Saturday, March 26, 2011

Memories last forever....


Semalam...lepas balik dari kerja, aku tgk banyak baju aku tak kena iron lagi. Huh..byk tol. Inilah akibat kemalasan melampau. Aku susun baju yg tak iron lagi di suatu ruang supaya esok bila aku offday, aku boleh iron baju-baju aku. Lepas aku iron, ntah kenapa aku teringat nak selongkar kotak bawah katil aku. Dah bertahun aku tak bukak kotak tu. Rasa2 aku hampir tahun dah. aku bukak kotak tu.

Kotak yang aku simpan banyak kenangan aku sepanjang aku hidup. Surat2, hadiah, cenderamata dan even barang yang menjadi kenang-kenangan aku bila aku kunjungi sesuatu tempat, mersti aku ambil. Aku terpandang seketul baru. Batu kapur yang aku simpan ni ada kristal ditengah-tengah dia. Aku fikir balik dari mana aku dpt batu ni. last baru aku teringat ! Batu kristal ni pemberian kawan aku masa aku lepak kat atas bukit. Kira2 8 thn yang lalu.

Byk yang aku simpan dalam ni. Surat2 yang aku pernah terima dari kawan aku. Masa tu email belum famous lagi. Aku byk terima surat2 dari kawan baik aku, dan tak lupa surat dari arwah sahabat aku. Aku bukak satu-persatu surat yg aku simpan. Sekali terbaca aku tersenyum pun ada, tergelak pun ada. Tak sangka surat2 ni masih aku simpan lagi. yang pasti ada 2-3 keping surat yang aku terima masa aku tgh berkawan dengan sorang awek dari UTM ni. Aku pernah jumpa dia 2 kali. Aku tak ingat mcm mana aku boleh lost contact dengan dia. Ahaha...anyway, its an old story.

Bila pikir balik..seronok pun ada. Aku menatap satu persatu surat yang aku pernah terima. Sekali sekala aku belek cenderahati aku terima. Banyak. Ada satu yg aku simpan, kotak french fries McD yg aku simpan. Jenuh aku fikir kenapa aku simpan kotak ni. last aku baru terperasan. kat dalam kotak tu tertulis - 13 Mac 1999. Aku, Ida, Ween dan Mie. At McD KLCC. OOoooOO..baru aku teringat. Masa tu aku celebrate untuk kali terakhir kawan baik aku Ween nak study kat German. Kami lepak kat Mcd KLCC sebab esoknya Ween akan ke KLIA. sampai sekarang aku lost contact ngan Ween. :( Sejak dia balik..tak pernah langsung dia call aku.

Sebenarnya bila tgk balik kotak harta karun aku tu, rasa seronok pun ada. Sekali sekala nak bergenang gak air mata ni. Wahahaha..sebab banyak kenangan manis yang aku dah lupakan. tapi bila tgk isi kandungan kotak tu, aku rasa teringat balik. Dan antara hadiah terbaik yg aku dapat ialah Guitar pick Dunlop dari kawan aku. Dia siap buat tag kat guitar tu. And she is one of my good mates yg aku kenal. Skang ni aku dah lost contact ngan dia. Aku try cari via FB, tp tak jumpa pun.

Anyway, aku rasa sungguh bertuah sebab banyak kenangan aku dapat refresh balik. Aku simpan kembali kotak tu bawah katil aku seal balik dengan tape. Sekilas pandang, kotak tu mmg takde yg istimewa pun. Kotak tu hanyalah kotak kasut Nike. But kotak tu sendiri dah cukup bagi satu memori kat aku kerana arwah housemate aku dulu beli kasut dan dia bagi kat aku kotak tu sebab aku yg mintak.

One day, Insyaallah, aku nak tunjuk kotak tu kat sayang aku. Nothing rahsia pun. It just my memories yg aku simpan terlalu bayak dalam kotak tu. Even my family pun tak pernah nak tanya pasal kotak tu.

Ayway...seronok mengenang kembali kenangna lama...besstt !!!!

Photobucket

Friday, March 25, 2011

Before and After...


Korang tau sapa ni ?? Haa...mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa awek ni kan? Yang penting dia bukan awek aku (awek aku anak mami :p) dan yang betulnya dia bukan scandal aku.

Awek yang aku maksudkan dalam gmabar ni ialah Anette Olzon, vocalis kumpulan Nightwish yang membawa lagu genre symphonic metal dari Sweden. Aku adalah salah seorang peminat kumpulan ni. Kumpulan yang terkenal dengan lagu Amaranth dan Bye Bye Beautiful pada tahun 2005 mengegarkan industri tanah air sebab Anete Olzon adalah penanyi kedua yg diterima masuk selepas penanyi asal mereka dipecat.

Apa yang mengejut kan aku, selepas 6 tahun aku tak follow up, tetiba je wajah Anette Olzon dah berubah. Dari seorang muka yang enegertic, gediks, rambut panjang dan boleh dikategorikan sbg hot chicks, tetiba beruba menjadi seorang blonde, tembam dan tak salah kalau aku katakan muka pun dah mcm pakai botox. Wadehel.....

Sekali pandang aku ingat diorangdah tukar penyanyi baru, last baru aku tau yg ni adalah Anette Olzon yg aku kenal sejak tahun 2005 lagi. Aduila..kenapa dah berubah aku pun tak tau. Agak2 bila dah femes sangat mungkin dia nak ubah muka kot guna pembedahan plastik. Wahaha....

Anyway...sebagai permulaan bagi mereka yang tak pernah dengar band Nightwish ni, meh aku intro sket salah satu lagu diorang, Bye Bye Beautiful.

layann...


Photobucket

Monday, March 21, 2011

“Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?”

I must admit this is a true one. friend from FB just post this things and I admitt this is sooo true... :)


 seseorang menulis..

Satu soalan yang sering ditanya oleh ramai pembaca saya adalah “Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?”

First of all kita harus tanya adakah dengan melupakan dia, kita akan bahagia? Tidak kecewa lagi? Truth is, he/she is not the problem. The problem is kita! Kita yang membuat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

Sebelum I beri 10 cara melupakan your ex, Sedikit coretan dari article setahun yang lepas bertajuk, my “Ex Cinta” : :-

I selalu treasure my feelings for them. I selalu embrace my good times with them. Sometimes, I duduk sorang-sorang kat my condo balcony, I ingat balik kenangan-kenangan terindah….places that we went together…. things that we did bersama…best! It keeps me going… Tak semestinya I nak kat dia balik… tetapi, bagi I mengenangkan saat-saat manis bersama my ex’s, ia membuatkan I rasa I ni adalah orang yang sangat bertuah. I pernah melalui saat yang terhebat dalam hidup I…saat yang menggembirakan. Why must I lupakan? I love the feelings…I use to love her…

Yes, dia tinggalkan I, Yes…dia curang, dia ada balak lain, dia nak break, dia tak boleh terima I yang lower standard dari dia masa tu, and yesss… I tidak berjaya lagi di kala itu dan dia mahu kan lelaki yang lebih berjaya. Well fine!

    But to me, Thats not enough reason for me to hate or to forget my ex’s. I boleh biarkan… I boleh terima, walau pun sakit di hati. Meronta di jiwa…geram dan terkecewa, BUT I had a good times, I pernah dapat rasakan betapa mereka sayangkan I, dapat rasa cinta mereka…so to me, I will never forget my ex’s! Boleh nak lupa jika mahu…but buat apa?!

And you know what…dengan cara terus menghargai saat-saat indah bersama ex’s, dan dalam masa yang sama mahu mengalaminya dengan lebih hebat lagi bersama cinta yang baru, ianya membuatkan I merasa cinta yang baru jauh lebih hebat, dan tanpa I sedari kisah-kisah cinta lalu…segala kenangan manis bersama ex girlfriend semuanya perlahan-lahan menjadi hanya tinggal kenangan…masih ingat, tetapi tanpa rasa cinta.

I guess that’s the secret of how to forget your ex’s …

    The more you think and accept the past has gone with the greatest time of all, the more you forget and redeem yourself to be better!

“As for me, I still love the old moment but my time with my real love now is beyond better, more loving and so much beautiful!”

