Monday, September 29, 2008

Isu pengganti helikopter Nuri akhirnya terjawab...

Ketika aku membaca surat khabar Utusan Malaysia 2 hari lepas, kerajaan telah pun membuat keputusan unutk menggantikan helikopter Nuri dengan pesawat Eurocopter EC-725 (gambar atas). Sebenarnya, apabila kerajaan memutuskan untuk menggantikan helikopter Nuri dengan helikopter moden generasi baru, ramai pemerhati pertahanan, forum pertahanan, jurnalis memberi pelbagai andaian. Bagi aku sendiri, keputusan kerajaan adalah tepat jika dikira dari aspek keperluan spesifikasi helikopter, logistik, kemudahan alat ganti dan beberapa aspek yg dikira sebagai ekonomikal dan berkesan.

Mungkin ramai pihak permerhati pertahanan termasuk rakyat Malaysia sendiri yang sering mengikuti isu teknologi pertahanan, isu pembelian EC-725 mungkin agak 'mengecewakan' sesetengah pihak kerana sebelum ini pembida dari syarikat Agusta Westland yang menawarkan helikopter ultiliti kelas sederhana berat dikenali sebagai EH101 (di UK sendiri RAF menamakan sebagai Merlin) merupakan calon yg paling hampir dan paling sesuai. Ramai yang tidak menyangka EC-725 berjaya melepasi halangan apabila terpaksa bersaing dengan 3 pembida pembuat helikopter terkemuka dunia termasuk Ulan-Ude Aviation (Russia) menawarkan Mi-17v5, Sikorsky ( dari Amerika Syarikat yang melahirkan helikopter Nuri) menawarkan H-92 Superhawk dan Agusta Westland menawarkan helikopter canggih mereka EH-101.

Apa pun, keputusan kerajaan untuk mendapatkan sejumlah 12 buah (mungkin lebih) helikopter EC-725 merupakan keputusan bijak kerana selain teknologi canggihnya, pesawat helikopter EC-725 adalah pesawat combat proven dimana pasukan khas tentera elit Perancis meletakkan pesawat EC-725 sebagai pesawat pemukul hadapan untuk tugas CSAR (Combat Search & Rescue) mereka di Afghanistan dan juga sebagai pesawat multi mission. Sememangnya pesawat EC-725 telah berjaya membuktikan dalam menjalankan tugas sebagai penghantar logistik untuk pasukan khas Perancis, pesawat pencari dan penyelamat tempur, pesawat misi untuk pasukan khas dan berbagai lagi tanpa sebarang masalah. Di fahamkan, kerajaan turut menimbang untuk melengkapkan kesemua 12 pesawat batch pertama mereka dengan spesifikasi yang sama dengan pesawat CSAR tentera udara Perancis.

Untuk pengetahuan umum, gambar pesawat yang tertera di atas dan di bawah ialah pesawat EC-725 CSAR yang sama spesifikasi dengan EC-725 CSAR Perancis. berikut adalah snippet gambar tentang pesawat EC-725. Pesawat EC-725 CSAR milik tentera udara Perancis pernah dipamirkan di pameran LIMA 08 dan DSA 08 baru-baru ini dan diklasifikasikan sebagai pesawat mock-up utk pengganti Nuri sekiranya Kerajaan Malaysia ingin membeli pesawat tersebut.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...