
Alhamdulillah, sedar tak sedar, hari ni nak masuk hari yang ke-5 umat islam mengerjakan ibadah puasa. Alhamdulillah segala ibadah puasa aku berjalan dengan lancar. Aku masih teringat 3 tahun lepas, aku terpaksa meninggalkan puasa selama 2 hari. Seingat aku masa tu aku kena food poisoning. Aku masuk hospital dan doktor terpaksa suntik aku dengan ubat. Walaupun aku dah ganti puasa 2 hari tu, tapi aku boleh rasa kekurangan berpuasa bila aku sendiri tak cukup sebulan berpuasa. Mcm mana dengan orang lain yg sengaja meninggalkan puasa selama sebulan?
Baru-baru ni kita dah menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun. Seperti biasa, tanggal 31 OGOS setiap tahun, kita akan menyayikan lagu merdeka. In a correct way, kemerdekaan hanyalah sekali dalam sejarah bukan yang ke 51 kali. Ramai, bila bercakap bab merdeka " Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 51." Maaflah, bagi aku, mmg salah. Malaysia memyambut kemerdekaan yg pertama pada 31 OGOS 1957. Selepas tu, Malaysia menyambut ulang tahun Hari Kebangsaaan yang ke 51. Sebab tu di negara luar, Ada beza antara Independence Day dan National Day. Kemerdekaan hanya sekali, tapi unutk mengingati kemerdekaan itulah yg kita akan raikan setiap tahun dipanggil Hari Kebangsaan.
Kita mungkin tertanya-tanya merdekakah kita sebenarnya? Secara amnya kita merdeka dari penjajah, tapi belum tentu kita merdeka dari pengaruh penjajah. Itu yang pasti. Tgk di mana-mana. Anak-anak bangsa kita berapa banyak yang kenal Mozzart dari Mat Kilau? Berapa banyak yang kenal watak hero kartun dari mengenali tokoh Laksamana Tan pusmah, Tun Abd Jamil, Tun Perak, Tok Janggut, Laksamana Mohamad Amin?
Cuba tanya anak muda sekarang, kenal Spiderman? Tentu, dari mula cerita bagaimana Peter Parker digigit labah-labah radiasi sehinggalah dia dia menjadi Spiderman 'jahat' versi Venom abis dihafal. Cuba tanya mereka, kenal Batman?
Nama tokoh kemerdekaan seperti di atas mungkin kita tidak akan ingat. Mungkin kita takkan ingat sampai bila-bila. Hakikatnya merekalah yag memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah. Mungkin nama yg aku sebut tadi sedikit, terlalu sedikit. Hakikatnya terdapat ramai lagi nama-nama tokoh pejuang bangsa dan kemerdekaan yg kita semakin lupa.
Adalah seorang kawan aku ni bagi tau, kenapa barat terlalu mengagungkan watak hero ciptaan mereka? Kena hero pejuang mereka sendiri tidak pernah terkamus dalam sejarah negara mereka! Sekadarnya merekalah penjajah, bukan pejuang. Mereka terlalu malu dengan sejarah mereka dan sanggup menipu kita dengan mereka watak kartun dalam minda kita sendiri sehinggakan kita sendiri yang mengagungkan mereka lebih dari pejuang bangsa kita sendiri.
Suka atau tidak, kita harus menerima hakikat, kita terlalu mentah untuk menilai erti sebuah kemerdekaan. Kita dilahirkan selepas merdeka. Dari kecil kita diajar sejarah tentang kemerdekaan. Kita hanya mengingat tarikh dan nama keramat yg tercatit dalam buku teks sejarah. Jika ditanya, bolehkah kita berlajar dan menghayati keperitan mereka yg terdahulu dalam memperjuangkan tanah kita sendiri? Tiada satu pun buku yg mampu catit, tiada satu pun kajian mampu dilakukan untuk menunjukkan betapa peritnya mereka dalam memperjuangkan tanah kita untuk merdeka.Kerana apa?
Kerana kita berlajar dari fakta bukan dari pegalaman sendiri....
Sebaliknya apa yg harus berlaku sekarang, kita harus menilai semula diri kita, siapa kita sebenarnya. Kenapa kita boleh merdeka. Siapa yg berjuang untuk memerdekakan kita. Percaya, jika kita mmengkaji sejarah pejuang bangsa kita sendiri, kita akan berbangga dengam mereka.
No comments:
Post a Comment