
Wednesday, February 22, 2006
Friendship

Monday, February 20, 2006

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan Assalamu'alaikum. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah >mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Sunday, February 19, 2006
Mission Accomplished

Ptg tadi...aku ngan Kay pegi tgk wayang. Citer ape lagi. Citer yg aku dah idam lama nak tunggu.
Saturday, February 18, 2006
Statement berani mati

lepat (2/17/2006 8:25:32 PM): apesal lama tak masuk blog aku ?
katik* (2/17/2006 8:25:41 PM): hah?
katik(2/17/2006 8:25:43 PM): :))
katik (2/17/2006 8:25:50 PM): if u 1 2 know...everyday aku masuk blog ko
katik (2/17/2006 8:26:10 PM): tapi tak best
lepat (2/17/2006 8:26:11 PM): :))
katik (2/17/2006 8:26:12 PM): takde cite
lepat (2/17/2006 8:26:19 PM): hurm..
katik (2/17/2006 8:26:20 PM): bosanlah
katik (2/17/2006 8:26:25 PM): ko jgn tutup
lepat (2/17/2006 8:26:29 PM): ko nk aku citer camne
lepat (2/17/2006 8:26:33 PM): cakap la
lepat (2/17/2006 8:26:36 PM): aku bukan tak nak tulis
lepat (2/17/2006 8:26:40 PM): aku takde idea
*katik - bukan nama dan sifat sebenar
Waaa...terkejut aku. Rupa-rupanya ada org masuk blog aku tiap-tiap hari. Ni perbualan aku ngan best friend aku semalam. tgk tarikh pun dah tahu kan.
Betul jugak cakap dia. Blog aku sekarang ni mmg dah bosan. Sejak dua minggu aku balik sini, cuma 4 posting je yg aku tulis. Dan banyak yg lirik je. Aku sebenarnya tak tahu nak tulis ape dah. Hari tu aku balik cuti. Awek aku cakap kat aku, better jgn tulis pasal personal life kat blog. She said that if you want to publish, its ok. Tapi kekadang it is better keep off. Sebab tak semuanya mende peribadi kiter tulis kat situ. Hurm..ni lagi satu.
Aku lagi konpius. Sejak bila aku tulis mende yg terlalu peribadi aku kat sini? Aku cuba gak tulis mende mcm ni. Tapi bukan peribadi tapi daily life aku. Aku dah banyak masuk blog org, semua citer apa diorang buat dari A-Z. cth: "hari ni bangun kol 9 pagi, lepas tu gosok gigi, lepas gosok gigi, mandi...lepas tu gi makan kat kedai janda. Lepas gi makan balik umah.....tgk tv..takde citer best...bla..bla bla... "
Aku tak suka tulis mcm tu sebab memeningkan org lain nak baca. Aku suka tulis perkara yg jadi dalam hidup aku. Cth kalau sesuatu perkara tu jadi kat aku hari ni aku akan tulis share ngan korang.
Aku tak marah dengan statement kawan aku ni. Jgn ingat lak aku marah. Bila baca balik, statement 'berani mati' dan paling jujur aku pernah jumpa bila org komen blog aku ni. Bila aku tanya kengkawan aku yg lain, semua ok je. Mana ada. Tipu semua tu. Setiap blog, setiap apa yg kita buat tak semua perfect. Mesti ada something kekurangankan. Dan kawan aku ni je yg cakap blog aku dah bosan.
Thanx buat sahabat aku ni. Sebab komen mcm tu. Aku akan cuba cari artikel yg sebaik mungkin nak letak kat sini. Sahabat aku ni adalah salah seorang 'peminat' blog aku. Ada peminat tuu....ihikkss...Peminat blog aku ok..bukan peminat aku. Harap maklum tu. Dia banyak bagi sokongan kat blog aku ni dan dia jugak banyak masuk blog aku ni. Terima kasih aku ucapkan kat sahabat aku ni. Dulu aku pernah nak tutup blog aku disebabkan beberapa masalah yg aku tak dapat elak dan disebabkan aku takde masa nak tulis blog. Tapi dia nih la yg menghalang aku tutup. Aku terpikir gak, kan best kalau aku ada blog dari aku muda, sampailah aku tua. Org leh baca blog aku. Sesapa yg tak dapat contact aku dari jauh atleast boleh tahu pasal perkembangan aku dari semasa ke semasa melalui blog. Best kan ?
Dari aku start tulis blog ni....sampai aku dah berusia, kawin :-p, dah ader family, sampailah aku tua..semua aku citer kat sini..wahh best tu....series mmg best...
Untuk best friend aku nie, terima kasih bebanyak sebab komen pasal blog aku. Thanx alot. Nanti aku belanja ko makan otak-otak kat kedai Sweet tea ke. Sorrylah nama terpaksa di 'rahsiakan' sebab aku tak mintak kebenaran pun kat sahabat aku ni nak letak YM ni. Nih pun kira stok berani mati je ni aku copy and paste. Dan aku tak nak dia syok sendiri bila aku letak nama dia. Ahahahahaha...takde...aku memain je...
Oh ye...nih saje buat statement barani mati gak. Aku ni adalah salah seorang peminat Jamie Oliver. saper Jamie Oliver? Korang carilah sendiri. Saper yg tahu maksudya dia suke memasak. Saper yg tak tahu, meaning dia tak reti memasak. Ahaks....(tanya dalam hati - sahabat aku ni tahu ke Jamie Oliver? hihihi...)
Apa yg menarik perhatian aku dalam website dia, selain dari ada resepi yg bahan-bahan dia ntah ape2, dia jugak menubuhkan Fifteen Foundation. Fifteen Foundation ditubuhkan untuk melatih anak muda yg hidup susah, tanam anggur, takde tempat tinggal untuk menjadi seorang chef yg berjaya. Senang cakap dari hidup seorang looser menjadi winner. Fifteen Foundation lebih kepada pogram charity unutk meraik lebih ramai anak muda terjebak dalam dunia masakan. Dan mentor diorang sendiri? Jamie Oliver !!
Oh ye...aku sebenarnya sedang mencari poster concert Fort Minor kat Malaysia. Kalau korang ada jumpa ke..tlg kasi link kat aku ok....
Friday, February 17, 2006
80's Baby !!

untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...
sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...
tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse.Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm,mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgnclassmates semua kat seblah...
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 timetuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolahBata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. bolehbeli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kitapegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan(RMT) mesti kluar awal.
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani,PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutupbotol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tubeaiskrim, ada byk2 colortu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni punkita main dulu ni.baling2 kapur laa.
hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nyelahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, danade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorgskarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dktuniversiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alamimase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
Yaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu kan?
Cheers to the 80s babies!!!
Tuesday, February 14, 2006
Buat Sahabatku
"Sahabatku, saya tidak memohon apa-apa darimu, Cukuplah sekadar kau fahami diri ini, Bukanku pohon perhatian yang lebih darimu, Cukuplah jika kau ingat bahawa saya ini sahabatmu, Tiada apa ku pinta darimu, Cuma secebis pengertian, Bahawa saya juga seperti orang lain, Yang memerlukan teman untuk berbicara, Dan, bergembira.
Bukan ku tagih pengorbananmu untukku, Cuma. saya mahukan, Ikatan persahabatan itu, jelas kelihatan melalui perbuatanmu, Tidak mungkin ku berterus terang tentang perasaanku, Bila hati ini terguris, sukar benar memulihkannya, Bila hati ini dicalari sikap ketidakpercayaan terhadap sahabat sendiri, Berat benar bebanan yang saya tanggungi.
Bukanku tak cuba memujuk diri, Bahawa mungkin kau terlupa untuk menyatakannya, padaku, Namun, hatiku keras berkata, Ini bukan kali pertama, ia berlaku, Meskipun, mungkin kau tak sedari perkara ini terjadi, Tapi, percayalah, saya sering memaksa diri untuk bersikap sebagaimana biasa, Sedangkan mana mungkin saya berbuat demikian, pada hakikatnya, Seringkali ku memarahi diri untuk tidak bersikap begitu padamu, Namun, tidak mampu ku bohongi diri ini, Sikap amarah dalam diri, tampak benar muncul di wajahku, Maafkan saya teman andai kata-kataku mengguris perasaanmu Tidak mampu lagi ku bendung air mataku yang mengalir keranamu, Bukan kerana marah terhadapmu, Tetapi, rasa sedih dilupakan sahabat sendiri, Lebih pahit dari ditinggalkan kekasih hati,
Mungkin kau menyatakan bahawa saya keterlaluan, Tapi, fikirlah bila mana kau berada di tempatku, Mungkin lebih lagi yang kau rasakan, Terima kasih atas persahabatan yang kau hulurkan buatku, Tidak akan pernah ku kesali atas pertemuanmu denganku, di bumi Allah ini, Semoga persahabatan ini kekal abadi, meskipun jasadku tidak lagi bersamamu, Berkelana, menjadi khalifah di bumi Allah ini, Maafkan saya teman, atas keterlanjuran bicaraku, Moga kau sedari, bahawa saya ini sahabatmu, sehingga akhir nanti..."

