
Aku tidur 2 jam hari ni. Lepas balik kerja..I have a long conversation with my sayang. Kat 3 jam lebih. Then aku tidur. Kol 3 lebih aku terjaga.
Aku tunaikan solat zuhur. Aku berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk aku mengharungi cabaran yang akan datang. Aku tahu setiap ujian yang menimpa aku ada hikmahnya. Setiap dugaan yang menimpa aku ada penyelesaiannya. Cuma aku tak tahu...apa hikmahnya, apa penyelesaiannya.
Sepanjang petang tu aku banyak berfikir pasal aku dan hubungan kami. Apa yang harus aku buat, apa yang harus aku lakukan. Aku tahu dan aku dapat rasakan sesuatu yang mungkin akan berlaku. Soal sejauh mana aku harus menerima sesuatu itu, itu aku harus bersedia.
Aku kusut...bingung...semua tak menjadi hari ni.
Mak aku balik dari kerja pukul 4:30 ptg. Aku tahu bila melihat wajah mak aku, aku rasakan aku perlu cakap ngan mak aku n parents aku. Cuma, aku tak tahu mcm mana aku nak cakap. Aku harus berhati-hati agar aku tak nak bagi diorang salah sangka di antara semua pihak. Aku tau, bila bab bercerita kat parents aku, aku kena cerita habis habisan. Aku kena cerita sebenar benarnya tanpa selindung.
Aku gagahkan berani dan merapati mak aku dan bapak aku.
"Mak..bapak...Poje ada something nak cakap sket. Just nak mintak advise and pendapat dari mak dan bapak pasal problem Pojie skang ni.."
Aku tgk muka bapak aku cool je. Mcm muka takde perasaan. Tapi aku tau dia mmg tgh concerntrate dengan apa yang bakal aku nak cakap kan. Mak aku plak renung kat aku. Seolah olah sudah mengetahui apa yang aku nak cakap.
"Apa dia...cakaplah...pasal apa ni?" Tanya mak aku.
Aku tersekat-sekat nak bercakap sebab aku tak tahu mcm mana nak cerita dari mula. Karangan 1000 patah perkataan yang aku karang dalam kepala otak aku tadi tetiba dah terpadam. Aku tahu setiap percakapan harus mengikut format yang betul dan jln cerita yang betul agar tak lari dari cerita sebenar.
"Erm..pasal Pojie mak..pojie ada problem sket nak bagi tau ni."
"Banyak ke...apa problem tu...cakaplah...terus terang dengan kami. Jgn nak selindung. Bapak tak suka anak2 bapak suka selindung masalah dalam rumah ni. Ada apa2 ja terus cakap." Bapak aku memulakan mukadimahnya.
"Banyak jugak. Tapi Pojie nak cerita satu-satu dulu sebab Pojie tak nak nnt mak ngan bapak tak faham." Explain aku.
"Cerita yang mana penting dulu..." Mak aku menyampuk...
"Mcm ni...Pojie ada 3 problem yang Pojie dah buntu sangat nak fikir pasal ni...................."
Aku memulakan perbualan. Aku tabahkan hati cerita kat mak dan bapak aku. Sekali sekala aku tgk depa diam. Mak aku mmg renung muka aku dari tadi. Aku mmg nervous kalau orang tgk muka aku mcm tu lebih lebih lagi mak aku. Sebab dia tgk mmg ada makna. Aku tau dan aku kenal mak aku. Aku tau mak aku boleh hidu masalah aku cuma dia nak tgk sejauh mana aku nak cerita. Bapak aku plak buat muka cool. Sesambil dia tgk muka aku. Sesambil dia tgk tv. Aku bengang pun ada gak. Orang tgh dok kalut cerita dia dok tgk tv. Tapi aku tau salah satu cara dia concerntrate ialah dengan tgk kat tpt len. Kat situ dia boleh imagine problem tu. Aku mmg tau bapak aku jenis mcm tu.
Aku cerita dari A sampai ke Z. Semua aku cerita. Lepas setengah jam aku luahkan perasan aku, aku diam. Mak aku pun sama. Bapak aku pun sama. Masing2 seolah-olah buat jln buntu.
Akhirnya bapak aku bersuara. Dia cool je. Mcm takde satu pun prob. Bapak aku memulakan perbicaraan. Mak aku diam. Bapak aku byk bersuara dari mak aku. Mak aku tau kalau dia bersuara mungkin dia akan sikit emosi dan bagi advice yang tak sepatutnya. Bapak aku banyak bagi pendapat dan nasihat. Semua.
Lepas sejam bapak aku nasihat, barulah mak aku plak. Mak aku jenis tak nak cakap banyak. Dia lebih selesa ikut nasihat bapak aku je. Tapi dlm byk2 nasihat tu lah dia byk bagi kata2 semangat kat aku. Aku mmg tak sangka mak and bapak aku betul2 bagi nasihat kat aku. It just not and advise tapi banyak bagi kata-kata semangat, cerita teladan based on pengalaman mereka sendiri, dan banyak lagi. Itu yang membuatkan aku rasa lapang dada sket. Aku banyak berborak dan bertanya pada mak dan bapak aku. Aku tak jangka keputusan yang mereka buat ni jauh dari expectation aku. Rupa-rupanya depa bagi aku choice. Aku diberi banyak pilihan but as they said, it is depends on you how I want to play games with it. Dan kena tau setiap pilihan ni ada baik buruk dia.
