Inilah asam garam dalam kahidupan. Kes kisah-kisah member aku yang kuat leter lebih-lebih lagi kaum berlawan jenis dengan aku. Aku rela dimarah tapi nehi...kabbi nehi unutk dileter. Tau apa perumpamaan aku? Leteran tu ibarat bunyi nyamuk yang tengah terbang kat telinga. Anoyying !!
Kes aku taklah sebesar mana. Sekadar aku rasa rimas bila aku hangout dengan minah ni. Few times yang dulu bagi aku lah hangout dengan dia adalah perkara biasa. Aku pun buat mcm biasa sebagai seorang kawan. Aku sikit pun tak kekok dengan dia sebab dia memang kawan aku. Bila last time aku keluar dengan dia, baru aku tau dia ni jenis kaki leter. Ni semua disebabkan perfume kereta aku yang bodoh tu. Kalau tak kerana kaki perfume tu tak tercabut dari pengepit dia, tentu pemanduan aku dari seberang laut ke pulau tempat aku tinggal menjadi lancar. Jimat minyak, kurang geseran dan yang penting aku boleh dengar radio kegemaran aku dengna tenang.
Aku sendiri tak faham kenapa mende sekecil alat pewangi kereta (yg aku rasa kentut aku lebih wangi dari pewangi tu, ni kes aku tersalah beli jenis wangian la ni.), aku terpaksa mendengar leteran kawan aku ni. Kononnnya aku tak reti nak letak, tak reti nak hias kereta. Apa....ingat kereta aku ni mcm bilik tidur bapak kau ke? Suka hati aku lah nak hias ke tak kan. Malasahnya aku tak kacau dia pun.
Adus....ni kes naya ni. Sebab mengikut pemahaman aku dan informasi yang dia sendiri bagai tau, masa tu dia tengah mengibarkan bendera jepun a.k.a period. Aduila....apa hal nak period leibatkan aku...yang jadi mangsa aku.
Aku cuba gak cari sequence dari kes aku ni. Kenapa perempuan lebih kuat berleter dari kaum lelaki? Ayat gurau kasar member aku " Kau nak tau sebab apa, nasib baik perempuan tu dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki, tulang rusuk tula tulang kuat leter. Dapat kat perempuan. "
Haha...kasar nampak tu. Apa-apa pun jika diselidik dari segi saintifik dan psikologi, jawapan tu memang tak tepat langsung. Bagi aku, Allah dah menciptakan manusia dari jantina yangberbeza dan mempinyai sifat yang berbeza antara jantina yang lain. Tujuannya? Senang je kan, unutk melengkapi antara satu sama lain.
Perempuan berleter, lelaki kena tahan dengar...
Lelaki berleter, perempuan siap boleh lawan balik. Kalau masuk Jangan Lupa lirik, konpem puak Kaum hawa ni takkan ingat dah lirik diorang...
Perempuan buat perangai, lelaki kena layan....
Lelaki buat perangai, silap haribulan kena jadi jaga depan pintu rumah tiap malam (utk yg berkahwin) tak pun berminggu puasa gayut ngan dating. Merajukla konon.
Perempuan merajuk, lelaki kena pujuk. Biasanya kalau pujuk tu call memang cair abis ayat. Kalau jenis nak romentik sket, beli bunga dengan kad ucapan "Sorry"
Lelaki merajuk, kena pujuk diri sendiri...aduila...kalau lelaki yang bela kucing, kucing tulah terpaksa dengar luahan perasaan lelaki tu. Baik couple terus dengan kucing tu. Kalau bela ikan, tiap-tiap hari gaduh ngan awek, lama-lama senget ikan tu.
Aku dah banyak dengar serita dari kawan-kawan aku yang dah berkahwin yg terpaksa dengar leteran isteri diorang ni. Ni yang buat aku agak gubra nak kawen ni. Masa aku pegi kursus perkahwinan dulu. Ada seorang ustaz ni bagi ceramah tu bagi tau aku, dia pernah kaunseling paangan suami isteri yang menuntut cerai kerana tak sefahaman. Bagi aku agak pelik sikit kerana mengikut ustaz tu yang mintak bukan isteri, tetapi suami tu sendiri. Alasan? Bini kuat leter! Wo-ho !!!
Jangan kan kata orang tu, aku sendiri kalau bini kuat leter aku pun hangin gak kan. Time tulah nak teringat isu poligami. Yang dulu kaum lelaki yg nak berkahwin ni sanggup cakap kaalu dah berkahwin memang nak kekalkan 1 isteri. Kalau kes mcm ni, alamat terpaksa cari bini baru.
Aku? sama gak..kalau jadi suami dan dapat isteri kuat leter...kawin satu lagila...ohohohoh...dua kali lima...
HOOOOLIAU!!!!!!
No comments:
Post a Comment