Saturday, August 16, 2008

These are the days

Screen name : Pressure cooker
Location: In my room

I had planned to go to somewhere after raya for my vacation. Its too late but at least this would probably my first vacation in this year. Perhaps it would be nice to called as private vacation.

My first place in mind is Tasik Kenyir. This is my most fave place since I was young ( ehem....I mean the day I was teenager). It is a cool place with a nice greeny envoiroment. everything is natural except lake itself. Yeah..but at least it is still a natural landscape. I love beeing in a lake. Having a good trip, with a nice hotel facing in front of the lake, it would be better for me to relax than thinking all the turmoil in here.


I was thinking for a fishing in Tasik Kenyir but some people and story brings from that places really scared me. Not talking about spiritual matters but some friends told me the myth about Tasik Keyir that there is a big fish, I meant a really big one just inside deep at the bottom of the lake.

But it is not something to scred about. It is just a myth. Yeahh..probably.

My second thought is in Labuan. It is very a nice place to visit. I had been there befire and I admitt it is one of the best island I ever see. Perhaps since that I'm a Penangites, I don;t admitt that Penand is the beautiful island. Labuan is a small island. I believe smaller than Penang but bigger than Pulau Batu Putih. Hakss....



Labuan has a very beautiful beach. Crystal clear ocean, sand beautiful like pearl, and of cource credit to the Labuan people - very nice especially to the Labuan chicks. It's just like in heaven !!!

Perhaps, when the day comes, I will not around in Penang. My plan is to have a vacation for a seven days. Or perhaps it is better to say one week. I need space to myself to relax, leave all the mess and what so ever the problem that created by me or not by me. It is only me. Not anybody else will with me. Oh yes, the best hotel in Labuan? The Waterfront Financial.

I had been eyeing for this place since a few weeks ago. I need to plan for myself in good way so that I can have a good vacation. soon. Finger cross for me and hopefully my dream vacation will come true....

Tuesday, August 12, 2008

Pleasure and Paint

10 Ogos 2008...

Genaplah pemergian arwah sahabat aku selama 5 tahun. Masuk tahun ni 5 tahun arwah sahabat aku meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Maha Esa.

Aku masih teringat pelukan terkahir arwah kepada aku. "Doakan aku di sana." Itulah pesan arwah. Kata-kata yang terpacul dari mulut arwah sungguh aku tidak percaya menjadi kenyataan. Arwah tidak pernah berkata demikian, Jauh sekali untuk berbincang soal mati. Petanda yang dia sudah bersedia untuk meninggalkan kami, jauh sekali kami perasan. Mungkin kata-kata itulah menjadi petanda terakhir bagi aku.

Tepat jam 9:45 pagi arwah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan org tertentu. Kata arwah penting untuk menolong persatuan kami mendapatkan dana dan duit. Tak dinafikan ketika itu, kewangan persatuan kami mmg tenat. Kami tak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu harapan persatuan kami dibubarkan. Arwahlah yg menolong kami. Katanya, dia kenal dengan beberapa 'orang tertentu.' Berusaha selagi ada peluang menjadi ayat keramat arwah. Ketika itu, hanya arwah sahaja menjadi penyelamat kami. Hanya arwah yang mampu menolong kami.

Aku masih ingat lagi, arwah datang kerumah kami dengan memakai baju melayu. Berjumpa kami di luar rumah. Dengan baju basah kuyup kerana payungnya tiup diterbangkan hujan ribut. Arwah tetap datang berjumpa kami. Aku begitu terharu kerana arwah sanggup menolong kami. Arwah yakinkan kami dia akan tolong kami. Sepanjang malam kami tidak tidur, berbincang tentang hasrat arwah untuk menolong kami. Arwah begitu yakin dengan kami sebagai mana kata arwah, selagi persatuan ini dipimpin oleh orang seperti awak semua, selagi itulah arwah akan tolong.

Akhirnya kami bersetuju dengan cadangan arwah. Tanpa meminta sesen pun dari kami, arwah menyewa kereta secara senyap-senyap. Kereta Proton Wira warna biru yang masih aku ingat lagi. Kereta itulah yg membawa aku berurusan di Kuala Lumpur.

