
Sorry.....kepada semua kengkawan aku. Banyak email dan msg berbaur hasutan dan ugutan yang dihantar kepada aku..marah kerana aku dah lama tak update. Tak lupa juga kepada kawan office aku yang sering bertanya kat aku kenapa aku tak update...
Selepas mengalami siri kekecewaan dalam hidup aku, dan selepas aku masuk "rehab' selama beberapa hari di bumi Melaka tercinta [ Melaka adalah cinta aku yang kedua.. ;) ]
kini aku semakim pulih dan alhamdulillah aku dapat recover balik kesengsaraan aku..
Hidup kena terus, aku sentiasa pegang pada semangat tu.
Sebenarnya, tatkala aku dah lama tak update blog aku, aku sempat menulis catatan jurnal aku di dalam pc aku. Memandangkan aku peram jurnal aku ni sampai kat sebulan, maka aku dah anggap jurnal ni basi. Kalau baca balik jurnal aku ni dah rasa mcm tak best.
Aku sebenarnya terfikir nak buat rombakan balik kat blog aku ni. Dengan erti kata yang lain, aku nka ubah penampilan blog aku ni supaya lebih kemas, kacak, menarik dan cute. mcm aku
Ada beberapa sebab yang aku nak buat mcm tu. Pertama sebab kerana aku nak ubah blog aku ni menjadi lebih fresh.... kedua mood aku tgh baik ni, aku rasa aku perlukan sesuatu untuk dibuat. Soo aku fikir baik aku tukar blog aku ni kepada sesuatu yang lebih baru. Sesuai dengan keadaan aku sekarang ni. Ketiga sebab aku tak beberapa suka warna hijau. Hijau melambangkan agro, aku ingat nak letak warna hitam lak. Nak nampak cool. Mcm best je....
Aku nak ucapkan terima kasih kepada 2 orang sahabat aku yang selama ni berada di sisi aku sepanjang 'keuzuran' aku ni. Pertama jutaan terima kasih kepada sahabat baik aku Mie kerana sentiasa memberi sokongan kat aku walaupun dia terpaksa dtg dari jauh nak lepak ngan aku. Last-last mie aku lak kena belanja ko makan passembur mahal kat mamak. Ko sembelih aku nie...walaupun kau belanja ko kat 20 ringgit, nasihat, sokongan dan tunjuk ajar dari ko lah paling tidak ternilai. Thanks bro.....
Kedua aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang wanita yang sentiasa dekat di hati aku..dialah yang selalu menjadi tempat aku mengadu, dialah yang paling banyak bersabar dengan aku walaupun kekadang aku ngada-ngada dengan dia ni. Dan dialah yang banyak membantu aku ketika aku susah... iaitu ibu aku sendiri !!!!!
Dan sebenarnya....aku masih mengharapkan apa yang terjadi kat aku sebelum ni tak terjadi kat orang lain. Hakikatnya aku kehilangan 6 orang yang pernah menjadi sahabat baik aku...yang pernah menjadi saudara aku dan pernah menjadi sebahagian dari hidup aku....
Hakikatnya, walaupun perit untuk aku terima, sekurang-kurangnya aku tahu siapa intan..dan siapa yang kaca....Aku sangat bersyukur.....
Seriessssss !!!!!.............
No comments:
Post a Comment