Monday, October 24, 2005

Seminggu aku tulis blog ni !!...

October 20, 2005, 1:15am

Lokasi: Kat ruang tamu
Keadaan sekeliling: diterangi dengan lampu candalier, nyaman dan sunyi,
Keadaan aku: mcm biasa
Mood aku: ok je

Sedar tak sedar dah separuh bulan kita telah menunaikan fardhu bulan ramadan yg mulia ini. Masa terlalu pantas bagi kita untuk menilai sejauh manakah keberkatan yg kita dapat dalam bulan ramadhan ni. Aku plak, secara jujur, aku hanya menunaikan tanggungjawab aku dalam bulan ramadahan ini dengan berpuasa, meninggalkan segala perkara yg boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala..insyaallah. Di samping tu jugak, sembahyang terawikh yg penting. Tak ‘sah’ kalau tak semayang terawikh di bulan puasa nih.

Oh ye...zakat belum bayar lagi. Insyaallah hari jumaat nih nak bayar zakat. Ingat sama kengkawan, zakat tu kan wajib, dah terkandung dalam rukun Islam. Bersama-samalah kita mengingati antara satu sama lain tentang zakat fitrah ni. Sesaper yg dah bekerja, bayar sendiri dengan duit duit gaji kita adalah lebih bermakna, sesapa yg masih dalam tangungan adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa kita yg membayar, tetapi, kalau setakat umur dah mencecah 20 tu, berlajarlah bayar sendiri, tapi duit mestilah dari ibu/bapa kita. Itu yg seeloknya sebab bila kita bayar sendiri, sekurangnya kita kaan rasa lebih bertanggung jawab.

Kalau nak diceritakan tentang aktiviti aku hari ini, takde apa pun yg aku buat. Oh ye...sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua kengkawan aku termasuklah ex-schoolmate aku, penpal aku, sedara-mara aku, member sekampung, member satu office, banyak lagi yg tak dpat aku sebut...terima kasih bebanyak sebab hantar kad raya kat aku. Insyallah aku sdg berusaha nak membalas kad raya korang secepat mungkin. Tahun ni mmg aku perasan aku dapat banyak giler kad raya, aku kira balik, ada kat 20 keping aku dapat. Soo far lah. Bagi aku aku tak pernah mengharapkan apa2, cuma bila sekeping kad ucapan hari raya aku dpat dari kengkawan aku, aku rasa aku dihargai dan diingati. Itulah yg menyebabkan aku nak membalas kad rasa sebagai tanda terima kasih aku pada korang.

Tadi aku dah hantar kat 5 keping. Semua oversea. Kengkawan aku yg masih berlajar kat sana aku hantar. Diorang tak balik Malaysia, soo aku hantar je kat diorang. Sebenarnya seronok jugak bila tulis kad raya nih. One thing yg agak ‘menyusahkan’ sedikit ialah apa yg kita nak tulis dalam kad ucapan tu. Sebab bagi aku, different person, different wish. Tgkla jenis org yg mcm mana kan. Takkan plak nak hantar kat member lelaki stok tulis ayat skema nak mampos...soo dependla pada keadaan.

Bila sebut pasal kad raya, ada jugak yg hantar pakai email. E-card. Zaman sekarang dah berubah. Tapi aku nak tnaya korang sendiri, yg mana lebih bermakna bagi korang, korang dapat kad raya melaui pos ke atapun melalui email ? Tepuk dada tnaya selera.

Bagi aku...aku tak kisah sebab mana-mana pun aku tetap terima dengan senang hati dan berbesar hari. Terpulang pada individu nak hantar mcm mana. Asalkan niat je ikhlas cukuplah.
Korang yg baca blog aku nih...kalau korang ada yg hantar kad raya kat aku...aku tahu banyak yg baca blog aku nih...tlg la sertakan alamat korang sekali yek..plss...kasi sekali...senang aku nak hantar kad raya kat korang. Sebab bagi aku, org yg hantar kad raya kat aku, aku akan cuba balas secepat mungkin. Soo far, alhamdulillah seingat aku, org yg hantar kad raya kad aku..semua aku balas. Sebab bagi aku, kalau org yg hantar kad raya kat aku boleh ingat kat aku, apa salahnya kita hantar kad raya tanda terima kasih dan kita pun nak ingat kat dia jugakkan kan. Secara tak langsung, boleh lagi mengeratkan sillaturrahim sesama kita.

