Saturday, April 29, 2006

Bed time story


Yesza...sajer aku tulis blog ni. Tetiba rasa rajin hari ni. Semalam hari palingg bz bagi aku. siang dengan keje aku dan malam dengan aktiviti aku. Main badminton kol 12-2 pagi. Balik umah terus siapkan keje aku yg tak settle. itu pun sejam je sebab terlalu kepenatan. Aku tertidur atas katil. (yerla takkan nak tertido atas monitor pc lak kan)

Oh ye...aku nak share something pengalaman aku masa keje dulu. Tak silap aku tahun tu tahun 2004. Aku balik cuti semester 3 minggu. Kalau cuti je 3 minggu mmg konpem aku keje ngan cousin aku kat sini. Selain nak minghilangkan rasa busan cuti, boleh tambah duit poketkan. Nak jadikan citer masa tu company aku keje tu dapat stok notebook baru. Lagi pun diorang buat renovation kat lobby company letak 'gallery' notebook. Mostly yg baru semua diorang kat situ. Harga jgn cakaplah. Mau kat RM5k-Rm9k punya notebook. tertelan air liur aku tgk notebook. Yg mnarik minat aku notebook Acer Ferrari Series. Kaler merah.

Waktu tu aku ditugas kan untuk jaga bahagian bawah. bahagian teknikal yg selalu aku keje dah penuh sebab diorang amik staff baru kat situ. Keje kat bawah pun kire ok gak sebab tak ramai org. Lagi pun boleh rilex skit. Jadi promoter untuk product gallery kat bawah.

Nak dijadikan citer dalam kol 3 petang mcm tu, aku nampak ader sorang apek ni masuk dalam kedai. Umo dalam lingukan 50 tahun. Memula aku pandang apek tu. Aku buat tak layan. Aku budget sebab apek tu saje je masuk. Kengkawan aku lak yg lain bila nampak apek tu masuk terus blah pegi tempat lain. Ciss..mmg tinggal aku sensorang je kat depan tu. receptionist ader 2 org tapi diorang buat tak reti je. Aku ingat lagi, apek tu pakai. T-shirt pagoda kaler putih dengan seluar pendek kaler coklat gelap. Pakai sandal lusuh. Aku pandang apek tu aku tahu dia mencari sesuatu. Rasa-rasa aku apek ni salah kedai kot. KOt nak beli sayur tapi ingat kedai komputer ni jual sayur lak. Ahahaha....

"Yes uncle..gewd evening...nak cari apa uncle?" Aku tanya apek tu.

Apek tu senyum kat aku. Aku nampak cara dia mmg ramah. Aku terkejut gak sebab apek tu pandai ckp bahasa melayu. Kalau org tak tgk muka dengar suara, mmg org akan cakap tu melayu. Last apek tu cakap dia nak belikan notebook untuk anak perempuan dia yg berlajar kat kolej kat kl. Apek tu cakap, zaman sekarang org muda dah tak mcm dulu. Nak apa je mintak. Sekali peg ikolej mau ket beribu habis. Nak beli itulah inilah. Aku hanya melayan apek tu. dalam hati aku tahu Apek tu mmg tgh takde duit. Dia pusing galeri tu. Dia tanya aku satu persatu pasal notebook. Harga, warranty, kualiti dan yg penting dia tanya aku ok ke tak unutk student.

Aku tersenyum tgk gelagat apek tu. Dia tak tahu pasal komputer tapi dia sanggup bertanya kepada aku pasal notebook semata-mata nak cari yg terbaik unutk anak dia. Lantas...aku cadangkan kat apek tu notebook yg murah. Takde branded. Aku cadangkan notebook yg berharga RM2.6K. Aku siap cakap boleh dibayar secara ansuran melalui pakej yg ditawarkan oleh syarikat aku bekerja. Apek tu cakap kat aku. Buat ape nak bayar skit skit. Dia tak nak tangggung hutang. Dia lebih suka beli secara terus dan cash.

Aku perasan kelibat rakan2 aku yg mlarikan diri tadi. Semua tgh tgk aku dari jauh. Ada yg tergelak melihat aku mlayan apek tu, dan ada yg tersenyum perli melihat aku.

"Abisla kau...layan apek tu...sekali dia tu tak betul."

