Tuesday, October 18, 2011

Old friend...

Hari ni OT bermula. Masuk shift 3 bukan sebagai shift leader replacement. Aku masuk OT sebab salah sorang staff kat sini on leave 4 hari, so aku volunteer amik sehari sebab 3 hari aku pass kat orang lain.

Beza antara shift leader replacement ngan OT covering staff biasa, cover OT staff biasa tak perlu nak jadi shift leader, tak perlu buat kerja shift leader. Tu yang seronok. Sebenarnya, aku ssh nak kena OT mcm ni sebab most of the time kena OT shift lain sebab cover shift leader lain. Asal masuk PG10, kena jadi shift leader. Skang aku buat kerja biasa. Rasa seronok plak. Hehe...tu yang sempat tulis blog ni sebab 'shift leader' aku dok ada kat atas. Aku lak lepak kat lab bawah.

Ok..kita stop jap bab cover OT ni. Sebab aku ja yang buat, bukan korang pun. Haha...

Last 2 days, aku dapat call dari seorang kawan aku yang dah lama aku lost contact. She is one of my best friend once. Aku kenal dia since aku sekolah rendah lagi. Tahun 1988 kelas 1 Jingga. Dia duduk sebelah ngan aku. Ntah mcm mana dia call aku. Aku tak cam no dia sebab dia selalu tukar no. Last masa aku contact dia, itulah no terakhir no yang aku ada. Then aku buat dunno sebab aku malas ngan dia. Ada incident yang buat aku terasa ngan dia . Menda dah lama jadi. So aku tak nak ungkit pasal tu. Kat 5 tahun dah aku tak contact dia. Tau2...Hp aku bunyi.

Aku borak lama ngan dia. But cara aku sembang ngan dia dah tak mcm dulu. Yerla dah rasa kekok la plak. Sembang pun skema je..hehe. Last dia wish kat aku sebab aku dah bertunang. Oo..lupa plak sebab aku ada FB dia tapi aku tak perasan. Sebab, mcm no telefon dia, dia kerap tukar nickname, soo aku pun tak tau yang mana satu. Dia tau no aku sebab dia amik dari FB aku. Haha..jem...kat situ aku terlupa plak. Btl la...

Nothing much yang aku borak sangat. Most of our conversation lebih kepada borak betanyakan khabar. She is same age with me, not married yet, kerja kat Nova Scotia Bank kat KL (dia org sana) as Invenstment Executive. Hu...one thing yang aku respect minah ni, sekerek kerek dia lah....sembang tak pernah lekang English. Sampai aku pun naik segan. Tapi walaupun org kata dia Melayu celup, dia minat pantun dan pernah join group tarian under Akedemi Seni Kebangsaan. Wahaha...see...minah celup pun, korang boleh buat mcm dia tak? One of her idol is Pak Samad. A Samad Said la bro...setahu aku dia mmg ada banyak koleksi novel. Minat sastera minah ni.

Aku tak sangka almost 5 years aku dah lost contact ngan dia. Ikutkan aku dah kenal dia since 1988 lagi. Lama tu. Aku still contact dia lepas aku masuk form 1. Masa tu dia pindah kat sekolah kat KL sebab ikut family dia. Bapak dia salah seorang director kat SIRIM berhad kat sana. Skang ni aku rasa dah pencen kot. Lepas incident dulu, aku terus tak contact dia. Aku rasa mcm kecil hati. Its a long story. Ikutkan aku rasa marah kat dia lagi, tapi bila pikir balik, menda dah lama. Dia pun dah cakap sorry kat aku sebab menda ni dia kata salah dia. Yerlah...apa2 jer la...Aku korek skit2 cerita dia. Tanya dia kenapa dia tak kawen lagi. Then dia tanya aku kenapa aku baru nak bertunang? Ceh..kena balik kat aku. Last dia cerita. Dia pernah bertunang 3 years go dengan doctor. Apa yang aku faham doktor tu sebenarnya duda anak seorang. Di sebabkan diorang tak sefahaman, putus tunang. Sebab dia tak bagi tau kat aku. Its ok. Aku bukan jenis suka nak korek cerita. Nak cerita, cerita, tak nak, aku faham. Lagi pun privasi.

