Assalamualaikum w.b.t...
Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. Shift malam minggu ni dan terpaksa bermalam di office aku selama 3 minggu berturut-turut bagi memenuhi tuntutan boss aku untuk support night shift untuk this quarter end. Terima kasih boss, anda telah berjaya 'mengconvertkan' aku menjadi Batman. Masuk kerja malam, balik kerja pagi buta. Sebenarnya the next week for our calender, Intel calender is a WW14, means, the auditor from Us nak datang sini untuk audit system kitorang kat bulding ni. Selaku seorang kuli yang menjaga system komputer di banggunan ni aku terpaksa bertugas dengan anak2 buah aku waktu malam untuk support. Aku bukan sangat suka kerja malam. Sebab boring, dah tak leh keluar makan kat luar dan yang penting, asal malam je semua nak tido. Ceyyy.....
OK..last 2 weeks my fiancee balik dari Melaka. Terubat rindu gak. Rindu seyyhh..giler kau. Tiap2 hari tengok gambar, dengar suara. Tuan punya badan ghaib kat sana. Haha...ni baru bertunang, sok-sok dah kawen tak tau lah. Sebagai seorang tunang mithali, aku sanggup berkorban jarak dan masa semata-mata mahu melihat tunang tersayang aku berjaya. Ceewahhh.... :D Dan insyaallah lepas kawin je nanti secara automatik status aku akan menjadi suami mithali. Insyallah...hehehe...alahai..dok berjauhan bukan lama tara mana (loghat Penang jap). Ramai lagi kengkawan aku terpaksa cakar dinding selama 4 tahun sebab wifey/hubby diorang berlajar kat oversea. Tu dia. tu pun rileks je. Aku kire nasib baiklah sebab setahun setengah. lepas tu cubaan melanda tunggu tunang aku, OPSS...wife aku (sebab masa ni dah kawen dah) posting.
Cakap pasal kawin, one whole week aku busy. Serious busy yg amat sangat. The week yg tunang aku balik cuti, time tulah kerja aku berlambak-lambak. Meeting, kerja, active aging ticket, shift management, planning, daily task, preventative maintenance dan dll semua nak kena buat dalam masa 3 hari. Yess..3 hari. Ikutkan lepas waktu off day aku lepas kerja (aku kerja ikut shift - days working, 3 days offday..best kan??? ) aku kena datang OT sebab banyak kerja yang kau kena buat. But....disebabkan sayang aku balik maka aku cancel semua OT dan aku kasi can kat assistant aku dtg amik alih tugas aku. Haa..baru dia tau tugas shift leader mcm mana. tu pun aku dah bagi quarter je dari kerja aku sutuh dia settlekan. Anyway he did a good job and dia settle beyond my expectation and dia mmg committed. Ada chances untuk naik pangkat soon. Hehe. Offday aku and tunang aku pun membeli belah. Shopping beli barang hantaran, buat tempahan, settlekan HIV test, macam-macma lagilah. to be honest, rekod aku shopping paling lama kalau aku keluar sensorang ialah 2-3 jam. Sebab aku mmg dah plan nak beli barang sebelum aku shopping. But keluar dengan tunang aku, it took almost 6 hours untuk melengkapkan senarai barang. Bukan sebab tunang aku, tapi menda yg nak dicari tu lah yg makan masa. Series beb. Sampai lenguh kaki aku beberapa hari tu. Apa pun aku rasa happy sebab aku dapat jumpa tunang aku, spend time and she seems happy sebab dapat shopping sekali. One week in a row, thousand ringgit of cash burns mcm tu je. Huu....kawin..kawin....dah jadi adat. Semua nak beli yg menarik dan terbaik. Kawin empat sekali seumur hidup. Maka nak beli barang hantaran mestilah yg terbaik dan menarik kan ??
Alhamdulillah, semuanya settle. Tunggu masa nak kenduri je. door gift dah beli, baju dah sewa dan tempah, semua dah buat. even kad kahwin pun aku dah siap. Aku jenis tak suka lengahkan. pernah jadi kat kawan aku, lagi 2 minggu nak kenduri baru edar kad kahwin. Sebab? kad kahwin baru je siap. Alahaii....mintak simpanglah segala mcm benda tak elok nnt.
Soon, I'm gonna be a husband of somebody, and i have a wife. Banyak tanggungjawab sehh. Bila difikirkan tentang tanggungjawab seorang suami, banyak. Tetambah mcm aku. Anak sulung lagi. Adui yaiii...
Dan yang penting..the clock is ticking and I'm starting to countdown..tak lama dah beb...lagi 2 bulan jer...huhuhuhu.....
Sebagai penutup aku selit gambar fishing trip aku ngan geng2 aku. Untuk pengetahuan semua especially kengkawan ex-universiti aku dulu, aku skang ni ada hobi iaitu memancing. dah lama dah aktiviti ni. kat 4 tahun dah. Merata aku dah travel. Semenanjung smeua aku dah travel. So tak hairanlah nnt kalau tetiba korang tgk dalam facebook aku banyak gambar ikan dari aku. hahaha..Seronok sebenarnya memancing ni. Some people say buang masa dan duit, but berjudi dan melepak tak tentu hala lagi buang masa. Sekurangya ada hasil dengan memancing kan?
Lokasi: Batu Payung, Pulau Aman, Pulau Pinang.
View Larger Map
Hasil tangkapan: Jenahak 1.3-2.0 kg (6 ekor)
Ikan Merah (red snapper) 0.6-1.0kg (4 ekor),
Siakap putih (burumundi)0.8kg (seekor),
Ikan yu 0.5 kg (seekor),
Ikan tanda/anak jenahak 0.4kg (2 ekor)
Ikan pari/ketuka 0.4kg (2 ekor)




No comments:
Post a Comment