Sunday, March 29, 2009

sampai bila....

Aku tak kisah kalau plan aku ngan kawan aku ni tak jadi....
Tapi at least call lah aku kan. Sebab aku benci nak menuggu. Kalau cakap awal-awal tak jadi pegi it's ok..walaupun aku marah..aku faham gak...

Sebenarnya aku tak suka nak menunggu. Series..mmg aku tak suka. Kalau tak jadi, aku ada perkara lain bleh buat. Lepak dengan member aku ke, cuci kereta ke..asalkan aku ada keje petang-petang ni . Ni tak, dah cakap nak call aku nak bagi tau jadi ke tak, sampai sekarang ni aku dok rumah. Aku kasi sampai kol 6.15 ptg je, call ke tak lepas tu nasib la..kalau jadi pegi pun, lantak ko la. Aku dah penat tunggu ni. Time aku plak nak decide aku nak pegi mana plak.

So next time, aku tau dah nak buat mcm mana. Sekali lagi dia buat mcm ni, thats it. Aku dah takkan keluar dah sampai bila2...dgn kawan aku nie je la...

Photobucket

Monday, March 23, 2009

trust vs loyalty vs sacrifice (republish version)

Aku nak share pendapat aku pasal trust(kepercayaan), loyalty(setia) dan sacrifice(pengorbanan). Aku nak tau gak pendapat korang pasal topik yg aku nak bincangkan nih. soo sesapa nak komen ke..nak kasi idea ke..dipersilakan. Aku baru je mengalami satu pengalaman yg aku rasa something baru untuk aku..bukan baru tapi aku rasa something yg agak mencabar bagi aku sebagai seorang manusia yg hidup di bumi tuhan ni.

Orang selalu kata kat aku. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seseorang terhadap kita. Betul. Aku tak pernah menafikan. Bagi aku kepercayaan dtg sendiri hasil dari kesungguhan kita untuk mendapaTkannya. Dari kepercayaan tulah datangnya keihklasan, datangnya amanah, datangnya perasaan sayang. Sebab apa? Sebab...untuk mendapatkan kepercayaan seseorang, senjata yang paling kuat ialah keikhlasan. Tanpa keikhlasan kita takkan mudah mendapat kepercayaan. Bila kita mendapat kepercayaan, dari situlah datangnya amanah. Apabila seseorang memberikan kepercayaan kpd kita, maksudnya dia memberikan amanah kepada kita untuk dia bergantung kepada kita. Cuba kita fikir sejenak berapa ramai dari kita yg boleh memberikan kepercayaan kita sendiri kat org lain? Bukan senang kita nak memberikan kepercayaan kita kerana kepercayaan(trust) adalah sesuatu perkara yang amat rumit. Aku masih ingat lagi kata Imam Ghazali yg lebih kurang berbunyi: "Kepercayaan adalah satu amanah, dan amanah itu adalah benda yang paling berat dalam dunia." Setiap diri kita yang dilahirkan dalam muka bumi ini telah pun diberikan amanah oleh Allah s.w.t. apakah amanah kita? sebagai khlaifah dimuka bumi ini iaitu menjaga hasil ciptaan tuhan dengan sebaik mungkin dan yg besar sekali sebagai pemimpin kepada segala makhluk di alam ini. Sebab itulah nabi pernah berkata: "Sebaik-baik kejadian adalah manusia". Tiada satupun makhluk lain yg dapat menandingi manusia kerana masnuia diberikan akal fikiran yg sempurna. Berbalik kepada trust tadi. Berapa ramai dari kita yg mendapat kepercayaan seseorang? setiap dari kita diberi kepercayaan. Ibu bapa kita memberi kita kepercayan kpd kita untuk hidup berdikari hasil dari didikan mereka, sahabat kita memberi kita kerpercayaan kpd kita. tetapi..berapa ramai dari kita yg berjaya mendapat kepercayaan itu..akhirnya disi-siakan bergitu sahaja?? Berapa ramai??

Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang, secara tak langsung kita akan dihargai. Bukan kerana sifat kita tetapi niat kita yg hendak mendapatkan kepercayaan dari sesorang. Betul tak? Sebagai contoh, kalau seseorang tu mendapat kepercayaan dari kawan dia. Bukan kerana sifat baik hati yg ditunjukkan oleh org tuh tetapi niat seseorang tuh untuk menolong kawan dia sendiri. Sifat baik tak cukup. Yang penting niat dan bersama sifat kita, sikap kita untuk menolong seseorang. Ada sesetengah orang mendapat kepercayaan hanya berbekalkan sekali pertolongan ada pulak mangambil masa bertahun, baru mendapat kepercayaan dari seseorang. Bukan senangkan nak medapatkan kepercayaan dari seseorang. Bagi aku, kepercayaan ni, adalah separuh dari hidup kita. Kalau kita memberikan kepercayaan kepada seseorang, maknanya dia telah memberikan separuh dari hudup dia kat seseorang. Nak tau sebab apa? Korang pikirla sendiri.

Kepercayaan(trust) boleh wujudnya kasih sayang?? hmmm..menarik tu. Ramai dari kita tak menyedari, dari kepercayaan itulah akan merapatkan lagi hubungan kita dengan seseorang. Kerana, bila seseorang akan mempercayai kita, kita akan dihargai. Sekurang-kurangnya kita akan berfikir yg we are the choosen one. Betul ?? sbg contoh dalam persahabatan. Kalau kita diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia, diberi kepercayaan untuk membimbing org yg kita memberikan kepercayaan, secara tak langsung kita akan cuba untuk merapatkan kembali jurang yg kita ada. Secara tak langsung kita akan mengenali siapa rakan kita. Maka..dari situlah datangnya kasih sayang. Semakin kita hampir dengan seseorang, semakin itulah bertambahnya kasih sayang kita terhadap kawan kita.

Loyalty??? dari mana kita boleh dapatkan loyalty?? senjata utama untuk mendapatkan loyalty ialah trust. Betul tak ?? kerana kepercayaanlah wujudnya amanah, keikhlasan dan kasih sayang. Wujudnya semua perasaan ini dan semua sifat tadi, secara tak langsung akan wujud kesetiaan dalam persahabatan (percintaan pon boleh). Sebab bila kita dihargai kerana kepercayaan yg diberikan oleh kita, kita akan cuba untuk mengekalkan satu perhubungan. Kerana kita tahu selagi seseorang itu masih memberikan kepercayaan kepada kita, kita akan merasa kita akan paling hampir dgn orang yg memberikan kepercayaan dengan kita. Dari situlah kita akan cuba untuk mengekalkan hubungan kita dengan org yang memberikan kepercayaan, caranya?? loyalty !!

Bagaimana dengan sacrifice(pengorbanan)? apabila wujudnya kepercayaan(trust), wujudnya kesetiaan(loyalty) dari situlah wujudnya sacrifice. Maksud aku sacrifice ialah kita sanggup berkorban untuk org yang kita harapkan, org yang memberikan kepercayaan. Sebenarnya bagi aku maksud sacrifice nih banyak...aku tak boleh nak detailkan, terpulang cara seseorang tu sacrifice. Ada yang melakukan pengorbanan yg besar, ada yg tidak, tapi yang penting, niat kita. Kita tak boleh mengharapkan seseorang untuk melakukan perngorbanan terhadap kita. Apatah lagi mengaharapkan sejumlah perngorbanan yang kita hendak. Yang penting, walaupon seseorang tu melakukan pengorbanan, walaupun kecil, ia tetap pengorbanan. Dari pengoranan itulah datangya pernghargaan. Jangan sesekali membandingkan jumlah pengorbanan dengan keikhlasan. Ada org selalu pikir, pengorbananlah yg menunjukkan sejauh mana keikhlasan kita. Tetapi bagi aku silap dan salah sama sekali. Bila kita berkorban, itu dah menunjukkan kita ikhlas, kita sanggup melakukan sesuatu yang mungkin bagi kita, kita terpaksa melupakan sekejap apa yg kita lakukan waktu tudan kadang-kala melupakan sekejap apa yg kita impikan waktu itu. Walau sekecil mana pengorbanan, walau sebesar nama pengorbanan kalau hati kita tak ikhlas, jawapannya sia-sia sahaja. Memang dalam hidup perlu ada pengorbanan. Selagi ia bernama perngorbanan, selagi itulah manusia akan menghargai satu sama lain. Selagi itulah wujudnya kasih sayang, wujudnya kesetiaan. Dan wujudnya Keihlasan. Tanpa pengorbanan, mungkin semua tu tak wujud.

