October 11, 2005 1:45 am
Just getting back from Malacca !!! Sampai Penang kol 5 pagi, tepat kol 5 pagi. Abah aku dah tunggu kat stesen bas. Aku sahur ngan ayah aku kat kedai mamak. Mcm biasa, takde mende nak diborakkan. Kol 5.30 pagi camtu aku balik umah, semayang subuh then sambung tido.
Aku bangun kol 1 ptg hari ni. Hohoho.....giler lama tido..tak hengat. Bangun terus blur. Tatau nak buat ape. Malas giler nak kuar time mcm ni. Adik aku baru je gi sekolah. Saper takde kat umah. Ayah aku keje, mak aku plak tak balik lagi. Petang ni aku mmg lepak je kat umah. Malas nak kuar. Lagi pun aku still lagi rasa letih selepas balik. Aku teringat kat Tach. Hurm..How is she right now. Takpelah..as long dia dah tahu aku dah ada kat sini.oklah. Kol 4 ptg mcm tu aku dapat call, Tach call aku. Seronok giler. She called just to ask where am I. Huh...lagi mau tanya. Aku dah balik. Borak2 kosong ngan Tach.
Kol 5 ptg, aku gi amik adik aku dari sekolah. Sekolah adik aku abis awal hari ni sebab bulan puasa. Lepas hantar adik aku, aku terus gi pasar ramadan. Saje nak singah jap. Leh beli apa yg patut untuk berbuka nanti. Sesambil tu leh tgk member member aku yg ada kat sana.
Lepas semayang maghrib, aku sambung tido. Erk..aku bukan apa, tetiba aku rasa pening. Maybe sebab aku termakan cendol yg aku beli tadi. Aku lupa lak...aku tak boleh makan cendol masa berbuka sebab cepat pening. Bangun kol 9.30 mlm, ayah aku belum balik lagi dari masjid. Aku tgk TV. Mak aku plak tgh sibuk jahit baju untuk ayah aku. Lama giler aku tak tgk mak aku jahitkan baju melayu. Tahun ni mmg aku tak sempat nak buat maju melayu baru. Planning mmg nak tempah. Tapi bila pikir balik, baju melayu aku dah ada kat 3 helai. Semua baru lagi. Soo, nak budjet dan tak nak membazir, aku tak tempah. Cuma, seperti biasa, baju raya untuk aku tiap2 tahun akan ada. Cuma kali ni agak berbeza sikit. Sebab selalunya tiap2 tahun sejak aku masuk MMU ni aku beli pakai duit sendiri, kekadang ader gak parent aku support skit skit. Tapi tahun ni parents aku nak support semua. Hohoho.....ayah aku nak support kitorang beli baju raya tahun ni. Alhamdulillah...thanx bah....
Aku tak decide lagi nak beli baju ape. Sebab...raya lambat lagi. Mak aku plak soh aku tempah je seluar kat butik Jeferson tempat ayah aku selalu tempah. Tapi aku malas giler pegi kat situ. Tetambah lagi bab tempah ni. Sebab first..harga mahal tak hengat...sekali tempah mau kat RM300 habis, second plak kalau tempah kat sana, mau kene tunggu kat 2-3 minggu. Aku tak minat nak tempah. Baik beli je sendiri yg dah siap. Heheh....kan best...
Hurm..quite surprise...suddenly my idea just come out when I was thinking about Tach. I need to giver her something this year especially for hari raya. But i have no idea. My idea always come in stupid and unreasonable thing. Perfume, old-school teddy bear present, brooch, etc.....And at last..I got an idea..thanx mom...sebb kasi idea maut....heheheh.....
Kol 10 lebih ayah aku balik dari masjid. Biasala, org kuat masjid....ahahaha...aku dinner ngan ayah aku. Adik aku yg kecik tu dah nak tido. Dia nak tido awal hari ni sebab esok pagi dia nak bangun awal. Aku borak ngan ayah aku.....pasal mcm mcm....pasal study aku, pasal preparation aku pasal raya. And one more thing yg aku agak terkejut dengan statement ayah aku. Ayah skang ni tgh cari umah baru. Ayah aku nak pindah. Hah ?? Ape ni..takkan nak pindah umah lagi !!! Aarghhh..tidak..bab nih yg maleh ni. Ayah aku ckp, walaupun umah kitorang duduk ni besar, mmg cukup besar, tapi ayah aku tak mampu nak bayar service ngan mgmt bills untuk umah ni. Aku terdiam...betul gak cakap ayah aku. Sebulan ayah aku kene bayar kat RM7++ untuk semua. Security, IWK, house keeping and service, club facilities, dan banyak lagi. Kalau sebulan RM700, setahun dah bape ?? tu yg buatkan ayah aku risau sangat. Dia kata kalau bayar RM700, baik dok umah teres je. Sebab tak kene charge mahal. Koman2 IWK je. Betul cakap ayah aku. Aku pun tak dapat nafikan, umah yg aku duduk ni mmg besar. Luas, tenang, mcm2 kemudahan ada, swimming pool, gym, club house sumer ada. Tapi berbaloi ke parents aku nak bayar semua tu sedangkan semua tu parents aku tak pakai sangat. Aku kira balik, mmg tak berbaloi.
