Friday, April 15, 2005

copy from ryka..thanxx!!!

Jika kamu memancing ikan, Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu itu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga, setelah kamu memberi HARAPAN kepada seseorang, Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambahnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga keakhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu masih cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu masih cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL.
"Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki... bukan dekat kepala untuk dijunjung, bukan juga dekat kaki untuk dijadikan alas, tapi dekat dilengan untuk DILINDUNGI dan dekat dihati untuk DISAYANGI"
"To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...