PLs ok..sesaper yg hantar kad raya kat aku..pls...tlg la kasi add sekali. Sesapa yg dah pindah umah ke..inform la kat aku sebab aku takut nanti kad tu tak sampai kat korang plak nanti. Aku mghargai sesangat kal korang kasi address kat aku.

Oklah, hari nih aku rasa tak banyak yg aku nak tulis sebab aku lepas ni nak tido awal skit. Esok pagi aku nak kuar gi Seberang Perai. And thanx alot again kat korang yg hantar kad raya kat aku. Aku menghargai sesangat kad korang tu. Thanx again. Sesapa yg tak dapat lagi, aku akan cuba balas kad raya korang secpat mungkin. Insyaallah. Kepada kawan aku Affendi, my ex-classmate aku, sorryla tahun lepas aku tak hantar kad kat ko..sebab aku dapat tahu ko dah tak duduk lagi kat umah lama ko. Aku dah cuba nak cari alamat umah ko tapi tak dapat. And this year, thanx sebab kasi kad tu. Lawa. Aku dah balas balik kad ko tu. Tunggu yek kad tu sampai kat kg ko.

Kepada semua kengkawan aku, aku nak ucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa untuk esok. Sahur, jgn tak sahur, bersahurlah walaupun minum dengan segelas air sahaja, asalkan bersahur untuk mendapatkan keberkatan sahur itu.

Asalamualaikum...

da~~~~

21 October 2005, 3:15am.

Lokasi: kat bilik aku.
Keadaan aku: biasa je..happy....
Keadaan bilik aku: biasa je, diterangi dgn lampu chandalier dan bunyi mp3 aku
Mood aku: best...gembira...letih....

Sebelum aku nak mulakan blog aku ni, apa kata kita sedekahkan Al-fatihah untuk Allahyarhamah Datin Seri Endon yg telah kembali ke ramhmatulllah pada 20hb.......
al-fatihah....

Oklah....pasal aku plak. Hari ni tak buat apa. Bangun kol 11 pagi hari ni. Aku pegi office. Settlekan pasal hal aku dengan kasen aku. Alhamdulillah semua plan aku hari nih ok je..takde masalah. Insyaallah, jika tiada aral melintang....dalam minggu depan aku boleh start mulakan pembelian dalam company tu.

Balik kol 2 ptg. Ingat nak singgah jap kat umah kawan aku. Tapi tak jadi. Kol 4 ptg adik awek aku telefon. Kata dah sampai kat Penang. Aku pegi ambik and then balik umah.
Lepas bukak puasa hari ni, semayang maghrib aku terus tido. Series sakit kepala. Aku tak tahu kenapa. Maybe sebab tadi aku keluar sepanjang hari. Bangun kol 10:30 mlm, itu pun aku dpaat call dari Tach. Kitorang berborak sampai kol 11 mlm. Argh...mmg pelik gila hari nih. Something happened. Something yg tak masuk akal !!! everything is unpredictable, unplanned and unexpected. Betul ke apa yg aku dah cakpa tadi ? Aku rasa mcm tak percaya je....huhuhu....series aku tak percaya. Bila aku pikir balik, mcm betul ke tadi aku yg cakap? Tak pernah aku cakap mcm tu. Aku rasa maybe sebab mengigau sebab bangun tido then kitorang breborak..terus aku dengan selamba cakpa mcm tu..argh..tidakkk......malu seh...nak je aku lompat lompat kat balcony umah aku nih. Hehehehe....nak je aku menjerit mcm org gila kat balcony nih...kasi pak guard dengar...hehehe......

Series aku tak percaya apa yg aku cakap...aku tak tahu kenapa mulut aku nih celupar sangat...aku tak tahu kenapa tetiba hati aku rasa mcm nak cakap je dengan penuh selamaba ayam tanpa was-was. Dia plak terkejut gila sebab aku cakap mcm tu. Aku tak sangka dia mengalirkan air mata.Walaupun aku tak nampak, tapi bagi aku cukuplah perkenalan aku ngan dia hampir 8 tahun membuatkan aku kenal sangat perangai dia. Aku tahu dia menangis. Cuma aku kekadang rasa bersalah dengan diri aku sebab aku terllau push dia.

Argh...tak kot..mana ada...aku tak pernah paksa dia. Aku tak pernah push dia. Cuma kekadang, hati aku nih terlalu jujur untuk meluahkan seglaa apa yg aku selam nih simpan. Betul kata org, kekadang mulut kita boleh menipu kita, tapi hati kita tidak sekali-kali.