Boleh follow ke cara ni hehehe… Masih berkawan dengan my ex’s TANPA memikirkan feelings, just purely friend. Tahan dan sabar tengok dia dengan cinta barunya… boleh? Kalau tak boleh jangan buatlah… nanti lagi merana. Like me, I’m strong kuat iman hahaha…

  • So for those yang nak melupakan kekasih yang berkali-kali menduakan kita, curang dan curang lagi, yang telah menghancurkan hati dan jiwa kita. For those yang nak menghindarkan dari duk teringat-ingat kat your ex’s hingga memberi kesan buruk pada kehidupan anda hari ini, ini ada beberapa cara penting untuk anda lakukan…

  • Before that, I nak cakap, “Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun kita cintai, sayangi dan amat kasihi, mestilah lagi susah!”

But kita boleh cuba… Okay, First sekali kita kena bersedia, READY TO LEAVE EVERYTHING BEHIND!- are you ready? If not ready, then boleh berhenti membaca sekarang hehe…

Ini untuk orang yang bersedia untuk melakukan MAJOR changes! Perubahan besar dan drastik, Ready?

  1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.
  2. Removed and block his FB account now!
  3. Stop visiting his blog, his wall, his pages, his sites, he’s depan rumah, he’s jalan, he’s lepaks place, STOP IT!
  4. Stop asking about him, ni asal jumpa kawan dia je, “Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!
  5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.
  6. Stop calling, stop smsing, stop contacting dia …no last call, stop everything for good!
  7. Kalau boleh, buang apa-apa saja yang boleh mengingatkan dia.
  8. Delete lagu-lagu dan movie cd’s yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh you mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tetapi BUANG!
  9. Lose everything, every single thing hingga tiada cara nak trace balik lagi.
  10. Okay, yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. From your heart dengan tulus dan ihklas, maafkan dia… biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, it’s okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada berbagai-bagai cara lagi untuk melupakan bekas kekasih anda, tetapi Masalah yang anda hadapi sebenarnya,

Anda tidak boleh melupakan cinta lama ni adalah kerana anda masih dwell to the past, sengaja mengingati kisah dulu-dulu, masih duk khayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu …kalau macam tu sampai bila-bila lah you tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri anda, percaya kepada Allah yang anda akan bertemu dengan jodoh anda yang sebenar-benarnya, soon! Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat anda untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai san sangat sayangkan anda dunia akhirat!

Really hope it helps, and I wish you all the best and good luck!

Photobucket

Sunday, March 20, 2011

Atur hidup orang....


Mann..I love this song. Aku tetiba leh lupa lak lagu ni. Masa tgh dok lepak kat lab, sekali member aku bukak lagu ni. Wahaha...lagu sedih...hurmm... :|

**********

Semalam aku sembang ngan bapak aku. Banyak menda menda yang aku sembang. Soal future aku, soal hal aku sekarang dan mcm2 lagilah termasuk soal nak makan apa mlm nnt. Wahaha....

**********

Semalam jugak, aku agak kurang selesa dengan cara makcik aku buat kat aku. Al-kisah lepas balik dari kenduri kat umah kawan aku, aku decide nak gi majlis pertunangan cousin aku kat Kulim. Kebetulan dia balik dari KL. Soo memandang aku dah lama tka jumpa cousin aku ni dan dia nak bertunang soo aku pun pegilah. 

Mcm biasa bila pegi, ramai sedara mara yang aku jumpa. Haha...family sebelah bapak aku ni mmg jenis suka buat ramai beb. Sebab ikatan kekeluargaan kami mmg sgt erat. Kalua ada kenduri je semua nnt nak turun, termasuk majlis engagement cousin aku ni. 

Semalam masa tengah dok lepak-lepak ngan cousin aku yang lain tetiba mak cik aku panggil aku. Dia kata urgent sangat. Ishk....aku tak faham. tak pernah dia buat urgent mcm ni. Dia tarik tangan aku terus pi introduce kat kawan dia. Yang kebetulan dtg kat majlis tu. Kawan dia kebetulan duduk area umah kat cousin aku yang bertunang ni. Abih dia buat ramai kata aku ni single lah..tak kawen2 lagi lah. Mak dia tgh dok cari calon lah. 

Aku lak terus termalu dan terdiam tak tau nak cakap apa. Aku tgk mak aku pun mcm blur ja. Adui laa....aku cukup tak suka cara makcik aku ni suka sangat buat ramai dan mami jarum dari dulu lagi. Apa lagi dia introducekan anak kawan dia kat aku. Hurmm...siap buat kecoh lagi. Dok sibuk sangat nak kenenkan aku ngan anak kawan dia ape hal. Aku tau aku nak cari sendiri. Bukan masalah dia pun. Dulu masa aku susah..siap ngata kat aku lagi, siap salahkan aku semua apa yang jadi. Skang ni nak atur plak hidup aku dengna siapa aku patut 'couple' dan aku patut dijodohkan. Sorry to say my makcik but dalam hati aku cakap "WTF !!!"

Aku tak suka dibuat mcm tu. Kawan dia plak dok bising mcm mami jarum. Tarik tangan anak dia soh aku sembang ngan anak dia. Aku jadi rimas. Dek kerana nak amik hati dan tak nak berlaku biadap dan nak menjaga air muka mak dan bapak aku, aku tegur minah ni. Aku buat2 sembang ngan dia mcm biasa. Sebab aku tak nak nnt depa tarik muka dengan aku. 

Yang aku tak puas hati, knp makcik aku beria-ria sangat nak kecoh2 depan sedara-mara aku yang lain? Kenapa sembang nak buat ramai sangat depan makcik n pakcik aku yang lain? Kenapa dok sibuk sangat dok kata " Lepas ni dia lak turn makan nasik miyak plak" sambil dok cuit kawan dia?

Please la..aku ada akal dan perasan jugak. Aku ada akal untuk nak pilih siapa yang aku suka dan siapa yg aku nak. Dan aku pun ada perasaan untuk suka kat sapa atau tak. Yang nak kawin esok2 nanti bukan makcik aku. Yang nak kawin esok aku. Sorry makcik...I already have someone that I lovvveeeeeee her sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo muchhhhh !!! Ahahahaha..amik kau.

The thing is, aku tak marah pun. Nak rasa down or pressue pun tak. Aku siap tergelak lagi lepas aku sembang ngan minah tu then aku pi kat mak aku. Mak aku heran. Mak aku tanya kenapa aku gelak. Aku senang ja jawab "Pandai sangat atoq hidup orang." Mak aku senyum ja.

Aku tanya kat mak aku "Mak, pilihan hati mak untuk Pojie sapa?"

Mak aku tgk ja muka aku.

"Mak tak kisah. Pojie sendiri yg patut buat keputusan ni. Mak tak nak nnt bila mak n bapak tentukan siapa patut jodoh ngan Pojie nnt lepas tu Pojie tak bahagia buat apa. Tak bahagia means bukan pilihan kami tu tak baik, tapi Pojie tak leh hidup dengan dia sebab Pojie tak pernah sayangkan dia. Buat apa? Pojie pilihlah siapa yang terbaik untuk Pojie. Mak n bapak tak nak tentukan. Asalkan kami tgk dia baik dan mampu bahagiakan Pojie, baiklah untuk kami."

Aku diam je. Aku merenung ke tanah. Cuba pikir balik apa maksud mak aku.

"Kenapa? Pilihan Pojie sekarang ni tak baik ke? Pojie tak suka ke kat dia?" Mak aku bertanya. 

"Iskk..taklah...saja tanya. Sebab Pojie tak nak nnt mak n bapak tak suka dengan keputusan dan pilihan Pojie sendiri."

"Mak Bapak mana tak nak tgk anak dia bahagia....tapi POjie kena pilih apa yang terbaik untuk Pojie. Pojie sendiri boleh menilai siapa yang ok dan siapa yang tak kan?" Mak aku cakap dengan nada serious.

"Mak rasa makcik buat tadi tu melampau tak?"....