Ayah aku ckap nak beli umah teres 2 tingkat. Kat area Bukit Jambul Country Golf Club. Harga boleh tahan la jugak, tapi ayah aku ckp kalau jual umah nih ngan umah lama kitorang, boleh lagi. Ayah aku cakap dia nak start carikan umah dan jual umah bulan Jan tahun depan.
Sesapa yg berminat nak beli umah aku...dipersilakan, must see first umah aku dulu. Ayah aku soh promote ni. ( tp tak kater la dalam blog...ahaha...) house for sale: 4+1 rooms, 3 large bathrooms, one large living room, one dining room, one wet kitchen and one small dry kitchen. 2 balconies (1 at main living room and 1 @ master bedroom). Facilities – 24/7 security, 1 goddamn beautiful and large swimming pool, laundry, club house, jakuzzi, gym, shops, good view park and landscape, playground, and surau. Atas bukit, mengadap laut (good view), can see from Penang Bridge. 13th floor, west wing, block B. Ivory Condominium (Loft).
Price around RM550,000 – RM600, 000 (not sure yet, neg.).
Oklah....banyak giler posting aku ni...ape ape hal, aku nak layan DVD jap. Lama giler tak layan kat umah aku ni. Heheh....sekali layan sampai sahur daa.....ape ape hal, untuk semua kengkawan aku kat Mlk especially my bro Shah, my toy Rahman, Shidee and Pokya the kekasih ‘gelap’ku, dan tak lupa my sweetenst friend Irda, selamat berpuasa untuk korang. Raya nanti dtg umah aku aaa....aku jemput korang dtg....aku jemput ni. Tahun ni family aku buat open house sehh.....be my special guest....ape ape hal, aku konferm dulu aa....raya tak lagi..dah nak kecoh...hehehe....
Oh ye...untuk my sayang, selamat berpuasa gak. Jgn nak ‘ekk’ kat sana sebab dia bukak pose awal...huhuhu....hakikatnya puasa kat Malysia lagi best !!! ahahaha...nak kejam skit ni....saya akan tunggu awak balik sini ok....don’t forget to tapaukan crytal glass tu ha...
I’m always gona miss u. Tak sabar nak tunggu awak balik. For a one close reason, hopefully we will have a good life back.
Miss you all guyzz !!!!
******************************************
October 12, 2005 3:53 am
“ Hidup ini tak selalunya indah buat kita.” Aku suka sangat mengingatkan aku tentang hidup aku. Itulah kata-kata keramat aku setiap kali aku cuba nak mengingatkan aku agar sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dalam hidup aku.
Biar aku di bawah sekali pun, biar aku di atas sekali pun, aku tetap dengan pendirian aku. Pendirian aku, hiduplah dengan penuh bermakna. Jika suatu hari nanti apabila malaikat maut mengunjungi kita buat kali pertama dan kali terakhir di sisi kita, ingatlah, apa yg kita dah lakukan dalam hidup kita, Apa yg kita dah kecapi dalam hidup kita? Hidup di dunia ini penuh dengan fana dan hidup di dunia jugak membuatkan kekadang kita lupa pada hidup yg kekal di akhirat kelak.
Dan....sempatkah kita untuk mengubah nasib kita apabila kita menyedari hidup kita di dunia ini tidak membawa apa-apa makna jika ajal kita menghampiri kita nanti? Apakah kita harus rasa menyesal ? Itulah yg sering bermain difikiran aku. Sebagai manusia, aku juga sering mengingatkan diri aku yg selalu lupa dan sentiasa melakukna dosa dan aku juga sering mengingatkan kepada kengkawan aku. Hiduplah sebaik mungkin, hiduplah dalam penuh kegembiraan dan hiduplah dalam penuh kebahagiaan. Bukan kesengsaran yg kita cari, bukan kesusahan yg kita perlu minta, dan bukannya kita perlu mgharapkan hidup dengan penuh kekecewaaan. Sebaliknya jika itu yg kita hadapi, kita harus berusaha untuk mengubah nasib diri kita. Bukan untuk menyalahkan takdir semata-mata dan membiarkan diri kita dalam kehancuran. Ingatlah, Allah s.w.t telah berfirman “ Sesunguhnya Aku tidak akan mengubah takdir umat-Ku melainkan mereka berusaha untuk mengubah takdir mereka sendiri”
Ingatlah, jika hari ni kita gembira, esok mungkin kita akan sedih. Jika kita hari in sedang ketawa, ingatlah, kita akan menangis suatu hari nanti. Jika kita tika ini berharta, kelak kita akan ingat, kita akan miskin suatu hari nanti. Jika kita sedang bersenang pada hari ini, ingatlah, kita akan dalam kesusahan suatu hari nanti. Jika kita hari ini ditemani oleh sahabat handai kita, ingatlah, suatu hari nanti kita akan kesunyian, di tinggalkan dan meninggalkan. Jika kita mampu berbangga dengan diri kita suatu hari nanti, tidak mustahil kita akan dihina kelak. Segalanya telah ditentukan oleh Allah. Segalanya telah ditakdirkan oleh Allah. Itulah qada’ dan qadar...setiap perkara yg baik..ada buruknya dan sebaliknya....