Aku rasa lega. Segala apa yang dok berserabut ni aku dah luahkan. Tak perlu dok pikiaq kalut2 dah. Atleast aku tau sket jln penyelesain untuk aku. Cuma mcm bapak aku bagi tau, aku ada banyak pilihan untuk nak selesaikan masalah aku. Siap dia bagi tau lagi. Tapi setiap pilihan tu ada risiko dan impak dia. He asked me to get ready utk setiap pilihan tu.
Aku tau dan aku faham bebetul dengan apa yang bapak aku maksudkan. Aku rasa bersyukur kerana bapak aku banyak memberi pilihan kat aku. One thing yang aku tau, mak and bapak aku mmg faham dengan situasi aku. Mak aku, aku tgk dia mcm dah tau cuma dia tak nak tanya. Sebab dia tau anak dia akan cari gak mak bapak utk bawak berbincang. Mak...mak....konpem pakai ilmu psikik dewa alam ni....
One thing aku rasa2 sangat terharu bila bapak aku sendiri buat statement kat aku. Aku bukan suka di compare dengan adik beradik aku. But this time apa yang dia kata tu betul. Dia beza kan aku dan adik aku. Dan dia tau apa kelebihan aku dan apa kekurangan aku. One statement yang dia kata pasal jodoh ni dan dia kata kat aku sendiri. Utk diri aku. Apa dia...itu adalah rahsia aku dan aku tak leh bagi tau kat sesapa pun. Aku mmg terharu dengan apa yang dia kata. Cukup sekadar aku tau dia mmg sokong aku selama ni. Dan dia tau aku mmg boleh selesaikan masalah aku sendirian.
Skang ni aku dah rasa lega...aku dah mampu senyum sedikit walaupun aku tahu apa yang akan terjadi. Tapi setidak tidaknya aku tahu apa yang perlu aku cakapkan aku dah luahkan kat family aku dan mendapat sokongan dari mereka. Aku bangga menjadi diri aku, menjadi anak lelaki dalam keluarga aku kerana aku tahu menjadi anak lelaki dan lebih2 lagi anak lelaki yang paling sulung membuatkan aku diberi banyak pilihan oleh org tua aku. Mereka tak pernah memaksa aku ikut cakap mereka sepanjang aku hidup. Melainkan kalau sesuatu dah menjadi terlalu buruk, barulah mereka akan amik keputusan untuk menggunakan kuasa mandatori. Itu pun aku tau kebanyakakn apa yang mereka buat adalah utk kebaikkan aku gak.
Bapak aku simple. Kalau diri aku tak leh solve dia akan bagi byk pilihan dan cadangan untuk aku. Dia kata skang ni aku pilihlah sendiri yang mana rasa patut diikut pilihan tu.
Utk mak and bapak, Pojie nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi banyak sokokngan kat Pojie. Pojie tau mak dan bapak sayangkan Pojie and Pojie pun sama, sayangkan mak and bapak. Pojie tau mak and bapak sentiasa buat apa yang terbaik untuk anak dia kan? Love you mom and dad !!!MMMuaaahhhss~~~~


6 comments:
alolololo...bro...ada prob ngan awek ke? takpe leks leks taw...nnt kita jumpa story morry kay daling ...banyak story nieh nak citer kat aku kan? Be strong..aku taw u can go through this situation..but please don't be like before. Dok nampak symptom2 mcm nak jadi mcm dulu nieh.. :( Aku risau taw takot u jadi mcm dulu :( ...Setiap apa yang terjadi ada hikmah..and yang penting...byk kan bersabar dan usaha...aku doakan terbaik utk kawan tersayang aku nie... ;)
@>- Fieza
thanks gurl for concern...
aku pun serabut sket. tapi lepas dapat advise dari parents aku aku dah rasa lega dah. cuma aku kena tunggu apa yang akan terjadi. aku pun tak nak sesuatu yg buruk jadi kat aku. kalau boleh aku dah nak happy, gurl. aku mmg nak happy. insyallah aku takkan jadi mcm dulu sebab aku dah lebih tabah dari dulu. insyaallah nnt kita jumpa tau..story mory morning glory...wahaha...aku ingat nak pi tpt besa la..tpt aku selalu luahkan perasaan aku bila aku tgh sedih...best tol tpt tu..nnt aku call kay... ;)
wwooooo.!! lama siak tak msk cnie. Sebbaik Fieza gi tau aku. Bro apa cer nieh? Aisey...aku hangin nieh kalau ada prob tak nak roger kengkawan. Dok buat kalut pi cerita kat blog watpa...blog bukan boleh simpati ngan bagi advice. Awat dah tak reti ka nak calling2 aku ngan Fieza? Ekekekeke...
Bro,
Anything, you hv my num kan? Call me. Akan ku turun dari kl menuju ke pulau pinang kalau aku hang tgh sedey ni. 2 weeks more i'll be coming to penang. Cuti maaa....
[MiE]
Thanks Mie,
Aku bukan tak nak story morry ngan kengkawan. Aku cuma nak wait n see dulu mie. Aku malas nak serabut skang ni. Ahaha..kat mana lagi bro kalau nak luahkan perasaan aku kalau bukan kat blog ni. Mcm tak kenal aku dan mcm tak pernah tgk aku tulis blog. Blog hang apa cer?? Kat setahun tak update bro.
Bro cuti karang roger2 sini. Mcm biasa kita lepak dan buat gila sampai pagi. wahaha....mai tidoq umah aku. Mak aku mesti suka punya. Dia nnt buat kuih tart kat hang nnt. Kuih tart tu. Ahaha..tak teringin ka ??
kuih tart? woohoo...sedap seyh mak ko buat kuih tart tu...kuih tart legendary...
mak ko x jual ke kuih tart tu utk raya thn nie ??....tart nanas idaman kuu~~~huhuhuhuhu
[MiE]
Post a Comment