"Biaq pi kat dia. Dia mmg mcm tu sejak dari dulu. Dia mmg sayangkan hang. Cuma mulut dia tu saja kekadang mcm tu. Dia dok bela dan jaga hang dari hang baru lahir lagi. Dulu masa hang sakit masuk hospital, sapa dok kalut naik bas dok duduk dari pagi sampai petang kat wad teman hang? Dia jugak kan? Dia mmg sayang kat hang. Cuma perangai dia tu saja yang kekadang over. Hang bukan tak tau makcik hang tu mcm mana. Suka buat ramai. Biaq pi lah. Jgn layan sangat...."

"Hurm..." aku diam ja...malas nak pikir pasal ni. 

Aku teringat dulu masa aku break. Setahun lepas tu. Makcik aku dok sibuk carikan calon untuk aku. Siap kena paksa lagi. Siap kena kenen ngan anak mamak lagi siott !!! Wahaha...lawak tol. Yang aku tak suka..ramai makcik aku dan pakcik aku termasuk cousin aku sendiri yang tak menyebelahi aku. Mak bapak aku pun dah nak terikut dah cakap depa. Tapi mak bapak aku tau yang aku ni jenis keras kepala. Tapi at last depa masuk jugak belah aku. Apa depa kata..biaqlah bagi dia recover sket. Dia dok tgh pening tu. Bagi dia cari sendiri kan senang. Then depa diam. Cousin aku lak siap camdek aku lagi. Bila jumpa ja, kena. Tapi aku buat tak heran. Ada satu hari tu aku ngadap dengan semua makcik and pakcik aku. Aku bagi tau apa yang aku stand for. Aku dengan berani bagi tau yang aku akan cari sendiri walaupun amik masa sepuluh tahun. Kalau aku dah tak leh nak cari sendiri, aku akan serahkan kat mak bapak aku je. 

Dulu masa memula aku hampir nak recover dan aku nak pulihkan semangat aku, ramai yg nak tlg aku. Makcik2 dan pakcik2 aku semua cakap. "Buat apa hangdok cari jauh2. toksah dok percaya dah dengan perempuan dok jauh2 ni. Cari yang dekat2 senang. Cari yang jauh2 mcm ni la jadinya. Hang punya dok setia baik ngan dia. Tapi dia main kayu tiga kat belakang tikam hang .."

Hurm..yang ni aku mmg setuju. Dan aku pun dah pikir mcm tu. Aku dah tak percaya lagi pada long distance relationship ni. Aku tau ramai orang lain yang berjaya dan bertemu jodoh dengan cara ni. But bagi aku, aku mmg takkan percaya dan aku takkan bagi komitment untuk long distance ni. Sebab apa yg dah jadi kat aku, dah cukup mengajar pasal ni. 

Bila pikir balik pasal semalam, pasal makcik aku nak tergelak pun ada. Apa lah makcik aku ni. Leks la....kalau saya nak kawen...saya cari sendiri kay? Kalau mak bapak saya berkenan dengan calon menantu mereka sendiri...maka baiklah juga untuk saya....

Anyway makcik...I already have someone yang saya dah sayang....cuma makcik je tak tau lagi sebab saya mmg tak nak bagi tau kat makcik..wahahaha !!! Kejamnya aku...

Makcik......

Tolong jangan atur hidup saya kay *wink*

Photobucket

Wednesday, March 16, 2011

Play until the last breath..

My screen shot for their last moment before I win...The green alien is me - Scrin Clan.
Wahhaa......


Since today I'm currently have my off-day, i spent almost 3 hours playing computer games.My frist mission is to complete Command And Conquer Kane Edition. I almost forgot the shortcut key coz the last time I played this games is a year ago. As for today, I choose to be a Scrin Clan (a green ugly alien with a weird combat ship for their own come to the earth in the name for a invasion..) fight with Nod Clan (Node is a part human and part bionic where they transform to be a half robot, and Kane is their leader) and GDI Clan (this is a true human race soldier where they have future weapon equipment and hi-tech building and resources).


The map I choose as for today is a Twilight Map where al least 6 people can join in. But in this case I choose to play skirmish and not multi player. The game almost take me 2 hours to win coz all my contender I set up with a "Most difficult" mode with a Big Ambush strategy. Means? They will ambush their enemy (in this case it is me...hehe) with a lot of super power and using Shock and Awe strategy.


My first strategy is to built as many as soldier as I can at first. Make all necessary RnD for my soldier upgrade and make a heavy defense as quick as possible. I knew that during this critical time they will ambush me until they can penetrate my defense and they will send a supper weapon to destroy my base.


But, at last , when they lack of resource and start to slow down their unit production, I built my own battalion of units and the best part is I produced the most mean unit - War Mech Tripod (units with a 3 legs and use laser beam to destroy the enemy) and sent to their base for assault. And at last... I win !!! Wahaha...


Photobucket

Tuesday, March 15, 2011

Kerja oh kerja..



Masuk kerja..aku dah senyum dah. Aku tau something yang aku nak buat hari ni. Tetambah plak hujan dikala awal pagi ketika aku nak drive. Lepas tu plak CD player keta aku main lagu November Rain hulla....lagi la masyuk...

Lepas incident semalam aku bergaduh dengan Ms Lalang aka. nama saintifiknya disebut Ms Liew, baru depa tau sapa yang betul sapa yang salah. 

Mulai hari ni, bagi aku no more Mr. Nice Guy. No more Mr. Negotiable. Aku dah tau siapa yang menjadi duri dalam daging dlm kumpulan aku. 

Dalam etika kerja, aku cukup mementingkan professionalisma. Aku cukup pantang bila deal dengan orang, bila nak troubleshoot sesuatu masalah dan bila nak selesaikan masalah dengan org sendiri kita bersikap kebudak-budakkan. Kerja is kerja dan aku cukup pantang kalau sikap professionalisma tu tak guna dan one more thing - respect. Kalau kita hormati orang lain sama ada org bawahan and superior kita, kita akan mudah disenangi oleh kengkawan. That is simple bagi aku. Aku selama ni dah banyak bagi muka kat kumpulan aku. 

Since i'm the only person yang tau pasal blog aku ni, aku bagi tau apa masalah dengan group aku. For a certain people:

1. Lambat masuk kerja - more than 5 minit.Aku bagi tempoh 5 minit lewat sbg tka consider lambat. Bila lewat sgt dtg kerja tanpa reason munasabah dan tanpa bagi tau aku, ok you can see hell in the earth especially kat PG10 MIW ni. 

2. Rule no 1 bila masuk kerja check email dulu incase kalau ada passover job. For certain badut-badut kat sini, they are failed to do so. Yg first diorang bukak, FB dulu. Ni dah banyak kali kena dengan aku. And ada improvement sket lepas kena ngan aku. 

3. Tiket miss-commit. Ni lah kesalahan terbesar. Ada sekor dua yg selalu buat mcm ni. Bila due date tiket depa kena assign dah abis. Baru nak terhegeh nak buat. Akibatnya, depa kena thn maki ngan aku berjam-jam dan sorang dah dapat warning letter sebab 3 miss-commit dalam masa seminggu.  Boss aku yang bagi warning letter. Aku tak leh bagi. Sendiri mau fahamlah. 

4. Tak bersikap professional bila deal dengan orang dan buat kerja. Ni yg aku pantang. Ada prob kat tpt kerja sket terus nak buat gelabah and nak emotional. Mcmlah nenek depa nak dah bersalin depan mata. Leks bro..ada prob..tgk dulu apa prob tu. Ni nak emo lak. Dengan orang pun nak cari gaduh. Aku selalu dpt complain dari org lain pasal mamat ni. Last aku tak tahan, aku jumpa ngan manager aku - "Vincent, I'm concerning about to relocate one of my staff here at PG10. I dont think that he suites for this job and hopefully you can support me."

5. Bodo sombong. Nasib baik tak jadi kat shift aku. Ni shift lain yang kena. Kawan aku selalu complain pasal sorang mamat ni. Cakap pandai tapi kerja haprak. Bila ada kerja dia lah orang yg pertama sekali hilang. Sebab?? Tak tau.......WTF...kalau dia sembang kat junior tech, cerita mcm engineer. Tapi bila suruh buat kerja, mcm budak sekolah rendah dowhh...apa da...