Bersyukur dengan apa yg kita ada. Bukan bermegah dengan apa yg kita ada. Bersyukur dengan apa kita miliki bukannya takbur dengan apa yg kita miliki. Walau sebesar mana sekali pun harta kita, walau sebanyak mana sekali pun harta kita, walau semahal mana pun harta kita, ingatlah itulah rezeki Allah. Yang kekal, hanyalah amalan kita di dunia.
Ingatlah, apabila maut telah menghampiri kita, apabila malaikat maut sedang berada dihujung kepala kita, segalanya tidak berguna lagi untuk kita. Rakan, keluarga, sahabat, harta kemwahan dan pangkat. Yg berguna hanyalah 2 perkara iaitu amalan kita di dunia dan doa oleh anak2 kita yg soleh.
Untuk yang tersayang....
Tidak perlu untuk mengungkit perkara yg lama. Binalah hidup yg baru. Jadikanlah pengalaman kita yg lepas itu sebagai semngat untuk kita membina hidup yg baru. Bukannya dengan menyesali dengan apa yg kita pernah hadapi. Tidak perlu untuk memikirkan siapa yg bersalah, tidak perlu untuk menilai sejauh mana perkara yg telah kita lakukan.
Jika hari ini kita mampu tersenyum. Biarkan senyuman kita itu jauh lebih baik dari dulu. Jika hari ini kita mampu ketawa, biarlah ketawa kita itu lebih bermakna dari yg sebelumnya. Jika kita bersedih hari ini, biarlah kesedihan kita tidak separah mana kesedihan kita yg dahulu. Jika kita menyayangi antara satu sama lain unutk hari ini, biarlah perasaan sayang kita itu jauh lebih hebat dari dulu. Jika persahabatan kita yg kita jalinkan hari ini lebih bermakna, biarlah persahabtan kita ini tidak lagi dicemari dengan perasaan hasad dengki yg pernah melakar dalam kisah hidup kita. Jika kita mampu mengubah takdir kita, biarlah takdir kita yg sekarang tidak mampu diubah lagi.
Ingatlah....
Buangkan perasaan ego dalam diri kita, sebaliknya kita harus sedar kita yg bersalah. Kita yg menyebabkan hubungan kita dahulu pernah dicemari oleh perasaan dendam. Yang penting, kita dah mulakan hidup baru. Biar kita yg tentukan hala hidup kita selepas ini. Berlajar dari kesilapan bukannya mengungkiti apa yg telah kita lakukan...
Terima kasih..terima kasih kerana awaklah yg melembutkan hati saya. Awaklah yg mengubah perasaan dendam saya kepada sayang. Awaklah yg mengubah segalanya. Jika tidak ditakdirkan awak telefon saya hari itu, mungkin kita tidak akan mengubah nasib kita. Cuma saya dah maafkan awak dari dulu lagi. Kekadang ego saya sebagai seorang lelaki yg selalu menidakkannya.
Terima kasih....terima kasih kerana awaklah yg mahu mengubah segalanya. Betul cakap org, sekeras mana hati yg terluka, hanya mampu dilembutkan dengan kata-kata dengan penuh kejujuran dan kemaafan. Cuma saya yg tidak menyedari semua itu. Cuma saya yg buta untuk melihat semua itu.
Harapan saya, agar hubungan kita sebagai seorang sahabat, sebagai org yg teristimewa dalam hidup saya akan berkekalan. Jika kita tidak dijodohkan sekali pun, sekurang-kurangya awaklah wanita yg bermakna dalam hidup saya yg saya akan ingati dan saya hargai........benar-benar hargai.
