Assalamualaikum,
Last posting aku ialah pada 30 Sept 2012. Kalau di kira hampir 8 bulan aku menyepi dalam dunia blogging. Series lama. Buat pertama kali dalam tahun ini aku mulakan posting aku. Insyaallah posting2 akan datang akan menyusul kemudian.
Sebenarnya bukan aku nak bersanara dari dunia blogging ni. wife aku pun pernah tanya " Abang, kenapa sayang tengok abg dah lama tka post dalam blog? Abang dan nak bersara ke?"
OK..wife aku adalah salah seorang peminat blog aku. Aku admit, blog aku bukanlah blog popular seperti blog2 yang lain. Gah pada nama dan orang. Blog aku sekadar blog picisan yang aku sendiri coretkan untuk tatapan peribadi aku dan isteriku.
Alhamdulillah sepanjang 8 bulan aku menyepi, macam2 telah terjadi. Wife aku telah berjaya mendapat diploma pendidikan. Wife aku dah abis berlajar. Abang nak ucapkan tahniah buat sayang abang kerana berkat kesabaran sayang dan kita, berkat pengorbanan kita, sayang dah tercapai cita-cita untuk menjadi cikgu. Sebenarnya ramai tak tahu, ketika aku diijabkabulkan, isteri tercinta aku masih berlajar nun jauh di Melaka. Aku terpaksa berjauhan dengan isteri aku selama hampir setahun setengah. Itulah pengorbanan dan dugaan yang aku tempuhi. Telefon, chatting, skype dan facebook menjadi orang tengah kepada kami. Isteri aku plak, 2 minggu sekali baru nak balik. Itu pun kalau takde apa2 program. Kalau cuti sekolah barulah aku dapat rasa peluang dekat dengna isteri aku. Aku pun kekadang ulang-alik dari Penang-Melaka. Pandu sendiri, naik bas dah menjadi lumrah bagi aku. Isteri aku pun sama. Alhamdulillah berkat kesabaran dan pengorbanan kami, isteri aku dah pun bais berlajar.
Sekarang ni dah nak masuk fasa baru dah. Isteri tercinta sekarang ni dah disahkan mengandung 3 bulan !! Aku panjat kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki buat kami. Masa memula tu aku tak perasan, tapi bila buat pregnancy test, aku rasa bersyukur dan buat pertama kalinya aku mengalirkan air mata kegembiraan sebagai seorang bakal bapa. Pi check kat klinik kerajaan, doktor punsahkan dan sekarang ni isteri aku ada pasport merah. Wahuahuahuahua....
Mcm biasa, dikala tengah pregnant ni memamg macam2 jadi. Soal loya, letih dah jadi kebiasan bagi aku tengok isteri aku. memang tempias kat aku. Aku masa first 2 month tu aku pun loya. Kekadang muntah. Mengidam?? Ya...I am the first one yang mengidam. Hahaha...nak makan buah sukun !!! percaya atau tidak aku sampai merajuk sebab tak dapat buah sukun. Kebetulan masa tu bukan musim, punyalah satu penang aku cari mmg tak jumpa. Aku merajuk. Rasa macam nak nangis pun ada. Serious..this is not a joke. Aku tak pernah sikap mcm tu. Kalau aku tak dapat apa yang aku nak, jenis aku, aku tak kisah. Lain kali boleh cari. Tak pernah merajuk pun. Tapi this time aku mmg merajuk. Tapi kakak ipar aku sendiri yang carikan dan akhirnya aku dapat makan. Punyalah seronok time tu. Hahahaha....barulah aku rasa macam mana mengidam ni. Wife aku plak kekadang mengidam nak makan itulah, inilah. Alhamdulillah wife aku tak mengidam teruk. Nak makan laksa, nak makan mempelam muda. tu semua boleh cari. walaupun baru pertama kali mengandung, aku bersyukur isteri aku tak banyak ragam. kekadang loya, muntah, penat perkara biasa bagi aku. kekadang angin wife aku pun tak berapa ok. Cepat sensitif, terasa. Tapi aku anggap semua tu perkara biasa.
Aku beryukur, kerana Allah memakbulkan doa aku. Aku selalu pesan pada isteri aku, jaga kesihatan, jaga emosi, jaga agama dan jaga segalanya. Supaya kandungan isteri aku sihat. Buah kurma dan kismis menjadi supplement untuk isteri aku. Aku kagum dengna isteri aku. Walaupun pregnant, isteri aku sanggup bekerja. Aku kagum isteri aku mmg kuat semangat. Syukur dapat isteri yang baik. Tak pernah sekalipun selepas solat aku mengabaikan doa kepada Allah untuk isteri aku dan kami semua.