6. Lack communication. Ni lah yang jadi kat shift aku. Aku kerja simple je. Apa2 masalah or apa2 problem share ngan team. Incase tak leh settle. Ada menda nak tlg member follow up kan, share or send email. Tapi diam. Last2 kena sensorang. Abih sapa nak menjawab?? Akuuuuu....jugak. Series ni. 

7. Lack teamwork. Ni pun ada sorang buat hal kat team aku. Tapi leks...aku dah hantar dia kat shift lain. Sebab aku tak suka org yg kerja tak mementingkan pasukan.Aku selalu cakap, kita bekerja dalam satu pasukan, bukan dalam satu tpt duduk ja. Ada info or knowledge nak share send email kat semua, ada menda nak share just share dengan team. Sebab aku sebagai shift leader boleh menilai sapa yang nak bodek dan sapa yg btl ikhlas buat kerja dan suka share maklumat. Tapi sekor ja yg buat hal ni. Nasib baik..

So tadi, aku masuk kerja, aku check email apa passover kerja dari shift lain. Kul 0830 aku panggil semua team aku masuk lab. Aku tanya sorang2. Apa passover kerja hari ni. results...aku tau sapa yang tak check email sapa yang check. Hari ni ada 18 passover kerja. Tapi sorang dua ja yang ingat tak sampai 3. wahahaha...see...nampak sgt tak check email. Apa aku buat? Aku suruh depa buat yang mana depa ingat dlm masa 3 jam. Mampos la....kena.  

The thing is skang ni aku dah malas nak bagi muka sangat. In term of relationship aku dengan team aku, semuanya ok. Takde masalah. tapi bila ada duri dalam daging ni lah yang membuatkan satu buat hal semua nnt nak kena. Dari dok simpan duri tu baik aku tembak pi tpt lain. 

Sebenarnya ssh nak handle team ni. Apa yg perlu ada sbg team lead adalah leadership and gain respect. Itu ja. Kalau org lain boleh respect kita sbg team lead, insyallah depa takkan tikam dari belakang. 

Anyway, aku nak ucapkan thanks a lot kepada semua team aku sebab depa memahami aku. And aku pun byk memahami depa mcm mana. Bukan senang tau nak memahami sorang2 ni. Nak tau peel kerja setiap org mcm mana. Ada yg kerja rajin tapi kalut, ada yang kerja tak rajin tp pandai bila bab troubleshooting. Ada yang byk mulut tapi kerja hampeh, ada yang in between pun ada. Hahaha....that is my team. 

Soo skang ni ada kat shift aku ada kekosongan. Sayang aku baru2 ni dah mintak tlg kat aku pasal kawan dia nak cari kerja. Based on sayang aku kata dia dah lama takde kerja, aku pun simpati jugak tetambah dia Melayu. Sebab...kalau boleh aku nak tlg bangsa aku sendiri. Aku tau kat tpt aku dilahirkan ni mmg ssh nak hidup kalau berkira sesama sendiri. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik utk tarik dia masuk sini. Incase kalau dia tak dpt sini pun, sekurangnya dia dpt kat tpt lcampus lain. Mana2 kosong janji kerja !!


Satu ja harapan aku, dlm bekerja perlukan byk bertanya. Aku suka dengan org byk tanya sebab nak berlajar. Aku pun suka byk tanya kat org. Sebab dgn bertanya nihlah kita boleh dpt ilmu. Aku mmg cerewet bila nak tarik org masuk dlm team aku. Bukan aku memilih. Suka atau tak, aku terpaksa cakap yang aku akan tarik org tu masuk dlm team aku bila dia sanggup ikut cara aku. Kejam kan? hahaha....tapi soo far aku byk dan suka dgr feedback dari team aku kalau depa kata tak puas hati. Soo aku try ikut depa jugak. And, dlm team aku sendiri, sifat malu dan takut nak berlajar itu yang jadi musuh dlm team aku.


Photobucket

Renungan..



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT
)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERA
KA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Photobucket

Sunday, March 13, 2011

Rock The Jam !!! \m/


Yesterday was a the best day to remembered.

Aku jamming dengan Faliq. Studio jamming kat Bandar Perda menjadi lokasi rendezvous kami. Kul 8 mlm Faliq dtg. I'm so happy sebab Faliq sahabat aku yang dah lama aku tak jumpa kini bertemu kembali. Kami borak2 dalam sejam kat kedai mamak sebelum aku bawak dia pi jamming.

Faliq dah banyak berubah. berubah ikut masa. kebetulan Faliq dtg sini sebab ada gigs kat Alor Setar. persinggahan pertama kat Kuala Lumpur sebab nak jumpa family dia. Faliq bawak 2 org band member dia. Ajoi and Sham.

"Bro..ada list lagu nak bawak nnt?"

//********* list lagu********//

1. Metallica - For Whom The Bell Tolls
2. Metallica - Orion
3. Metallica- Fuel
4. Guns N Roses - Sweet Child O mine
5. Scorpion - Rock You Like a Hurricane
6. Metallica - Master Of Puppets
7. Search - Pawana
8. Search - rock And roll Pie
9. Nirvana - Smell Like Teen's Spirit
10. Butterfingers - The Chemistry (Between Us)

"Ada..ada. Takkan tak dapat kot masa aku sms ko ritu?"

"Ada..aku takut ko je yang nak tukar plan last minit. Hehe..." Sengih Faliq yg nampak gigi ala-ala jongang dia.

"Mana leh..tu lagu fave kita tu. Zaman kegemilangan tu.." Aku tambah.

Faliq amik gitar aku. Hampir 10 minit dia perati.

"Bro..aku tgk gitar ni mcm dah lama tak petik..ko mmg dah bersara ke?"

"Hurm..lebih kurang mcm tu lah. Aku skang ni dah tak serious sangat dengan jamming. Bukan sebab aku tak suka. Tapi aku dah slow. Jiwa tetap music bro. Cuma aku je kat sini takde kaki yang boleh join aku."

"wahaha...ikut aku mau? Join aku kat sana." Faliq nak pujuk aku.

"Eh thanks bro, aku dah tak nak dah dok jauh2 ni. Lagipun aku nak tgk family aku lak." Aku menambah.

Mlm tu aku spend almost 4 jam jamming.

Haa.....puas..amik kau. Ahahaha...dah lama tak petik gitar sambil loose kan diri aku. Sekali sekala aku main bass. Aku tak terror sgt main bass sebab bass mmg penat nak main. First song aku main agak gugup sket. Maklumlah dah lama tak petik gitar. Main pun kekadang merapu sket. Faliq ketawa je bila kekadang aku lost  certain rentak dan not. Nasib baik dia bawak not lagu. Kalau tak aku mmg dah berterabur. Total aku main semua 5 lagi. Kata Faliq cukuplah sekadar 10 lagu. Dia pun dah letih. Haha...

Sepanjang aku jumpa dengan dia, aku banyak sembang bab2 kenangan lama. 2 member Faliq pun join sekali.  Faliq bayak cerita pasal aku kat diorang. Cerita mcm mana kami dulu active dalam band, cerita mcm mana aku mula berlajar. cerita lucu mcm mana bangkai tikus boleh ada dalam tong dram member aku. Hahaha...banyak lagi. Sekali sekala mengimbau gak kenangan beb....

Kol 1 Faliq balik. Aku rasa sedih sebab aku lepas ni tak tau lak bila nak jumpa dia.

"Bro..wa turun Penang nnt wa roger lu kay. Insyallah bulan depan nk turun lagi ni. Lepas ni tk nak jamming. Aku nak ko bawak aku pusing2 Penang intro aku kat anak2 mami lak."

Ahahaha....Faliq Faliq....

Photobucket

Lalang oh lalang.....



"Awak tidak mampu mengubah masa lalu dan awak tak mampu untuk mengetahui apa yang akan terjadi masa mendatang. Untuk apa awak harus menyesali masa lalu dan berasa cemas dengan masa yang mendatang? Yang terbaik...awak harus berlajar dari kesilapan masa lalu, bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan merancang apa yang terbaik untuk masa depan."


Aku suka dengan statement ni. Yeap..everything is right kalau bila difikirkan pasal diri aku. It doesn't matter who and what we have in pass, itu yang aku pegang dari dulu. Failed to plan is plan to fail. 