Cuma apa yg aku harapkan, aku tak nak apa yg aku buat, aku tak nak something happened yg akan terjadi suatu hari nanti. Biar sejauh mana aku kenal org, biar sedalam mana aku boleh memahami perasaan hati org, biar selama mana aku kenal org, cinta yg kita dapat itu tak semestinya selama mana kita dah kenal dia, dan memahami dia. Aku dah berlajar banyak perkara. Alhamdulillah sampai sekarang, aku masih berlajar dan ingin terus berlajar.

Kata seseorang kepada aku “Biarlah sepahit mana, biarlah seracun mana apa yg kita pernah alami sebelum ini, kita harus jgn menyesali dan mengungkiti dengan apa yg kita pernah lalui, sebaliknya anggap ia sebagai satu pengajaran bagi kita, selagi kita mampu menilai sejauh mana kesilapan kita asalkan kita dapat menerimanya, selagi itulah kebahagiaan akan menghampiri diri kita.”

Dan seseorang itulah yg telah mengajar aku erti kemaafan, erti menerima seadanya dan erti persahabatan.

Jika aku pernah didugai dengan segala mcm dugaan yg mugkin terlalu hebat bagi org lain untuk menerima, sekurang-kurangnya aku sentiasa ingat bahawa, ada yg pernah alami jauh lebih hebat dari aku. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana aku pernah merasa erti penyeksaaan yg aku tidak pernah bayangkan sebelum ini aku terima. Sekurang-kurangnya aku diajar erti kesusahan, erti kesedihan, erti kekecewaaan yg tak pernah aku alami sebelum ini. Dan aku bersyukur kerana dengan dugaan ini lah aku mampu menjadi siapa diri aku, aku lebih tabah dari dulu, aku lebih matang dari dulu dan aku tidak lagi seperti dulu. Dan aku bersyukur kerana keperitan aku ini telah dibalas dengan kebahagian yg aku dapat selama ni. Insyaallah akan berkekalan. Itulah doa aku.

Betul cakap ayah aku, dugaan itu mengajar kita erti menjadi manusia, mengajar kita mengenali Allah lebih dekat, mengajar kita agar lebih bersyukur dan mengajar kita terima dengan hati yg lebih terbuka dgn apa yg terjadi. Jika kita mampu dapat semua ini, insyaallah kita akan menemui kebahagiaan kelak. Aku selalu mengingati diri aku bahawa dugaan yg kita tempuhi itu tak akan kekal selamanya. Dugaan tetap ada sampai bila-bila Cuma setiap dugaan itu ada penamatnya. Penamatnya.....apabila kita mampu mengatasi dugaan itu dengan hati yg tenang dan sentiasa mencari jalan agar kita mampu mngatasi dugaan itu. Itulah penamat segalanya.

Ingatlah, setiap dugaan itu ada hadnya, ada titik nokhtahnya. Bila akan berakhir, semua nya terletak pada diri kita, terletak pada cara kita untuk mengatasinya. Dan ingatlah, apabila sesuatu dugaan itu berakhir, jgn mudah lupa diri kerana kita harus bersedia bahawa akan ada dugaan yg akan dtg. Besar atau kecil dugaan itu, hanya Allah yg tahu.

Cukuplah, aku dah penat untuk bergelumang dalam masalah yg bertahun tak pernah hilang dalam diri aku. Aku dah penat untuk memikirkan pasal masalah aku. Aku dah penat untuk memikirkan perkara yg tak pernah hilang dari fikiran aku.

Sekarang....akan berakhir...telah berakhir. Jika tidak kerana hati seorang manusia yg sanggup memaafkan aku, jika tidak kerana hati seorang manusia yg telah meletakkan egonya di bawah, jika tidak kerana hati seorang manusia yg inginkan persahabatan dari aku, mungkin dugaan itu tiada nokhtahnya. Secara jujur, aku akan menyesali atas perbuatan aku, aku akan rasa bersalah sehingga ke akhir hayatku.

Itulah yg aku berlajar, walau sekeras mana hati manusia, walau sepanas mana hati manusia boleh dilembutkan dan disejukkan dengan kata-kata yg penuh keikhlasan dan kejujuran.