Ingatlah, jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan org yang beri kat kita. Kalau kita mensia-sia kan kepercayaan, hilanglah kesetiaan yang wujud dan percayalah kita takkan dihargai. Untuk mengekalkan kepercayaan yang diberi kepada kita, pengorbanan lah merupakan satu senjata utama, benteng utama kepada kita untuk mengekalkan kepercayaan. Sejauh mana pengorbanan kita, terpulanglah, asalkan ia mempunyai niat yg ikhlas.
Jadi yang mana lebih hebat?? trust?? loyalty?? atau pon sacrifice? Bagi aku semua sama hebat kerana elemen inilah yang wujud dalam setiap satu sama lain.....

Perkara yang paling jauh di dunia ialah masa,
kerana masa itu sentiasa meninggalkan kita.
Semakin jauh masa meninggalkan kita,
semakin itulah kita akan mengenang kembali masa kita yang berlalu,
setiap perkara yang belaku dalam masa itulah dinamakan takdir,

Dan ingatlah....
kita mampu mengubah takdir kita,
jika kita menghargai masa yang akan datang.

Perkara yang paling berat di dunia ialah amanah,
kerana amanah itulah yg mewujudkan kepercayaan,
kerana amanahlah yang melahirkan kesetiaan,
kerana kesetiaanlah kita harus berkorban,
sejauh mana pengorbanan kita?

Terpulanglah..... asalkan niat kita ikhlas....

Perkara yag paling berkuasa di dunia ialah nafsu,
kerana nafsulah manusia bergelar manusia,
kerana nafsulah binatang bergelar binatang,
dan kerana nafsulah juga manusia bergelar binatang,
Senjata utama nafsu??
Akal dan iman.


Itulah bezanya kita dengan binatang.

Ingatlah....
kerana nafsulah...
hancurnya kepercayaan,
maka hilanglah kesetiaan,
akhirnya sia-sialah pengorbanan......
[Tc00ncyber]

Photobucket

originally published on 7 Feb 2005

Lost and found...that never ending f***ing story...


After the last night of meeting, with a head full of mushy problems, I decided to take a walk to the beach. Alone...

Its cool....true it is...

I almost forgot yesterday. I had an 'appointment' with my friend. I hate to make people wait for me. The truth is, I almost forgot. Sorry.... *sigh*

It is yet another "a different side of me" version. I do not claim to blame anybody around me on behalf of somebody. I don't tense to be a super freaking hero for the somebody, or precisely - a women ( Fik, I don't farking care whether I have a feeling at her or not, your intense of stupidity make me feel so pity at you. Look at yourself. And it is not your farking problem to know between me and her).

I was soo sad, I had never have this feeling before. For time being since a few days, perhaps a few years before, I never had so much pain in my life for things what my friends did to me. I wish I could cry, but my 'egotistic chromosome' inside me as a gentleman keep me to say no. I wish I could share my problem with somebody I could trust right now, but never. I love sharing my problem with friends, and so did them, but I ain't trust anybody. No more. Only God knows how much pain that I carry in my heart. The barrier that I have to take the responsible.

It took me almost a sleepless year to fix things, clear everything, start from bottom but it only took one day to destroy everything what I've done. Kaput.

Denial is not an easy thing to shake off and I admit it to people. But I can't void with this farking people who try to crush me. It hurts like hell.

Stop telling, stop sharing, stop protecting.

No more.....
Photobucket

Sunday, March 22, 2009

Tiada bermakna.....

Hakikatnya tiada yang memaksa kita untuk berubah...

Melainkan kita perlu kepada perubahan...

Untuk diri kita...

Untuk orang disekeliling kita...

Takutkah kita untuk meletakkan ego kita dibawah untuk kita mengakui bahawa kita perlukan perubahan untuk diri kita sendiri?

Perlukah kita menidakkan ego kita sendiri agar kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlukan perubahan untuk kebaikkan diri kita?

Hakikatnya itu sendiri, terpulang kepada diri kita sendiri.

Yang pentingnya, termimalah seadanya....jangan menjadi hipokrit semata-mata kita perlukan perubahan untuk kepentingan diri kita. Sebaliknya terimalah seadanya dengan kekurangan dan kelebihan diri kita sendiri. Pada waktu yang sama kita perlukan perubahan untuk kebaikkan diri kita...

