
Buat semua warga Multimedia University, sekalung al-fatihah kita sedekahkan untuk arwah Deng yg telah kembali ke rahmatullah pada 22 May pada pukul 5.30 petang setelah sebulan terlantar di wad ICU Hospital Melaka kerana komplikasi demam panas yg teruk. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.30 petang dan akan di semadikan di tanah perkuburan Melaka pada 23 Mei pukul 9.00 pagi.]
Buat teman-teman yg mengenali diri arwah Deng atau nama sebenarnya Wan Amiruddin, bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah dan surah yasin. tak lupa jugak kita menunaikan sembahyang jenazah untuknya...kepada sesiapa yg tidak dapat pergi meunaikan sembahyang jenazah di melaka...sama-samalah kita menunaikan sembahyang jenazah ghaib untuknya. Insyaallah..lepas nih aku nak bacakan surah yassin dan sembahyangkan jenazah ghaib untuk arwah.
Ingatlah..tiap-tiap yg hidup, pasti akan mati kelak....dan tiap tiap yg mati..akan dibangunkan semula di akhirat kelak untuk dihisab segala amal perbuatan semasa hidup di dunia.
Semoga rohnya akan bersama-sama org yg mukmin dan sentiasa diberkati Allah s.wt. Dan kita yg masih hidup, hendaklah sentiasa bersedia menghadapi mati, hendaklah membawa bekalan kita semasa kita mati iaitu amal kebaikan kita di dunia. Dan ingatlah....life must goes on....
1 comment:
al fatihah...
Post a Comment