Bercakaplah melalui hati, bukan melalui mulut. Kerana mulut kita akan sentiasa menipu hati kita. Tetapi hati akan sentiasa bercakap benar kerana hati itu datang dari perasan sebenar kita.
Untuk awak, thanx...awak bukanlah yg pertama yg pernah menyayangi saya, tapi insyaallah..awaklah yg terakhir yg akan saya sayangi sampai ke akhir hayat saya. Cuma, saya sentiasa mengingatkan pada diri saya, ajal, rezeki dan jodoh adalah di tangan Allah. Berusahalah agar jodoh itu milik kita. Jika jodoh tiada untuk kita, sekurangnya saya tidak akan menyesali dengan perpisahan itu. Bukan itu yg saya minta. Cuma apa yg saya harapkan ialah awak dapat menghargai saya seperti mana saya dapat menghargai awak. Dan sekurang-kurangnya kita pernah merasa menyayangi dan disayangi.....

22 October 2005, 12.45 am.
Lokasi: Kat balcony, amik udara segar.
Keadaan sekeliling: Sejuk sebab tgh hujan, diterangi oleh lampu hiasan dan lagu mp3.
Mood aku: OK je...
Keadaan aku: mcm mood aku gak... ;-)

Hari ni hari sabtu. Cepat giler hari sabtu. Dah terasa nak masuk 21 hari kita berpuasa. Hari ni takde aktiviti yg aku buat. Bangun kol 10 pagi. Penang hari ni cuti sebab Nuzul Quran. Bangun kol 10 pagi, aku lepak umah. Tgk tv.

One thing yg menarik hari ni ialah aku jumpa dengan seseorang bila aku nak balik dari masjid lepas menunaikan solat jumaat. Aku tak sangkat kawan aku yg aku kenal sejak aku darjah satu dan aku tak pernah jumpa dia sejak aku form one tegur aku. Jauh dia dah berubah dari dulu. Kawan aku nih sekarang tgh buat diploma kat PSDC Academy.

Aku gembira giler bila aku jumpa dia. Aku taksangkat dia masih ingat lagi kat aku. Aku je yg dah lupa dia. Masa kitorang sekolah dulu, aku mmg kawan baik dengan dia. Sampaila form 1, kitorang dah tak jumpa sebab dia dah tukar sekolah kat Kedah. Sehinggalah sekarang aku baru jumpa dia. Aku sempat bertukar no telefon.

Lepas balik semayang jumaat, kol 3:30 ptg aku kuar ngan kasen aku Geehan. Dia nak ajak aku temankan dia pegi shopping. Huh...aku faham sangat kasen aku nih. Shopping stok tak hengat. Kol 5:30 aku balik umah, actually pegi shopping ngan minha nih stok tahap busan giler. Hehehehe...sorry Geehan kutuk ko. Asyik kita je nak ikut dia . MMg dead la. Aku plak yg jadi pak turut je. Nasib baik la amsa dia nak shopping aku membz kan diri pusing-pusing kat shopping complex tu.

Balik umah, mak aku baru je balik dari shopping ngan awek adik aku. Pegi mana ntah diorang. Sakan beli bunga plastik. Nih mesti mak aku punya keje nih. Aku tahu sangat. Kalau dah nak raya je, mak aku nih jenis suka menggubah bunga. Soo kalau nak tgk design baru, dtg umah aku. Akan ditukar setiap setahun sekali. Kekadang setahun 3 kali pun boleh. Dah kata perempuankan..biasalah. Ayah aku takde. Dia kuar gi meeting ngan kengkawan dia pasal ape ntah. Yg tinggal kat umah awek adik aku si Farhana ni, mak aku, adik kecik aku ni ngan aku je. Busan sehh busan......adik aku yg kecik tgh bermain ngan anak jiran tingkat bawah. Mak aku tgh sibuk melayan si Farhana nih. Tgh ajar bab bab memasak..hehehehe...bakal menantu la katakan....