Tu antara beberapa ayat yg aku dengar. Borak punya borak, puas aku explain kat apek tu tentang pakej pembelian notebook ni. Sekali dia tunjuk kat aku notebook Acer Ferrari. Dia kata suka kaler merah sebab bawak ong. Aku terkejut sebab aku tak sangka notebook yg berharga RM8K tu menjadi pilihan apek tu. dari cara pemakaian, cara bercakap dan cara dia melihat barang2 dalam kedai aku tahu dia bukanlah dari org berada. AKu cuma kesian tak nak promote barang mahal kat dia sebab aku tak nak membebankan dia.

Kerana nak amik hati apek tu, aku amik notebbok dari table dan aku tunjukkan kat dia. Dia belek dengan penuh berhati-hati. yg aku suka tgk apek ni dari awal sampai la aku bawak notebook tu muka dia senyum je. Mmg ramah apek ni. Susah nak cari org mcm ni. Tetambah org cina mcm ni. Mostly customer yg dtg kebanyakkan nak tunjuk kerek je ngan aku.

Aku selesa layan apek ni. Sambil dia membelek notebook tu, aku explain kat apek tu pasal notebook tu. Aku cakap kat dia, kalau tak dapat beli kete Ferrari, beli notebook ader cop ferrari pun kire jadilah. Dia gelak je.

"OKlah..uncle amik notebook ni. Bila boleh settle?"

Sekali lagi aku terkejut tapi aku buat-buat biasa.

Memandangkan notebook ni baru sampai semalam, Apek ni adalah first customer yg beli notebook ni. Aku teringat pesanan bos aku. Saper yg first beli notebook ni akan dapat thumbdrive 128mb ( tahun 2004 kire 128 tu kire besar gakla) free dan dapat aksesori notebook seperti notebook stand, mouse optikal dsb. Aku tanya apek tu, nak bayar cara mcm mana?

Apek tu keluarkan wallet dia.......nah kau !!!!!!!!

Mastercard platinum !!!!

Sekali lagi dia merungut kat aku, nak bawak duit beriban riban secara cash dia tak berani sebab takut kene curi. Soo kalau pakai credit card okey?

Aku yg masih terkejut dan tercengang hanya mampu menjawab ya. Lantas aku pegi kat member aku yg tgk aku. Dengan muka blur aku tunjukkan kad credit apek tu. Ramai yg terkejut dan lantas diorang prepare untuk pembelian notebook tu. Aku arahkan kawan aku pegi amik stock dan kerani membuat beberapa document untuk pembelian notebook tu.

Aku pegi kat apek tu dan aku offer apa2 sahaja yg boleh aku tolong dan dia tanya aku, bila boleh siap. Aku cakap memandangkan notebook ni baru sampai stock notebook ni terpaksa di ambil kat cawangan kat tempat lain. Lebih kurang setengah jam. Dia kata its ok dan dia nak tunggu kat situ. Aku offerkan apek tu hot coffee dan aku tanya anything to eat.

Adalah menjadi polisi company aku keje, kalau mana mana customer yg membeli barang yg terpilih melebihi RM5k akan dilayan seperti VIP. Sesambil mengunggu process pembelian siap, aku berborak dengan Apek tu. Menurut kata dia, dia tak pernah bekerja. Hanya anak-anak dia yg menjaga dia sejak diorang bekerja. Dia ada 5 org anak semuanya berjaya dalam kerjaya dan anak dia yg bongsu sekarang ni berlajar kat Sunway College. Sebab itulah dia membelikan notebook ni untuk anak dia.

Lebih kurang setengah jam, proses pembelian notebok dah selesai dan aku serahkan kotak notebook dan lain2 kat apek tu. Apek tu ckp kawan dia yg bawak dia dtg sini dan kawan dia tgh tunggu tempat lain dan dia mintak aku call kawan dia tu suruh dtg. Dalam 15 mint kawan dia dtg dengan BMW 7 Series dan abrulah aku tahu bahawa kawan yg dia maksudkan itu adalah driver dia. Aku tlg letakkan barang dalam kereta dan yg paling aku ingat dia kata, terima kasih sebab tlg layan dia. Kalau ada masa dia akan dtg jumpa aku dan belanja aku minum.

