Abis meeting pukul 5:30 aku singgah kat cafeteria. Mencari sisa makan kalau ada kat atas tray. Aku mmg lapaq. Kali ni aku tekad, kalau ada apa pun aku nak sambar. Aku dah lapaq sgt. Takleh nak cerewet. Sekali.......atas tray ada serdak tepung goreng pisang ja..adui.... :'( Aku tanya Nuar budak canteen. Member aku bagi tau makanan dah abis dah kul 5 tadi. Jemm...
Lapar punya pasal, aku amik segelas milo suam. Sekadar isi perut takut kosong. Aku layan tv kat cafe. Aku tinggal walkie-talke kat anak buah aku. Aku dah tak larat dah. Kali ni aku nak rehat. Din, Jambul, Bad dari team DB Schenker datang join aku. Semua dengan muka kelat sebab makanan dah abis. last kitorang lepak minum air panas.
Dalam dok sembang2, member aku bukak cerita pasal zaman kecik2 dulu. Tu dia. Banyak menda kitorang share. Apa yang missout, apa yang teringin nak buat. Ha....aku terdiam kejap. Sebab banyak menda. Din kata dia teringin nak main tudung botol. Hahaha...legend tu beb. Aku dulu suka gila main tu. Dulu mana ada computer game, mana ada internet. Band teringin nak tangkap ikan dalam bendang. Jambul teringin nak main lastik. Aku plak ada. Aku teringin sangat2 nak pakai baju sekolah galas beg, naik basikal BMX. WAhahaha..riindu zaman tu. Aku rindu zaman aku ada basikal. Merata aku pegi. Seronok. Hujung minggu aku merayau waktu petang, main kat payah bekas sawah (sekarang ni dah jadi Shopping complex Giant dan Hospital Pantai). Tangkat ikan laga, kena gigit lintah tangkap haruan. Seronok !! Balik kena tibai sebab kotoq. Hahaha...tu pun tak serik lagi.
Lepas borak ngna diorang, aku masuk IT lab aku fikir balik. Apa yang aku nak buat sekarang ni. Di takdirkan aku mampu buat. Tak kisahlah zmaan kecik2 ka..atau menda dah lama aku teringin nak buat.
1. Naik bas awam.
Aku dah rindu sangat2 nak naik bas awam. Zaman dimana aku takde motosikal. Aku start berlajar naik bas masa aku form 4 sebab sekolah aku jauh. Dalam 10 km dari rumah. Aku terpaksa naik bas pegi dan balik. seronok masa tu. Walaupun tak selesa mcm naik kereta, tpai aku rasa enjoy and adventure sebab bas pusing merata. Hahaha...kalau hujung minggu, aku naik ngan member2 aku. Pusing satu penang.
2. Zaman uiversiti.
Ni lah sebenarnya zaman paling hapenning bagi aku. Ada banyak suka dan duka. Suka nya sebab aku berlajar erti berdikari. Aku terpaksa tipu sunat parents aku dan aku kerja part time sebab nak cari duit lebih. Parents aku masa tu bukan orang senang. Sekadar duit belanja aku dpt RM300 sebulan, mcm2 aku nak kena bayar. Sewa rumah, bil, mkn, mcm2 lagi. Aku kerja kat kedia komputer sekadar jadi jurujual dengna gaji RM700 sebulan. Zaman ni lah aku sebenarnya berlajar memasak. Syok ooo. Bila pikir balik mmg rasa nak nangis sebab aku terlalu rindukan masakan mak aku. Aku tak mampu balik tiap2 minggu macam kawan aku yang lain. So aku terpaksa berlajar memasak dek kerana nak mkn mcm masakan mak aku. Kari ikan, masak sayur, tomyam, Bihun sup mcm2 lagi aku berlajar. Walaupun tak sehebat masakan parents aku, tapi sekurangnya terubat rindu nak makan masakan diorang. Zaman ni lah aku berlajar banyak menda. erti dunia yang penuh dengan dosa, yang penuh dengan nafsu semata-mata. Aku kenal dengna mcm2 jenis orang satu Malaysia. Aku kenal dgn org dari negara luar, semua aku kenal.
Sebenarnya aku mmg rindu sangat nak buat 2 benda ni. Aku rindu pada lecture class, pada tutorial class, rindu pada assignment...terasa tu.. betul apa yang orang kata. Bila kita merungut masa zaman study dulu, sebab tension lah..apa lah..tapi kita akan merindui balik sebab alam pekerjaan lah lebih sukar lagi. Yess....those anonymous said that word.. you are right bro !!! high five !!!

2 comments:
salam abg...
saya farah..ingt lg x, kawan2 mase kat mmu..saje drop by sini..slalu jd silent reader je..percaye x? wpun da lame tp still bace lg blog ni..heehee..nk keep in touch kt chatbox tp chat box xde plak..xpe kan msg kt sini je..hehee..abg ape khabar? hope sihat mcm slalu..farah sihat je..skrg tgh pregnant, da 5 bulan lebih..insyaAllah tgh bulan puasa bersalin :), abg kawin bile? semoga dipermudahkan semuanye..seronok kawin nie, nak2 lg bile tau nk jd parents :D..ok la bang, nnt farah msg lg, take care :)
salam my sis...
sure abg ingat lagi. :) abg sihat alhamdulillah...mcm biasa. Thanx jadi silent reader. Sebenarnya abg dah lama tak active blogging ni. Mmg dah lama. since abg balik penang, jrg abg tulis. sibuk sebab study dan kerja. Alhamdulillah..terbuka hati nak blogging. Syukurfarah dah 5 bulan pregnant. Abg ucapkan tahniah buat farah dan hazril. Abg doakan farah dan hazril dapat anak yg comel, soleh/solehah dan farah sekeluarga akan berbahagia dan hidup diredhai Allah swt.
Insyaallah abg akan kawin bulan june nnt. jgn risau my sis, u are my first priority abg akan jemput. already in my VIp list. :) abg harap nnt farah dan hazril dpt dtg kenduri abg. Sampai masa nnt abg nnt send kad kay. too early skang ni kan?
pasal chat box abg mmg tak letak dah sebab abg inga takde saper nak masuk blog ni. just few friends yang masih ingat kat abg and of course some new friend yg sama blogging ngan abg. :) again thanks sebab masih follow blog abg. abg btl2 hargai dan berterima kasih. keep in touch kay. ;)
and soo sorry abg late reply. maklumlah jarang dpt comment dari 'pembaca' abg..hehe...anything sis, your are very welcome to drop comment and msg. :)
kimslam kat your hubby...
Post a Comment