Tuesday, December 28, 2004

selamat tahun baru untuk semua kengkawan aku....

Sedar tak sedar...dah sekat hujung tahun dah kita berada di tahun 2004. Cuma tinggal lagi beberapa hari je lagi kita akan membuka tirai 2005...hampir untuk kita untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2004. Mungkin ramai di antara kita yg dah ada azam baru...ada yg berazam nak berhenti rokok..ada yg berazam nak belajar rajin-rajin..ada yg berazam nak cari makwe/pakwe lain..ahaha...dan ada jugak yg tak berazam apa-apa.

Bagi aku tahun 2005 yg akan menjelang..aku tak berazam apa-apa..sebab...setiap kali aku berazam..susah sangat mende tuh nak jadi kenyataan. macam aku cakap dalam blog aku sebelum nih..aku dah ada ambition aku...so setiap tahun aku just target ambition aku yg sama je. Bagi aku tak perlu ksangat kita nak cita berazam something untuk tahun baru. Setiap kali tahun baru, org mesti tanya apa azam awak tahun baru ni. Bagi aku, kalau nak berazam bila masa pon boleh. hujung tahun, awal tahun, tengah tahun semua pon boleh. Nampak sangat kita nih takde pegangan hidup dan prinsip diri kalau kita nak harapkan hujung tahun, yakni bila nak masuk tahun baru, baru nak berazam. Tapi terlaksanakah azam kita tu? Tercapai ke azam kita tu? Itu yg kita harus pikir. sebab bagi aku..kalau nak berazam untuk melakukan sesuatu, baik kita berazam dengan sendiri, dengan ikhlas dan azam kita tuh akan dtg sendiri. Barula apa yg kita azam tu akan kita laksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Series bagi aku..tak guna kalau kita nak harapkan hujung tahun nak pasang azam, macam nak pasang niat puasa untuk sebulan pulak. Tapi belum tentu kita akan buat. Cuma bagi aku...setiap kali kita akan meninggalkan tahun 2004 ataupun tahun sebelum ni, aku kan kenang balik apa yg aku dah buat dalam tahun tu. Itu je. Apa yg aku buat, baik ke buruk ke aku akan anggap sebagai kenagan manis dan kenangan pahit bagi aku. Kalau aku dah buat sesuatu keburukan, aku akan cuba memperbaiki diri aku. Itu je. Prinsip aku dalam hidup, hidup sebaik mungkin, hidup se'happy' mungkin. Of course kita takkan lari dari kesilapan.

So aku nak ajak korang semua pikir sebelum dtgnya tahun baru ni, apa yg korang buat sepanjang tahun? Apa kebaikan yg korang dah buat? Apa keburukan yg korang dah buat? Cuba pikir balik..mungkin bila kita pikir tu secara tak langsung kita akan sedar macam mana kita hidup kat dunia ni..macam mana kita memainkan watak diri kita sebagai manusia ataupun khalifah di bumi ni. Itu yg sebenarnya bagi aku penting. Soal apa azam kita tahun baru ni tak penting, pasal aku percaya, 90 peratus dari kita yag berazam takkan cuba untuk buat apa yg dia azamkan. Senang je...cuba korag pikir balik, apa azam korang masa tahun 2003 nak masuk tahun 2004? ramai dari kita yg dah lupa..malah ada yg takde langsung. Itu namanya kita tak amik peduli apa yg kita azamkan. Buat apa kita berazam setiap kali hujung tahun?? betul tak? Aku tak kata jgn berazam langsung tapi kalau kita tahu mende tuh kita tak amik serious..baik tak payah.

Soo bagi aku tahun depan, aku tak azam apa-apa..cuma aku nak melaksanakan cita-cita aku yg dah lama aku nak capai. itu je. kalau diikutkan...banyak yg aku nak berazam ni..tapi aku sendiri tak yakin yg aku boleh buat...malah ak sendiri tak yakin aku boleh ingat. soo bagi aku aku cuba hidup sebaik mungkin..itu je.

Untuk kengkawan aku semua..aku nak ucapkan selamat taun baru untuk korang..bagi sesiapa yg dah berazam untuk berubah ke..untuk melakukan sesuatu..good luck aku ucapkan. Aku harap apa yg korang azamkan tu terlaksana..insyaallah..aku akan mendoakan untuk korang. Buat semua kengkawan aku..especially kawan lama aku..thanx bebanyak sebab sampai sekarang kita masih berkawan...aku harap semoga tahu berikutnya..dan sampai bila-bila pon persahabatan kita akan berkekalan. Insyaallah. Buat kengkawan baru aku..thanx sebab terima aku sebagai kawan korang..kalau aku buat salah sepanjang tahun ni...aku mintak maaf bebanyak. Cuma apa yg aku harapkan kita akan berkawan malah bertambah akrab lagi.

Sekalung ucapan takziah dan al-fatihah aku ingin sampaikan kepada kawan aku - allahyarham nurul faizah bt. mohd amran yang meninggal dunia baru-baru ni di Jepun akibat kemalangan jalan raya. Semoga roh allahyarham beradah dlm golongan yg beriman. Kepada kawan kawan aku yg kenal arwah...especialy semua budak ex-T.I Penang, sama-sama kita menghulurkan al-fatihah. Jadikan kenangan kita bersama allahyarham sebagai kenangan yg kita takan lupakan sampai bila-bila.

Untuk semua member aku jugak..tak kira kat mana korang berada...aku harap tahun baru nih akan mematangkan lagi fikiran kita. Nasihat aku untuk diri aku sendiri dan untuk semua kengkawan aku...setiap hari dan setiap tahun yg akan mendatang...kita akan sentiasa mengharungi segala dugaan dan ujian. Tak kira siapa kita, kerana dugaan inilah kita berupaya menjadi seorang manusia, dan kerana dugaanla kita akan berlajar apa erti hidup.....SELAMAT TAHUN BARU....

1 comment:

Anonymous said...

Great Blog! I wanted to share this with you. Are you tired of the Internet Marketing Rat Race? business home legitimate opportunity sfi


Check this out when you have time :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...