Aku jumpa Fieza a few days ago. Dah lama tak jumpa dia. She is one of my good friend yang aku kenal since 7 years ago. Aku banyak berbicara dengan dia pasal hal kami. Kami bertukar pendapat, pandangan dan masalah kami. Aku suka sembang dengan dia. Tak pernah kering gusi. Tapi disebalik dengan apa dia hadapi sekarang, mungkin tka ramia yang tahu dia tgh bersedih. Tapi aku kagum dengan ketabahan dia. Aku terfikir, kalaulah aku di pihak dia, aku belm temtu bersedia menerima ujian yang begitu hebat mcm dia. 

****************

Denying mistakes bukanlah satu perkara yang aku suka buat. Yes, aku ada ego aku sendiri. ego sebagai seorang lelaki, ego sebagai seorang anak sulung, ego sebagai kawan. Tapi aku bersifat terbuka kalau orang cuba tegur aku. Aku bukannya keras kepala untuk menafikan kesalahan aku. Aku bukannya keras kepala untuk tak nak menerima nasihat dan teguran orang lain. Kalau aku keras kepala, aku dah lama buat hal sendiri. 

Fieza told me something yang membuatkan aku fikir banyak kali. And the way she told me, soooo rigt. Yes you are right my friend. 


And one thing, aku cukup tak suka dengan orang yang mempunyai sikap lalang. Yes I am. Aku mmg tak suka. Dan orang yang takde pendirian. Apa kaitan dengna lalang dan pendirian?? Bagi aku orang yang bersikap lalang ni ibarat mcm suka ikut cakap/telunjuk/perangai orang lain sedangkan dia tak tahu apa yang dia nak dlm diri dia. 
Bila dia ikut ckp orang dia tka sedar yang dia takde pegangan hidup. Suka ikut cakap orang, suka buat teruk dan suka menyusahkan diri sendiri. 

Prinsip aku simple, life is life and hidup biar berprinsip. Tak kira apa prinsip pun. 

Tak susah menjadi manusia. Nak jadi manusia hidup biar berprinsip dan ada pegangan.

Tak susah menjadi seorang Islam. Hidup kena berpegang pada Al-Quran, Sunnah dan Hadis. 

Ada betul kan? 

Photobucket

Saturday, March 12, 2011

Secrecy....

While I was watching Hindi movies at kedai mamak yesterday eve with Fieza, she asked me about my history. What are the best memories and the best thing I ever had and nobody's doesn't know about it.

hurm...

I dont' have the standard answer. I know I had lots one. I couldn't recall. She took the pen and asked me to list down. Wahahaha...it is a nice thing to do so. We made a list together.

"1st, list down your best memories. It doesn't matter how many. 2nd, list down the interesting fact or story that nobody didn't know...and lets see each other..." she asked.

Ok...start to recall. Since I was in secondary school until today. it took me almost half an hour to list. Fieza took around 45 minutes. The list might be Malays translation.


Best memories I ever had :

1. 1998 - Mewakili sekolah dlm pertandingan rekacipta Sains peringkat negeri di RECSAM. Aweesomee !! Although we lost, but we feel so satisfied with our work. At least we are not lost to Penang Free School !! Wahaha..

2. 1998 - Best civil engineering student in from 5. I was awarded with a certificates and RM300 voucher money by former Chief State Minister Dr. Koh Tsu Khoon. The best part is, I'm the only Malay in form 5 who got the best student, the rest are Chinese !

3. 1998 - I got 7A's in SPM trial and my dad bought me a bike !!

4. 1997 - Represent state in hockey for MSSN.

5. 1996 - Got 5As in PMR, has been offered to study at MRSM Pengkalan Chepa. But I rejected because I don't think that I'm ready to attend a school far away from my home. :P

6. 1998 - Got 13 aggregate in SPM and grade 1. I never thought my result will be so that easy coz I know that SPM is tougher than trial one. The best is, I got A1 in Add math, Chemistry and A2 in Physics!

7. 2000 - 2003 - represent MMU rugby club (MMU Barruance) as a wingman in friendly match b/w local and international elite club - Cobra, NS Wonderes, New Zealand Warriors, All Blacks Jr Rugby Club, Silverback rugby Club and Kelab Ragbi Diraja Selangor and UTM Skudai Wolfpack. Farhin Ahmad - currently an actor was one of my best mentors and sifu. he's a damn good rugby player. Our coach from Kem Komando Sg Udang is the one of the best coach we ever had. He's tough, sarcastic but he is so kewl...His motto" When the going gets tough..only tough gets going.. " Yeaahh...

8. 2003-2006 - Retired from rugby, joined music band. Learns guitar. The most unforgettable memory, when won 2nd runner up for MMUsic Battle of The Band 2005. Even not a champion but we only practice for 2 month before BOTB. And it was so awesome ! We got Rm400 bucks (not pretty worth but at least got some money :)) And we spend the money buying some music instruments and converted our room to be like a studio. \m/

Thing that people didn't know about me:

1. I'm not kind of vege eater. Green vege are the most one. Hahaha...

2. Hate spicy. Even chilli sauce I can say it is too spicy. :D

3. Love ice cream very much. Yumm yumm...

4. I had apply to further study at ALAM (Akedemi Laut Malaysia) after my secondary school finished. Parents didn't know that and my application are accepted. At last I had to change my mind since my dad don't want to involve in military carrier. :(

5. I'm a military technology freak. Most of my daily time, I'll read military magazines. My fave- Jane's Military, Asian Defence Industry Journal, TEMPUR and Perajurit.

6. I currently have a collection of 230 military magazines and 12 Encyclopedia of military thingy.

7. I was a junior writter (freelance) of TEMPUR magazines in 2007-2008. Even I don't have a steady salary, got my extra pocket money by writing. So far 13 of my articles has been published in TEMPUR magazine and one article has been translated to English by permission for Asian Defence Industry Journal. My nick name is GempurWira. :)

8. I love theater !!

9. I once keep cat as my pet when I was a student. I keep him for a 4 years until he died in a tragic accident. I love cat !!

Fieza has lot of memories and things that I don't know. The best part is, she hates cats and ice cream !! wahahahaha !!

Photobucket

Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Extreme - More than Words



Cakap pasal more than words, aku teringat balik lagu ni masa aku berlajar guitar. Lagu yang aku minat sampai kan aku berlajar main guitar. Susah beb nak berlajar lagu ni.

Photobucket

Tuesday, March 8, 2011

Rock forevaaa !!......


Tuuuutttttt !!! Tuuutttttt.....

Handphone aku berbunyi....cilakak..nombor anonymous dari kl keluar kat hp aku. Damn...aku mula rasa bengang. Tak tau kenapa...ni mesti orang tu lagi call aku. Aku mula nak rasa temper. Tetiba baran aku mula dok datang. Lek..leks....kena bersabar. Hp aku dok bunyi banyak kali ni. Aku tak angkat. Tangan aku tetiba mengeletar. Aku tau bila tangan aku mengeletar, adrenaline kemarahan aku sedang naik. Kot mana pun perangai lama tak leh buang gak aku ni..wahaha....

Aku biar je hp tu berbunyi byk kali. Sampaikan aku naik rimas...geram...nak je aku menjerit.

Msg aku bunyi...

"Bro..wat pe?"

Huh? Bro mana lak msg aku ni pakai nombor tadi. Aku gamble je reply.

"Tak wat pe pun...kat rumah ni"

"Owh.....ok ok." Dia reply balik.

Aku tunggu lama....lepas tu dia tak cakap apa2. Aku tak puas hati. Aku reply balik.

"Ada apa..ni sapa ni?"

Dalam 5 minit then dia reply balik.

"Aku, takkan tak kenal kot. Faliq. Satu group ngan Iwan ngan Bad. Budak Cosmic. Lupa ker?"

WAHAHAHAHAHAAHAHAHA !!!.....

Faliq my bro y'all !!!!!! \m/ \m/

Terus aku call. Aku borak panjang ngan dia. Damn Faliq..apehal ko menghilang ni.