Sejak dari peristiwa tu, aku selalu terfikir, kenapa dikalangan manusia yg pernah aku jumpa, yg hidup sgt kaya, kenapa susah nak cari manusia yg berskap sederhana dala msegala hal walaupun mereka tergolong dlam golongan kaya. Series..jika dia tak memakai kemeja, bertali leher, kasut kulit yg mahal, sampai bila pun aku tak tahu yg dia adalah golongan berada. Itulah pertama kali aku melihat kad credit mastercard platinum. Kerana sekeping card itu lah yg menunjukkan siapa dirinya yg sebenar.

Dari cara percakapannya jauh sekali nak menunjjukkan dia seorang yg memeintangkan status. Orgnya mmg ramah, sentiasa tersenyum dan tidak pernah menunjukkan sifat ego.

Siapa kata keje takde pengalaman. Mmg best apa yg aku lalui tu. Dan sejak itu, aku tak pernah jumpa dgn dia.

Moral dari citer ni --->> don't judge the book by its cover dan jgn sesekali bersikap kerek kala udah kaya. Kalau nak shopping stakat credit card je nak pakai tapi hutang tak leh bayar tak guna jugakkan. ahaha...jgn berlagak kaya kalau bukan kaya..sebab akan bertambah kayap.

Friday, April 28, 2006

Surat terbuka Tun Dr. Mahathir

Aku baca Utusan online tadi. Topik yg menarik bagi aku sepanjang minggu ni ialah Tun Dr. Mahathir kemukakan 16 perkara tentang kes tambak Johor. Sejak Kerajaan Malaysia menarik balik hasrat unutk menghentikan pembinaaan Jambatan Indah yang menghubungkan 2 negara.

Aku geleng kepala. Bukan tak setuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir tetapi aku geleng kepala sebab cara kerajaan Malaysia menangani masalah tersebut. Pendapat aku seolah-oleh Malaysia terlalu tunduk dengan segala kemahuan Singapura dan tak salah kalau aku cakap seperti kena buli.

Ketika Tun masih menjadi perdana menteri, Pm Singapura ketika itu membenarkan kerajaan Malaysia membina jambatan tersebut tanpa bersyarat malah kerajaan Singapura meminta agar tambak sebelah Singapura tidak dirobohkan.

Soo sekarang ni plak ketika kerajaan Malaysia nak membina jambatan tersebut, pelbagai tuntutan dan syarat dikemukakan antaranya pemberian pasir kepada kerajaan Singapura dan lebih menyakitkan hati lagi ialah penggunaan ruang udara Malaysia di sebelah Johor untuk latihan tentera udaranya. Bagi aku tuntutan tersebut melampaui batas dan seolah-olah mencabar kesabaran dan kedaulatan negara kita. Adakah dek kerana sebatang jambatan yg kita bina itu pun disebelah sempadan kita, kita terpaksa berkorban segalanya? Tak wajar kan?

Bukan aku anti Singapura. Bukan aku nak membeci jiran kita sendiri. Tapi maaf kalau aku sebut kerajaan Singapura seolah-olah lupa daratan dan tidak lagi mengamalkan sikap kejiranan. Tgk sajalah rakyat Singapura yg dtg ke Malaysia, memandu di lebuhraya melebihi had laju melampau dan tahun lepas PDRM membuat kenyataan rakyat singapura yg dikenakan saman tetapi masih TIDAK MEMBAYARNYA berjumlah berpuluh juta ringgit. Aku percaya saman yg dikeluarkan sudah pun berusia bertahun-tahun. Kalaulah negara Malaysia tidak mengamalkan sikap diam dan tak perlu bising pasti ramai rakyat Singapura yg dtg ke sini ditahan. Sebaliknya apa yg terjadi kat rakyat Malaysia sendiri? Waran tagkap dikeluarkan tetpai rakyat Singapura yg disaman bebas keluar masuk di Johor.

Sebaliknya, Singapura dan Malaysia harus berkerjasama dengan lebih erat. Soal jambatan menggantikan tambak Johor, apakah rugi bagi Singapura kalau nak terima pembinaan jambatan tersebut dan masing2 membinanya sendiri? Cuba kita fikir ? Satu kerugian pun takde. Sebaliknya dua-dua pihak mendapat manfaat kerana pembinaan jambatan tersebut menyebabkan kegiatan ekonomi setempat dan serantau lebih luas dan kegiatan nelayan akan lebih terjamin. Kerana laluan air di selat tersebut lebih mudah dan ekosistem hidupan bawah air lebih meningkat.

