Wednesday, February 2, 2005

what is the love a.k.a ada apa dengan cinta....

What is the love? satu soalan yg paling universal yg susah aku nak jawab...love(cinta) nih banyak maksud....cinta pada tuhan, cinta pada negara, cinta pada kekasih dan cinta pada alam. Kalau cinta pada kekasih macam mana? Apa maksud cinta? Bagi aku, selagi kita menyukai seseorang, selagi kita sanggup berkorban, selagi kita cuba untuk memahami seseorang, selagi kita cuba untuk mengenali seseorang yg kita telah kenal, selagi kita mengambil berat pada seseorang, itulah yg dinamakan cinta. Cinta tak sama dengan suka. Suka bagi aku lebih terlalu subjektif dan terlalu universal, tapi cintaklah yg mlahirkan perasaan suka. Dan kerana cintalah kita harus dan sanggup berkorban, dan dari berkorban itulah wujudnya keikhlasan dan kesetian. Komplekskan maksud cinta? Bagi aku itulah pendapat aku. Aku selau tengok..kenapa org bercinta putus di tengah jalan. Ada yg kata..itulah cinta sejati mereka, tapi apakan daya..takde jodoh. Ada org kata kalau cinta yg putus ditengah jalan bukan maksud cinta sejati tapi lebih kepada cinta hanya berlandaskan nafsu dan perasaan sahaja. Bagi aku pulak, tak kira selagi mana bertahannya hubungan cinta itu, selagi kuat mana pon cinta itu kalau takde perkara yg aku sebut diatas, itu bukannya cinta sejati. sebab, bagi aku cinta yg kita reka hanyalah bersifat sementara, boleh berubah dan boleh mengubah tetapi jodohlah yg paling terakhir. sebab itulah tak semua org yang bercinta dapat bertahan sehingga ke akhir hayat. tapi jodoh?..sebabtu la pepatah org tua mengatakan kalau ada jodoh..tak kemana... Ramai di antara kita selalu mengharapkan agar hubungan cinta mereka akan bertahan ke akhir hayat. Tapi beramai ramai dikalangan mereka yg berjaya mengekalkannya? Sebab apa..itulah yg dinamakan jodoh. Bagi aku plak cinta yg sebenarnya cinta ke akhir hayat ialah apabila suatu hari nanti kita akan berada di hujung hayat kita, bila kita dapat merasakan kita berada hampir dengan maut, tatkala itu bila kita memandang wajah isteri kita yg berada di sisi kita, yg menjaga kita, wajah orang yg paling kita sayangi, wajah org yang membawa erti bagi kita, itulah sebenarnya cinta yg sebenarnya. Tiada sesiapa pun yg mampu menandingi cinta kita waktu itu kerana bagi kita, dialah segala-galanya, dialah yg bersama-sama mengharungi hidup bersama kita, dialah yg banyak mencurahkan kepada kita kasih sayang sehingga kita berada di hujung hayat kita. Soo..macam mana dengan aku pulak? Aku sebenarnya tak kisah, ya..aku penah bercinta, aku penah menyayangi seseorang, tapi macam aku cakap tadi putus di tengah jalan. Soal pengganti? Bagi aku tak perlu aku nak memikirkan siapa pengganti. Sebab bagi aku aku tahu ada akan seseorang yg mampu memenangi hati aku. Takde masalah bagi aku. Dan usaha tu penting. Sebab aku kene berusaha. Untuk sekarang, bagi aku aku lebih selesa dengan keadaan aku macam ni. Org selalu tanya aku, bila aku nak ada awek, bila aku nak cari. Soalnya, bukan bila, tapi siapa. Secara jujur, aku penah dikecewakan, tapi itu bukan alasan bagi aku untuk mengatakan aku dah serik. Cuma bagi aku, aku nak tumpukan dahulu terhadap impian aku. Aku nak tumpukan dulu terhadap pelajaran aku. Aku nak tumpukan terhadap masa depan aku. Aku lebih selesa hidup di kerumuni sahabat aku dan rakan-rakan aku. Sebab bagi aku merekalah yg perlu diutamakan terlebih dahulu, tanpa mereka yg bergelar sahabat dan rakan, mungkin aku tak dapat hidup happy macam ni. Pengalaman aku, aku dah banyak tgk kawan-kawan aku cepat mengalah pada seseorang, cepat berharap dan terlalu sibuk mencari cinta org lain sehingga lupa pada diri, lupa pada kawan-kawan dan lupa pada pelajaran. Ada yang langsung tak boleh nak menerima hakikat yg cinta dia tak boleh kemana. Ada yg cepat mencari pangganti yang baru. For what? adakah itu yg mereka cari selama ni? Adakah itu yg mereka mahukan selama nih? Adakah itu yg mereka betul-betul impikan selama ni? Tepuk dada, tanya selera. Soo bagi kengkawan aku kat luar sana, kita pikir balik. Perlukah kita mancari cinta itu, mengharapkan cinta sedangkan itu bukan yg kita cari. Banyak lagi perkara lain yg kita perlu buat. Ingatlah, bukan kita yg akan mencari cinta, tapi cinta yg akan mencari kita. Tak perlu nak menjadi org lain, tak perlu kita merasa rendah diri, kerana diri kita inilah adalah yg terbaik, jadilah diri sendiri jika mahu mancari cinta. Bukan dengan sikap berpura-pura. Bersyukur dengan apa yg kita ada, bersyukur dengan apa yg menjadi milik kita. Ramai di antara kita yg menandang rendah kepada keadaan fizikal diri kita sendiri, mendang rendah terhadap perwatakan kita. Tapi ingatlah kawan-kawanku, citarasa manusia tak pernah sama, tak pernah kekal. Setiap manusia yg dilahirkan, setiap manusia yg diciptakan oleh Allah s.w.t adalah sebaik-baik ciptaan dan dalam keadaan kesempurnaan. Mungkin kita kekurangan sesuatu sebab manusia tak pernah sempurna, tapi ingatlah...ingatlah....ingatlah..dan ingatlah...kita mempunyai kelebihan diri kita yg kita sendiri takkan nampak, yg kita takkan sedar. Apabila org lain sedar akan kelebihan diri kita, keistimewaan diri kita, itulah asset kita yg paling bernilai, dan itulah yg dinamakan senjata untuk memikat seseorang. Sebab itu org kata cinta dtg dari hati bukan dari nafsu. Cinta yg datang dari hati itulah yg dtgnya dari keistimewaan dari diri kita yg kita tak nampak. Bukan dari rupa paras kita. Cinta yg berlandaskan nafsu hanyalah datang dari rupa-paras, tanpa melihat keistimewaaan dtg dari seseorang itu sendiri. Soo, aku harap korang semua paham apa maksud cinta. Aku cuma menyuarakan pendapat aku, aku cuka penyuarakan isi hati aku. Tapi terpulanglah pada korang untuk menilai. Yg penting, kita kene pikir sejauh mana kekurangan kita dan pada masa yg sama, sekuat manakah kelebihan yg ada pada diri kita. Jgn sesekali mengharapkan sesuatu yg kita tidak mampu untuk memilikinya dan jgn sesekali tidak mensyukuri sesuatu apa bila kita memilikinya...iaitu cinta......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...