Aku cakaplah..carilah yang lain..Insyaallah kalau Allah nak permudahkan jodoh ni adalah. Dia kata in a mean time, dia tak nak pikir lagi bab tu. Hurm..aku hormati keputusan dia. Nothing much aku boleh komen. Dia tanya aku, apa jadi ngan ex aku yang kenal pernah couple dulu masa aku tak lost contact ngna dia. Aku cakap, it is a long story to tell, lagipun menda dah lepas. Aku malas nak ungkit cerita lama. Cuma aku cerita sket2 yang aku kata aku dah tak sefahaman lagi kan kami buat haluan masing2 atas persetujuan bersama. Hahaha...len mcm je bunyi. Aku pun dah totally lost contact ngan minah tu. No news. Better mcm ni.

Cuma satu ja aku kata kat dia, setiap manusia, Allah dah tetapkan siapa jodoh kita dan kita tak tau siapa dia. Setiap orang ditakdirkan dengna setiap ujian dan cara sebelum jumpa. Ada yang cara senang, ada yang cara susah. Mcm kawan aku, kenal since form 1 then kawen masa umur 26. Sama umur plak tu sekelas lagi dulu2. Ada plak sampai putus tunang 2 kali then baru jumpa yang betul, itu pun ter jumpa chenta dia masa pi kursus BTN. Wife dia pun pernah putus tunang. Mcm aku? Aku tak kata cara aku susah sebab aku tau ada orang lain lagi susah dari aku, cuma apa yang boleh kata aku terpaksa cuba banyak kali sebelum aku jumpa dengan jodoh aku. Terpaka mengharungi mcm2. Couple...break...couple...break...couple...plan nak bertunang..then break....mcm2. Semua tu aku tak pernah anggap sebagai bala kat aku. Aku beryukur setiap kali jadi mcm tu, aku lebih matang dan banyak yang berlajar dari kesilapan aku.

Dan itulah yang aku bagi tau kat dia. Tak perlu rasa give up, tak perlu rasa 'nak tutup pintu' hati. Once kita putus ngan seseorang, kita akan jumpa yg lebih baik dari yang sebelum ni. Insyaallah. Aku bersyukur kerana aku dah jadi tunangan orang. Kawen? Insyaallah tahun depan sebelum pertengahan tahun kot.

Bagi aku, walau mcm mana dugaan yang hadapi kat kita, bersabar je. Semua ni ada hikmah. di sebalik hikmah itulah kita perlu berlajar erti kesusahan dan perlu berlajar erti kepayahan. Mcm aku cakap tadilah, tak semua orang dapat memiliki sesua tu dan inginkan sesuatu dengan mudah. Tak semua.

Aku ada seorang kawan aku. Masa aku bertunang hari tu dia dtg. Aku mmg rapat ngan dia. Since 5 tahun dulu. Masalah aku semua dia tau, masalah dia dia banyak share ngan aku. dia ada couple dengan seorang minah satu office ngan aku. Aku ngan member aku ni department lain2. Minah ni pun department lain2. Tapi aku kenal ngan diorang ni sebab job aku selalu deal ngan diorang. Diorang couple almost 2 tahun. Lama. Then aku tau yang diorang decide nak bertunang.

One day, aku ingat lagi masa 3 hari sebelum Thaipusam. Kawan aku ni keluar ngna awek dia pi mkn mlm kat area office aku. Nak jadi cerita, diorang terlibat dengna kemalangan bila motosikal kawan aku dilanggar oleh bas. GF dia meninggal dunia 2 jam selepas bertarung dengna maut di wad ICU. Kawan aku plak cuma patah tulang pelvis dan kena jahit kat kepala. Bayangkan dia terpaksa hadapi semua tu dalam hidup dia bila someone yang dia sayang meninggalkan dia. Dia amik masa 2 tahun untuk pulihkan semangat dia. Fobia semua ada.

Lepas 2 tahun, dia jumpa dengan seorang perempuan ni. Kawan kepada kawan dia masa tu kami buat gath n bbq kat RnR. kat situlah dia kenal minah ni then kahwin. Alhamdulillah anak dah seorang. Itulah yang dinamakan jodoh.

Apa yang aku boleh simpulkan, jodoh ajal maut semuanya terletak di tangna Allah yang Maha Berkuasa. Dia yang tentukan. Apa yang kita mampu, kita mampu berdoa dan berusaha agar jodoh kita akan kekal dan mendapat keredhaan-Nya. itu yang penting. Kita tak tau apa yang akan terjadi kelak. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...