Monday, June 22, 2009

Satu Persinggahan...

Hari tu...kira last 2 weeks aku amik keputusan untuk nak tour satu Penang dengan adik aku. Perjalanan bermula dari Balik Pulau, terus menuju ke Batu Feringghi dan balik semula ke rumah aku...

Best memang best sebab aku dah lama tak buat mcm tu. Walau pun dilahirkan di negeri Pulau Mutiara, aku jarang sangat nak melawat tempat aku ni. Tetambah lagi Pulau Pinang ni bukannya besar sangat. Saja nak amik feel weekend, aku bertolak pukul 10 pagi berbekalkan minyak RM30 (kira full tank la jugak kalau nak diikutkan jumlah yang boleh disi dalam kereta Executive aku nie...), aku tour satu Penang.

Baru aku sedar, Penang ni taklah besar mana. Kalau tengok dalam google map, mcm besar, tapi bila dah merasa sendiri perjalanan ni, taklah besar mana. Aku menyusur dari Balik Pulau, menuju Baru Feringghi melalui Titi Kerawang, salah sebuah tempat mandi air terjun kat Penang ni. Ingat nak mandi, tapi aku tak prepare langsung nak bawak baju mandi.

Satu perkara yang aku sedar mengenai kunikan tempat kelahiran aku ni, Masjid Terapung yang terletak di Teluk Bahang. Apa yang kurang menarik bagi aku lah, bukan soal masjid, bukan soal terapung. Yang menjadi ketidak puas hati aku ialah lokasi masjid terapung yang agak tercorok kalau melalui jalan utama, dan satu-satunya jalan utama di Teluk Bahang ni. Kalau pengunjung luar yang bukan dari Penang sendiri lalu, mmg konferm tak perasan. Pintu gerbang atau pun papan tanda untuk menunjukkan Masjid Terapung hampir tidak kelihatan. Kalau ada pun kecil. Siapa sangka, sign board kecil menunjukkan seolah-olah ada masjid kecil di kampung bersebelahan rumah tsunami sebenarnya masjid terapung yang begitu cantik. Sekilas pandang, papan tanda tersebut seolah-olah menunjukkan ada madrasah je. Aduilah....kalau hotel mewah, lokasi air terjun Hutan Rimba yang mempunyai papan tanda yang terpampang besar mampu menarik pengunjung, apa salahnya diletakkan papan tanda berhampiran pintu masuk utama masjid.

Perjalan aku sebelum ke masjid terpung ialah ke Pantai Keracut (aku harap nama ni betul sebab aku tak beberapa pasti sangat nama ni..heheheh..) Aku parking kereta berhampiran pintu masuk ke jeti dimana tempat bot-bot nelayan besar berlabuh. Aku melihat banyak aktiviti yang dibuat oleh nelayan kat sini. Badjet akulah...diorang ni semua nak prepare ke laut sebab kebanyakkan dari nelayan ni sdang mengisi minyak, ada yang membawa masuk barang kedalam bot. Nice..tempat ni mmg nice...apa yang kurang menarik ni, bau hanyir ikan merata-rata. Adatlakan..dah kata tempat nelayan.

Satu peringatan untuk diri aku dan mungkin warga Pulau Pinang yang lain, mungkin kecantikan pantai dan laut di Pulau Pinang tidak akan bertahan lama kalau kita sendiri tidak mengambil berat soal kebersihan. Banyak aku tengok ada sampah dibuang merata-rata. Lebih menyedihkan, berliter mintak bot tertumpah di dalam laut akibat kecuaian mereka. Seolah-olah air milo yang terumpah. Kalau milo takpalahkan sebab ikan boleh merasa air milo tu. tetambah milo ais...aduila..dahaga plak...

Aku selit beberapa keping gambar yang aku ambil. Gambar tak banyak sebab phone memory aku tak cukup. Gambar diambil menggunakan handphone Sony Ericsson W850i 2.0 megapixel menggunakan auto exposure setting dan tanpa teknik zoom digunakan.









/>

1 comment:

Unknown said...

nice view capture.owh my ex-W850i...bersama2 kita menjaga alam sekitar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...