. Aku menghargai sesangat kad korang tu. Thanx again. Sesapa yg tak dapat lagi, aku akan cuba balas kad raya korang secpat mungkin. Insyaallah. Kepada kawan aku Affendi, my ex-classmate aku, sorryla tahun lepas aku tak hantar kad kat ko..sebab aku dapat tahu ko dah tak duduk lagi kat umah lama ko. Aku dah cuba nak cari alamat umah ko tapi tak dapat. And this year, thanx sebab kasi kad tu. Lawa. Aku dah balas balik kad ko tu. Tunggu yek kad tu sampai kat kg ko.

Kepada semua kengkawan aku, aku nak ucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa untuk esok. Sahur, jgn tak sahur, bersahurlah walaupun minum dengan segelas air sahaja, asalkan bersahur untuk mendapatkan keberkatan sahur itu.

Asalamualaikum...

da~~~~

21 October 2005, 3:15am.

Lokasi: kat bilik aku.
Keadaan aku: biasa je..happy....
Keadaan bilik aku: biasa je, diterangi dgn lampu chandalier dan bunyi mp3 aku
Mood aku: best...gembira...letih....

Sebelum aku nak mulakan blog aku ni, apa kata kita sedekahkan Al-fatihah untuk Allahyarhamah Datin Seri Endon yg telah kembali ke ramhmatulllah pada 20hb.......
al-fatihah....

Oklah....pasal aku plak. Hari ni tak buat apa. Bangun kol 11 pagi hari ni. Aku pegi office. Settlekan pasal hal aku dengan kasen aku. Alhamdulillah semua plan aku hari nih ok je..takde masalah. Insyaallah, jika tiada aral melintang....dalam minggu depan aku boleh start mulakan pembelian dalam company tu.

Balik kol 2 ptg. Ingat nak singgah jap kat umah kawan aku. Tapi tak jadi. Kol 4 ptg adik awek aku telefon. Kata dah sampai kat Penang. Aku pegi ambik and then balik umah.
Lepas bukak puasa hari ni, semayang maghrib aku terus tido. Series sakit kepala. Aku tak tahu kenapa. Maybe sebab tadi aku keluar sepanjang hari. Bangun kol 10:30 mlm, itu pun aku dpaat call dari Tach. Kitorang berborak sampai kol 11 mlm. Argh...mmg pelik gila hari nih. Something happened. Something yg tak masuk akal !!! everything is unpredictable, unplanned and unexpected. Betul ke apa yg aku dah cakpa tadi ? Aku rasa mcm tak percaya je....huhuhu....series aku tak percaya. Bila aku pikir balik, mcm betul ke tadi aku yg cakap? Tak pernah aku cakap mcm tu. Aku rasa maybe sebab mengigau sebab bangun tido then kitorang breborak..terus aku dengan selamba cakpa mcm tu..argh..tidakkk......malu seh...nak je aku lompat lompat kat balcony umah aku nih. Hehehehe....nak je aku menjerit mcm org gila kat balcony nih...kasi pak guard dengar...hehehe......

Series aku tak percaya apa yg aku cakap...aku tak tahu kenapa mulut aku nih celupar sangat...aku tak tahu kenapa tetiba hati aku rasa mcm nak cakap je dengan penuh selamaba ayam tanpa was-was. Dia plak terkejut gila sebab aku cakap mcm tu. Aku tak sangka dia mengalirkan air mata.Walaupun aku tak nampak, tapi bagi aku cukuplah perkenalan aku ngan dia hampir 8 tahun membuatkan aku kenal sangat perangai dia. Aku tahu dia menangis. Cuma aku kekadang rasa bersalah dengan diri aku sebab aku terllau push dia.

Argh...tak kot..mana ada...aku tak pernah paksa dia. Aku tak pernah push dia. Cuma kekadang, hati aku nih terlalu jujur untuk meluahkan seglaa apa yg aku selam nih simpan. Betul kata org, kekadang mulut kita boleh menipu kita, tapi hati kita tidak sekali-kali.

Cuma apa yg aku harapkan, aku tak nak apa yg aku buat, aku tak nak something happened yg akan terjadi suatu hari nanti. Biar sejauh mana aku kenal org, biar sedalam mana aku boleh memahami perasaan hati org, biar selama mana aku kenal org, cinta yg kita dapat itu tak semestinya selama mana kita dah kenal dia, dan memahami dia. Aku dah berlajar banyak perkara. Alhamdulillah sampai sekarang, aku masih berlajar dan ingin terus berlajar.

Kata seseorang kepada aku “Biarlah sepahit mana, biarlah seracun mana apa yg kita pernah alami sebelum ini, kita harus jgn menyesali dan mengungkiti dengan apa yg kita pernah lalui, sebaliknya anggap ia sebagai satu pengajaran bagi kita, selagi kita mampu menilai sejauh mana kesilapan kita asalkan kita dapat menerimanya, selagi itulah kebahagiaan akan menghampiri diri kita.”

Dan seseorang itulah yg telah mengajar aku erti kemaafan, erti menerima seadanya dan erti persahabatan.

Jika aku pernah didugai dengan segala mcm dugaan yg mugkin terlalu hebat bagi org lain untuk menerima, sekurang-kurangnya aku sentiasa ingat bahawa, ada yg pernah alami jauh lebih hebat dari aku. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana aku pernah merasa erti penyeksaaan yg aku tidak pernah bayangkan sebelum ini aku terima. Sekurang-kurangnya aku diajar erti kesusahan, erti kesedihan, erti kekecewaaan yg tak pernah aku alami sebelum ini. Dan aku bersyukur kerana dengan dugaan ini lah aku mampu menjadi siapa diri aku, aku lebih tabah dari dulu, aku lebih matang dari dulu dan aku tidak lagi seperti dulu. Dan aku bersyukur kerana keperitan aku ini telah dibalas dengan kebahagian yg aku dapat selama ni. Insyaallah akan berkekalan. Itulah doa aku.

Betul cakap ayah aku, dugaan itu mengajar kita erti menjadi manusia, mengajar kita mengenali Allah lebih dekat, mengajar kita agar lebih bersyukur dan mengajar kita terima dengan hati yg lebih terbuka dgn apa yg terjadi. Jika kita mampu dapat semua ini, insyaallah kita akan menemui kebahagiaan kelak. Aku selalu mengingati diri aku bahawa dugaan yg kita tempuhi itu tak akan kekal selamanya. Dugaan tetap ada sampai bila-bila Cuma setiap dugaan itu ada penamatnya. Penamatnya.....apabila kita mampu mengatasi dugaan itu dengan hati yg tenang dan sentiasa mencari jalan agar kita mampu mngatasi dugaan itu. Itulah penamat segalanya.

Ingatlah, setiap dugaan itu ada hadnya, ada titik nokhtahnya. Bila akan berakhir, semua nya terletak pada diri kita, terletak pada cara kita untuk mengatasinya. Dan ingatlah, apabila sesuatu dugaan itu berakhir, jgn mudah lupa diri kerana kita harus bersedia bahawa akan ada dugaan yg akan dtg. Besar atau kecil dugaan itu, hanya Allah yg tahu.

Cukuplah, aku dah penat untuk bergelumang dalam masalah yg bertahun tak pernah hilang dalam diri aku. Aku dah penat untuk memikirkan pasal masalah aku. Aku dah penat untuk memikirkan perkara yg tak pernah hilang dari fikiran aku.

Sekarang....akan berakhir...telah berakhir. Jika tidak kerana hati seorang manusia yg sanggup memaafkan aku, jika tidak kerana hati seorang manusia yg telah meletakkan egonya di bawah, jika tidak kerana hati seorang manusia yg inginkan persahabatan dari aku, mungkin dugaan itu tiada nokhtahnya. Secara jujur, aku akan menyesali atas perbuatan aku, aku akan rasa bersalah sehingga ke akhir hayatku.

Itulah yg aku berlajar, walau sekeras mana hati manusia, walau sepanas mana hati manusia boleh dilembutkan dan disejukkan dengan kata-kata yg penuh keikhlasan dan kejujuran.

Bercakaplah melalui hati, bukan melalui mulut. Kerana mulut kita akan sentiasa menipu hati kita. Tetapi hati akan sentiasa bercakap benar kerana hati itu datang dari perasan sebenar kita.
Untuk awak, thanx...awak bukanlah yg pertama yg pernah menyayangi saya, tapi insyaallah..awaklah yg terakhir yg akan saya sayangi sampai ke akhir hayat saya. Cuma, saya sentiasa mengingatkan pada diri saya, ajal, rezeki dan jodoh adalah di tangan Allah. Berusahalah agar jodoh itu milik kita. Jika jodoh tiada untuk kita, sekurangnya saya tidak akan menyesali dengan perpisahan itu. Bukan itu yg saya minta. Cuma apa yg saya harapkan ialah awak dapat menghargai saya seperti mana saya dapat menghargai awak. Dan sekurang-kurangnya kita pernah merasa menyayangi dan disayangi.....

22 October 2005, 12.45 am.
Lokasi: Kat balcony, amik udara segar.
Keadaan sekeliling: Sejuk sebab tgh hujan, diterangi oleh lampu hiasan dan lagu mp3.
Mood aku: OK je...
Keadaan aku: mcm mood aku gak... ;-)

Hari ni hari sabtu. Cepat giler hari sabtu. Dah terasa nak masuk 21 hari kita berpuasa. Hari ni takde aktiviti yg aku buat. Bangun kol 10 pagi. Penang hari ni cuti sebab Nuzul Quran. Bangun kol 10 pagi, aku lepak umah. Tgk tv.

One thing yg menarik hari ni ialah aku jumpa dengan seseorang bila aku nak balik dari masjid lepas menunaikan solat jumaat. Aku tak sangkat kawan aku yg aku kenal sejak aku darjah satu dan aku tak pernah jumpa dia sejak aku form one tegur aku. Jauh dia dah berubah dari dulu. Kawan aku nih sekarang tgh buat diploma kat PSDC Academy.

Aku gembira giler bila aku jumpa dia. Aku taksangkat dia masih ingat lagi kat aku. Aku je yg dah lupa dia. Masa kitorang sekolah dulu, aku mmg kawan baik dengan dia. Sampaila form 1, kitorang dah tak jumpa sebab dia dah tukar sekolah kat Kedah. Sehinggalah sekarang aku baru jumpa dia. Aku sempat bertukar no telefon.

Lepas balik semayang jumaat, kol 3:30 ptg aku kuar ngan kasen aku Geehan. Dia nak ajak aku temankan dia pegi shopping. Huh...aku faham sangat kasen aku nih. Shopping stok tak hengat. Kol 5:30 aku balik umah, actually pegi shopping ngan minha nih stok tahap busan giler. Hehehehe...sorry Geehan kutuk ko. Asyik kita je nak ikut dia . MMg dead la. Aku plak yg jadi pak turut je. Nasib baik la amsa dia nak shopping aku membz kan diri pusing-pusing kat shopping complex tu.