Aku banyak jugak baca news ni. Antara yg menarik perhatian aku ialah surat Tun. Dr. Mahathir kepada kerajaan Malaysia sendiri. Tun Dr. Mahathir meminta kita tegas dengan pendirian kita tanpa berkompromi dan mengira sebarang tuntutan Singapura. Jika dilihat sekalipun, Singapura sendiri tahu bahawa pembinaan jambatan indah tersebut tidak membawa sebarang kerugian bg mareka kerana jambatan tersebut dibiayai sepenuh oleh kerajan Malaysia dan pembinaan jambatan tersebut merupakan rentetan untuk infrastructure upgrade bagi laluan keluar masuk pintu kedua buah negara. Untuk mengelakkan kesesakan, memudahkan perjalanan keluar masuk, membina semula laluan air laut yg tersekat dan secara tidak langsung menambah kegiatan ekonomi kedua pihak. Sebaliknya jika ini yg diketahui oleh Singapura kenapa syarat dan permintaan menjadi agenda utama mereka ?

Secara peribadi, Singapura melakukan serangan politik dan psikologi terhadap Malaysia seolah-olah ingin menunjukkan bahawa Singapura yg mencorakkan kegiatan ekonomi dan infrastrutur disebelah selatan semenanjung. Dengan tuntutan, alasan dan permintaan yg tidak munasabah, Singapura cuba bermain psikologi dengan Malaysia. Kerana mereka berpendapat kita terlalu lemah. Cukuplah dalam surat tun Dr. Mahathir tersebut dengan berkata


"Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura. Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar."


Mungkin kerajaan Singapura mempunyai niat yg tersirat atau peribadi. Kerana sejak perbalahan mengenai isu harga air yg dijual kepada Singapura, kerajaan Singapura seolah-olah naik kepala dengan tindakan mereka sendiri. Tidak keterlaluan kenyaan mereka yg KURANG AJAR mengatakkan bahawa mereka tidak teragak-agak akan menyerang Malaysia jika kita mahu menyerang mereka.

Persoalannya:

1) Apakah sejak isu harga air sehingga sekarang. Malaysia pernah membuat kenyataan bahawa kita akan menggunakan tindakan ketenteraan terhadap mereka?

2) Pernahkah kita mengugut mereka dengan mengatakan kita akan melakuan tindakan keras(tentera) jika mereka tidak mahu menyelesaikan isu-isu yg pernah dibangkitkan?

3) Pernahkah sejak hubungan Malaysia-Singapura agak goncang, kita pernah melakukan military eksais dimana-mana sempadan Malaysia-Singapura kononnya mahu menunjukkan kekuatan kita dan mencabar mereka?

4) Pernahkah kita mengambil pendekatan dengan mengubah doktrin ketenteraan secara tiba-tiba kononnya untuk berperang dengan Singapura?

5) Adakah selama ini isu yg dibangkitkan kita tidak pernah mahu berunding dengan mereka untuk menyelesaikan sesuatu isu?

Soalnya sekarang kenapa kenyataan kurang ajar Singapura tersebut lebih terbacul di mulut mereka sendiri seolah-olah mengatakan bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menyerang kita. Bukan niat untuk meminta agar peperangan ini berlaku. Tidak sama sekali. Tetapi fikirkanlah, sekiranya peperangan berlaku, mampukah mereka menyerang kita?

Secara peribadi, Malaysia terlalu lembut dengan jiran mereka, Malaysia terlalu lebih ambil pendekatan face to face sedangkan mereka tidak pernah. Malaysia terlalu baik dengan jiran mereka. Ingatlah, buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali. Jika terlalu baik kepala kita akan dipijak, jika terlalu jahat, kita akan dibenci. Sedih jika memikirkan hal ini. Aku percaya tidak semua yg menyokong tindakan kerajaan mereka sendiri. Mahu pun rakyat Malaysia dengan kerajaan Malaysia sendiri.

Apa yg lebih penting bagi kita ialah Ego menjadi salah satu penebab utama kita sampai sekarang tidak mampu menyelesaikan sesuatu perkara. Besar kepala, penting diri sendiri dan suka mengambil kesempatan terhadap org lain. Fikir-fikirkanlah. Aku berharap sangat agar isu ni akan diselesaikan secepat mungkin.