Arwah menumpang dirumah kami malam itu. Tepat jam 9:45 pagi, arwah sudah bersiap berangkat ke Kuala Lumpur. Aku dan beberapa org kawan aku yang lain mahu mengikut arwah. Arwah berkeras, biar dia yang pergi seorang. Kerana dia tahu apa nak buat. Arwah salam dengan kami. Sampai giliran aku, arwah terus memeluk aku. "Doakan aku di sana." Itulah kata-kata arwah. Tanpa berkata sepatah perkataan, arwah terus masuk dalam kereta meninggalkan kami. Kami hanya berdoa supaya urusan arwah di sana akan berjaya.

Arwah pergi ke Kuala Lumpur selama 3 hari. Kata arwah, hari Selasa dia akan balik. Sepanjang pemergian arwah, dia tak pernah menghubungi kami. SMS langsung tak di jawab. Paling tidak, arwah hanya menelefon rakan serumah bertanyakan tentang kunci rumah yg dia tertinggal.

Hari ahad, kira-kira pukul 12 tengah malam, aku mendapat panggilan. Aku sangkakan arwah kerana no talian dari Kuala Lumpur. Panggilan dari Balai Polis Ipoh mengejutkan aku. Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Ipoh-Kuala Lumpur. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta yg dipandunya hancur. Kata polis yg kami jumpa, kereta arwah hampir tidak dikenali kerana bersepai di lereng bukit. Kecoh satu campus mengatakan arwah meninggal dunia. Keesokkan harinya, kami menghadiri pemgkebumian arwah di kampungnya di Johor. Itulah kali terakhir aku melihat jasad arwah. Hanya suaranya yang terngiang-ngiang di fikiran aku. "Doakan aku d isana." aku begitu sedih kerana arwah sudah mengetahui pemergiannya. Apa yang mengejutkan kami, pakaian arwah, bilik tidurnya, semuanya sudah kemas. Di simpan seolah-olah mahu berpindah. Housemate arwah kata mereka tidak pernah mengemas dan masuk bilik arwah. Pernah kawan arwah tanya kenapa arwah mengemas, arwah hanya mendiamkan diri. Tidak aku sangkah, arwah mengemas untuk berangkat ke alam baqa. Arwah 'memudahkan' kerja kami untuk menghantar barang-barang arwah di kampungnya.

Selepas seminggu pemergian arwah, kami menerima panggilan telefon dari Kuala Lumpur. Urgent kata yang menelefon. Salah sebuah syarikat besar menelefon aku. Menaykan tentang latar belakang persatuan yg kami tubuhkan. Aku dan beberapa rakan aku terus bergegas ke Kuala Lumpur.

Usaha arwah untuk membantu kami menjadi kenyataan. Kami mendapat 3 sumbangan dari syarikat bernilai RM16 ribu. Aku melihat beberapa rakan aku menangis kerana kami tidak menyangka hasil usaha arwah untuk membantu kami menjadi kenyataan. Bezaanya, arwah tiada bersama kami untuk berkongsi kegembiraan.

Kerana arwahlah kami berjaya memulihkan persatuan kami. Kerana arwahlah persatuan kami berjaya sehingga hari ini. Walaupun aku tiada lagi dalam persatuan, sehingga kini persatuan tersebut masih aktif. Itulah kerana arwah. Kerana bukan arwah, mungkin persatuan kami tidak akan wujud. Hanya tinggal nama.

Untuk allahyarhan Mohd Adi Musyikin, aku akan sentiasa mengingati segala kebaikan yg telah dilakukan. Doa aku untuk arwah tidak pernah putus, setiap tarikh keramat 10 Ogos, setiap itulah aku akan sentiasa teringat kepada arwah. Begitu juga dengan sahabat-sahabat aku yang lain.

Semoga rohnya sentiasa tergolong dalam orang yang beriman.....

Monday, August 4, 2008

Madah berhelah...

Here I am...

Witting again this blog again after a several months (or weeks) perhaps I almost forgot about my 'online diary'. After some question with a machete demanding from the readers, friends and of course for someone who always read this blog, I'm starting to write again my blog. Sorry for the a long time not updating my blog. Just a one reason - busy, busy busy. Sorry for those who are not Malaysian, unless Jene who is undrestand half Malays language, this entry probably a half mix Malay and English version of language.

Sine a past few weeks, banyak perkara jadi kat aku. Soal office aku yg semakin buat aku tension dengan pihak managemant yg tak faham perasaan para pekerja, hal study aku, soal masa depan aku dan beberapa perkara yg melibatkan hubungan aku dengan beberapa org kawan.