Balik umah, mak aku baru je balik dari shopping ngan awek adik aku. Pegi mana ntah diorang. Sakan beli bunga plastik. Nih mesti mak aku punya keje nih. Aku tahu sangat. Kalau dah nak raya je, mak aku nih jenis suka menggubah bunga. Soo kalau nak tgk design baru, dtg umah aku. Akan ditukar setiap setahun sekali. Kekadang setahun 3 kali pun boleh. Dah kata perempuankan..biasalah. Ayah aku takde. Dia kuar gi meeting ngan kengkawan dia pasal ape ntah. Yg tinggal kat umah awek adik aku si Farhana ni, mak aku, adik kecik aku ni ngan aku je. Busan sehh busan......adik aku yg kecik tgh bermain ngan anak jiran tingkat bawah. Mak aku tgh sibuk melayan si Farhana nih. Tgh ajar bab bab memasak..hehehehe...bakal menantu la katakan....

Aku plak...mmg lone renjer...nak main pc game, dah busan. Tgk tv...aku belek takde satu mende pun yg best. Last-last aku layan je video. Nasib baikla ada citer ‘Something Gotta Give’ nih. Citer romantik komedi. Aku layan je. Citer mmg best. Farhana bawak dari KL.
Bukak pose hari nih buat pertama kalinya lauk penuh satu meja makan. Tahu la menantu mak aku tu ada. Dah ada 2 org kaum hawa kat umah. Setiap sorang nak intro masakan masing2. Kalau 2 org..huhu...mmg penuh la. Tu belum masuk lagi 3 org...ahahahaha....konferm leh buat kenduri. Sampai esok nak raya pun makanan tak abis lagi. Hari makanan fave aku banyak mak aku buat. Kari kepala ikan,. Udang goreng tepung, sayur kangkung dan one thing yg aku mmg dari dulu lagi suka....ULAM !!! ada kat 2-3 jenis ulam. Tu baru mak aku. Farhana plak masak 3 jenis. Erk..yg aku tahu ayam masak pedas je. Yg lain aku tak pernah tgk pun lauk tu. Series tak pernah tgk.

Yg bestnya hari nih tak pegi lagi terawikh...hohohoh....bapak aku sound semacam je. Tak marah, tapi kecewa. Ahahaha....giler seh...mmg sesuai sekali ayat tu. Lepas je makan, aku solat maghrib then terus aku baring kat bilik aku. Sedar tak sedar tertido. Bangun kol 9 mlm.

Seperti biasa Tach call aku kol 10:30 mlm. Dia mmg cakap nak call aku time mcm tu. Sampaikan pernah warning kat aku, kalau tak angkat je dia call, lepas nih dia tak call. Hehehehe....pandai merajuk plak..dulu tak pernah pun...ahaksss...*wink*

Ayah aku balik dari masjid kol 11. Aku berborak ngna ayah aku pasal aktiviti esok. Ayah aku cakpa nak gi umah makcik aku sebab nak bincang pasal aku nak bertunang. Eh silap....bukan aku..tapi kasen aku. Ehehehe....tersashul plak....aku kalau bab nih maleh nak join....first..tu bukan hal aku..second....tu hal org tua2..third...kalau aku join soalan maut akan hinggap kat aku. Aku mmg maleh gila kalau org tanya. Blajar tak abis lagi..dah nak menggatal nak kawen...hehehehe...sok sok bini nak makan ape ?

Rimas gila bila org tanya soalan mcm tu. Muda hanya sekali. Hehehehe...sementara tgh berlajar dan muda nih...enjoy la dulu. Lelaki takpe....kalau perempuan umo mcm aku nih..mmg kene kawen. Aku.....aku tak kisah bila nak kawen...tapila kan..paling lambat kau nak kawen..umo aku 28 tahun....hehehehe....series tu.

Oklah nak kuar nih. Gi minum. Bebudak the gengz aku ajak gi minum nih. Wanie, Husna, Hizer, ADI, Syikin, dan tak lupa Acun. Ohye..sebelum aku lupa. Buat kengkawan aku yg dari jauh – Farhan, Izam, Alex, Wafaa the powerpuff girls...dan Maria. Thanx for the greetings card. Maria, thanx for the lovely keychain. Thanx alot guys. Insyaallah nanti aku akan reply card korang secepat mungkin ok.

And for my fave cousin, Raihan, thanx sebab kasi kad raya yg besar kat abg. Sorryla..abg takleh kasi yg sebesar tu. Sebab abg terlalu besar nak beli kad yg besar...ahahahaha....anyway, abg dah reply kad raya. Mmg lawa.

And for my sayang, thanx for the song. Celine Dion – To Love You More. Dari awal sampai sekarang tak abis-abis nak remindkan kat saya soh dengar dan hayati lagu tu. Tiap2 hari saya pasang. Sampaikan adik saya yg kecik nih leh hafal dah lagu ni. Hehehehe....

Daa~~~

23 Ocktober 2005. 1:10 am

Lokasi: Kat taman kat umah aku.
Keadaan sekeliling: berangin, sejuk dan tenang.
Keadaan aku: Mcm biasa je. Tgh layan mood aku.
Mood aku: Biasa, happy, dan selamber....

Hari nih nak tukar tempat jap. Busan gila asyik nak tulis blog kat umah. Asyik2 tempat yg sama je. Aku amik notebook mak aku, letakkan air milo panas dalam termos dan turun bawah. Aku lepak kat taman kat bawah nih. Mmg best. Kat tebing bukit, mengadap laut dan jambatan Pulau Pinang. Angin sepoi-sepoi bahasa, dingin dan yg best....keadaan tak terlalu terang. Best kan ?? hehehehe.....

Tadi aku gi shopping. Start beli baju raya. Hohoh....best giler kalau start beli baju raya. Gaji ayah aku masuk hari nih. Dia kasi credit card kat aku. Apa lagi....operasi serangan terhadap shopping complex bermula !!...

First dalam kepala otak aku....nak ajak saper pegi ngan aku ?? nak ajak parents ? hurm..tak best sebab parents aku kalau bab beli pakaian kat aku mmg cerewet giler. Aku ajak je si ADI jadi shopping partner aku. Kitorang gi Ivory Plaza. First thing dalam fikiran aku, nak beli seluar jeans. Aku dah lama nak cari seluar jeans ni. Nak cari kat mlk..semua tak best sebab takde yg berkenan. Aku singah kat Denim Boutique. Argh..semua tak best. Aku nih kalau nak pilih seluar mmg cerewet skit. Eheheh..yerla..aku tak menyesal bila beli nanti. One thing mistake aku ialah aku tak survey dulu. Sekali bapak aku plak kasi last minit credit card...aku redah je cari.

Pusing kat Ivory...semua stok busan....takde yg best...ader satu jeans yg aku minat giler....tapi bila nak beli....sekali salesgirl tu cakap, nih je yg stok last ada. Seunit. Aku belek..rupa-rupanya jeans tu dah season skit. Maybe org dah banyak sangat nak try kot. Kecewa gila....

Second tempat nak pegi.....kat Tesco...kat sana maybe ada. Tapi Tesco takde yg best. Setakat nak beli barang dapur mmg okla..nak beli pakaian...mmg tak best..last lsat pegi Perangin Mall...habis satu kedai aku tawaf..last last jumpa jeans yg aku nak beli. Color, fit, ngan jenis kain mmg type aku. Aku pusing lagi..ingat nak beli T-shirt...tapi tak jadi sebab aku teringat aku dah janji nak pegi shopping ngna adik aku nak beli T-shirt kat seberang perai. Kat sana mmg best. Soo aku cancel je niat aku. Dah kat 2 jam lebih aku pusing....last last aku beli 2 pasang je seluar. Jeans ngan pants...semua kat RM 210.00

Huhu...gile seh sakan...shopping stok tak hengat...aku balik umah dalam kol 6..bukak pose then terus gi terawikh...

Plan asal nak pegi terawikh kat surau kat umah aku je...sebab kat bawah je. Malas nak pegi kat masjid ayah aku selalu pegi. Kat sana terawikh abis kol 11 lebih. Tak tahan seh nak tunggu. Elok je kol 7:20 mlm, ADI call aku. Ajak aku pegi terawikh. Aku malas gila kalau si mamat nih call aku ajak terawikh. Dia dengan idea peliknya nak pegi terawikh jauh jauh. Ajak aku pegi kat masjid lama. Masjid Kapitan Keling kat Georgetown. Giler sehh jauh tu. Mana sempat nak pegi time mcm nih. Kalau jln sesak tgh mlm nih..mmg dead la. Last-last aku amik keputusan nak pegi gak. Sebab selain adi, 4 org kengkawan aku join sekali. Syazwan, Shariman, Hizer dan Dyn. Mmg bestla kalau pegi reramai. Dlm kol 7:30 mlm diorang dtg amik aku. Kitorang pegi sana.

Terawikh abis kol 10:30 mlm. Lepas je abis, kitorang gi minum kat kedai mamak. Alamak...aku teringat...aku tertinggal hp...Tach sure nak call time mcm nih. Aku mmg cuak giler. Kol 11 lebih mcm aku aku balik umah. Tach call aku kol 11:30 mlm. Nasib baik dia baru nak call.

Esok....aku kene hantar Farhana pegi stesen bas. Dia nak balik Kedah esok. Lepas hantar si Farhana, aku nak jumpa kasen aku si Fahmi kat umah dia. Hari tu dia mintak dtg sebab dia nak kasi kunci umah dia kat aku. Dia nak balik kg hari Isnin. Dia mintka tlg aku tgk-tgkkan umah dia.

Oklah....aku dah cukup lama lepak kat bawah ni. Risau plak aku sebab lepak kat hujung taman kat sini. Ape-ape hal...all the best unutk smeua kengkawan aku. Selamat bersahur dan selamat berpuasa. Jgn lupa niat puasa ok....Assalamualaikum....

Daa~~~

24 October 2005, 1:04am
Lokasi:
Kat hall umah aku
Keadaan sekeliling: Tak bape terang, bercahayakan lampu chadalier, dan sunyi.
Suhu; biasa-biasa je.
Keadaan aku: Mcm suhu gak.

Hari nih mmg best...series best giler...aku bangun awla hari nih. Dalam kol 9 pagi mcm tu. Ayah aku dah takde kat umah. Pegi mana ntah. Mka aku ngna adik aku masih tido lagi. Dah kata hujung minggu. Soo..takde mende yg nak buat...tido je.

Aku dapat call cari ADI, dia kata tak yah dtg umah sebab di dah kasi kunci kat ayah aku. Aku sambung tido balik. Tgh sedap tido...aku dapat call. Huh...saper plak call umah time pagi nih. Dah la tu saper pun tak angkat. Bising betul bunyi telefon dlam bilik ni. Inilah masalahnya kalau smeua bilik ada telefon. Bilik aku pun skeali ada telefon gak. Last last aku jawab....Aik...mak aku telefon..soh aku dtg kat Perangin Mall. Dia ckaap dtg je sini kat tingkat 5. Aku tgk jam dah pukul 1 ptg rupanya. Skeali parents aku ngan adik aku dah kuar kol 11 mcm tu. Aku je masih membutakan diri kat umah tanpa segan silu. Bengang pun ada sebab diorang keluar stok selamba je. Tak kejut aku pun. Huh...nak marah nih....