Sekiranga isu ini masih tidak diselesaikan, hati rakyat Malaysia akan sentiasa panas dengan kenyataan mereka dan tindak tanduk kita yg lemah. Biar keputusan dibuat agar masing-masing mencapai persetujuan dan masing-masing mendapat kelebihan. Bukan konsep 1-0 tetapi seri.


Klik di sini untuk membaca Surat Terbuka Tun Dr. Mahathir mengenai Jambatan Bengkok

Tuesday, April 25, 2006

Help me...I need a F**king help !!!

Bloggers..let me tell you...couple a.k.a love is a deal and divorce is other a freaking big deal !!!!

Soo what the hell with those of things I told you about ?

Nothing...some comrade I chat with, they talk about this thing and ask my help..dohhhh..ask my help? I'm Mr. Hitch not.

Just telling them that if things happened...you should accept it even how much pain you get it. Life never be a straight line...

Joe told me something that I never imagine. I had tea with him last a few days before and he told me. "We are human, sex is natural and irresistible." ahaha...you rawk man !!

Never care if you are ustazah, some nerd guy/gurls from kampung, wearing purdah or serban, ask them about sex. They won't deny it. It is just a sin or pahala you would get it. It is true. We are only human.

Okay.....somebody just say something to me - are you freaking idiots? How dare you talk this nasty thing in ur blog? Come on...I heard it.

Soo what...try to open you mind vision and put some logic thinking - +ve/-ve thought. Yes, religious are always around us. Every action always have reaction.

You done right you get pahala, done wrong..silap banyak....neraka masuk juga...am I rite ?

Counting a few days back in my life here...I just loose to something that I never lost in my life before....my appetite having food !!! Not virginity ok !!!...shitt you man....

yeah really...it really sucks !!! for a past few day just eat some kuih...snacks...some passembur and roti kosong...

no appetite for rice...some sort or curry kepala ikan, kepala unta or anything....


ok ok....I need to stop. I'm afraid I'll lost my appetite for blogging....

x_X
PeaCE

Zack Kim - Doraemon Theme

BOTB review


Yoush....lama giler aku tak menhapdet blog aku ni. OKeh straight to the point, hari Ahad bersamaan 23rd of April, telah berlangsung Battle of The Band anjuran oleh MMUsic Society di Ballroom MITC Melaka. Band undangan ialah Krong, Seven Colar T-Shirt, dan tidak lain ialah Cosmic Funk Express !!!..

Sebagai Comittee of Security, aku pun terlibat sama gak. Seperti biasa, kalau pegi sana tak amik gambar bukan la budak MMUsic..ahaks...sempat jugak amik beberapa keping gambar sebagai kenangan dan autograph dari beberapa band.

Soul Grift terlah berjaya membolot hadiah dengan banyak seterusnya telah mendominasi battle tersebut dengan menjadi juara BOTB 06. Antara hadiah yg diorang rangkul habis ialah

1. Pemain dram terbaik
2. Vocal terbaik.
3. Pemain Bass terbaik.
4. Lagu ciptaan terbaik
5. Juara Botb 06.

Banyak tu. Lagu yg diorang bawak tak silap aku lagu ciptaan diorang yg aku tak ingat dan lagu Pawana dari kumpulan rock Search. Yg bestnya ramai aku tgk band lain agak berbulu sebab diorang je yg goreng semua hadiah kan. Tapi nak buat mcm mana juri yg terlibat adalah juri professional beb. Bukan budak MMU yg reti nyanyi je tapi tak reti main music instrument.

Oh ye, kalau nak tgk gambar masa BOTB tu masuklah kat fotopages aku. http://tycooncyber.fotopages.com. Acara Botb yg berlangsung dari puul 8 mlm telah berakhir dengan jayanya pada pukul 2.am. Mmg penat. balik je umah terus aku tido dalam kol 3:30 pagi. Bangun je dah kol 4:30 petang. Perghh....13 jam aku tido dengan jayanya. Mcm beruang kutub la plaks.