Aku tk sangka kawan lama aku call aku balik. Kami borak panjang petang tu. Aku tak sedar jam menunjukkan kol 6 ptg dan aku tak mandi dan bersiap lagi ke tpt kerja !

Faliq, salah satu budak band Cosmic ketika aku masih aktif dalam band dulu. Kami adalah penggiat seni (walaupun tak popular tapi kami mmg selalu jamming sesama dan join gig sekali sekala). Aku series dah lama tak jumpa dia. Sembang punya sembang, Faliq bagi khabar gembira kat aku.

"Bro, sabtu ni wa turun penang, wa bawak instrument wa sekali. Jamming mau?"

"cantekkk bro...aku ok je. Dah lama tak asah jari petik gitar ni. Dah karat ni."

"Okla tu..lu mau main lagu apa?"

"Aku ok je..lagu2 lama kita jamming dulu. Banyak ni. Metallica, Limp Bizkit, Drowning Pool best siakk.Ko nak main lagu endon wa ok je. hahaha.."

"Waaa...lu masih power lagi ke. Haha...bro..kena ajar aku more than words. wa tka reti nak main sampai skang. Lu boleh tlg ajar tak? Lu terrer beb main lagu tu. Dengar citer dah gantung gitar kat dinding. Lu takde band kat sana ke?"

"Wa gantung gitar je beb. Tapi dok main sekali sekala. skang ni dah lama tak main. Main pon lagu2 kapak n lagu jiwang je bro...ahahaha. More than words? Aiseh aku pun dah lama tak main lagu tu. Main masa zaman cintan cintun adala. last aku main 2 tahun lepas masa annual dinner company aku. "

"Ahahaha....ok bro..ok je..lu bawak gitar lu. Ada lagi kan? Kalau takde wa bawak spare. Set time sabtu mlm. Lu ada tpt jamming?"

"Ada...ada...kat bandar Perda. Studio dia ok. Wa dah pi dah last year. Kita amik 4 jam. Minimum la. Lu dtg ngan sapa? Ada player lain?"

"Ada2 wa ada drummer ngan bass player lagi. Budak gua gak. Tapi diorang ni tak biasa ngan lu bro. Wa dtg kl sebab ada gig kat Alor Setar. Alang2 wa dtg sini la. Dgr citer kat sini anak mami ramai solo lagi. wa ingat nak sambar sorang dua."

"Ahahahaha..cilaka lu..dari bagi kat ko..baik aku amik. Takpa bro..nnt dah biasala. kata Rockstar. gamble punya..."

Faliq..Faliq...kot mana pun perangai tk leh ubah. Aku sebenarnya byk kenangan ngan Faliq ni. Dia tua aku 2 tahun tapi pengalaman bermain gitar dan skill goreng gitar tanpa minyak berkolestrol mmg power. Aku berlajar banyak dari dia. Dari dialah aku berlajar mcm mana nak petik guitar dulu2. Sifu aku lah katakan....


Then aku teringat kat guitar aku. Guitar Ibanez RG series Black Ebony aku beli kira2 5 tahun lepas. Harga dalam sekitar RM2000. Waa...banyak kenangan aku ngan gitar tu. Dari mula aku aku perform atas stage dan mula2 aku buat band dulu. Stage? Aku bukan artis ternama beb. Gigs kecik2 je aku join. Dah lama aku simpan bawah katil. Huu...inilah masanya nak warm up ni. Tapi memandangkan aku takde amplifier, aku rilek je. Esok aku nak pinjam kat Nori. Konpem dia ada stock lebih.

p/s: tgh consider nak active balik dlm band ni memandangkan ada offer dari kawan aku...

Photobucket

Lega..................


Aku tidur 2 jam hari ni. Lepas balik kerja..I have a long conversation with my sayang. Kat 3 jam lebih. Then aku tidur. Kol 3 lebih aku terjaga.

Aku tunaikan solat zuhur. Aku berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk aku mengharungi cabaran yang akan datang. Aku tahu setiap ujian yang menimpa aku ada hikmahnya. Setiap dugaan yang menimpa aku ada penyelesaiannya. Cuma aku tak tahu...apa hikmahnya, apa penyelesaiannya.

Sepanjang petang tu aku banyak berfikir pasal aku dan hubungan kami. Apa yang harus aku buat, apa yang harus aku lakukan. Aku tahu dan aku dapat rasakan sesuatu yang mungkin akan berlaku. Soal sejauh mana aku harus menerima sesuatu itu, itu aku harus bersedia.

Aku kusut...bingung...semua tak menjadi hari ni.

Mak aku balik dari kerja pukul 4:30 ptg. Aku tahu bila melihat wajah mak aku, aku rasakan aku perlu cakap ngan mak aku n parents aku. Cuma, aku tak tahu mcm mana aku nak cakap. Aku harus berhati-hati agar aku tak nak bagi diorang salah sangka di antara semua pihak. Aku tau, bila bab bercerita kat parents aku, aku kena cerita habis habisan. Aku kena cerita sebenar benarnya tanpa selindung.

Aku gagahkan berani dan merapati mak aku dan bapak aku.

"Mak..bapak...Poje ada something nak cakap sket. Just nak mintak advise and pendapat dari mak dan bapak pasal problem Pojie skang ni.."

Aku tgk muka bapak aku cool je. Mcm muka takde perasaan. Tapi aku tau dia mmg tgh concerntrate dengan apa yang bakal aku nak cakap kan. Mak aku plak renung kat aku. Seolah olah sudah mengetahui apa yang aku nak cakap.

"Apa dia...cakaplah...pasal apa ni?" Tanya mak aku.

Aku tersekat-sekat nak bercakap sebab aku tak tahu mcm mana nak cerita dari mula. Karangan 1000 patah perkataan yang aku karang dalam kepala otak aku tadi tetiba dah terpadam. Aku tahu setiap percakapan harus mengikut format yang betul dan jln cerita yang betul agar tak lari dari cerita sebenar.

"Erm..pasal Pojie mak..pojie ada problem sket nak bagi tau ni."

"Banyak ke...apa problem tu...cakaplah...terus terang dengan kami. Jgn nak selindung. Bapak tak suka anak2 bapak suka selindung masalah dalam rumah ni. Ada apa2 ja terus cakap." Bapak aku memulakan mukadimahnya.


"Banyak jugak. Tapi Pojie nak cerita satu-satu dulu sebab Pojie tak nak nnt mak ngan bapak tak faham." Explain aku.

"Cerita yang mana penting dulu..." Mak aku menyampuk...

"Mcm ni...Pojie ada 3 problem yang Pojie dah buntu sangat nak fikir pasal ni...................."

Aku memulakan perbualan. Aku tabahkan hati cerita kat mak dan bapak aku. Sekali sekala aku tgk depa diam. Mak aku mmg renung muka aku dari tadi. Aku mmg nervous kalau orang tgk muka aku mcm tu lebih lebih lagi mak aku. Sebab dia tgk mmg ada makna. Aku tau dan aku kenal mak aku. Aku tau mak aku boleh hidu masalah aku cuma dia nak tgk sejauh mana aku nak cerita. Bapak aku plak buat muka cool. Sesambil dia tgk muka aku. Sesambil dia tgk tv. Aku bengang pun ada gak. Orang tgh dok kalut cerita dia dok tgk tv. Tapi aku tau salah satu cara dia concerntrate ialah dengan tgk kat tpt len. Kat situ dia boleh imagine problem tu. Aku mmg tau bapak aku jenis mcm tu.

Aku cerita dari A sampai ke Z. Semua aku cerita. Lepas setengah jam aku luahkan perasan aku, aku diam. Mak aku pun sama. Bapak aku pun sama. Masing2 seolah-olah buat jln buntu.


Akhirnya bapak aku bersuara. Dia cool je. Mcm takde satu pun prob. Bapak aku memulakan perbicaraan. Mak aku diam. Bapak aku byk bersuara dari mak aku. Mak aku tau kalau dia bersuara mungkin dia akan sikit emosi dan bagi advice yang tak sepatutnya. Bapak aku banyak bagi pendapat dan nasihat. Semua.