Bukan kita perlukan perubahan itu untuk menjadi orang lain supaya kita dihormati. Kerana cara kita dihormati itu penuh dengan kehinaan, hipokrit, palsu dan sia-sia. Sebaiknya jadilah diri sendiri kerana menjadi diri sendiri itulah meletakkan kita menjadi jujur terhadap diri sendiri teman sekeliling dan yang penting terhadap Yang Maha Esa.

Ingatlah sahabatku,

Tiada perkara lebih bermakna dari seribu kenalan melainkan seorang kawan...

Tiada perkara lebih bermakna dari seribu kawan melainkan seorang sahabat...

Tiada perkara lebih bermakna dari seribu sahabat melainkan seorang teman...

Photobucket

Saturday, March 21, 2009

It's Nothing...

Its raining...

I wish I can play this song for someone that deserve to hear...

But it was too late.....


NeYo - Mad

She's starin' at me
I'm sitting wondering what's she thinking
Nobody's talking, cause talking just turns into screaming
And now it's I'm yelling over her, she's yelling over me
All that, that means is neither of us listening
And what's even worse
We don't even remember why we're fighting
So both of us are mad for...

Nothing, (fighting for)
Nothing, (crying for)
Nothing, whoa
But we won't let it go for
Nothing, (no, not for)
Nothing, this should be
Nothing to a love like we got

Oh baby, I know sometimes it's gonna rain
But baby, can we make up now?
Cause I can't sleep through the pain
Girl I don't want to go to bed mad at you
And I dont want you to go to bed mad at me
No I don't want to go to bed mad at you
And I don't want you to go to bed mad at me

And it gets me upset, girl when you're constantly accusing
Asking questions like you already know...
Been fighting this war
Baby when both of us are losing
This aint the way love is suppose to go
What evern happen to working it out?
We've falling into this place
Where you ain't backing down
And I ain't backing down
So what the hell do we do now?
It's all for...

Nothing, (fighting for)
Nothing, (crying for)
Nothing, whoa
But we won't let it go for
Nothing, (no, not for)
Nothing, this should be
Nothing to a love like we got

Oh baby, I know sometimes it's gonna rain
But baby, can we make up now?
Cause I can't sleep through the pain
Girl I don't want to go to bed mad at you
And I dont want you to go to bed mad at me
No I don't want to go to bed mad at you
And I don't want you to go to bed mad at me
Oh no, no...

Oh baby this love ain't going perfect
And just how good it's going to be
We can fuse it, we can fight
As long as everything is all right between us
Before we go to sleep
Baby we're going to be...

Nothing, (fighting for)
Nothing, (crying for)
Nothing, whoa
But we won't let it go for
Nothing, (no, not for)
Nothing, this should be
Nothing to a love like we got

Oh baby, I know sometimes it's gonna rain
But baby, can we make up now?
Cause I can't sleep through the pain
Girl I don't want to go to bed mad at you
And I dont want you to go to bed mad at me
No I don't want to go to bed mad at you
And I don't want you to go to bed mad at me

Photobucket

Tuesday, March 10, 2009

Buruk Sangka....



Aku mungkin bodoh sebab terlau percaya pada 'magik'. Bukannya blog kedai magik yang selalu aku kunjungi, tapi mengharapkan sesuatu yang berlaku kepada aku seolah-olah miracle akan terjadi. 'It only can happens when miracle is there'

Hah....budus....nilah antara beberapa ayat yang sering aku dengar dari mulut manusia - kawan-kawan aku dan kekadang diri aku sendiri.

Aku teringat bagaimana sesuatu perkara terjadi dekat aku. Aku hanya pasrah dengan apa yang terjadi, tanpa aku sedari sebenarnya aku sendiri boleh mengubah sesuatu perkara (dengan izin Allah) dengan usaha aku sendiri untuk mengubah perkara tersebut.

Akibatnya??

Inilah ayat 'syirik' magik yang aku sendiri harapkan. Seolah-olah aku hanya bergantung pada miracle, tanpa perlu berusaha unutk mengubah takdir aku sendiri.

Sebenarnya, bagi aku walau apa sekalipun perkara yang kita ingin lakukan, bukannya magic, tapi

usaha...

effort...

willingness...

dare...

itu yang peting...contoh ada kes kawan aku ni. Minat sangat kat awek sorang ni. Biasalah, kalau dah minat. Sebab dia lelaki. Dahlah minat, berbulan tengok muka minah tu sambil jadi mat jenin..

"Kalaulah dia ni dapat jadi awek aku..."

"Bilala nak dapat awek mcm ni..."