Kepada sesiapa yg tak dapat pegi tu mmg rugi sebab Cosmic Funk Express membuat persembahan dengan cool giler. Zack Kim selaku gitaris CFE menunjukkan skil bermain gitar. Antara yg mendapat terpukan tahap dewa gemuruh ialah beliau memainkan lagu Doreamon dengan teknik hammering pada giter !!! mmg sungguh tidak disangka. Kawan aku si Joe turut dtg dari Pahang semata-mata nak tgk idola dia si Zack Kim tu. MMg terpancar awajah kepuasan sebab dia dapat tgk mamat tu dari dekat. Ekk..ekk..tak lupa jugak sempat ambil gambar....

Kepada semua comittee yg terlibat, korang mmg rawk. You guys rawk man !!!! Selain dapat berlajar something new kat sini dapat jugak berkenalan dengan ahli baru MMUsic dan crew2 baru. Pengalaman toksah ckpla...tu dah kire best giler dah tu.

Masa lepak kat sana, sempat berjumpa dengan kawan aku si Kadafi, pemain bassis band Project Ei8ht. Beliau turut dtg sama menyaksikan BotB. Dulu diorang masuk tahun 2004 BOTB, then sekarang ni jadi band pro la plak.

Okeh kepada sesiapa nak tengok sendiri skill Zack Kim pemain gitar kumpulan Cosmic funk express, korang boleh masuk kat link ni:

1. Zack Kim on Youtube

2. Cosmic Funk Express

Thursday, April 20, 2006

MMUsic's Battle of The Bands : Passion Outburst


Date : 23rd April 2006
Day : THIS SUNDAY LA!lol
Time : 8pm till late
Venue: MITC Ballroom,2nd Floor
Featuring guest performances by :

1)Seven Collar T-Shirt
2)Cosmic Funk Express
3)Krong

Presenting the 12 finalists :

1)P.H.Y.N.O.M.
2)Temporary Havoc
3)PG165
4)November Unanswered Question
5)Freeofnia
6)Kultus Puspa
7)Tyre Pancit
8)Aboi Band
9)Ironical Pieces
10)Treshold of Pain
11)Ave1
12)Soul Grift

Get ur tickets now!
*Tickets are also available on the event day at MITC!..and my lust is on musika..

Tuesday, April 18, 2006

I'm still counting....

Image hosting by Photobucket

Semalam aku gi Kl. Hantar & teman housemate aku pegi hantar kete. Gerak dalam pukul 2 ptg balik dalam pukul 8 mlm.

Nak jadi cerita on the way pegi, kawan aku call. My old friend Joe call aku ckp nak dtg mlk. Second call from my best friend. She called to ask my help. Third call from my friend to. Ask for a help too.

My best friend call to tell a gewd news. She will continue her study at Australia taking Master in Engineering. Congrats to you. Sorry sebab tak sempat nak ckp masa jumpa tadi.

Lepas balik KL, aku lepak umah. walaupun perjalanan harian aku never stop since aku bangun, aku tak letih. Alhamdulillah, mungkin sebab aku aktif dalam bersukan sejak dua menjak ni. Cuma since last Saturday to Sunday, my whole life fully packed with pogram that I can't miss.10:00 p.m, got sms from my friend.

She ask me wether I'm free or not. Aku tahu yg the way she ask me, she had something to tell me. Aku kuar ngan kawan aku and she told me hr probs. Lepak kat somewhere yg kitorang leh discuss. To you my friend, don't worry ok. I'll try my best to help you. Just need a little time to think and find someone that I can trust to help. That is what the best friend are for rite? Life sometimes is too complicated and unexpected. What you need a little patient, pray and be strong. That is only things can help you. And remember I'm always by your side for no matter what happens to you as your best friend. Never sacrifice your dream and your future. Luck sometimes can come only once in your life. Never miss your luck and never leave it.

Hangout untill 11:30 pm and suddenly my friend Joe call me. Long time no see my friend. Lepak ngan mamat ni sampai kol 5 pagi. Bawak pusing satu Mlk. Boy, since the last two years tak jumpa, he is still the same "Joe Nigger" i knew. Ahaha...good to see you..

Joe lepak umah aku maybe untill Wednesday. Since dia dah dtg sini, aku dah mengofferkan diri jadi tour guide. Kene bawak satu mlk.

For person that I dedicated this paragraph, I knew that you are still mad with with me. I don't care and I don't want to know. The reason is, you didn't want to tell me the WHOLE TRUTH about yourself. You are lying to me. You know what I meant. Since it already happened. You can't get away from me. trust me. Becoz I hate liars especially someone that very close to me. Very close. For some reason, I don't believe in you anymore. Even you tell me the truth becoz you never sincere to me. Just think of it. I'm still counting the day you will tell me the truth and trust me, I'll give you an opntion that you can't resist.

