Syabas! Bravo! Excellent! Itulah ayat aku bila pertama kali aku mendengar sendiri lagu dari album terbaru Metallica - DEATH MAGNETICKali ni Metallica dah kembali kepada roots asal iaitu heavy metal. Setelah kegagalan mereka dalam album St. Anger, Metallica kembali membawa perubahan dengan merombak semula genre lagu asal mereka kepada heavy metal sebenar. Sebenarnya, album sebelum ni, St. Anger mendapat banyak kritikan kerana dikatakan telah lari dari roots asal. Kebanyakkan lagu dari album tersebut lebih kepada speed metal dan punk metal. Ramai tak berpuas hati termasuk aku sendiri yg merasakan Metallica telah kekeringan idea kerana sebelum ni mereka sendiri dah lama tak buat album. Tambahan masa tu, Metallica mengalami zaman gelapnya tersendiri apa bila band mereka sendiri hampir terkubur akibat pemain bass guitar mereka, Jason Newsted menginggalkan Metallica dan penyanyi utama mereka sendiri James Hetfield telah secara sukarela untuk masuk ke pusat pemulihan akibat pengaruh akohol melampau unutk jangka masa yang panjang.
Sepanjang band tersebut berehat, ramai pihak berangapan band ni akan berkubur begitu sahaja. Pengganti Jason masih belum dicari dan James sendiri tidak pasti bila dia akan kembali ke pangkuan Metallica. Akibatnya, Pemain lead gitar Kirk Hammet dan peneraju dan founder utama Metallica merangkap pemain dram Lars Ulrich kehilangan arah tuju dalam music. Dan selepas bertahun menyepi album St. Anger dilahirkan tetapi mendapat impak negatif dari ramai pihak kerana genre yang mereka bawa telah lari dari idea asal.
Kemudian pada 12 September 2008, Metallica telah kembali hangat apabila melahirkan album ke-12 mereka iaitu Death Magnetic. Pendapat aku sendiri, album Death Magnetic mirip kepada penghasilan dari album Load, Reload dan Ride The Lightning. Masih memaparkan roots heavy metal, kebanyakkan lagu mereka adalah keras tetapi sedap telinga unutk didengar. Memag tak lari tadi trademark mereka. Album Death Magnetic menyajikan 10 lagu terbaik mereka yang tulis oleh James sendiri. Kebanyakan album tersebut direkodkan di studio asal mereka di St. Rafael, Carlifonia.

Apa yang menarik, album Death Magnetic telah memuatkan lagu yang menjadi hits dan telah melengkapkan The Unforgiven trilogy mereka - The Unforgiven III. Sebelum ni, lagu yang menjadi kesinambungan ialah The Unforgiven (Black Album) dan The Unforgiven II (album Reload). Tetapi lagu The Unforgiven III agak unik kerana kali ini okestra yag sama dalam menghasilkan konsert mereka S&M menjadi pertaruhan. Elemen okestra sebenarnya tak banyak, sekadar light effect unutk menyedapkan bunyi. Bagi aku sendiri salah seorang peminat lagu The Unforgiven, lagu pertama mereka The Unforgiven dari Black Album adalah yang terbaik. Dan aku percaya ramai peminat Metallica dari Malaysia sendiri bersetuju dengan aku. ;)
Agak mengecewakan sedikit kerana kali ini album ni hanya memuatkan 10 lagu sahaja. Mungkin disebabkan mereka masih dalam proses ke arah roots yang lama, mereka terpaksa berhati-hati dalam membuat lagu. Difahamkan, James dan Metallica sendiri akan membuat kejutan kerana menurut chatters yg menjadi salah seorang kipas susah mati Metallica ni, James sendiri telah menghasilkan lebih dari 15 lagu! Tetapi selebihnya akan direleasekan dalam album akan datang. Tahun depan. Bagi akulah, rumors adalah sekadar rumors yang tidak diketahui kebenarannya.
Aku sebenarnya ambil masa jugak nak feel lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ni. Bukan kerana tak best, tetapi kerana kebanyakan lagu dalam album ni menjadi nostalgia kepada album lama yang mereka pernah hasilkan. Jika tanya kat aku, lagu apa yang paling best diantara yang terbest, ada 4 lagu dalam fikiran aku - That Was Just Your Life, Broken, Beat & Scarred, Cyanide dan The Judas Kiss. Kesemua lagu yang aku senaraikan bagi aku mmg menepati citarasa peribadi aku utk genre heavy metal. Cyanide contohnya mengingatkan aku kepada music elemen yang dihasilkan dari album Load/Reaload.
Mungkin pendapat aku tak sama dengan pendapat orang lain. Pro and cons bagi aku, album adalah menjadi satu kemestian untuk korang beli. It is a good comeback unutk Metallica. Jika kita sebeum ni merungut kerana Metallica telah hilang bisa mereka, album Death Magnetic adalah salah satu steriod kepada mereka dan bukti dari mereka sendiri bahawa mereka masih mampu menjadi seperti dulu. Sekadar pengetahuan, album Death Magnetic adalah album kedua Robert Trujillo bersama Metallica. Menggantikan pemian bass asal mereka yg keluar dari Metallica pada 2001. Lagu Cyanide contohnya memaparkan skill Robert Trujillo dalam memetik tali bass dengan jari, namun masih kurang menonjol disebabkan elemen heavy distortion gitar James lebih loud dari bunyi bass Robert.
Kepada fans di sana, mereka telah kembali dan jangan lupa membeli original CD Metallica - Death Mgnetic. \m/ \m/
No comments:
Post a Comment