Lepas semayang zohor aku kuar gi Perangin Mall. Aku tertanya-tanya..apesal mak aku soh aku dtg sana. Nak belanja makan ke? Ehehehe....gila apa...tgh puasa nih...nak cari maut je makan time mcm nih. Hari nih, aku pakai kete mak aku gi sana. Malsa giler naik moto. Korang pepahamla...kl 1:30 ptg..tgh panas terik nak pegi. Sampai je kat tingkat lima..barula aku faham maksud mak aku. Rupa-rupanya mak kau nka belikan baju raya kat aku. Eheheheh....segan sehh...dah besar panjang mcm nih pun parents belikan. Aku cakap kat mak aku, nak kuar kan duit kau dulu baru nak beli baju raya. Mak aku marah kat aku sebab dia kata jgn kecikkan hati ayah aku. Dia nak belanja kitotrang beli baju raya. Kecik tapak tangan...satu shopping complex nih aku tadahkan..hehehehehe....

Nasib aku mmg baik hari nih. Aku mmg malas gial kalu nka shopping tetambah lagi mak aku ada. Hari nih mak aku ckapa dia soh aku sendiri pilihkan pakaian untuk aku. Tgk harga pakaian kat sini..mak aii....boleh tahan. Sehelai kemeja/t-shirt yg paling murah je harga RM90. Yg setakat seratus lebih mmg bersepah. Aku mcm tak percaya je mak kau soh pilih pakaian kat sini. Aku belikan 2 helai kemeja. Tu pun dah 2 ratus lebih dah harga dia unutk 2 helai tu. Aku dah tak sanggup nak beli lagi. Ayah aku soh beli lagi sepasang. Gila apa...kalau aku beli sepasang...nak je aku beli kemeja Dockers yg berharga kat 300 ratus tu. Ehehehe...takpe...aku beli 2 helai je. Adik aku yg kecik lagi ganas dari aku. Beli kasut...baju ngan seluar...semua banyak gila...ayah aku beli kemeja batik dan t-shirt Armani.

Lepas shopping, parents aku nka balik sebab dah settlekan keje. Dlm pukul 4 ptg mcm tu. Aku je yg tak reti nak balik balik sebab aku nak lepak lagi kat sini. Tgh ada kete nih. Busan gak kalua balik awal. Last last aku pusing je kat area situ. Cari Cd lagu, buku, beberapa mende yg aku nak beli.

Balik dlm kol 6. Bukak pose, mcm biasa terus tido. Heheh....tak pegi terawikh hari ni. Arghh..giler sehh....rasa bersalah je. Bangun kol 10. Tgk je ayah aku pun tak pegi. Ayah aku rupa-rupanya tak bape sihat sejka dua menjak nih. Aku bangun, makan nasik then tgk tv...sampaila kol 12. Aku sedar Tach tak call aku hari nih. Aku msg kat hp dia. Still tak reply gak. Hurmm..tapela...tak kisah pun kalau dia tak call sebab tiap tipa hari dia call aku. Its ok...aku mmg tka kisah pun.

Oh ye...aku teringat satu mende....just nak share ngan korang....3 hari lepas, ayah aku ajka aku pegi melawat kawan lama ayah aku sakit. Aku mulanya tak nka ikut sebab aku keberatan nka pegi time tu. Dalam kol 3 ptg mcm tu aku pegi je ikut ayah aku. Kawan ayah aku nih menderita sakit kencing manis kat 20 tahun. Umo dia dah menjangkau 60 dah. Menuut kata ayah aku., ayah aku dah lama tak menziarah kawan ayah aku nih. Last dia pegi 4 tahun lepas. Itu pun sebab anak dia kawin. Sampai la sekarang dia tka pegi. Kawan ayah aku nih sekampung dengan ayah aku. Kawan sepermainnan ayah aku masa diorang kecik-kecik dulu.

Sampai je pintu umah kawan ayah aku, ayah aku kasi salam. One thing yg aku agak terharu tgk ialah bila kawan ayah kau nampka je ayah aku dtg, dia menangis. Aku memula tak bape faham, last..aku tahu gak. Sebab kawan ayah aku nih dah lama tak jumpa ngan ayah aku. Aku dapat tgk betapa mesranya diorang. Walaupun kawan ayah aku nih tgh sakit sehuinggakan terpasa terbaring, tapi dia mampu tersenyum. Aku nampak disebalik penderitaaan dia tu, terubat jugak bila ayah aku dtg umah. Melawat dia. Diorabg banyak bercakap pasal hal diorang, kekadang, aku dgr diorang citer pasal zaman diorang kecik² dulu. Sekali sekala, ketawa diorang memecah suasana umah tu. Kawan ayah aku nih pandai berjenaka. Diorang banyak menghabiskan masa berborak sesama sendiri. Aku je sensorang kat sofa. Huhuhu....aku faham, banyak mende yg diorang nak borakkan. Soo aku tak kisah.

Kawan ayah aku ckp, ayah aku nih kawan baik dia masa diorang sekampung dulu. Selalu buat keje sesama. Nakal sesama, bermain sesama. Sehihggalah ayah aku bekerja. Ayah aku plak mmg akui kawan dia nih lah yg banyak tlg dia masa ayah aku tgh susah dulu. Dan barulah aku faham bahawa kawan ayah aku nih lah yg ayah aku selalu maksudkan bila dia kata Cik Det yg selalu tlg dia bila dia tgh susah. Barulah aku kenal siapa ‘Cik Det’ tu. Secara tak langsung, aku amat menghargai jasa dia yg banyak tlg kitorang dulu.

Ayah aku berjanji akan tlg kaan ayah aku nih nak dapatkan rawatan kat Kuala lumpur. Sebab kawan ayah aku tak thau nka uruskan pasal rawatan dia kat hospital kat sana. Ayah aku akan tlg dia. Alhamdulillah....aku lega sesangat....

Kekadang...lepas je pertemuan tu. Aku terfikir gak. Maybe aku pun akan jadi mcm tu. Sama ada aku yg sakit, ataupun aku yg akan menziarah kawan aku yg sakit. Maybe waktu tu baru aku faham mcm mana perasaan kawan ayah aku ngan ayah aku. Bila umo dah meninggkat, waktu kita akan terkenang kembali zaman kita muda-muda dulu. Apa yg kita buat, kenangan kita dan sebagainya. Sebab itulah sekarang nih aku amat menghargai kehidupan aku sekarang. Dan aku bersyukur aku ada ramai kawan. Dan insyaallah. Kawan aku yg ada sekarang nih akan berkekalan. Mungkin bila aku dah berumur nanti, bila aku jumpa balik dengna kengkawan aku, kengkawan baik aku, mungkin waktu tu banyak mende yg kita nak borakkan. Mungkin waktu tu banyak mende yg lepas kita nka diingatkan. Ada yg manis, ada yg pahit. Yg aku agak sayu dengar ayah aku dan kawan ayah aku nih borka pasla kengkawan diorang yg dah meninggal dunia. Aku pun rasa gak sayu tu. Aku faham perasaan ayah aku. Dia pun aku tgk sedih je.

Sebab banyak kekgkawan sekampung dengan dia dah meninggal dunia. Kawan yg banyak memberikan kenangan manis untuk dia. Dan itulah mungkin akan aku hadapi kelak.

Oklah..nak stop nih...kol bape dah..aku nak lepak jap tgk tv. Ape2 hal untuk korang, selamat bersahur ok. Asaalamualaikum.....

Daa~~~

Wednesday, October 19, 2005

hari ini dalam sejarah....

October 14 2005, 3:30 am….


Bangun kol 12 tgh hari ni. Agak awal kalau nak dibandingkan dengan hari yg lain. Kol 1 ptg hantar adik aku gi sekolah. Jadi driver adik aku. Huh......lepsa hantar adik aku, terus aku singgah jumpa kasen aku. Glad to him. Aku jumpa balik ngan ramia kengkawan aku kat sana. Staff² yg dah lama aku rindu giler nak jumpa diorang ni.


Aku naik tingat 3, tgk tgk kasen aku tgh ada meeting. Schedule dalam kol 3 ptg baru abis, alang alang nak tunggu si kasen aku nih, aku online. Check apa yg patut. Login masuk YM, saper pun takde. Check email kat 20 email aku dapat. Dari 20 email, 10 je yg leh pakai, yg lain sumer bulk mail. Check blog, aku postkan blog yg lama aku tak update. Check friendster..dapatla satu msg dari adik aku kat UPSI nih. Ader ke dia mintak kat aku CSS code untuk customize profile dia...sorila..aku pun buat sendiri. Ini kan plak dia. Ehehehehe.....


Oh ye..kepada kengkawan aku yg baca blog aku sebelum nih, sori la sesangat kalau spelling tak betul. Aku masa tu pakai notebook mak aku. Sesunguhnya keyboard notebook adalah tak best kalau nak dibandingkan dengan keyboard biasa. Heheheheh.....


Lepas kasen aku meeting, kasen aku ajak gi Kedah, seperti biasa Sg. Petani. Dia nak gi amik tunang dia kat sana. Aku follow. Balik dlam kol 6 otg mcm tu. Sampai je umah, kawan aku si ADI telefon ajka kuar reramai. Lepas semayang terawikh dlam kol 11 mlm camtu.


Hari nih lepas bukak pose, aku ngantuk giler. Tatau naper...mmg stok tak hengat ngantuk. Aku tido jap lepas semayang maghrib. Ingat nak bangun kol 8 mcm tu. Nak standby terawikh. Sekali bangunn kol 10 mlm daaa......ayah aku plak tak kejut aku. Ciss..nih yg marah ni. Selamba je gi terawikh tak ajak aku.


Kol 11 ayah aku balik, tetiba je perasaan mengada-ngada muncul dalam diri aku. Ngeh..ngeh...ngeh.....aku ayat ayah aku nak pakai kete dia. Selamba dia cakap ‘hell no !!’
Last-last dia kasi jugka sebab aku janji nak isikan minyak kete dia. Huhuhu..merasa aku pakai kete ayah aku jap. Jumpa geng-geng aku kat Coffee Bean. Husna, wanie, ADI, Jeehan, Hizer, Din, Asma, dan adik angkat aku, Syikin. Aku baru perasan takde sorang yg mencukupkan korum nih..hehehehe....Tach...


Borak sampai kol 12 tgh mlm, then kitorang kuar gi lepak kat Laguna Beach Resort. Jauh sehh......nak buat camne....ADI nak open table...nak belanja kitorang makan kat situ. Taula mentang2 bapak dia tokey kat situ. Hehehehe.....thanx aaa nasi beriani mmg sedap, teh o ais pun mmg kaww giler....


Kol 1:30 pagi aku balik. Busan giler...tak tau nak buat apa. Parents aku sumer stok tido....nak sahur kol 5 ptg karang. Aku plak masih merambu lagi time mcm nih. Aku belek DVD, tgk balik kat rak DVD yg aku sellau belek. Takde yg best. Last-last aku teringat aku bawak citer best. Wasabi !!!....layan citer sampai kol 3 lebih...


