lokasi: kat mana lagi..umah la
suhu: sejuk-sejuk hujan
keadaan aku: tgh lembik
suasana: mcm baru lepas hujan
mood aku: biasa je...ehem...ehem...
Lapo...series lapo gila. Akibat dari mau menurunkan berat badan dan mengurangkan gejala hisap rokok, aku tak makan tgh hari. Rilek je muka....tgh malam macam nih baru nak rasa lapar. Eh..tgh malam plak..baru nak masuk maghrib. Suasana baru lepas hujan lebat. Yang tak best bilik aku masuk air ala-ala sunami. Abi melimpah kene kotak barang aku. nasib baik tak kene plug wire. kalau tak korang check la esok kat paper, sure ada kes kene karen.
jap..tgh azan..lepak jap......
okeh sambung balik. hari nih hari paling busan dalam hidup. busan tahap cipan(kenapa mesti cipan? takde menatang lain ke nak sebut?). macam biasa bilik aku nih port segala reunion member aku. hehe...ada yg dtg melepak, ada yg dtg surfing, ada yg dtg nak buat assigment dan tak lupa ugak ada yg dtg bawak gossip liar. ha..mengalahkan kaum hawa.
semalam..aku turun kl..follow member aku buat keje dan pada masa yg sama menyetelkan problem aku yg lama tertanguh. hurm....hidup kene banyak berjalan..ahakss...baru leh jumpa ramai org. acara jalan-jalan cari pasal kat kl abis kol 5..lepas tu kitorang gerak ak balik umah. lepbat kat kl. macam biasa peranan aku sebagai penumpang di belakang kete....tido. letih pon ada, penat pon ada, tak larat pon ada. macam macam ada......
kitorang berhenti kat RnR seremban untuk pekena air dan sedikit refreshment...asa tgh lepak kat RnR membr aku secara kebetulan terjumpa gan uncle dia and faily uncle dia. aku sempat la jugak salam dan berborak ngan derang. tak lama la sangat. lepas tu kitorang gerak menuju destinasi. member aku nih cakap uncle dia dok kat Durian Tunggal. Msa sampai tol ayer keroh, member aku nih ajak gi tgk umah pakcik dia. then kitorang balik. mcm biasa aku meneruskan aktiviti aku seharian dengan melepak depan pc. walaupon mata aku nih ngantuk, tapi aku tak dapat nak tido awal.
pukul satu kawan aku yg tadi ajak kitorang gi makan. ha..lambat tol nak makan. on the way alam ketelah..aku menerima satu berita yg aku rasa aku tak dapat nak terima. rupa-rupanya uncle dia yg kitorang jumpa tadi kat RnR Seremban sudah pon kembali ke rahmatullah kerana diserang sakit jantung. aku terdiam lepas tu. aku jadi blur. bukankah tadi aku baru jumpa ngandia ? bukankah tadi aku baru borak ngan dia ? terlalu sekejap sangat aku kenal dia...tetiba ajal telah sampai.
menurut kawan aku, lepas derang balik dari kl, uncle dia pegi main badminton lepas balik, pengsan kat depan umah dan meninggal dunia kemudian. innalillah....
kawan aku pulak terkilan sebab baru jumpa ngan pakcik dia. ku plak terkilan sebab baru kenal, beru jumpa ngan pakcik dia. ntahlah...mungkin secara kebetulan dan arwah pakcik dia baru je balik dari jumpa anaknya kat KL. apa-apa pun, sekalung ucapan takziah dan alfatihah aku sedekah kan buat keluarga mereka. hidup mesti terus.
okla...rasanya dah lama aku tulih nih. mandi time. semua dah mandi..aku sorang je tak mandi lagi. hehe...
~peace....
No comments:
Post a Comment