Aku plak...mmg lone renjer...nak main pc game, dah busan. Tgk tv...aku belek takde satu mende pun yg best. Last-last aku layan je video. Nasib baikla ada citer ‘Something Gotta Give’ nih. Citer romantik komedi. Aku layan je. Citer mmg best. Farhana bawak dari KL.
Bukak pose hari nih buat pertama kalinya lauk penuh satu meja makan. Tahu la menantu mak aku tu ada. Dah ada 2 org kaum hawa kat umah. Setiap sorang nak intro masakan masing2. Kalau 2 org..huhu...mmg penuh la. Tu belum masuk lagi 3 org...ahahahaha....konferm leh buat kenduri. Sampai esok nak raya pun makanan tak abis lagi. Hari makanan fave aku banyak mak aku buat. Kari kepala ikan,. Udang goreng tepung, sayur kangkung dan one thing yg aku mmg dari dulu lagi suka....ULAM !!! ada kat 2-3 jenis ulam. Tu baru mak aku. Farhana plak masak 3 jenis. Erk..yg aku tahu ayam masak pedas je. Yg lain aku tak pernah tgk pun lauk tu. Series tak pernah tgk.

Yg bestnya hari nih tak pegi lagi terawikh...hohohoh....bapak aku sound semacam je. Tak marah, tapi kecewa. Ahahaha....giler seh...mmg sesuai sekali ayat tu. Lepas je makan, aku solat maghrib then terus aku baring kat bilik aku. Sedar tak sedar tertido. Bangun kol 9 mlm.

Seperti biasa Tach call aku kol 10:30 mlm. Dia mmg cakap nak call aku time mcm tu. Sampaikan pernah warning kat aku, kalau tak angkat je dia call, lepas nih dia tak call. Hehehehe....pandai merajuk plak..dulu tak pernah pun...ahaksss...*wink*

Ayah aku balik dari masjid kol 11. Aku berborak ngna ayah aku pasal aktiviti esok. Ayah aku cakpa nak gi umah makcik aku sebab nak bincang pasal aku nak bertunang. Eh silap....bukan aku..tapi kasen aku. Ehehehe....tersashul plak....aku kalau bab nih maleh nak join....first..tu bukan hal aku..second....tu hal org tua2..third...kalau aku join soalan maut akan hinggap kat aku. Aku mmg maleh gila kalau org tanya. Blajar tak abis lagi..dah nak menggatal nak kawen...hehehehe...sok sok bini nak makan ape ?

Rimas gila bila org tanya soalan mcm tu. Muda hanya sekali. Hehehehe...sementara tgh berlajar dan muda nih...enjoy la dulu. Lelaki takpe....kalau perempuan umo mcm aku nih..mmg kene kawen. Aku.....aku tak kisah bila nak kawen...tapila kan..paling lambat kau nak kawen..umo aku 28 tahun....hehehehe....series tu.

Oklah nak kuar nih. Gi minum. Bebudak the gengz aku ajak gi minum nih. Wanie, Husna, Hizer, ADI, Syikin, dan tak lupa Acun. Ohye..sebelum aku lupa. Buat kengkawan aku yg dari jauh – Farhan, Izam, Alex, Wafaa the powerpuff girls...dan Maria. Thanx for the greetings card. Maria, thanx for the lovely keychain. Thanx alot guys. Insyaallah nanti aku akan reply card korang secepat mungkin ok.

And for my fave cousin, Raihan, thanx sebab kasi kad raya yg besar kat abg. Sorryla..abg takleh kasi yg sebesar tu. Sebab abg terlalu besar nak beli kad yg besar...ahahahaha....anyway, abg dah reply kad raya. Mmg lawa.

And for my sayang, thanx for the song. Celine Dion – To Love You More. Dari awal sampai sekarang tak abis-abis nak remindkan kat saya soh dengar dan hayati lagu tu. Tiap2 hari saya pasang. Sampaikan adik saya yg kecik nih leh hafal dah lagu ni. Hehehehe....

Daa~~~

23 Ocktober 2005. 1:10 am

Lokasi: Kat taman kat umah aku.
Keadaan sekeliling: berangin, sejuk dan tenang.
Keadaan aku: Mcm biasa je. Tgh layan mood aku.
Mood aku: Biasa, happy, dan selamber....

Hari nih nak tukar tempat jap. Busan gila asyik nak tulis blog kat umah. Asyik2 tempat yg sama je. Aku amik notebook mak aku, letakkan air milo panas dalam termos dan turun bawah. Aku lepak kat taman kat bawah nih. Mmg best. Kat tebing bukit, mengadap laut dan jambatan Pulau Pinang. Angin sepoi-sepoi bahasa, dingin dan yg best....keadaan tak terlalu terang. Best kan ?? hehehehe.....

Tadi aku gi shopping. Start beli baju raya. Hohoh....best giler kalau start beli baju raya. Gaji ayah aku masuk hari nih. Dia kasi credit card kat aku. Apa lagi....operasi serangan terhadap shopping complex bermula !!...

