Saturday, November 23, 2013

I am going to be a dad...soon !!



 السلام عليكم




Alhamdulillah kerana dapat tulis balik blog yang dah lama bersawang ni. My wife dah 32+ weeks of pregnancy. Ikutkan doktor kata awal bulan jan 2014. but bila dah masuk 8 bulan 3 minggu ni pun dah boleh standby.Tunggu masa je nak melahirkan baby. To be honest, agak risau dan nervous bila fikir balik bakal kelahiran cahaya mata kami. Tambah-tambah aku lah. Yerla nak jadi status 'daddy' kena pikul segala tanggungjawab yang bukan mudah untuk aku galas. Sedar tak sedar wife aku dah 8 bulan mengangdung. Aku bersyukur kerana sepanjang pregnancy ni dia tak banyak ragam. Semuanya senang. Sekarang ni dah kena buat medical check-up seminggu dua kali. So far ok je. Takde high BP, sugar ok, kandungan OK. 

Baru-baru ni aku dan wife pegi beli barang shopping untuk baby. Excited giler. dulu sebelum kahwin, perkara yang paling excited bila shopping ialah beli baju aku. Sekarang ni beli baju baby pulak. Aku akui bukan senang nak beli barang baby ni. Looks simple but complicated. Aku dan wife aku buat list yang nak beli than lepas tu kitorang gi survey dulu. Cari kat mana baju-baju yang branded tapi murah, ada offer dan quality. Soal beranded tak semestinya kena mahal. Ada baju branded yang jual sepasang below RM20. Bila bab berbelanja ni, aku selalu ingatkan kat wife aku, beli biar quality dan berjimat. Survey dulu baru beli. I took almost one whole day beli barang baby ni. Sebelum tu kat sebulan ushar dulu kat mana yang best. Haha...punyalah susah. Walaupun penat dan kadang-kala rasa pening sebab nak memilih dan buat keputusan, tapi aku rasa happy sebab  dapat merasai macam mana jadi daddy and mummy ni. Ni baru sikit. belum lagi anak dah lahir. Susu, playpen, stroller itu ini lagi. Huh......

Banyak kami ambil nasihat dari kak ipar aku, parents aku dan parents mertua aku bila nak shopping ni. Beli sekadar keperluan yang penting. tu pun dah RM600 duit aku spend. Ni lah pertama kali dalam hidup aku beli pakaian dan accessories sampai harga macam tu.  



Apa-apa pun aku rasa bersyukur kerana segala doa aku termakbul. Masa memula kahwin dulu, terpaksa berjauhan ngan wife aku. masa tu ramai tanya aku bila nak ada baby. Yerlah..wife aku masih berlajar lagi. terpaksa postpone dulu kan. Bila lerpas habis berlajar, wife aku dah pregnant. Then sekarang ni tunggu masa nak melahirkan cahaya mata kami yang pertama. 

Aku ada buat scan pasal baby ni. Haha...aku rasa tak surprise kalau aku bagi tau baby aku boy ke girl. Insyallah. Bagi aku boy ke girl ke..janji sihat, sempurna dan Insya Allah akan menjadi anak yang soleh/solehah. Rezeki Allah yang Allah beri kat kita, terima dengan redha dan syukur. Kalau aku mintak aby boy, dapat baby girl, aku rasa bersyukur. Sebab Allah beri rezeki. Dari langsung takdak kan. Ada setengah orang yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi tak dapat lagi. Insyallah, rezeki itu di tangan Allah. Kita berusaha seakat yang mampu, the rest let Allah decided for us. 

Semua barang keperluan baby aku dah beli termasuk keperluan wife aku untuk bersalin nanti. barang pun dah pack sikit-sikit. tunggu masa je. Ikut doktor, time macam ni kena prepared dah. Ada orang tanya aku, nak bersalin kat mana? Hospital swasta ke kerajaan? Bagi aku mana2 pun ok. Ada kata swasta ok sebab hospitality dia best. Kerajaan punya tak oklah, itu ini lah. Bagi aku, kerajaan ke, swasta ke sakit nak bersalin tetap ada. Ada kawan aku bersalin kat hospital swasta. bayar beribu ringgit tapi complain sebab layanan dan hospitality dia tak ok. Ada kawan aku bersalin kat hospital kerajaan je. Tapi kata OK sebab hospitality dia ok. Bergantung kat mana nak lahir dan ikut keampuan. 

Ikutkan aku, ada duit ni nak lahir kat hospital swasta. Tapi lepas bincang ngan wife aku, kami decided nak lahir kat hospital kerajaan. Bukan tak mampu cuma kalau hospital kerajaan ni bagi hospitality yang sama, kenapa nak membazir duit. Lagi pun kata wife aku, duit tu boleh beli lain untuk baby kita nanti. So far aku survey kat hospital kerajaan Pulau Pinang ni OK. Tak banyak rungutan pun. Ramai kawan aku pegi sana. Semua kata OK je. Kalau anak kena demam kuning, kena tahan lama. Kalau anak dan mak sihat, maka dalam 24 jam boleh balik. Insya Allah. 

Aku rasa bersyukur kerana suatu hari nanti, I am going to be a dad !! yes i am... Alhamdulillah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...