Monday, April 10, 2006

Fotopages kene update lagi !!

Nak sgt...ramai org bising..naper aku tak update fotopages aku.
Hihi... Aku check gambar yg aku tak publish lagi...cari punya cari ada folder yg aku letak semua gambar yg aku amik dari ex-handphone aku...aha...ex handphone tu. Ingatkan istilah ex gf/bf je ada.Gambar masa aku kat umah aku kat Penang. Saje je letak kat fotoages aku.
OKeh korang leh checkla...tapi jgn bising lepas ni pasal tak update lagi..ahahaha..Ekceli takde gambar baru. Tu yg sebenarnya aku tak update tu. Korang pepaham la.. Takkan aku nak update tiap2 hari. Tgk muka aku dalam fotopages tu nanti busan kan.
Zaasssss!!....

Saturday, April 8, 2006

Tajuk??? Ntahh..



Semalam aku termengung dalam bilik. Mmg bosan giler. Aku cari sumber bahan2 untuk aku menghilangkan bosan ni. Sekali amik kau aku maraton 3 movie sekali gus. Hihi...

Oh ye...tu waktu mlm. Waktu siang, aku banyak tido je. Lepas semayang Jumaat, aku terus pegi lunch. Ingat aku nak sambung tido disebabkan mlm sebelum tu aku tido hanyalah 4 jam. Menyiapkan kembali artikel aku yg Encik Fuad soh aku buat. Yooouush....I'm coming back bebeh. Aku sebenarnya rasa bengkek pun ada sebab sejak aku buat artikel pasal military kat sebuah magazine (sori tak leh kasi tau, nanti kene band..wakakaka), aku selalu je kena reject. Aku pun faham situasi aku sebab aku hanyalah freelance je untuk magazine tu. Soo aku tak leh nak expect semua artikel aku dapat keluar mcm tu je. Nanti full time jounalist kat situ semua gulung tikar.

Yg buat aku rasa bengkek tu setiap kali aku dapat email dari pihak editor, selalu kena reject. Soo far aku hantar 3 artikel aku dah disiarkan. Alhamdulillah. Takpelah kene reject atleast aku dah mencubakan. Yg bengkeknya..lepas 2 bulan je artikel aku kena reject, tup..tup..artikel aku tu masuk magazine, tapi bukan nama aku sebagai pengarang. Org lain. Mmg artikel tu dah berlainan sedikit dari aku punya, tapi telah di campur adukkan oleh diorang. Senang cakap yg mana kekurangan, diorang tambah, edit, cut, paste dan jadi artikel baru yg semestinya lebih baik dari aku. Aku hormat editor ngan journalist diorang sebab bukan calang-calang org. Bukan mcm aku. Cuma amik tahu pasal military melalui pembacaan, pengalaman yg ciput, info secara lisan dan dari internet.

Diorang ni mmg otai dah, pengalaman berbelas tahun dalam military journal, pernah attend seminar pasal military, bekas pegawai teringgi angkatan tentera, pemerhati pertahanan dan antara org yg dihormati dalam komen bab military ni.

Nak buat artikel mmg susah. Ni honestly aku cakap. Bukan sekadar tahu banyak info tapi yg penting kena tahu semua info pasal military - pengamalan, sejarah, evolusi, doktrin pertahanan teknologi terkini dsb. Mcm aku bila sebut je nak buat artikel, abis satu website, satu journal, satu buku aku bukak. Sebab nak cari info. Kekadang apa yg kita buat tu mmg kurang menepati citarasa dan standardize diorang. Bayangkan minimum 6 muka surat, tak termasuk gambar, kena ada 5 bahagian dalam artikel, sekurang kurangnya kena ambik 4 sumber rasmi yg telah dikiktiraf, kena huraikan secara terperinci dan akhir sekali yg part susah - kesimpulan/analisis menyeluruh.