First dalam kepala otak aku....nak ajak saper pegi ngan aku ?? nak ajak parents ? hurm..tak best sebab parents aku kalau bab beli pakaian kat aku mmg cerewet giler. Aku ajak je si ADI jadi shopping partner aku. Kitorang gi Ivory Plaza. First thing dalam fikiran aku, nak beli seluar jeans. Aku dah lama nak cari seluar jeans ni. Nak cari kat mlk..semua tak best sebab takde yg berkenan. Aku singah kat Denim Boutique. Argh..semua tak best. Aku nih kalau nak pilih seluar mmg cerewet skit. Eheheh..yerla..aku tak menyesal bila beli nanti. One thing mistake aku ialah aku tak survey dulu. Sekali bapak aku plak kasi last minit credit card...aku redah je cari.

Pusing kat Ivory...semua stok busan....takde yg best...ader satu jeans yg aku minat giler....tapi bila nak beli....sekali salesgirl tu cakap, nih je yg stok last ada. Seunit. Aku belek..rupa-rupanya jeans tu dah season skit. Maybe org dah banyak sangat nak try kot. Kecewa gila....

Second tempat nak pegi.....kat Tesco...kat sana maybe ada. Tapi Tesco takde yg best. Setakat nak beli barang dapur mmg okla..nak beli pakaian...mmg tak best..last lsat pegi Perangin Mall...habis satu kedai aku tawaf..last last jumpa jeans yg aku nak beli. Color, fit, ngan jenis kain mmg type aku. Aku pusing lagi..ingat nak beli T-shirt...tapi tak jadi sebab aku teringat aku dah janji nak pegi shopping ngna adik aku nak beli T-shirt kat seberang perai. Kat sana mmg best. Soo aku cancel je niat aku. Dah kat 2 jam lebih aku pusing....last last aku beli 2 pasang je seluar. Jeans ngan pants...semua kat RM 210.00

Huhu...gile seh sakan...shopping stok tak hengat...aku balik umah dalam kol 6..bukak pose then terus gi terawikh...

Plan asal nak pegi terawikh kat surau kat umah aku je...sebab kat bawah je. Malas nak pegi kat masjid ayah aku selalu pegi. Kat sana terawikh abis kol 11 lebih. Tak tahan seh nak tunggu. Elok je kol 7:20 mlm, ADI call aku. Ajak aku pegi terawikh. Aku malas gila kalau si mamat nih call aku ajak terawikh. Dia dengan idea peliknya nak pegi terawikh jauh jauh. Ajak aku pegi kat masjid lama. Masjid Kapitan Keling kat Georgetown. Giler sehh jauh tu. Mana sempat nak pegi time mcm nih. Kalau jln sesak tgh mlm nih..mmg dead la. Last-last aku amik keputusan nak pegi gak. Sebab selain adi, 4 org kengkawan aku join sekali. Syazwan, Shariman, Hizer dan Dyn. Mmg bestla kalau pegi reramai. Dlm kol 7:30 mlm diorang dtg amik aku. Kitorang pegi sana.

Terawikh abis kol 10:30 mlm. Lepas je abis, kitorang gi minum kat kedai mamak. Alamak...aku teringat...aku tertinggal hp...Tach sure nak call time mcm nih. Aku mmg cuak giler. Kol 11 lebih mcm aku aku balik umah. Tach call aku kol 11:30 mlm. Nasib baik dia baru nak call.

Esok....aku kene hantar Farhana pegi stesen bas. Dia nak balik Kedah esok. Lepas hantar si Farhana, aku nak jumpa kasen aku si Fahmi kat umah dia. Hari tu dia mintak dtg sebab dia nak kasi kunci umah dia kat aku. Dia nak balik kg hari Isnin. Dia mintka tlg aku tgk-tgkkan umah dia.

Oklah....aku dah cukup lama lepak kat bawah ni. Risau plak aku sebab lepak kat hujung taman kat sini. Ape-ape hal...all the best unutk smeua kengkawan aku. Selamat bersahur dan selamat berpuasa. Jgn lupa niat puasa ok....Assalamualaikum....

Daa~~~

24 October 2005, 1:04am
Lokasi:
Kat hall umah aku
Keadaan sekeliling: Tak bape terang, bercahayakan lampu chadalier, dan sunyi.
Suhu; biasa-biasa je.
Keadaan aku: Mcm suhu gak.