Lepas sejam bapak aku nasihat, barulah mak aku plak. Mak aku jenis tak nak cakap banyak. Dia lebih selesa ikut nasihat bapak aku je. Tapi dlm byk2 nasihat tu lah dia byk bagi kata2 semangat kat aku. Aku mmg tak sangka mak and bapak aku betul2 bagi nasihat kat aku. It just not and advise tapi banyak bagi kata-kata semangat, cerita teladan based on pengalaman mereka sendiri, dan banyak lagi. Itu yang membuatkan aku rasa lapang dada sket. Aku banyak berborak dan bertanya pada mak dan bapak aku. Aku tak jangka keputusan yang mereka buat ni jauh dari expectation aku. Rupa-rupanya depa bagi aku choice. Aku diberi banyak pilihan but as they said, it is depends on you how I want to play games with it. Dan kena tau setiap pilihan ni ada baik buruk dia.

Aku rasa lega. Segala apa yang dok berserabut ni aku dah luahkan. Tak perlu dok pikiaq kalut2 dah. Atleast aku tau sket jln penyelesain untuk aku. Cuma mcm bapak aku bagi tau, aku ada banyak pilihan untuk nak selesaikan masalah aku. Siap dia bagi tau lagi. Tapi setiap pilihan tu ada risiko dan impak dia. He asked me to get ready utk setiap pilihan tu.

Aku tau dan aku faham bebetul dengan apa yang bapak aku maksudkan. Aku rasa bersyukur kerana bapak aku banyak memberi pilihan kat aku. One thing yang aku tau, mak and bapak aku mmg faham dengan situasi aku. Mak aku, aku tgk dia mcm dah tau cuma dia tak nak tanya. Sebab dia tau anak dia akan cari gak mak bapak utk bawak berbincang. Mak...mak....konpem pakai ilmu psikik dewa alam ni....

One thing aku rasa2 sangat terharu bila bapak aku sendiri buat statement kat aku. Aku bukan suka di compare dengan adik beradik aku. But this time apa yang dia kata tu betul. Dia beza kan aku dan adik aku. Dan dia tau apa kelebihan aku dan apa kekurangan aku. One statement yang dia kata pasal jodoh ni dan dia kata kat aku sendiri. Utk diri aku. Apa dia...itu adalah rahsia aku dan aku tak leh bagi tau kat sesapa pun. Aku mmg terharu dengan apa yang dia kata. Cukup sekadar aku tau dia mmg sokong aku selama ni. Dan dia tau aku mmg boleh selesaikan masalah aku sendirian.

Skang ni aku dah rasa lega...aku dah mampu senyum sedikit walaupun aku tahu apa yang akan terjadi. Tapi setidak tidaknya aku tahu apa yang perlu aku cakapkan aku dah luahkan kat family aku dan mendapat sokongan dari mereka. Aku bangga menjadi diri aku, menjadi anak lelaki dalam keluarga aku kerana aku tahu menjadi anak lelaki dan lebih2 lagi anak lelaki yang paling sulung membuatkan aku diberi banyak pilihan oleh org tua aku. Mereka tak pernah memaksa aku ikut cakap mereka sepanjang aku hidup. Melainkan kalau sesuatu dah menjadi terlalu buruk, barulah mereka akan amik keputusan untuk menggunakan kuasa mandatori. Itu pun aku tau kebanyakakn apa yang mereka buat adalah utk kebaikkan aku gak.

Bapak aku simple. Kalau diri aku tak leh solve dia akan bagi byk pilihan dan cadangan untuk aku. Dia kata skang ni aku pilihlah sendiri yang mana rasa patut diikut pilihan tu.

Utk mak and bapak, Pojie nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi banyak sokokngan kat Pojie. Pojie tau mak dan bapak sayangkan Pojie and Pojie pun sama, sayangkan mak and bapak. Pojie tau mak and bapak sentiasa buat apa yang terbaik untuk anak dia kan? Love you mom and dad !!!MMMuaaahhhss~~~~




Photobucket

Monday, March 7, 2011

Ku memohon kepada -Mu


“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.

Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini melibatkan masa depanku, andai kiranya Engkau tahu siapa yang Engkau jodohkan yang terbaik untukku maka permudahkan untukku, andai Engkau tahu siapa yang terbaik, adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”

In loving memory


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ketika aku diuji 3 tahun lepas, mcm2 yang aku hadapi. Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengujiku kerana aku tahu, kerana ujian Allah lah aku dah banyak mula mengerti dan berlajar untuk mengenali diri aku. Kerana ujian Allah lah aku dah banyak berlajar untuk bersabar, berlajar lebih cekal dan berlajar untuk meneruskan kehidupan aku.

Tak ramai yang tahu insiden aku 4 tahun lepas. Tak ramai yang tahu apa yang terjadi. Hanya kengkawan rapat aku yang tahu. Hanya kengkawan yang pernah tahu betapa kecewanya aku saja yang tahu. Mie, Fieza, Arwah Wanda, Arwah Angah dan Arwah Syikin. Sayang aku baru je tahu. The rest, dioranglah yang byk tahu since memula aku break. Dari 6 orang yang tahu, 3 darinya telah meninggalkan aku selamanya. Membawa segala kenangan aku dan cerita aku bersama mereka....

............................................

Aku bukan jenis suka berbohong. Aku bukan jenis suka putar alam. Aku tahu aku banyak berahsia. Kengkawan aku kat sini byk tak tahu pasal ni. Bukan aku tak nak cerita. The thing is, bagi aku dah cukup perit aku nak mengingati dah cukup perit untuk aku hadapi. Orang boleh kata dan orang selalul kata "Kenapalah buat teruk , pasal awek pun nak amik masa 3 thn nak lupa. Selama ni hang couple break pun bukannya susah, carila awek lain. Dok buat mcm mati bini. Mati bini pun tak mcm ni tau."

Yer...mmg betul...diorang tk tahu disebalik cerita tu, siapa yang buat tahana kat aku. Siapa yang menjadi duri dalam daging kat aku...ada orang tahu ??

Kerana pasal menda ni lah aku kehilangan kengkawan aku. Kerana pasal ni lah aku kehilangan kawan baik aku. Kawan baik aku yang menjadi musuh ketat aku. Ya..dulu dialah kawan baik aku. Aku dah bersumpah, aku takkan maafkan dia sampai ke akhir hayat aku. Kelak aku mati dan sampai ke alam akhirat, aku akan tuntut segala hutang aku dan segala perbuatan dia kat aku. Akan aku tuntut....

Aku bukan jenis pendendam..tapi aku tau Allah itu Maha Adil. Aku sentiasa memakbulkan doa orang-orang yg teranaiya. Allah sentiasa tahu apa yang kita lakukan. Mungkin di dunia dia boleh bersenang lenang, tapi di akhirat kelak, aku akan gunakan mahkamah akhirat untuk menuntut segala keperitan aku dan kesusahan aku kerana dia. Sebab aku tau di sanalah mahkamah yang paling adil untuk aku.

..............................................

Aku dah maafkan dia walaupun aku tau dia banyak menyusahkan aku. Kerana dialah aku jadi mcm ni. Tapi aku tau dia tak bersalah dlm hal ni. Cuma kesalahan dia kerana terlalu mempercayai orang lain. Dan aku sedih kerana dia masih tak percaya kat aku walaupun aku mengenali dia lebih dari 20 tahun. Dia pernah cakap kat aku. Dan dia tak pernah berlajar untuk mengenali aku walaupun lebih 20 tahun aku mengenali dia. Aku tak nak ungkit keburukan dia dan apa yg dia dah buat utk aku. Cukuplah aku katakan dia dah byk kali buat aku jauh hati, dah bayk kali buat aku terasa dan banyak kali buat aku kecewa. Tapi aku masih bersabar dan aku tahu ada hikmah disebalik semua ni.

"Awak tau tak..sepanjang kita kenal, ayah saya sendiri yang saya kenal sepanjang umur saya pun saya tak percaya. Ini kan awak yang baru 20 tahun saya kenal. Lelaki semua sama. "

Kata-kata itulah yang membuatkan aku cukup kecewa......


Untuk awak buat kali terakhir, saya tahu awak akan baca tulisan saya ni. Saya nak awak tahu yang saya dah buang awak jauh dari hidup saya. Saya akui kita tak boleh lupakan memori kita, tp saya nak awak tahu saya dah buang awak jauh dlm hidup saya.