Masa pertama kali doktor buat ultrasound scan untuk bulan ke-2 aku sendiri dapat tengok kandungan isteri aku. Punyalah excited. Syukur. pertama kali aku dapat tengok zuriat di dalam perut isteri aku. Rasa teruja, seronok, macam2 lah...Barulah aku tahu sekarang ni macam mana perasaan seorang bapa yang menunggu kelahiran cahaya mata.
macam biasa, bila dah bergelar status suami dan bakal bapa, tak lari dari tanggungjawab yang banyak. Memang betul kata orang, dah kawin ni, otak kena bahagi dua. Satu untuk diri sendiri dan satu untuk isteri. Semuanya aku kena buat sama-sama. Aku beryukur jugak sebab dapat keluarga mertua yang baik. Bapa mertua aku (abah), mak mertua aku (mama) dan kakak dan adik ipar aku semua nya baik. Biras aku semuanya sporting.
kerja aku, masih macam ni, Aku bersyukur kerana rezeki aku berkahwin, aku dah berjaya dan rezeki aku makin bertambah. Betul kata orang, dah kawin ni rezeki akan datang. Tambah lagi bila anak lahir ni.
Sedar tak sedar 2-Jun hari tu lah menjadi genap kepada perkahwinan aku setahun. Syukur. Dalam rumahtangga, bukan selalu indah ada juga masam dan manis. Tapi aku bersyukur kerana setiap apa yang berlaku kami tempuhi dengan sabar. Kalau ada konflik, kami akan cepat2 settlekan. Aku selalu ajar isteri aku berbincang dengan baik. Biasalah suami isteri ni kan. Aku kata mcm ni, dia kata mcm tu. kekadang aku mengalah, kekadang isteri aku mengalah, kekadang...2-2 tak nak mengalah. tu yang jadi punca tu. Hahaha..tapi aku bersyukur semuanya kami selesaikan secepat mungkin. Jenis aku, aku suka berterus terang. Isteri aku dulu memang susah sikit nak terima cara aku. Dan sekarang dia pun dah boleh terima. Aku dulu pun susah nak terima cara isteri aku, tapi sekarang aku boleh terima dan faham cara isteri aku. Kami berlajar sama-sama untuk saling memahami antara satu sama lain.
Aku bersyukur kerana aku mempunyai seoran isteri yang baik. Baik dengan aku, baik dengna keluarga aku dan baik dengan kawan-kawan aku. Aku tka nafikan, aku banyak berlajar dari isteri aku. Kesabaran, sifat tenang dan kekadang merajuk pun aku berlajar dari isteri aku! Aku bersyukur kerana Allah berikan hadiah terbaik untuk aku, seorang isteri yang memahami, penyayang, bertanggungjawab dan taat kepada Allah. syukur sesangat. kalau dari segi fizikal, aku lagilah tinggi dari isteri aku. Wahaha..tapi kepribadian isteri aku jauh lagi tinggi dari aku. itu yang buat aku rasa syukur. Isteri aku banyak mengajar aku erti kesabaran.
ketika kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami, tiada makan besar, tiada candle light dinner di restoran mahal, tiada hadiah mahal, tapi hadiah yang tidak ternilai yang aku dapat ialah berita aku bakal menimang cahaya mata. itulah hadiah terbaik untuk aku dan isteri aku. parents aku plak, punyalah excited nak menimang cucu. Cucu sulonglah katakan. Ceeyyy...
Buat isteriku, Rabieka binti Hj Abd Rashid, bang nak ucapkan sejuta terima kasih kerana menjadi isteri abang sepanjang sethaun perkahwinan kita. isteri abang banyak berkorbang untuk abang. berkorban masa, berkorban wang ringgit, berkorban tenaga dan berkorban air mata. tiada apa yang mampu abang balas melainkan doa abang setiap 5 waktu untuk sayang abang dan kemaafan setiap malam sebelum abang tidur. Abang selalu berdoa untuk kebaikan sayang. Abang selalu memaafkan sayang ketika abang merenung sayang sedang lena tertidur. Abang selalu redha dengan apa yang sayang buat kat abang sepanjang hari-menunaikan tanggungjawab sebagai isteri untuk abang. Walalu seletih mana abang balik dari kerja, bila terpandang wajah sayu sayang dan senyuman sayang, hilang segala penat lelah abang 12 jam bekerja. Bila sayang hidangkan air untuk abg minum, untuk melepaskan dahaga hilang segala penat lelah abang. Tiadawanita yang terbaik untuk abang melainkan sayang. terima kasih abang ucapkan kerana mengandungkan zuriat untuk abang dan kita. Insyaallah abang doakan anak yang bakal sayang lahirkan bulan satu nanti akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Abang selalu kata kat sayang, kalau anak perempuan, buiarlah cantik macam mama dia, lembut macam mama dia, sifat yang terpuji macam mama dia. Kalau lelaki, biarlah hensem macam abah dia.. hahaha...tinggi mcm abah dia dan mempunyai sifat terpuji macam mama dia.
Our baby is coming soon !!

1 comment:
likeeee...alhamdulillah..tahniah korang :)
Post a Comment