10 Ogos 2008...
Genaplah pemergian arwah sahabat aku selama 5 tahun. Masuk tahun ni 5 tahun arwah sahabat aku meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Maha Esa.
Aku masih teringat pelukan terkahir arwah kepada aku. "Doakan aku di sana." Itulah pesan arwah. Kata-kata yang terpacul dari mulut arwah sungguh aku tidak percaya menjadi kenyataan. Arwah tidak pernah berkata demikian, Jauh sekali untuk berbincang soal mati. Petanda yang dia sudah bersedia untuk meninggalkan kami, jauh sekali kami perasan. Mungkin kata-kata itulah menjadi petanda terakhir bagi aku.
Tepat jam 9:45 pagi arwah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan org tertentu. Kata arwah penting untuk menolong persatuan kami mendapatkan dana dan duit. Tak dinafikan ketika itu, kewangan persatuan kami mmg tenat. Kami tak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu harapan persatuan kami dibubarkan. Arwahlah yg menolong kami. Katanya, dia kenal dengan beberapa 'orang tertentu.' Berusaha selagi ada peluang menjadi ayat keramat arwah. Ketika itu, hanya arwah sahaja menjadi penyelamat kami. Hanya arwah yang mampu menolong kami.
Aku masih ingat lagi, arwah datang kerumah kami dengan memakai baju melayu. Berjumpa kami di luar rumah. Dengan baju basah kuyup kerana payungnya tiup diterbangkan hujan ribut. Arwah tetap datang berjumpa kami. Aku begitu terharu kerana arwah sanggup menolong kami. Arwah yakinkan kami dia akan tolong kami. Sepanjang malam kami tidak tidur, berbincang tentang hasrat arwah untuk menolong kami. Arwah begitu yakin dengan kami sebagai mana kata arwah, selagi persatuan ini dipimpin oleh orang seperti awak semua, selagi itulah arwah akan tolong.
Akhirnya kami bersetuju dengan cadangan arwah. Tanpa meminta sesen pun dari kami, arwah menyewa kereta secara senyap-senyap. Kereta Proton Wira warna biru yang masih aku ingat lagi. Kereta itulah yg membawa aku berurusan di Kuala Lumpur.
Arwah menumpang dirumah kami malam itu. Tepat jam 9:45 pagi, arwah sudah bersiap berangkat ke Kuala Lumpur. Aku dan beberapa org kawan aku yang lain mahu mengikut arwah. Arwah berkeras, biar dia yang pergi seorang. Kerana dia tahu apa nak buat. Arwah salam dengan kami. Sampai giliran aku, arwah terus memeluk aku. "Doakan aku di sana." Itulah kata-kata arwah. Tanpa berkata sepatah perkataan, arwah terus masuk dalam kereta meninggalkan kami. Kami hanya berdoa supaya urusan arwah di sana akan berjaya.
Arwah pergi ke Kuala Lumpur selama 3 hari. Kata arwah, hari Selasa dia akan balik. Sepanjang pemergian arwah, dia tak pernah menghubungi kami. SMS langsung tak di jawab. Paling tidak, arwah hanya menelefon rakan serumah bertanyakan tentang kunci rumah yg dia tertinggal.
Hari ahad, kira-kira pukul 12 tengah malam, aku mendapat panggilan. Aku sangkakan arwah kerana no talian dari Kuala Lumpur. Panggilan dari Balai Polis Ipoh mengejutkan aku. Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Ipoh-Kuala Lumpur. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta yg dipandunya hancur. Kata polis yg kami jumpa, kereta arwah hampir tidak dikenali kerana bersepai di lereng bukit. Kecoh satu campus mengatakan arwah meninggal dunia. Keesokkan harinya, kami menghadiri pemgkebumian arwah di kampungnya di Johor. Itulah kali terakhir aku melihat jasad arwah. Hanya suaranya yang terngiang-ngiang di fikiran aku. "Doakan aku d isana." aku begitu sedih kerana arwah sudah mengetahui pemergiannya. Apa yang mengejutkan kami, pakaian arwah, bilik tidurnya, semuanya sudah kemas. Di simpan seolah-olah mahu berpindah. Housemate arwah kata mereka tidak pernah mengemas dan masuk bilik arwah. Pernah kawan arwah tanya kenapa arwah mengemas, arwah hanya mendiamkan diri. Tidak aku sangkah, arwah mengemas untuk berangkat ke alam baqa. Arwah 'memudahkan' kerja kami untuk menghantar barang-barang arwah di kampungnya.
Selepas seminggu pemergian arwah, kami menerima panggilan telefon dari Kuala Lumpur. Urgent kata yang menelefon. Salah sebuah syarikat besar menelefon aku. Menaykan tentang latar belakang persatuan yg kami tubuhkan. Aku dan beberapa rakan aku terus bergegas ke Kuala Lumpur.
Usaha arwah untuk membantu kami menjadi kenyataan. Kami mendapat 3 sumbangan dari syarikat bernilai RM16 ribu. Aku melihat beberapa rakan aku menangis kerana kami tidak menyangka hasil usaha arwah untuk membantu kami menjadi kenyataan. Bezaanya, arwah tiada bersama kami untuk berkongsi kegembiraan.
Kerana arwahlah kami berjaya memulihkan persatuan kami. Kerana arwahlah persatuan kami berjaya sehingga hari ini. Walaupun aku tiada lagi dalam persatuan, sehingga kini persatuan tersebut masih aktif. Itulah kerana arwah. Kerana bukan arwah, mungkin persatuan kami tidak akan wujud. Hanya tinggal nama.
Untuk allahyarhan Mohd Adi Musyikin, aku akan sentiasa mengingati segala kebaikan yg telah dilakukan. Doa aku untuk arwah tidak pernah putus, setiap tarikh keramat 10 Ogos, setiap itulah aku akan sentiasa teringat kepada arwah. Begitu juga dengan sahabat-sahabat aku yang lain.
Semoga rohnya sentiasa tergolong dalam orang yang beriman.....
No comments:
Post a Comment