Busan punya pasal.....aku tulis blog nih....tak taw lagi nak buat apa..jap lagi nak sahur..maybe aku minum je kot sebab terasa kenyang giler...
Okla..nak stop nih...nak layan blues jap kat luar tu. Aku nak lepak jap kat balcony sesambil layan buku citer aku nih...hehehehehe.....chowww....


Schedule aku esok :
10 pagi – meet dengan kasen aku kat office.
3:00 ptg – jumpa dengan Mr. Rashid, bincang pasal investment.
4.30 ptg – bertolak gi Alor Setar ngan family aku. Bukak pose kat umah sedara aku.
12:30 tgh mlm – jumpa member aku. Bincang pasal hal kitorang


25 October 05, 12:00 am


Aaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!.............................nak je aku jerit sekuat hati hari ni. Nak je aku menangis....nak je aku mengalirkan air mata aku. Nak je aku mengamuk hari ni. Nak je aku sedih giler babeng hari ni. Hari ni hari paling sedih dalam hidup aku. Aku tak cakap banyak hari ni. Mostly aku banyak termenung je. Sebab jam tangan kesayangan aku rosak. Aaaa !!!!.....nak nangis ni....series sedih giler......aku rasa cam nak nangis je.....


Camne ntah jam tangan aku leh rosak....memula tak jalan...aku ingat battery. Aku baru je tukar battery baru, tak sampai sebulan. Aku try guna kunci mekanikal nak gerakkan jam aku nih....tapi tak leh gak....last sekali aku pegi kat pakcik aku..dia bukak.....air kuar dari dalam jam aku....Ya Allah......aku terkejut giler....masa tu rasa cam nak nangis je.....aku tahan giler sebak aku ni......aku dapat bayangkan jam tangan aku yg selama nih kat tangan aku selama 5 tahun dah abis riwayat dia....


Itulah satu-satunya jam tangan yg paling aku sayang seumur hidup, aku pernah dihadiahkan jam tangan oleh kengkawan aku, sedara mara aku..even ayah aku..tapi nilainya tak berharga seperti jam tangan aku skang ni. skang nih dah takde :-(


Jam tangan yg aku beli sendiri hasil dari penat lelah aku bekerja....aku kumpul duit aku beli dengan harga RM470.00. Jam tangan Orient Diver Series yg aku betul- betul sayang giler kat jam tu....sepanjang aku pakai...inilah baru pertama kali rosak..inilah baru pertama kali aku tukar battery sejak aku beli dari tahun 2001. Sesaper yg kenal aku..mmg diorang tahu aku selalu pakai jam tu....tak pernah aku kuar rumah tak pakai jam....sebab bagi aku..jam tulah paling bermakna bagi aku....skang nih dah rosak...


Balik je umah....aku ngadu kat ayah aku.....series aku time tu sedih giler.....ayah aku hanya mampu tgk je.....tak mampu nak buat apa....”ala...karang along beli jam lain la....G-Shock ke....apa ke..nanti abah kasi duit”...huh....tak kire...nak jam aku tu jugak...aku tetap nak gi repair.....aku tak kira berapa ratus sekali pun aku kene bayar...walaupun harga dia lebih mahal dari jam....aku tetap nak jam aku....jam kesayangan aku...yg selalu berkhidmat untuk aku.....24/7...


Banyak kenangan jam tu.....banyak giler....sedih ni...nak nangis pun ada bila citer bab jam tangan aku.....huhuhu...Ya Allah..tlg la aku....bagila balik my precious aku....aku tak mintak ape-ape....Cuma ‘hidupkan’ kembali jam aku seperti biasa....itu je yg aku mintak.....


Banyak kenangan aku ngan jam aku tu...jam aku tu lah dah banyak tahu ngan saper aku selalu kuar....ngan saper aku pernah hang out.....saper kengkawan aku...ader plak kengkawan aku pernah pinjam jam tu....hampir pernah nak hilang....sebab aku tertinggal atas bumbung kete...pernah jatuh stok tak hengat..tapi masih hidup lagi mcm biasa....kerana jam tulah aku selalu mengingatkan aku pada masa aku....jam yg aku paling bermakna dalam hidup aku......
Series......aku mmg sedih giler...one whole day hari ni aku takde mood....aku lepak je kat umah....gi umah makcik aku pun...aku buat mcm tak layan je..walaupun jam tu rosak.....tapi aku pakai jugak..sebab aku rasa sayanggg....sesangat kat jam aku tu....nak tgk waktu je..aku rasa sedih..sebab jamtu dah takleh tunjuk waktu lagi.....


Ayah aku ckp nanti esok lusa pegi je beli jam baru...aku tak nak jam baru....aku tak nak...kalau ayah aku kasi jam Rolex sekali pun....tapi tak ternilainya jam Rolex tu kalau nak dibangdingkan dengan jam aku tu....


Org nak kata apa..katerla.....ader yg kata..’ala...mende kecik je..beli la yg lain’...ader plak yg kata ‘ape la sangat jam tu.....stakat kaler crome silver je....mcm la takde jam lain nak pakai”...pedulik apa aku.....korang tak tahu betapa bermaknanya jam aku tu...aku mmg sayang giler.....pc aku rosak....aku tak pernah sedih mcm jam aku rosak.......bila wallet aku hilang..handphone aku hilang...tak cukup lagi kecewa mende tu hilang kalau nak dibandingkan dengan kecewanya bila sahabat kepada waktu nih rosak....sampaikan bila aku pernah eksiden...aku tak pernah hiraukan moto aku...tp aku tgk dulu jam aku nih...kot kot pecah cermin dia...alhamdulillah......sampai sekarang....jatuh....eksiden...tergores.....kene hempap.....kene tindih....pernah jatuh dalam kolam dlm giler...semua tu tak pernah merosakkan jam aku ni...tercalar pun tidak...


Huaaaaa........sedihnya......muka moody je hari ni....nih pun tgh tulis blog nih pun tgh moody...series......Tach call aku tadi....dia sendiri tanya..naper aku diam je...last last aku bukak citer..jam aku rosak...huhuhuh.....nak ngadu je kat semua org yg jam aku nih rosak....
Esok aku nak gi repair jam aku nih..tak kire.....aku nak gi repair gak....mmg aku tak peduli bape harga..kalau harga repair kat RM300.....RM 300 la aku nak repair..aku sanggup lagi pakai jam nih dari beli jam lain...


Shah !!!!!...........tlg la aku..jam aku nih rosak.....sedih tau.....series sedih giler..ko sendiri pernah pakai jam nih.....sepanjang aku beli dan ada jam nih..tak pernah lagi aku kasi kat org lain pinjam.....ko sorang je pernah pakai jam aku nih....adik aku mintak pun aku tak kasi....last-last dia rosak jugak...aku sayang giler kat jam aku nih...series sayang giler....nak beli..tak sanggup...nanti jam nih aku nak campak mana ? takkan nak letak dlm peti besi aku kot? huhuhuh....tlg la shah....jom rompak bank jom...nak kumpul duit beli jam yg serupa mcm nih gak...tak kire..tak pun aku nak repair je..tgh takde duit ni....dalam wallet ader RM70 je...mana cukup ni...korek kat bank....pun tak cukup....huhuhu....


Awak!!! Camne nih...jam rosak...sedih giler....tak payah la nak beli jam baru untuk saya..saya hargai niat awak...tapi saya nak try repair dulu jam nih....sayang sesangat kat jam nih......tadi awak kater nak belikan jam barukan untuk saya...simpan dulu niat tu...sebab saya nak berusaha nak repair jam nih......


Rindu giler kat jam aku !!!!!!!!!!!!!!!!!!...huhuhuhu...


16 October 2005, 2:56am


Hoyeh....seronok giler...tadi gi hantar jam aku kat kedai...nasib baik la tokey jam tu kater jam aku leh repair. Dia kata takde mende yg series sangat. Cuma nak tukar washer ngan pressure seal jam aku je....yeeeeyyy !!!...rasa cam nak menari je time tu bila aku dengar berita gembira. Kos repair and full service jam aku...RM 120.00 Arghh.....tak kire..bape harga..aku sanggup bayar. Tak pedulik bape harga..janji jam aku leh hidup...next week baru jam aku siap...sementara tu, ayah aku pinjamkan jam tangan Casio G-Shock kat aku. Pelik giler pakai stok jam mcm ni. Nombor digital, aku tak biasa betul pakai jam mcm ni...kalau tgk waktu kat jam...lepas tu kene bayangkan camne dia punya waktu. Huhuhu.....giler sehhh.....old school....tapi selamba....


Kol 3 ptg mcm tu, aku kuar shopping ngan ADI. Kuar ngan kete aku. ADI nak belikan baju raya. Aku plak malas nak beli sekarang sebab bagi aku awal lagi nak prepare mende tu. Lagi pun aku jenis tak cerewet kalau nak beli...asalkan leh muat dengan badan aku...cukuplah....
Shopping kat Ivory Mall hari ni. 40 minit perjalanan dari umah aku..lepas tu singgah kat Tesco, aku nak belikan barang dapur yg ayah aku kirimkan. List banyak seh.....kat 20 mende.....
Lepas shopping, aku round² kat Tesco, saja nak cari mende sebelum aku balik..yess..aku singgah jap kat Times Bookstore, tempat fave aku kalau aku nak cari kedai buku. Fuh.....nasib baik buku yg aku cari ada kat sini. Aku dah lama giler nak cari buku Tom Clancy’s - Executive Order aku beli dengan harga RM98.50, then pusing lagi, sempatla beli mags fave aku...CHIP, lama siot tak baca buku ni. Lepas je aku menshoppingkan diri ngan ADI, singgah saloon. Aku nak potong rambut.


Settle keje kol 6:30 petang, balik umah bukak pose then terus gi terawikh...
Hari ni aku dapat satu berita yg kurang menyenangkan dari kengkawan ayah aku. Masa lepas terawikh, aku lepak jap ngan diorang, tgk Tv kat bilik operasi sesambil perkene teh halia...pegh....aku dapat berita yg jiran kat umah lama aku dah meninggal. Innalillah.....aku kenal sangat dengan jiran aku nih. Aku kenal dia sejak tahun 1990 lagi. Masa tu dia baru pindah umah kat situ. Last² diorang pindah KL 12 tahun selepas diorang dok situ. Lepas diorang pindah, sampai sekarang aku tak dengar citer pasal jiran aku nih..sampailah tadi....kawan ayah aku cakap, dia dah meninggal dunia sebab penyakit asma....


Aku rasa sedih gak. Mmg sedih. Sebab aku mmg rapat ngan jiran aku ni. Family diorang dah mcm family aku sendiri. Arwah yg meninggal nih seorang pegawai polis. Isteri dia cikgu, ada 3 org anak. One thing yg aku masih ingat pasal jiran aku nih ialah dia pernah tlg aku pasal kes aku kene tahan dengan polis disebabkan aku disyaki mat rempit...heheh...malu sehh...ader ke muka aku mcm mat rempit...jiran aku nihla yg banyak tlg family kitorang. Nak je aku pergi KL tu, nak melawat arwah buat kali terakhir, tapi aku tak terdaya sebab jiran aku tu dah 3 hari meninggal dunia. Aku mmg sedih giler.