Aku buat mende ni bukan sebagai kerja utama aku tetapi sebagai hobi dan minat. yess..aku minat sgt dalam military. Jadikan minat aku tu sebagai hobi aku nak hantar artikel. Senang cakap takyah nak pening kepala. Org lain yg jadi full time journalist kena cari sumber setiap bulan, aku lak suka suki je nak hantar bila. Ihikss...Cuba pikir berapa ramai org minat military? Sikit jekan.

Lepas sembahyang Jumaat, pegi lunch. Jumpa dengan kawan aku sorang ni. Kira stok kawan lama gak la. Lepas jumpa aku bergegas ke self-service laundy. Malas nak hantar dobi sebab kene tunggu sehari. Lagi pun baju aku dalam almari dah tinggal sikit je. Ihiks..mampos aku takde baju.

Lepas settle semua aku tertido. Berhibernasi jap. Sedar tak sedar bangun lewat. Aku check handphone aku, ada 4 misscall. Perghh...anak saperla yg misscalled ni. Seperti biasa mata air call dan satu panggilan yg aku agak terkejut sikit. Dari kawan lama aku Issam. Time mcm ni la takde credit. Nak call balik, aku amik keputusan nak call Issam lewat mlm. Aku duduk depan pc, surfing dan chat. Tetiba je tinggap umah aku terbukak dengan sendiri dan aku terdengar suara yg aku sgt2la cam. Issam!!

Ekceli kawan aku ni call aku tadi sebab dia dalam perjalanan dari KL - Muar. Sambil tu dia singgah jap kat Melaka nak cari aku. Tu yg dia call aku tu. Issam balik cuti kejap sementara minggu depan nak balik KL. Lama tak jumpa Issam, aku berborak ngan dia dan aku ajak dia kuar makan ngan aku.

2-3 sebelum ni, aku jumpa ngan kawan aku gak. Putrashah. Lama aku tak jumpa kawan aku ni. Sejak dia tak duduk dari umah aku, aku jarang dengar khabar berita dari kawan aku ni. Sekali jumpa, lepak kat kedai mamak kat 3 jam. Borak pasal kete, pasal aweks-aweks, pasal keje, pasal problem, pasal kengkawan lama dan mcm-mcm la. Dah kata tak jumpa kan. Aku mmg suka borak ngan mamat ni. Dari citer serius sampai ke citer kelakar semua boleh masuk. Itulah kitorang. 7 tahun beb kenal. Last aku jumpa dia, dia dah berjaya menconvertkan ketenya dan dirinya sendiri kepada Evo. Mmg berubah wajah kete dia. Senang cakap mcm pakai Fair and Lovely la (betul ke ejaan ni..belasah jekss).

2 hari lepas call boss aku. Hilang sabar punya pasal sebab cek gaji aku tak issue lagi. Nak je aku seligi biji halkum mamat ni. Bos tak bos, hak kita kena amik kira gak kan. Nasib baik bos aku ni kasen aku sendiri. Soo aku marah dia pun dia tak kisah. Alhamdulillah cek aku akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu. Yuhuuu!!..

Tahniah buat Kak Sal sebab dapat baby perempuan. Aku dapat email dari suami dia. Comel lak tu. Erk..bukan suami dia yg comel ok..anak dia pls...Sebijik mcm muka mak bapak dia. Ahaks...Kak Sal..Kak Sal..ni pun salah sorang akak angkat fave aku ni. Aku ada sorang je akak angkat. Mmg baik dengan aku. Kenal masa aku keje kat Rasa Gourmet Restaurant dulu. Kak Sal manager Sugar Bun yg terletak sebelah je restoran aku keje tu. Selalu pegi sana beli roti cheese roll and tuna. Alamak, meleleh dah air liur aku nie. Sluurppp....ahahahaha...

Oh ye..kepada geng geng aku...mlm ni seperti biasa, pertarungan antara hidup dan mati akan bermula. Pukul berapa, aku tak sure tapi konpem mlm. Bawak senjata masing-masing. Pertarungan melibatkan maruah dan nyawa. Nanti ape ape hal aku kontek korang balik. Kiter main badminton.

Okeh, korang asik baca blog aku ni, tak kesian ke kat aku. Penat dah tulis ni. Aku nak rehatkan diri jap. Selamat pagi semua..selamat pagi Malaysia, selamat pagi Teysha dan selamat pagi buat semua kengkawan aku di semenanjung, Sabah, Sarawak, Asean dan kawasan yg sempadan dengannya.

ZZaaaass!!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...