Awak...tak perlu lagi cari saya. Awak terukanlah kehidupan awak yang bahagia tu dengan suami awak, dengna orang yang pernah awak kata awak percaya seumur hidup awak. Dialah yang awak perlu percaya seba bdia suami awak sekarang.

Awak..please jgn ganggu lagi hidup saya. Segala kenangan kita, gambar kita, hadiah yang pernah awak bagi kat saya, even cincin yang awak belikan kat saya semua saya buang jauh2. Saya tak perlukan semua tu lagi untuk mengingati awak. Saya tka perlukan semua tu untuk mengimbau kembali kenangan manis kita. Biar saya anggap awak hadir dalam hidup saya sebagai kenangan pahit untuk saya. Saya dah buang jauh2 dah. Takde satu pun barang2 awak saya simpan. Even sekeping hati yang pernah awak bagi kat saya sebelum ni.

Awak, 20 tahun kita kenal, awak dah mensia-siakan persahabatan kita. Saya penat awak, penat berkawan dengan awak. Sebab 20 tahun kita kenal awak ta kpernah menghargai saya. Awak lupa apa yang saya pernah tlg awak. Masa awak sakit, masuk hospital dulu, siapa yang sanggup amik cuti semester kerana menemani awak? Siapa yang sanggup bercuti dari berlajar semata-mata untuk memberi sokongan kat awak ketika awak sakit?

Awak tka pernah hargai semua tu. Byk lagi awak, banyak lagi. Cuma saya tak nak sebut kat sini je.

Cukuplah perhubungan kita selama 20 tahun sekadar tinggal dalam kenangan. Saya dah serik untuk mengenali orang mcm awak. Saya dah serik untuk menyambung kembali persahabatan kita. Cukuplah...

Awak, tlg lah jgn ganggu hidup saya lagi. Jgn hadir dalam hidup saya lag iwalau pun hanya untuk sesaat. Awak teruskanlah kehidupan awak di sana. Saya tau awak tak bahagia sekarang. Takpelah, saya akan doakan kebahagian untuk awak.

Awak, saya tahu awak tgh sakit sekarang ni. Awak yang cakap. Saya minta maaf ketika awak menelefon saya tempoh hari, saya tak menunjukkan sikap simpati kat awak. Saya sebenarnya simpat ikat awak. Saya sedih sebab awak sakit tapi awak, saya minta maaf saya tak mampu untuk menerima awak lag idlm kehidupan saya. Saya tka mampu lagi mengharungi kepreitan mcm dulu. Saya akan doakan agar awak sembuh kelak. saya tahu family awak akan tlg awak suatu hari nanti.

Awak, lepas ni tlg jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak sebab kerana awak hubungan saya dengan dia akan terjejas. Saya tak nak mcm mana husband awak buat kat kita, mncm tu awak akan buat kat saya. Awak, tlg lah mengerti yang saya nak life saya sendiri.

Awak, saya dah maafkan segala kesalahan awak kat saya. Segala mkn minum, pengorbanan saya kat awak saya dah halalkan dari dunia hingga ke akhir hayat. Awak, maafkan kesalahan saya kala uselama kita berkenalan saya dah byk menyusahkan awak saya dah byk buat awak sedih. Saya tahu dlm hal ni saya pun bersalah. Cuma apa yang saya nak kemaafan dari awak.

Biarlah kita membuat haluan masing2...saya akan sentiasa doakan kebahagian untuk awak agar awak lebih tabah. Saya dah merasa awak mcm mana nak berlajar untuk menjadi tabah dan sabar. Saya dah berlajar. And i learn it in a hard way. Bukan senang awak.

Awak, saya nak awak tahu saya amat menyayangi orang yang saya cintai sekarang ni. Soal siapa dia, awak tak perlu tahu. Soal siapa yang lebih baik sama dia atau awak, itu saya yang tahu. Soal siapa yang lebih memahami siapa, itu soal saya. Awak tak perlu tahu semua tu. Cukuplah awak dah menyusahkan saya. Tak perlu menyusahkan org lain lagi. Saya takkan biarkan awak kacau hidup dia dan saya takkan biarkan awak ganggu dia. Awak tak perlu untuk mengenali dia sebab cukuplah saya mengenali awak selama 20 tahun yang penuh keperitan. Cukuplah...

Awak, saya dah merasai mcm mana sia-sianya persahabatan kita selama 20 tahun. saya masih ingat ketika bermula perkenalan kita sejak kita mula2 masuk sekolah rendah, awak dtg cari saya. Sebab saya takde kawan masa tu. Awak hulurkan tangan dan saya menyambutnya. di situlah kita kenal. Kita menjadi semkain rapat sehinggalah awak berpindah ke KL. Cukuplah perkenalan kita. Kalaulah ditakdirkan saya tidak mengenali awak, saya mungkin takkan kecewa kerana awak. Tapi awak saya bersyukur kerana sebab awaklah yang membuatkan saya berlajar erti kesabaran dan berlajar untuk tabah.

Awak..untuk kali terkahir....terima kasih utk segalanya yang awak pernah hadir dalam hidup saya. saya akan ingati segala kebaikkan awak untuk saya. Saya akan ingati segala kenangan kita. Cukuplah kenangan kita sudah menjadi sejarah yang tidak akan mungkin berulang kembali. Biarlah coretan ini menjadi yang terakhir pasal kita. Selepas ini, biarlah ia tinggal menjadi kenangan bagi kita. Saya dah tka mahu sebut dah pasal awak sebab saya thau bila saya sebut pasal awak, perasaan saya akan menjadi hiba.

Awak, thanx for everything....


Photobucket

Sunday, March 6, 2011

Ada apa dengan bulan...

Wahaha...tetiba profile dlm fb aku ada menatang ni...kena hack ke apa...lantaklah kena hack..aku pedulik apa..haha...

Rahsia kasih sayang mengikut bulan...betul ke semua ni?? Ntahla...aku tak percaya sgt pada rahsia-rahsia ni. Rahsia tarikh lahir mengikut bulan la apa la...sebab dah nak mcm menilik la plak. Maybe ada kajian tertentu kot yang dah buktikan rahsia-rahsia ni kan? Kalau betul...tu boleh percayalah..

Tapi kekadang bila ushar balik apa yang dikatakan tu kekadang ada betul jugak. Hurm..ntahlah...kaalu apa yang betul aku anggap sebagai kebetulan kalau yang salah..aku just anggap kesilapan je...hehe...

Oh ye....aku skang ni dah dpt 8 balik member aku yang selalu ikut perkembangna blog aku sebelum ni. Last hari tu aku chat ngan diorang ni. 2 dok KL, sorang dok United Kingdom, sorang dok Ukraine dan lebihan pecahan tu dok Penang. Wahaha...aku dah lama tak join penulisan blog ni. Dulu aku sangat aktif. Sampaikan masuk forum dan join Kelab Blogger Malaysia. Kat sini lah aku kenal ngan bebudak ni. AKu selalu join aktiviti diorang ni. Merata aku pegi. Pahang, KL, Perak semua aku join....best....

Naziman tanya aku.." Bro ko letak lagu ni dlm blog ko..tak pernah di buat ko sebelum ni?? Apa cer?"

Haaa.......dlm banyak2 kawan..ko sorang je bro yang tanya...sepanjang aku buat blog..haram aku pernah letak embeded lagu dlm ni. Aku saja nak try sebab aku nak tgk samada bila aku embed multimedia nnt (video, youtube or mp3, flash) aku nak tgk sama ada blog aku ni lag ke tak. Aku selalu counting dia punya page per second dia bukak. Aku monitor gak sebab baru2 ni aku buat patch utk xml blog aku. Perbezaan after letak patch..takde apa yang berubah cuma patch yang aku letak ni sekadar nak support microsoft silverlight, flash player 10.0 dan a few things dalam XML punya latest script format je...nothing to do dengan template.

Aku dah malas nak tukar template baru soo far yang ini adalah template yang ke 7. Wahaha...penat aku nak modified template ni masa memula aku dapat.

Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...