Aku balik umah kol 11 tgh mlm. Adik aku dah tido. Mak aku dah tido. Yg tinggal aku ngan ayah aku je. Ayah aku plak dah ready nak tido dah. Aku faham sangat ayah aku nih kalau dia nak tido. Kalua dia dah start bukak gigi palsu dia, kalau dia dah start buatkan air milo, itulah namnya dia nak tido. Aku je yg tak teri2 nak tido. Mmg tak leh tido dari tadi.
Kol 12 tgh mlm.....umah aku mmg sunyi giler. Nak layan movies ?? busan....kuar gi minum, boleh gak, tapi busan giler kalau muka tu je ajak kuar. Nak call Tach....dia call aku tiap2 hari pun aku dah busan...last2 aku capai notebook ayah aku, aku belek apa yg patut. Patut la ayah aku nak terminate line streamyx kat umah aku ni. Umah aku ada wireless internet. Ayah aku nak subscribe.....kol 12:30 mlm, aku dapat call dari umah aku. ADI call, ajak kuar reramai. Hoyeh..plan best giler...kitorang lepak kat Fort Cornwallist. Kalau kat MLk ader Pantai Klebang ngan gerai tepi jalan kat area situ, kat Penang nih ader Fort Cornwallist. MMg best giler lepak kat sini. Aku, ADI, Husna, Hizer, Syikin, Wanie, Azah ngan Ninie.


Balik kol 2:30 pagi. Then aku tulis blog nih...jap lagi ingat nak tido jap, sebab sahur kol 4:30. Semalam kitorang satu family hampir2 tak bersahur. Gara-gara ayah aku tak set alarm clock. Nasib baik masa tu aku nak pegi bilik air. Aku tgk jam kat bilik aku dah kol 5 pagi. Gelabah aku kejutkan semua org. At last, sahur gak kitorang.


Oklah buat semua kengkawan aku, aku nak ucapkan selamat bersahur kat korang especially to my big damn bro Shah, Man, Shidee...senang cakap la kat semua bebudak osmate aku kat mlk....kat member2 aku kat Penang ni...kat Tach....erk...aku rasa dia dah abis sahur dah time nih. Hehehehe.....puase kat Malaysia la lagi best....mmg best giler....


Kepada uncle aku, Uncle Azmi, esok kiter gi cari buluh ok...nak buat lemang untuk dijual. Esok nak beli lampu hiasan untuk umah aku. Lama giler tak pasang lampu hiasan ni.


Daa~~~


17 October 2005, 2:50am


Lokasi: Kat balconi menyedut udara segar
Mood aku: Seronok giler
Keadaan sekeliling: Windy, sejuk giler, bertemankan cahaya lampu hiasan yg berkelip- kelip.
Keadaan aku: Biasa je, tgh rilex, tenang sesambil dengar mp3 dari notebbok mak aku.


Aku baru je lepas tgk siaran ulangan F1. Grandprix terakir di Shanghai China. Esok aku nak post pasal F1. Ingat nak post hari ni. Tapi aku rasa tak sempat je.
Notebook mak aku skang tgh mainkan lagu Celine Dion dan Mariah Carey. Mak aku minat giler diva-diva ni. Mcm biasa lagu diorang ni mmg memenuhkan hardisk dlaam notebook mak aku ni.
Tadi petang aku gi shopping. Parents aku ngna adik aku takde, diorang pegi Kamdar sebab mak aku nka belikan kain ape ntah untuk buat langsir kat sliding door umah aku. Aku sensorang je kat umah. Busan giler. Aku teringat..yg hari nih aku ada misi yg aku perlu laksanakan. Beli lampu hiasan untuk umah aku. Lepas semayang zohor, aku terus gi beli. Pakai kete ayah aku hari nih. Aku ajak member aku si ADI follow aku.


Baru aku perasan lampu hiasan ynag aku beli lawa giler..heheheh....semua aku beli kat seratus...banyak seh nak buat. Aku beli kan lampu kelip-kelip 8 meter, lampu hiasan jenis ketupat, dan yg best aku beli replika pelita unutk dipasang malam 7 likur nanti.
Balik je terus aku buat operasi. First thing, pasang kat balconi dulu. Then kat balconi kat bilik ayah aku. Lepas tu aku pasangkan kat depan umah aku, kat corridor. Mmg best giler....
Tadi awek adik aku telefon. Dia cakpa lusa nak dtg umah kitorang. Datanglah, aku tak kisah. Dia datang nka berbuka ngan kitorang. One thing yg aku respek pasla adik aku nih ialah dia boleh couple ngna awek dia sejak dia form 4 (1998) sampai la sekarang. Lama giler. Sejak adik aku berlajar kat MRSM sampai la sekarang. Fuhh.....aku mmg respek giler kat adik aku nih. Awek dia plak jenis yg setia, tak cakpa banyak dan lawa plak tu. Nih yg aku jeles nih. Hehehehe....takpe adik ipar aku. Janji rawkk !! rawkk man!!...rawk !!!


Lepas Asar, aku ikut uncle aku gi cari buluh lemang kat kg aku. Dalam kol 5 mcm tu. Uncle aku ni pun satu. Nak sangat buat lemang time mcm nih. Org buatla lagi 2 hari nak raya ke..baru la feel. Argh..nyamuk banyak giler dlaam hutan ni. Aku cuak giler sebab takut kene denggi. Sekarang nih musim denggi je. Hari tu Kementerian Kesihatan dtg umah aku. Check kot kot umah kau nih jadi penternak jentik2. Huh....umah aku plak jandi mangsa ambush. Aku cuak gak sebab kat umah aku nih ada pokok bonsai laut yg ayah aku belikan. Mmg air konferm banyak giler dalam bekas tu. Nasib baik takde jentik2. Kalua tak...umah aku kene plak sembur.
Bukak pose kat umah uncle aku hari ni. Lepas berbuka, aku semayang maghrib kat umah nenek aku. Then terawikh beramai-ramai dengan uncle aku ngna kasen-kasen aku. Seronok giler. Dulu sebelum ni gi terawikh kat surau/masjid/. Tapi skangn ih aku terawikh kat umah plak. Berjemaah ngan sedara aku. MMg best giler.


Balik daalam kol 11 mlm. Mak aku tgh sibuk menaip kertas keje dia. Ayah aku plak baru je balik dari masjid. Adik aku yg kecik tu tgh tgk TV. Hoh....aku perasan ada surat untuk aku kat atas meja. Aku dapat kad raya !!!! semua ada 5 kad. 4 dari ex-schoolmate aku, dan satu lagi...guesss who?...dari Tach !! Tach buat sendiri kad raya. Terharu betul. Mmg lawar. First time aku dapat kad raya org buat sensiri especially untuk aku.


Aku msg Tach..just to say thanx alot kasi kat raya yg kiut tu. Kler pink...merah dan kombinasi warna fave aku...orange ang yellow....mmg lawa giler....
Esok....aku nka bangun lewat skit....heheh....letih giler nih....masuk hutan keluar hutan....dah puas berperang ngna nyamuk. Nasib baik nyamuk tka gigit sangat. Aku rasala..nyamuk pon pose la....sebab tu aku masuk hutan selamba..yg gigit tu mest nyamuk syirik..tka pun nyamuk kafir. Ader plak yg nyamuk tak pose pun ada. Selamba hisap darah..lom waktu bukak pose lagi dah ngengada nak hisap darah. Apela ada pada aku nih sampaikan korang nka hisap darah...lemak je ada..buang masa korang je....hehehhe...kalau ada darah pun..korang yg kesian...kang kene darah tinggi plak....hohohoh.....kalau korang hisap darah org Kene AIDS, abis berjangkit satu keturunan korang plak...


Okla...okla...cut the crap...nak tgk tv jap....ada citer bst nih...aku baru perasan kat Astro ada citer best...ape ape hal.....selamat bersahur dan selamat berpose....


Daa~~~


18 October 2005, 2:06 am


Lokasi: Dalam bilik aku
Mood aku: Biasa je
Keadaan sekeliling: Sejuk, gelap, bunyi lagu MP3 aku
Keadaan aku: Biasa je, tgh rilex, tenang sesambil dengar mp3.


Hari yg paling malang giler buat aku. Series malang giler bangun kol 10 pagi hari ni. Dapat call dari kasen aku si Fahmi soh dtg opis. Pegi dalam kol 11 pagi, dia mintak tlg buatkan presentation slide untuk dia. Aku refuse nak buat mende tu sebab letih giler. Bengang pun ada. Tak pasal pasal aku gaduh skit ngan dia hari ni. Kol 1 mcm tu aku balik umah, balik je moto aku nih buat hal. Cis....battery dah abis. Patut la...tak pasal pasla kene tolak moto tgh panas terik...tolak moto sampai kaedai moto...kopak lagi duit aku....


Balik umah kol 4 lebih..semayang...then ingat nak sambung tido...aku dapat call dari kasen aku si Geehan...kete dia eksiden kat Giant....Pulak.....aku yg kene pegi plak.....eksiden bangang je..tapi kasen aku nak claim sampai 5 ratus soh si Apek tu bayar. Lampu belakang kete Kenari dia pecah sikit je. Aku plak yg jadi bengang ngan kasen aku nih sebab nak ketuk cina tu kaw kaw....
Dalam kol 5 mcm tu..lepas settle...aku hantar minah tu balik umah. Baru je nak on pc....mak aku panggil...mintak tlg itu ini....aku dah start tensen je hari nih...tak rehat langsung aku one whole day nih.....


Lepas semayang maghrib..bengnang punya pasal....aku tak jadi gi terawikh...hohohoh....kerja giler sehh....kerja gila...memula plan nak gi terawikh ngan ADI kat masjid negeri. Bila ADI dtg je jemput aku....aku cakap cam malas nak pegi sana...dengan selambanya ADI pun ckp “ aku pun sebenarnya malas gak...kat sana buat 23 rakaat...kat kol 11 lebih baru abis....skang nih camne?” aku plak cakap yg aku takde mood sebab one whole day aku hari nih mmg sucks giler....
Last last dengan pakai kalin pelekat..baju melayu....kitorang lepak kat tepi pantai...kalau bapak aku tahu aku tak gi terawikh....siap ponteng lagi..mau kene sound maut nih....hehehehe....yg kelakar, kaple kat situ sumer dah cuak tgk kitorang sebab ingatkan kitorang nih dari Jab. Agama Islam..huahahahaha...mmg best...bila nampak je kitorang..ada yg lari mcm tak cukup tanah..ader plak yg kaber line....


Lepak kat pantai sampai kol 12 tgh mlm...then aku gi minum ngan ADI kat restoran seafood. Kol 1 pagi mcm tu baru balik. Mak aku dah bising2 balik lambat. Aku plak tak cakap yg aku tak pegi terawikh...kaber baik punya..aku terpaksa tipu sunat kat mak aku yg aku nih lepak kat umah ADI sampai kol 1....