Hari nih mmg best...series best giler...aku bangun awla hari nih. Dalam kol 9 pagi mcm tu. Ayah aku dah takde kat umah. Pegi mana ntah. Mka aku ngna adik aku masih tido lagi. Dah kata hujung minggu. Soo..takde mende yg nak buat...tido je.

Aku dapat call cari ADI, dia kata tak yah dtg umah sebab di dah kasi kunci kat ayah aku. Aku sambung tido balik. Tgh sedap tido...aku dapat call. Huh...saper plak call umah time pagi nih. Dah la tu saper pun tak angkat. Bising betul bunyi telefon dlam bilik ni. Inilah masalahnya kalau smeua bilik ada telefon. Bilik aku pun skeali ada telefon gak. Last last aku jawab....Aik...mak aku telefon..soh aku dtg kat Perangin Mall. Dia ckaap dtg je sini kat tingkat 5. Aku tgk jam dah pukul 1 ptg rupanya. Skeali parents aku ngan adik aku dah kuar kol 11 mcm tu. Aku je masih membutakan diri kat umah tanpa segan silu. Bengang pun ada sebab diorang keluar stok selamba je. Tak kejut aku pun. Huh...nak marah nih....

Lepas semayang zohor aku kuar gi Perangin Mall. Aku tertanya-tanya..apesal mak aku soh aku dtg sana. Nak belanja makan ke? Ehehehe....gila apa...tgh puasa nih...nak cari maut je makan time mcm nih. Hari nih, aku pakai kete mak aku gi sana. Malsa giler naik moto. Korang pepahamla...kl 1:30 ptg..tgh panas terik nak pegi. Sampai je kat tingkat lima..barula aku faham maksud mak aku. Rupa-rupanya mak kau nka belikan baju raya kat aku. Eheheheh....segan sehh...dah besar panjang mcm nih pun parents belikan. Aku cakap kat mak aku, nak kuar kan duit kau dulu baru nak beli baju raya. Mak aku marah kat aku sebab dia kata jgn kecikkan hati ayah aku. Dia nak belanja kitotrang beli baju raya. Kecik tapak tangan...satu shopping complex nih aku tadahkan..hehehehehe....

Nasib aku mmg baik hari nih. Aku mmg malas gial kalu nka shopping tetambah lagi mak aku ada. Hari nih mak aku ckapa dia soh aku sendiri pilihkan pakaian untuk aku. Tgk harga pakaian kat sini..mak aii....boleh tahan. Sehelai kemeja/t-shirt yg paling murah je harga RM90. Yg setakat seratus lebih mmg bersepah. Aku mcm tak percaya je mak kau soh pilih pakaian kat sini. Aku belikan 2 helai kemeja. Tu pun dah 2 ratus lebih dah harga dia unutk 2 helai tu. Aku dah tak sanggup nak beli lagi. Ayah aku soh beli lagi sepasang. Gila apa...kalau aku beli sepasang...nak je aku beli kemeja Dockers yg berharga kat 300 ratus tu. Ehehehe...takpe...aku beli 2 helai je. Adik aku yg kecik lagi ganas dari aku. Beli kasut...baju ngan seluar...semua banyak gila...ayah aku beli kemeja batik dan t-shirt Armani.

Lepas shopping, parents aku nka balik sebab dah settlekan keje. Dlm pukul 4 ptg mcm tu. Aku je yg tak reti nak balik balik sebab aku nak lepak lagi kat sini. Tgh ada kete nih. Busan gak kalua balik awal. Last last aku pusing je kat area situ. Cari Cd lagu, buku, beberapa mende yg aku nak beli.

Balik dlm kol 6. Bukak pose, mcm biasa terus tido. Heheh....tak pegi terawikh hari ni. Arghh..giler sehh....rasa bersalah je. Bangun kol 10. Tgk je ayah aku pun tak pegi. Ayah aku rupa-rupanya tak bape sihat sejka dua menjak nih. Aku bangun, makan nasik then tgk tv...sampaila kol 12. Aku sedar Tach tak call aku hari nih. Aku msg kat hp dia. Still tak reply gak. Hurmm..tapela...tak kisah pun kalau dia tak call sebab tiap tipa hari dia call aku. Its ok...aku mmg tka kisah pun.