Aku rasa dah sampai masanya perkhidmatan aku di company tpt aku bekerja berakhir. Aku dah rasa muak dan meluat dengan karenah orang atasan yg sering buat perkara di luar jangkaan. Menghentikan syif petang unutk group aku, susah unutk menaikkan gaji para pekerja, sikap berat sebelah dan banyak perkara yg rata-rata menyebabkan ramai org tak puas hati.

Aku muak dengan beberapa rakan sekerja aku yg suka main politik kotor dalam office. sorry guys, bukan intensionally aku nak kutuk kaum hawa, tapi majority dari yg aku anti termasuk beberapa org lagi mmg kaum hawa. Bila boss aku nak announce 'top scorer', kat situ lah akan kelihatan ramai pisau terbang berkeliaran dalam department aku ni. Silap haribulan kena tikam belakang. Kalau dulu boleh kautim sekarang nak kautim pun kena bodek member sendiri. Kalau dulu boleh sembang mcm dah seribu tahun kenal, sekarang nak senyum pun ibarat senyum kat singa betina. Itulah melayu. Diulangi M-E-L-A-Y-U.

Bila masa senang bersama sikit, aku lah member, semua nak tolong boleh dalam mcm mcm hal. Bila boss nak announce utk jadi top scorer, hilang terus member. Masing2 nak tunjuk terror, nak cari kesalahan sebolehnya kaalu salah sikit, nak heboh satu office. Saper diorang ni?? kAwan aku sendiri. Semuanya MELAYU. Dan aku admitt, aku pun MELAYU jugak. Tapi aku malu sebab bangsa aku sendiri yg buat kat sesama bangsa sendiri. Aku tgk Kaum lain dalam office, soal tikam belakang mmg tiada langsung. Tlg sesama sendiri. Kautim sesama sendiri. Yg penting, kau senang, aku senang.

AKu fikir dah tiba masa unutk aku berhenti dari company tu. Bukan aku nak mengalah tapi sejujurnya envoiroment tpt aku bekerja mmg dah tak mcm dulu. AKu ada ramai kat kat company tu, semuanya mmg best, tapi tak guna jugak kalau ada kawan yg best, tapi company tak best. The thing is, kawan tetap kawan, company je kena lain. Hakss....

Cakap bab kawan aku, aku sedang menghadapai masalah dengna kawan-kawan aku. Siapa kawan aku, bukan soalnya tapi soalnya apa yg diorang dah buat kat aku. Last few days, aku dapat tahu kawan aku sorang ni ada masalah besar dalam hidup melibatkan wang. Aku mmg dah jarang contact member aku ni. Tetabah lagi kalau dia dah duduk kat selatan semenanjung. Lagilah jarang aku nak contact. Yg menyakitkan aku, bila susah je baru nak cari aku nak pinjam duit. Bukan aku tak nak membantu, masalahnya, sejumlah duit yg dia mintak kat aku mmg banyak dan aku tak ada sebanyak tu nak tlg dia. Apa yg menyakitkan hati aku, bila aku tak dapat nak tlg dia, abis satu Malaysia dia canang buat cerita. Konon aku ni nak kasi pinjam mintak riba. Aduih la....Kak Long oi...riba aku ni..lagi besar dari riba kau tu. Hahaha....malas nak mintak riba dah.

Nasib baiklah beberapa kawan aku yg satu semenanjung ni yg faham perangai dia. Dandiorang pun kena nasib yg sama. Itulah manusia. Bila susah baru nak cari kawan. Masa nak pinjam berjanji manis. Kalau dapat jagi hari tu jugak nak bayar. "takpe kalau aku nak bayar aku kasi lebih sikit, just for granted dari kawan ko", "Aku mmg tgh susah ni, ko je yg kawan yg aku ada nak tlg, sebab ko lah yg palaing aku percaya sekali" Tulah bait-bait sajak madah berhelah yg dia kasi kat aku. Belum tgk lagi sajak kakiku di bibirmu.

Sebenarnya, apa yg mengecewakan aku, sikap dia dari dulu tka pernah berubah. Sejak dia berlajar sat campus dengan aku sampailah dia grad, kerja sendiri. Masih tak berubah. Apa yg aku faham, dia berhutang ratusan ribu. Rugi bissness. Sekarang bila susah baru nak cari aku?? Sudah la...banyak lagi org yg dia boleh cari bukan aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...