Esok...aku ada meeting ngan pihak bank...urusan peribadi aku....dlm kol 2 ptg mcm tu. Oh ye..lupa laks..nak hantar seluar jeans aku nak gi repair sebab kain kat kaki dah koyak...tensen giler..gara-gara lompat pagar tak lepas...seluar kat kaki sangkut kat pagar...huhu....aku baru sedar aku dah tak mcm dulu....kalau dulu lompat..kaki pergi keatas dulu..skang nih..jgn kata kaki..perut yg pegi dulu..mcm mana la tak terkoyak kaki seluar jeans tu....kaki dah tak cukup tinggi nak angkat...


Selamat bersahur unutk korang semua...no mood for today...series takde mood....


Daa~~~




Thursday, October 13, 2005

Since 4 days ago.....

October 11, 2005 1:45 am

Just getting back from Malacca !!! Sampai Penang kol 5 pagi, tepat kol 5 pagi. Abah aku dah tunggu kat stesen bas. Aku sahur ngan ayah aku kat kedai mamak. Mcm biasa, takde mende nak diborakkan. Kol 5.30 pagi camtu aku balik umah, semayang subuh then sambung tido.

Aku bangun kol 1 ptg hari ni. Hohoho.....giler lama tido..tak hengat. Bangun terus blur. Tatau nak buat ape. Malas giler nak kuar time mcm ni. Adik aku baru je gi sekolah. Saper takde kat umah. Ayah aku keje, mak aku plak tak balik lagi. Petang ni aku mmg lepak je kat umah. Malas nak kuar. Lagi pun aku still lagi rasa letih selepas balik. Aku teringat kat Tach. Hurm..How is she right now. Takpelah..as long dia dah tahu aku dah ada kat sini.oklah. Kol 4 ptg mcm tu aku dapat call, Tach call aku. Seronok giler. She called just to ask where am I. Huh...lagi mau tanya. Aku dah balik. Borak2 kosong ngan Tach.

Kol 5 ptg, aku gi amik adik aku dari sekolah. Sekolah adik aku abis awal hari ni sebab bulan puasa. Lepas hantar adik aku, aku terus gi pasar ramadan. Saje nak singah jap. Leh beli apa yg patut untuk berbuka nanti. Sesambil tu leh tgk member member aku yg ada kat sana.

Lepas semayang maghrib, aku sambung tido. Erk..aku bukan apa, tetiba aku rasa pening. Maybe sebab aku termakan cendol yg aku beli tadi. Aku lupa lak...aku tak boleh makan cendol masa berbuka sebab cepat pening. Bangun kol 9.30 mlm, ayah aku belum balik lagi dari masjid. Aku tgk TV. Mak aku plak tgh sibuk jahit baju untuk ayah aku. Lama giler aku tak tgk mak aku jahitkan baju melayu. Tahun ni mmg aku tak sempat nak buat maju melayu baru. Planning mmg nak tempah. Tapi bila pikir balik, baju melayu aku dah ada kat 3 helai. Semua baru lagi. Soo, nak budjet dan tak nak membazir, aku tak tempah. Cuma, seperti biasa, baju raya untuk aku tiap2 tahun akan ada. Cuma kali ni agak berbeza sikit. Sebab selalunya tiap2 tahun sejak aku masuk MMU ni aku beli pakai duit sendiri, kekadang ader gak parent aku support skit skit. Tapi tahun ni parents aku nak support semua. Hohoho.....ayah aku nak support kitorang beli baju raya tahun ni. Alhamdulillah...thanx bah....

Aku tak decide lagi nak beli baju ape. Sebab...raya lambat lagi. Mak aku plak soh aku tempah je seluar kat butik Jeferson tempat ayah aku selalu tempah. Tapi aku malas giler pegi kat situ. Tetambah lagi bab tempah ni. Sebab first..harga mahal tak hengat...sekali tempah mau kat RM300 habis, second plak kalau tempah kat sana, mau kene tunggu kat 2-3 minggu. Aku tak minat nak tempah. Baik beli je sendiri yg dah siap. Heheh....kan best...

Hurm..quite surprise...suddenly my idea just come out when I was thinking about Tach. I need to giver her something this year especially for hari raya. But i have no idea. My idea always come in stupid and unreasonable thing. Perfume, old-school teddy bear present, brooch, etc.....And at last..I got an idea..thanx mom...sebb kasi idea maut....heheheh.....

Kol 10 lebih ayah aku balik dari masjid. Biasala, org kuat masjid....ahahaha...aku dinner ngan ayah aku. Adik aku yg kecik tu dah nak tido. Dia nak tido awal hari ni sebab esok pagi dia nak bangun awal. Aku borak ngan ayah aku.....pasal mcm mcm....pasal study aku, pasal preparation aku pasal raya. And one more thing yg aku agak terkejut dengan statement ayah aku. Ayah skang ni tgh cari umah baru. Ayah aku nak pindah. Hah ?? Ape ni..takkan nak pindah umah lagi !!! Aarghhh..tidak..bab nih yg maleh ni. Ayah aku ckp, walaupun umah kitorang duduk ni besar, mmg cukup besar, tapi ayah aku tak mampu nak bayar service ngan mgmt bills untuk umah ni. Aku terdiam...betul gak cakap ayah aku. Sebulan ayah aku kene bayar kat RM7++ untuk semua. Security, IWK, house keeping and service, club facilities, dan banyak lagi. Kalau sebulan RM700, setahun dah bape ?? tu yg buatkan ayah aku risau sangat. Dia kata kalau bayar RM700, baik dok umah teres je. Sebab tak kene charge mahal. Koman2 IWK je. Betul cakap ayah aku. Aku pun tak dapat nafikan, umah yg aku duduk ni mmg besar. Luas, tenang, mcm2 kemudahan ada, swimming pool, gym, club house sumer ada. Tapi berbaloi ke parents aku nak bayar semua tu sedangkan semua tu parents aku tak pakai sangat. Aku kira balik, mmg tak berbaloi.

Ayah aku ckap nak beli umah teres 2 tingkat. Kat area Bukit Jambul Country Golf Club. Harga boleh tahan la jugak, tapi ayah aku ckp kalau jual umah nih ngan umah lama kitorang, boleh lagi. Ayah aku cakap dia nak start carikan umah dan jual umah bulan Jan tahun depan.

Sesapa yg berminat nak beli umah aku...dipersilakan, must see first umah aku dulu. Ayah aku soh promote ni. ( tp tak kater la dalam blog...ahaha...) house for sale: 4+1 rooms, 3 large bathrooms, one large living room, one dining room, one wet kitchen and one small dry kitchen. 2 balconies (1 at main living room and 1 @ master bedroom). Facilities – 24/7 security, 1 goddamn beautiful and large swimming pool, laundry, club house, jakuzzi, gym, shops, good view park and landscape, playground, and surau. Atas bukit, mengadap laut (good view), can see from Penang Bridge. 13th floor, west wing, block B. Ivory Condominium (Loft).
Price around RM550,000 – RM600, 000 (not sure yet, neg.).

Oklah....banyak giler posting aku ni...ape ape hal, aku nak layan DVD jap. Lama giler tak layan kat umah aku ni. Heheh....sekali layan sampai sahur daa.....ape ape hal, untuk semua kengkawan aku kat Mlk especially my bro Shah, my toy Rahman, Shidee and Pokya the kekasih ‘gelap’ku, dan tak lupa my sweetenst friend Irda, selamat berpuasa untuk korang. Raya nanti dtg umah aku aaa....aku jemput korang dtg....aku jemput ni. Tahun ni family aku buat open house sehh.....be my special guest....ape ape hal, aku konferm dulu aa....raya tak lagi..dah nak kecoh...hehehe....

Oh ye...untuk my sayang, selamat berpuasa gak. Jgn nak ‘ekk’ kat sana sebab dia bukak pose awal...huhuhu....hakikatnya puasa kat Malysia lagi best !!! ahahaha...nak kejam skit ni....saya akan tunggu awak balik sini ok....don’t forget to tapaukan crytal glass tu ha...
I’m always gona miss u. Tak sabar nak tunggu awak balik. For a one close reason, hopefully we will have a good life back.
Miss you all guyzz !!!!
******************************************

October 12, 2005 3:53 am

“ Hidup ini tak selalunya indah buat kita.” Aku suka sangat mengingatkan aku tentang hidup aku. Itulah kata-kata keramat aku setiap kali aku cuba nak mengingatkan aku agar sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam hidup aku.

Biar aku di bawah sekali pun, biar aku di atas sekali pun, aku tetap dengan pendirian aku. Pendirian aku, hiduplah dengan penuh bermakna. Jika suatu hari nanti apabila malaikat maut mengunjungi kita buat kali pertama dan kali terakhir di sisi kita, ingatlah, apa yg kita dah lakukan dalam hidup kita, Apa yg kita dah kecapi dalam hidup kita? Hidup di dunia ini penuh dengan fana dan hidup di dunia jugak membuatkan kekadang kita lupa pada hidup yg kekal di akhirat kelak.

Dan....sempatkah kita untuk mengubah nasib kita apabila kita menyedari hidup kita di dunia ini tidak membawa apa-apa makna jika ajal kita menghampiri kita nanti? Apakah kita harus rasa menyesal ? Itulah yg sering bermain difikiran aku. Sebagai manusia, aku juga sering mengingatkan diri aku yg selalu lupa dan sentiasa melakukna dosa dan aku juga sering mengingatkan kepada kengkawan aku. Hiduplah sebaik mungkin, hiduplah dalam penuh kegembiraan dan hiduplah dalam penuh kebahagiaan. Bukan kesengsaran yg kita cari, bukan kesusahan yg kita perlu minta, dan bukannya kita perlu mgharapkan hidup dengan penuh kekecewaaan. Sebaliknya jika itu yg kita hadapi, kita harus berusaha untuk mengubah nasib diri kita. Bukan untuk menyalahkan takdir semata-mata dan membiarkan diri kita dalam kehancuran. Ingatlah, Allah s.w.t telah berfirman “ Sesunguhnya Aku tidak akan mengubah takdir umat-Ku melainkan mereka berusaha untuk mengubah takdir mereka sendiri”

Ingatlah, jika hari ni kita gembira, esok mungkin kita akan sedih. Jika kita hari in sedang ketawa, ingatlah, kita akan menangis suatu hari nanti. Jika kita tika ini berharta, kelak kita akan ingat, kita akan miskin suatu hari nanti. Jika kita sedang bersenang pada hari ini, ingatlah, kita akan dalam kesusahan suatu hari nanti. Jika kita hari ini ditemani oleh sahabat handai kita, ingatlah, suatu hari nanti kita akan kesunyian, di tinggalkan dan meninggalkan. Jika kita mampu berbangga dengan diri kita suatu hari nanti, tidak mustahil kita akan dihina kelak. Segalanya telah ditentukan oleh Allah. Segalanya telah ditakdirkan oleh Allah. Itulah qada’ dan qadar...setiap perkara yg baik..ada buruknya dan sebaliknya....