"Kenapalah aku tak ngorat dia..."

Alahai....baguslah kalau minat kat seseorang. Setakat jadi peminat jauh aku pun boleh buat. Hakikatnya dah bertahun aku tengok member aku nie mcm tu, Last-last..awek kemana..mat jenin pun ntah kemana.

Aduilah....

Bab kedua yang aku nak share dengan korang...bab "don't judge the book by its cover."
Atau dalam bahasa mudah "Jangan menghakimi buku dengna melihat kulitnya."

Nilah perkara yang paling lemah dalam hidup aku. Aku bukan jenis cepat berburuk sangka, tapi aku jenis mudah menilai seseorang tanpa aku mengenali seseorang itu dengan dekat.

Contoh??

Hurm....ada seorang kenalan yang aku kenal. Aku tak kenal sangat dengan dia, setakat pernah nampak dia kat area kawasan aku. Sekali tengok, orang ni mmg nampak sombong, jenis pilih kawan. Maklumlah, bukan orang sebarangan. Rumah besar kat hujung taman rumah aku. Bagi aku orang ni mmg nampak mcm poyo. Disebab kan ke'poyo'ran aku nilah, aku assume dia poyo (Aku sebenarnya tak tau dari mana datang ayat poyo ni, tapi aku selalu cakap..). Nak dijadikan cerita aku tengah tunggu kawan aku ni. Sekali aku terpaksa duduk semeja dengan dia memandangkan kami tunggu kawan aku ni. Dek kerana lama sangat tunggu, aku cuba gak berborak dengan dia. Bila dah kenal, barulah aku tau hati budi dia mcm mana. Rupanya, dia ni jenis tak reti nak start conversation dengan orang yang dia tak kenal. Dan dia jenis pemalu dengan kawan spesis sendiri. Aduila...ini macam ka punya orang. Ingatkan sombong...

See?? Aku sendiri cepat judge orang mcm tu. Kekadang sampai teruk orang tu aku kena judge.

Sebab aku sendiri pernah jadi mcm tu. Orang kekadang misjudge aku. Ada.....mmg ada.
Ni bukan kes kat office aku. Aku takkan cerita bab office kat sini sebab aku tau..ada gak pembaca blog dikalangan officemate aku. Kehkehkeh....

Pernah aku ditergur oleh seorang kawan aku. Aku sembanglah dengan dia mcm biasa. Last-last dalam punya lama sembang, dia kata dalam bahasa loghat utara "Hang ni aku tengok tak lah nampak mcm sombong. Depa dok kata hang ni muka kekadang mcm sombong. Depa takut nak tegoq hang. Depa ingat hang jenis dok buat cekang."

Aduila....aku tak marah..sebaliknya gelak....aku gelihati bila orang misjudge aku mcm tu. Hakikatnya aku bukkanlah jenis moody 24 jam all night long. Gila apa. Pi sat tanya kengkawan aku yang kenal aku. Ada tak aku ni jenis nak buat muka garang selalu?
Mungkin raut muka aku jenis mcm tu kot. Biaselah muka hensem perasan mcm aku ni ramia sgt org dengki kot. Aku sendiri tak tau. Yelah..kekadang at certain time..aku letih bekerja...mengantuk ke....mcm mcm lagi mungkin secara tak sedar aku nampak mcm tu. Jenis aku, aku tak suka bawak hal kerja/rumah ke tampat lain. Kalau aku tension dengan kerja, balik rumah itu dah lain bab. Paling kuat pun aku akan ngadu kat parents aku yang selalu dengar masalah aku. Lepas tu aku akan relief..then aku boleh happy.

Yerlah..ada time jugak kekadang bila tension muka aku akan nampak mcm tu. Kekadang muka mcm tu sebab nak terberak pun ada gak sebab perut tgh sakit. Abis..takkan nak ketawa dan senyum kambing bila sakit perut sesangat? Gila apa. Wajarlah sikit....

Soo...bila fikir balik, mmg patutlah. Aku cepat misunderstood kat orang, org pun sama gak kat aku. Soo aku boleh faham gak situation tu mcm mana.

Bab kata kawan aku...Deejavu Is the love....eh...mcm takde kaitan dengan apa yang tulis...tapi hakikatnya itulah ayat2 cinta kawan aku tu. Deejavu Is the love....

\m/ \m/ Rawks brader...

HHaaaahhh~~~~~

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...