Thursday, February 9, 2006
luahan rasa
Pada suatu hari Nabi Musa mendapat perintah daripada Allah ttg lelaki tersebut. Nabi Musa diperintahkan supaya mengusir lelaki itu dari kg tersebut agar penduduk kg itu tidak mendapat bencana. Akhirnya lelaki itu diusir dari kg itu ke kawasan yg gersang dan jauh dari manusia tinggallah dia keseorangan disitu tanpa ditemani sesiapa.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ditimpa penyakit. Akibat keseorgan, dia berasa sunyi & sedih memikirkan keadaan diri dan penyakitnya. Dia merintih kepada tuhan : ” Wahai Tuhan, kalaulah ibuku ada bersama, sudah tentu dia menyayangiku dan bersimpati melihat keadaan diriku ini. Kalaulah ayah ada di sini, tentu dia yg akan memandikan & mengebumikan aku bila aku mati.”
Katanya lagi : “Kalaulah isteriku ada di sampingku, tentu dia akan meratap kematianku. Kalaulah anak-anakku melihat jenazah aku tentu mereka berdoa: Wahai Tuhan, ampunilah dosa2 ayah kami kerana dosa2nyalah yg menyebabkan dia diusir drpd kg nya dan tinggal disini. Ayah kami terputus hubungannya dgn manusia kecuali hubungannya dengan Kamu, Ya Allah.”
Kemudian dia terus merintih lg dgn hati yg pasrah menghadap Tuhannya: “Ya Allah, Engkau memutuskan hubunganku dgn ahli2 keluargaku. Jgnlah Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu. Jgnlah Engkau masukkan aku ke dalam api neraka-Mu disbbkn dosa-dosaku yg lalu.”
Selang beberapa ketika, lelaki itu terjatuh hingga menghebuskan nafas terakhir disitu. Nabi Musa mendpt perintah Allah supaya pergi mencari lelaki itu bg menguruskan mayatnya. Maka pergilah Nabi Musa melaksanakan perintah Allah tersebut. Apabila baginda sampai ke tempat lelaki tersebut, baginda mendapati seorg wanita sdg menangis kesedihan disamping mayat lelaki itu.
Nabi Musa bertanya bertanya kepada Allah: “Ya Allah, bukankah dia lelaki yg Engkau suruh usir keluar dari kg halamannya dulu?”
Maka jwb Allah: “Wahai Musa, Aku kasihan melihat keadaannya keadaannya yg sentiasa merintih kepada-Ku krn penyakit yg dideritai serta disbbkan dia berjauhan drpd kaum keluarganya. Oleh itu aku kirimkan kpdnya bidadari & malaikat supaya menemaninya. Wahai Musa, apabila seseorg itu tidak ada keluarga, sebatang kara, maka seluruh penghuni langit dan bumi akan menangis krn bersimpati kepadanya. Akulah Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