Bersyukur dengan apa yg kita ada. Bukan bermegah dengan apa yg kita ada. Bersyukur dengan apa kita miliki bukannya takbur dengan apa yg kita miliki. Walau sebesar mana sekali pun harta kita, walau sebanyak mana sekali pun harta kita, walau semahal mana pun harta kita, ingatlah itulah rezeki Allah. Yang kekal, hanyalah amalan kita di dunia.

Ingatlah, apabila maut telah menghampiri kita, apabila malaikat maut sedang berada dihujung kepala kita, segalanya tidak berguna lagi untuk kita. Rakan, keluarga, sahabat, harta kemwahan dan pangkat. Yg berguna hanyalah 2 perkara iaitu amalan kita di dunia dan doa oleh anak2 kita yg soleh.

Untuk yang tersayang....

Tidak perlu untuk mengungkit perkara yg lama. Binalah hidup yg baru. Jadikanlah pengalaman kita yg lepas itu sebagai semngat untuk kita membina hidup yg baru. Bukannya dengan menyesali dengan apa yg kita pernah hadapi. Tidak perlu untuk memikirkan siapa yg bersalah, tidak perlu untuk menilai sejauh mana perkara yg telah kita lakukan.

Jika hari ini kita mampu tersenyum. Biarkan senyuman kita itu jauh lebih baik dari dulu. Jika hari ini kita mampu ketawa, biarlah ketawa kita itu lebih bermakna dari yg sebelumnya. Jika kita bersedih hari ini, biarlah kesedihan kita tidak separah mana kesedihan kita yg dahulu. Jika kita menyayangi antara satu sama lain unutk hari ini, biarlah perasaan sayang kita itu jauh lebih hebat dari dulu. Jika persahabatan kita yg kita jalinkan hari ini lebih bermakna, biarlah persahabtan kita ini tidak lagi dicemari dengan perasaan hasad dengki yg pernah melakar dalam kisah hidup kita. Jika kita mampu mengubah takdir kita, biarlah takdir kita yg sekarang tidak mampu diubah lagi.

Ingatlah....

Buangkan perasaan ego dalam diri kita, sebaliknya kita harus sedar kita yg bersalah. Kita yg menyebabkan hubungan kita dahulu pernah dicemari oleh perasaan dendam. Yang penting, kita dah mulakan hidup baru. Biar kita yg tentukan hala hidup kita selepas ini. Berlajar dari kesilapan bukannya mengungkiti apa yg telah kita lakukan...

Terima kasih..terima kasih kerana awaklah yg melembutkan hati saya. Awaklah yg mengubah perasaan dendam saya kepada sayang. Awaklah yg mengubah segalanya. Jika tidak ditakdirkan awak telefon saya hari itu, mungkin kita tidak akan mengubah nasib kita. Cuma saya dah maafkan awak dari dulu lagi. Kekadang ego saya sebagai seorang lelaki yg selalu menidakkannya.

Terima kasih....terima kasih kerana awaklah yg mahu mengubah segalanya. Betul cakap org, sekeras mana hati yg terluka, hanya mampu dilembutkan dengan kata-kata dengan penuh kejujuran dan kemaafan. Cuma saya yg tidak menyedari semua itu. Cuma saya yg buta untuk melihat semua itu.

Harapan saya, agar hubungan kita sebagai seorang sahabat, sebagai org yg teristimewa dalam hidup saya akan berkekalan. Jika kita tidak dijodohkan sekali pun, sekurang-kurangya awaklah wanita yg bermakna dalam hidup saya yg saya akan ingati dan saya hargai........benar-benar hargai.
*********************************

October 13 2005, 1:43 am

Huarghh....malas giler hari ni. Sepanjang hidup aku hari ni jadi anka dara je. Lepak kat umah, tak keluar dari umah pun. Cuma keluar nak gi semayang terawikh je. Itu pun aku pegi kat surau kat uah aku. Ayah aku plak tempat biasa, kat masjid.

Tadi call Shah, sajer nak call. Rindu sehh....ngeh..ngehh..ngehh.....saja telefon nka tnaya membe aku yg sorang ni. Apa cer dia skang. Sebelum tu Tach call aku. She just want to say hi. Aku borka biasa ngan Tach, nothing to talk...mak aku sempat borak ngan dia...

Hurm..korangn ka tahu tka satu citer....citer tahap bangan jadi kat aku tadi. Series bangang tahap gaban..aku punya cuak tadi. Aku hampir2 hilangkan handphone Samsung fave ayah aku. Giler sehh...itulah...gatal sangat nka tukar ngan ayah aku...klau hilang tadi..mmg tak terbayar aku...ayah aku baru je beli handphone tu..seklai aku hampir2 buat rekod satu-satunya anak dia yg hilangkan handphone dia...hehehhe...

Cite dia camni...aku ppegi terawikh...plan aku lepas terawikh, aku nakjumpa member aku, alang alang kuar kan..soo aku bawak hp ayah aku tu....dengna selamba ayamnye aku baak dalam surau....lepas je rakaat ke 8 nak masuk solat witir, aku perasan HP aku tu takde dalam poket baju melayu. Aku dah start cuak dah, berpeluh je masa tu. Aku cari kat sekeliling aku, mmg takde. Cuma Allah je tahu betapa takutnay aku time tu. mAsa semayang pun aku tka leh nka concerntrate, mata asyik tgk keliling, otak tgh pikir kat mana aku letak Hp aku tadi. Dalam hati kau dah menangis dah. Dahlan simcard aku, kalau hilang habis contact aku. Dah tu, HP ayah aku lagi...kat 2 ribu jacckk harga..mmg mampos aku.

Lepas je solat, aku cari , merata giler aku cari. Kat tempat amik air semayang, kat rak al-quran, kot kot org jumpa letak kat sana, kat tempat Imam, walaupun aku tka pegi situ sebelum tu, tapi aku cari gka..kot kot imam tu yg amik ke...ahahahaha......giler seh tuduh pak imam, konferm kene sambar petir. Last-last..aku dengar announcement “minta perhatian, sesaper yg kehilangan handphone Samsung berwarna Hitam, ada tag rope berwarna biru sila datang berjumpa dengan saya. “

Hah....mmg konfermla tu Hp ayah aku...dapat balik hp aku...hehehhe....tapi kene sound gak sebab bawak hp dalam surau. Yerla...aku bukan nak call time aku tgh semayang, tu syirik tu. Aku bawak sebab lepas tu aku nak kuar je lepas ni. Last last, call member aku si ADI, dia plak tak jadi kuar sebab nak jaga mak dia tak bape sihat. Ayah dia gi Switzerland ada urusan keje. Huh...sangap sehh aku camni.

Nak je aku selamba pegi umah dia, tapi pikir balik, takpelah..tak nka kaco...aku balik umah kol 10:30 mlm....punha harapan kau nka kuar jumpa ADI, bengang ada, tensen ada, cuak pun ada. Balik je terus tanpa banyak soal, aku tukar balik HP aku....huhuhu....nasib baik bapak aku tak tahu..kalua la hilang, aku rasalakan, raya tahun nih paling malang bagi aku. Ayah aku sure punya nka ‘duit raya’ berupa handphone baru. Last last aku yg pokai. Ape-ape hal, dah jumpa balik. Thanx tu encik hamba allah sebab berbsesar hati pulangkan Hp tu. Kalau aku, mmg dah rembat dah. Aku rasa la org yg jupa hp nih ada hp lagi power kot dari ayah aku ni, tak pun dia mmg dari stok ulu mana, tak pernah jumpa Hp, dia ingat Hp ayah aku tu mangga pintu ke....tak pun dia ingat hp ayah aku tu microphone. Hehehehehe.....kutuk selamba....

Oklah...aktiviti aku, siang nanti, aku nak jumpa si sedara aku tu. Fahmi, rindu gilos nak jumpa ngan dia. Sesambil tu nka tnaya kot kot ada keje part time tempataku keje dulu...hehehehe......saja cari maut nih bulan pose. Kene marah seh ngan bapak aku. Cutisebulan, lepas tu kalau keje sana konferm tak pegi terawikh...ahahaha...

Oh ye...lupa laks.....sesaper nak beli Notebook, Hewlett Packard, Intel centrino 2.0 GHz, 512MB RAM, 80GB hd, 17 inch tft monitor !! DVD+/- writter combo, intel extreme graphics 2 64Mb Price RM 4200. Murah ni. Series murah. Warranty valid lagi, baru 4 bulan pakai, tak pernah jatuh. Goddamn good condition. Berminat? Msg ak ok....tak pun call je aku...

Saturday, October 8, 2005

Editing menggunakan Adobe Photoshop CS2...

OK..nih beberapa gambar yg aku post pasla editing tu. Kalu korang nka tgk dengan lebih clear lagi, korang kene klik kat gambar tu untuk mendapatkan hasil yg lebih jelas. Kalau korang nka komen ke..ape ke..sila..sila..jgn malu ok... *wink*
Hasil selepas editing..komen skit komen...


Proses dalam editing foto menggunakan Adobe Photoshop CS2

Sesi karut mengarut....

Pagi-pagi lagi dah terus bangun gi FET. Nak check sama ada surat permohonan aku nak excuse dari industrial training dapat ke tak. Bangun kol 9 pagi hari ni. Mmg bersemangat walaupun aku tak cukup tido hari ni. Sampai office, aku tanya kat akak yg dah lama kenal aku. Heheh...hoyeh..surat aku dah di process dan aku dapat excuse dari training sem depan. Malas aku nak citer sebab ape aku mintak excuse. Nanti tak berbaloi aku nka tulis dalam blog ni. Ape-ape pun, aku amik 2 subject sem depan. Operation Research ngan Engineering Design.

Balik campus, aku teringat nak online ngan someone yg dah lama aku tak online. Aku dah janji. Mmg dah lama aku janji nak online. Aku on pc, masuk YM aku. Hurm...takde pun. Aku tunggu lagi sampaila kat sejam. Maybe dia tak online kot. Ke tertido minah ni. Aku sambung balik tido aku. Nak sarapan? Huh....bulan pose maa....aku teringat plak time2 mcm nih mmg aku dah gi sarapan dah. Tapi skang nih bulan pose.

Bangun kol 12 lebih, gi semayang Jumaat lepas tu aku balik. Aku sambung tido. Sejka bulan pose nih, mmg kene nak tido je. Sebab exam dah abis. Sejak exam, aku dah lama tak cukup tido. tido sebelum nih 3-4 jam je. Sekarangla masanya aku nak balas dendam balik. heheheh....

Bukak pose kat kedai Rampai Murni hari ni. AKu dah beli makanan bukak pose awal-awal, tapi Shah masg aku kol 6.30 ptg, nak bukak pose ngan aku. Soo, aku amik keputusan bawak je kuih yg aku beli tadi kat kedai. Beli je air, then bukak pose.

Hari ni aku tak buat ape pun. Busan gak. Lepak je umah. hari ni tak pegi terawikh..dah semangat giler nak pegi hari ni. Balik umah, terus rasa cam ngantuk lagi. Hai....ngantuk lagi ?? Dah tido tadi kol bape pon ngan tuk ? Nak kate aku makan banyak...aku makan 3 bijik kuih je. Air dua gelas. Aku tido jap.

zzzZZZZZzzzzz.......