Oh ye...aku teringat satu mende....just nak share ngan korang....3 hari lepas, ayah aku ajka aku pegi melawat kawan lama ayah aku sakit. Aku mulanya tak nka ikut sebab aku keberatan nka pegi time tu. Dalam kol 3 ptg mcm tu aku pegi je ikut ayah aku. Kawan ayah aku nih menderita sakit kencing manis kat 20 tahun. Umo dia dah menjangkau 60 dah. Menuut kata ayah aku., ayah aku dah lama tak menziarah kawan ayah aku nih. Last dia pegi 4 tahun lepas. Itu pun sebab anak dia kawin. Sampai la sekarang dia tka pegi. Kawan ayah aku nih sekampung dengan ayah aku. Kawan sepermainnan ayah aku masa diorang kecik-kecik dulu.

Sampai je pintu umah kawan ayah aku, ayah aku kasi salam. One thing yg aku agak terharu tgk ialah bila kawan ayah kau nampka je ayah aku dtg, dia menangis. Aku memula tak bape faham, last..aku tahu gak. Sebab kawan ayah aku nih dah lama tak jumpa ngan ayah aku. Aku dapat tgk betapa mesranya diorang. Walaupun kawan ayah aku nih tgh sakit sehuinggakan terpasa terbaring, tapi dia mampu tersenyum. Aku nampak disebalik penderitaaan dia tu, terubat jugak bila ayah aku dtg umah. Melawat dia. Diorabg banyak bercakap pasal hal diorang, kekadang, aku dgr diorang citer pasal zaman diorang kecik² dulu. Sekali sekala, ketawa diorang memecah suasana umah tu. Kawan ayah aku nih pandai berjenaka. Diorang banyak menghabiskan masa berborak sesama sendiri. Aku je sensorang kat sofa. Huhuhu....aku faham, banyak mende yg diorang nak borakkan. Soo aku tak kisah.

Kawan ayah aku ckp, ayah aku nih kawan baik dia masa diorang sekampung dulu. Selalu buat keje sesama. Nakal sesama, bermain sesama. Sehihggalah ayah aku bekerja. Ayah aku plak mmg akui kawan dia nih lah yg banyak tlg dia masa ayah aku tgh susah dulu. Dan barulah aku faham bahawa kawan ayah aku nih lah yg ayah aku selalu maksudkan bila dia kata Cik Det yg selalu tlg dia bila dia tgh susah. Barulah aku kenal siapa ‘Cik Det’ tu. Secara tak langsung, aku amat menghargai jasa dia yg banyak tlg kitorang dulu.

Ayah aku berjanji akan tlg kaan ayah aku nih nak dapatkan rawatan kat Kuala lumpur. Sebab kawan ayah aku tak thau nka uruskan pasal rawatan dia kat hospital kat sana. Ayah aku akan tlg dia. Alhamdulillah....aku lega sesangat....

Kekadang...lepas je pertemuan tu. Aku terfikir gak. Maybe aku pun akan jadi mcm tu. Sama ada aku yg sakit, ataupun aku yg akan menziarah kawan aku yg sakit. Maybe waktu tu baru aku faham mcm mana perasaan kawan ayah aku ngan ayah aku. Bila umo dah meninggkat, waktu kita akan terkenang kembali zaman kita muda-muda dulu. Apa yg kita buat, kenangan kita dan sebagainya. Sebab itulah sekarang nih aku amat menghargai kehidupan aku sekarang. Dan aku bersyukur aku ada ramai kawan. Dan insyaallah. Kawan aku yg ada sekarang nih akan berkekalan. Mungkin bila aku dah berumur nanti, bila aku jumpa balik dengna kengkawan aku, kengkawan baik aku, mungkin waktu tu banyak mende yg kita nak borakkan. Mungkin waktu tu banyak mende yg lepas kita nka diingatkan. Ada yg manis, ada yg pahit. Yg aku agak sayu dengar ayah aku dan kawan ayah aku nih borka pasla kengkawan diorang yg dah meninggal dunia. Aku pun rasa gak sayu tu. Aku faham perasaan ayah aku. Dia pun aku tgk sedih je.

Sebab banyak kekgkawan sekampung dengan dia dah meninggal dunia. Kawan yg banyak memberikan kenangan manis untuk dia. Dan itulah mungkin akan aku hadapi kelak.

Oklah..nak stop nih...kol bape dah..aku nak lepak jap tgk tv. Ape2 hal untuk korang, selamat bersahur ok. Asaalamualaikum.....

Daa~~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...