Bangun kol 9 lebih mcm tu. Mak aku call, tanya bila balik. Huh...soalan maut. Aku borak ngan mak aku. Mcm biasa mak aku tanya " Je...tak terawikh ke ?" Aisehman......nak menipu...kene pikir beb....aku jawa btak pegi. Mak aku diam. Dia tanya naper tak pegi. Aku cakap aku letih tido. Aku berborak ngan mak aku. Borak2 kosong. Erk....'Je' tu acctually nama mak aku panggil ka aku. Kekadang mak aku panggil aku along, kekadang ' Je' je. Heheh...anka mak la katakan... *wink*. Kol 12 si Raman ajak gi minum. Dahaga gak aku. Aku bulan pose nih, tak makan takpe, jgn tak minum je. Aku pokya ngan Man gi Daud. Sebelum tu aku singgah jap kat kedai cd. Man nak beli citer. Dia kata busan giler takde aktiviti mlm ni. Man beli citer Constantine. Dia tka tgk lagi. Aku layan je. heheheh.....aku tgk citer nih ngna kengkawan aku. Kat Mp, tapi disebab kan mamat nih tak tgk lagi, aku mmg layan je.

Erk..dah kol 3.45 pagi dah. Time sahur beb....takpe, janji ngan Rahman gi sahur kol 4. Soo aku amik kesempatan nak tulis blog aku ni. Busan gak sebab asyik copy and paste artikel org kat blog aku ni. Sekali lagi, kengkawan aku banyak tanya aku naper tak tulis sendiri. Korang cakpa senang la. Baca blog org je. Cuba kalau tulis sendiri mcm aku. Buat blog sendiri. Tau sakit nak tulis.

OKlah, sebenarnya nanti aku nak paste kat korang aku buat satu picture editing pakai Adobe Photoshop CS2. Aku baru berlajar skit skit pakai mende ni. Soo kalau aku nyer editing tu tak ok..korang tlg komen la ekk....sebab aku memerlukan komen korang. Aku masih nak berlajar lagi pasal mende nih. Selain tu Aku pakai gakCorel Paint Shop Pro X. Tapi honestly, aku rasa photoshop lagi powerful dari paint shop sebab photosop banyak boleh buat filtering dan image effect rendering yg lebih complex.

OKlah cut the crap, next posting aku jap lagi, korang leh tgk aku buat editing tu. Soo nanti komen yek....

daa~~~

Friday, October 7, 2005

Kawan Baikkah Kita ???....

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

Thursday, October 6, 2005

My Fotopages

My fotopages has been updated...check it trough the links provided or click here.

Renungkanlah

Saya nak tanya satu soalan boleh tak? Pernahkah kamu memancing ikan? kalau tak pernah memancing , pernahkah kamu melihat orang memancing? kalau tak pernah lihat pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?Baiklah, katakan kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjutkan jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia dihujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna itu satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan olehkawan-kawan kerana tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bersahabat, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, tentu ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali keair. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Kamu kena faham, persahabatan pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia kekal disitu meski pun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan diatasnya.

Persahabatan adalah salah satu fitrah manusia. TUHAN menjadikan persahabatan untuk memberikan keseronokan kepada hamba-hambaNya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana persahabatan daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bersahabat, sekarang ini peliharalah hatinya dan rencahilah persahabatankamu dengan kejujuran, kesucian, dan keikhlasan serta dasarkan persahabatan kamu itu kerana TUHAN. Hanya persahabatan begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah mencari persahabatan. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabis masa dan membazirkan air mata.

Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu memulakan satu derita.

Tuesday, October 4, 2005

Selamat Berpuasa !!!!...


Hoyeh....sedar tak sedar esok nak puasa !!! Seronok tol aku kalau bulan puasa nih. Banyak je aktiviti yang aku buat tetambah lagi kalau dah nak dekat raye..huhuhu..leks..leks...raya lambat lagi. Tahun ni...insyaallah plan aku sepanjang bulan puasa nanti akan berjaya. Alhamdulillah..berkat bulan puasa kot...hehe....
Sedar tak sedar gak..dah setahun usia blog aku ni. Sebab seingat aku la...masa aku buat blog nih...masa tu bulan puasa. Gara-gara si Ali yg datang umah aku kerana nak buat assignment, last sekali dia racun aku pasal blog. Aku ingat lagi, masa dia citer pasla blog, aku satu hape tak faham. Giler seyy....aku yg mengikuti perkembangan dunia I.T nih boleh jahil pasal blog. Aku baru sedar masa tu dah ramai spesis manusia kat bumi nih termasuk member aku sumer dah ada blog. ehekss......kelakar giler...dan segalanya bermulalah coretan pertama aku pasal kat blog dan Ali dah banyak tlg aku buat blog. Nak tahu siape Ali? Dialah nick ' Ruffey' kat my resources site aku tu. ehem....aku dah promote lebih plak pasal mamat ni. Over nih...
Dan agains...Ali the ruffrodo, Ali the Ruffey Ali and the ape ntah....yg telah banyak ajar aku pasal blog, pasal html dan pasal semua. Thanx to Mr Ali.
Sejak aku buat blog, seingat aku, ni dah masuk kali ke-lima blog aku salin kulit. heheh...memula template mmg sampah je...masa tu zaman stok skema tak hengat masa tulis blog...lepas tu tukar..tukar then tukar sampaila yg sekarang.....nih pun dalam perancangan nak tukar ni. tunggu masa yg sesuai je.
OKla...cut the crap pasal blog nih...sebelum tu...hepi besdey to you...hepi besdey to you...hepi besdey to my blog..hepi besdey to you !!!!...
Dan last sekali aku nak ucapkan selamat berpuasa kat semua kengkawan aku dan pembaca blog aku ni yg beragama islam. Selamat Berpuasa. Kepada the my only sayang....heheh..selamat berpuasa gak...walaupun minah ni kat Australia, tapi takpe...puasa kene teruskan gak. yg tak bestnye...dia puasa awal dari kiter...cess....and thanx again sebab kasi latest foto....tak berubah dari dulu sampaila sekarang.....ahaks... ;-)
Awak..sebelum balik sini, tapaukan saya quartz glass yg saya dah idamkan nak beli kat sana. Tapi tak berpeluang nak pegi je... sedihnye....awak tahukan quartz glass yg manakan....
Masa awak balik sini, hadiahkan saya sebuah senyuman yg dah lama saya tak tgk. Sebab saya dah lama idamkan senyuman awak....awak sendiri tahukan senyuman yg mana saya nak...
OKlah....dah ngantuk nie..nak semayang subuh then apa lagi...bantal busyukku sedang menantiku....katil besi sedang memanggilku..dan selimutku sedang menyebut nama ku...ahahaha
oh ye lupa plaks... sebelum tu..aku nka ucapkan tahniah buat my fren aku Nor Masni Asnida sebab dapat baby lelaki. Dah ader 3 anak dah...thanx sebab call aku masa dapat baby tu..susah susah je...raya nanti jgn lupa aa...jemput aku dtg umah sebab walaupun tak jemput..akan tetap ku dtg jua....ahahahaha....
Kepada semua kengkawan aku....again...SELAMAT BERPUASA !!!!!!...
Kepada semua warga MMU...SELAMAT BERCUTI !!!!
Kepada semua umat islam....SELAMAT BERTARAWIKH !!!!
Kepada semua syetan syetan dan iblis.....SELAMAT KENE RANTAI !!!
ahakss.....

Monday, October 3, 2005

Sesi karut mengarut.....

Dah lama kot aku tak update blog ni. Sebab aku bz sangat dengan exam. Biaslakan..dah kata exam..takkan nak lepak je...

Takde mende pun apa yg aku buat sejak dua mejak ni. Ada exam..aku study..lepas exam...aku enjoy skit...nak release tention. Main bowling, snooker, memanah ( nih hobi baru aku plaks..heheh...) dan hang out ngan kengkawan aku.

Nak je aku balik Penang secepat mungkin. Tak sabar aku nak balik sebab aku nak sangat berpuasa penuh kat Pg...erk..meaning sebelum nih bukan aku tka cukup puasa tapi maksud aku kalau boleh aku nak puasa 30 hari tu semua kat Pg.

Tadi...2 october hari ahad lakan..aku tak buat ape pun..sesungguhnya weekend nih agak best la..hari jumaat hari tu aku main bowling. AKu...Suri, Ken, YUni ngan Ida ( roomate baru Yuni). Ntah mcm mana aku ras amcm nak hangout hari tu sebab aku agak tertekan lepas exam aku amik pagi tu. Bukan tak leh buat..tapi aku rasa tension sangat. So..solution aku..tak nka effect ketensionan tu untuk paper yg lain..aku nka enjoy...yesszaaaa...

Seronok gak main bowling, main nak power mmg takdelah...tapi mmg enjoy giler. Tadi, aku attend BBQ kat umah Ken, bebudak umah dia buat BBQ. Aku kalau bab2 makan nih jgn jemput, konpem aku datang. Ahahaha....lepas tu aku lepak jap kat umah Ken, main Correm ( <-----betul ke ejaan ni..arghh...belasah jeks....) Lepas mian kuar lagi ngan bebudak nih lepak kat Daud. Balik je aku bukak friendster aku..saje bukak sebab lama gak la tak update...sempat la add member aku yg aku tak add. Sedihnye.....huhuhu....tetiba plak jari jemari nih pegi klik kat customize untuk profile aku...apa lagi..sessi make-up friendster aku bermula dengan jayanya..mmg semangat giler....aku edit CSS, buat html....letak coding skit skit...jadikla....nanti korang kalau bukak friendster korang...rajin2 la tgk friendster aku heh....hehehe...nak promote nih..ader ape ape yg tak kene..korang kasi la cadangan ke...aku pun takdela reti sangat nka edit CSS nih sebab aku baru nak blajar coding dia. Ape ape hal...cadangan korang..mmg aku mengalu-alukan.....hoyehh !!


Oh ye..lupa laks...aku dah update fotopages aku...aku dah upload beberapa foto yg aku amik dan Suri amik...soo...rajin2 la bukak....soo..untuk masa sekarang..Suri plak jadi fotographer pro....ahaha...

tak tahu link fotopages aku ke ?? Cess....korang gi kat sebelah kanan sidebar blog aku nih..kat kolum 'my resource' ada link 'my fotopages'..korang klik la kat situ...

tak nampak lagi ?? huh....nampak sangat korang tak cukup vitamin...dan tak makan carrot...klik je kat sini ---->> FOTOPAGES AKU !!!

'horror scope" aku hari nih :

Family matters could be tricky, but that won't keep you from getting involved, and possibly being able to solve something that's been put on the back burner for far too long. This gift will come to you courtesy of the heavens, currently distributing sensitivity passes -- in your case, good for use in the department of home and family. You're equipped to talk anyone into anything at the moment. Why not use it to help heal an age-old wound? You know you want to ....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...