*********************************
October 13 2005, 1:43 am
Huarghh....malas giler hari ni. Sepanjang hidup aku hari ni jadi anka dara je. Lepak kat umah, tak keluar dari umah pun. Cuma keluar nak gi semayang terawikh je. Itu pun aku pegi kat surau kat uah aku. Ayah aku plak tempat biasa, kat masjid.
Tadi call Shah, sajer nak call. Rindu sehh....ngeh..ngehh..ngehh.....saja telefon nka tnaya membe aku yg sorang ni. Apa cer dia skang. Sebelum tu Tach call aku. She just want to say hi. Aku borka biasa ngan Tach, nothing to talk...mak aku sempat borak ngan dia...
Hurm..korangn ka tahu tka satu citer....citer tahap bangan jadi kat aku tadi. Series bangang tahap gaban..aku punya cuak tadi. Aku hampir2 hilangkan handphone Samsung fave ayah aku. Giler sehh...itulah...gatal sangat nka tukar ngan ayah aku...klau hilang tadi..mmg tak terbayar aku...ayah aku baru je beli handphone tu..seklai aku hampir2 buat rekod satu-satunya anak dia yg hilangkan handphone dia...hehehhe...
Cite dia camni...aku ppegi terawikh...plan aku lepas terawikh, aku nakjumpa member aku, alang alang kuar kan..soo aku bawak hp ayah aku tu....dengna selamba ayamnye aku baak dalam surau....lepas je rakaat ke 8 nak masuk solat witir, aku perasan HP aku tu takde dalam poket baju melayu. Aku dah start cuak dah, berpeluh je masa tu. Aku cari kat sekeliling aku, mmg takde. Cuma Allah je tahu betapa takutnay aku time tu. mAsa semayang pun aku tka leh nka concerntrate, mata asyik tgk keliling, otak tgh pikir kat mana aku letak Hp aku tadi. Dalam hati kau dah menangis dah. Dahlan simcard aku, kalau hilang habis contact aku. Dah tu, HP ayah aku lagi...kat 2 ribu jacckk harga..mmg mampos aku.
Lepas je solat, aku cari , merata giler aku cari. Kat tempat amik air semayang, kat rak al-quran, kot kot org jumpa letak kat sana, kat tempat Imam, walaupun aku tka pegi situ sebelum tu, tapi aku cari gka..kot kot imam tu yg amik ke...ahahahaha......giler seh tuduh pak imam, konferm kene sambar petir. Last-last..aku dengar announcement “minta perhatian, sesaper yg kehilangan handphone Samsung berwarna Hitam, ada tag rope berwarna biru sila datang berjumpa dengan saya. “
Hah....mmg konfermla tu Hp ayah aku...dapat balik hp aku...hehehhe....tapi kene sound gak sebab bawak hp dalam surau. Yerla...aku bukan nak call time aku tgh semayang, tu syirik tu. Aku bawak sebab lepas tu aku nak kuar je lepas ni. Last last, call member aku si ADI, dia plak tak jadi kuar sebab nak jaga mak dia tak bape sihat. Ayah dia gi Switzerland ada urusan keje. Huh...sangap sehh aku camni.
Nak je aku selamba pegi umah dia, tapi pikir balik, takpelah..tak nka kaco...aku balik umah kol 10:30 mlm....punha harapan kau nka kuar jumpa ADI, bengang ada, tensen ada, cuak pun ada. Balik je terus tanpa banyak soal, aku tukar balik HP aku....huhuhu....nasib baik bapak aku tak tahu..kalua la hilang, aku rasalakan, raya tahun nih paling malang bagi aku. Ayah aku sure punya nka ‘duit raya’ berupa handphone baru. Last last aku yg pokai. Ape-ape hal, dah jumpa balik. Thanx tu encik hamba allah sebab berbsesar hati pulangkan Hp tu. Kalau aku, mmg dah rembat dah. Aku rasa la org yg jupa hp nih ada hp lagi power kot dari ayah aku ni, tak pun dia mmg dari stok ulu mana, tak pernah jumpa Hp, dia ingat Hp ayah aku tu mangga pintu ke....tak pun dia ingat hp ayah aku tu microphone. Hehehehehe.....kutuk selamba....
Oklah...aktiviti aku, siang nanti, aku nak jumpa si sedara aku tu. Fahmi, rindu gilos nak jumpa ngan dia. Sesambil tu nka tnaya kot kot ada keje part time tempataku keje dulu...hehehehe......saja cari maut nih bulan pose. Kene marah seh ngan bapak aku. Cutisebulan, lepas tu kalau keje sana konferm tak pegi terawikh...ahahaha...
Oh ye...lupa laks.....sesaper nak beli Notebook, Hewlett Packard, Intel centrino 2.0 GHz, 512MB RAM, 80GB hd, 17 inch tft monitor !! DVD+/- writter combo, intel extreme graphics 2 64Mb Price RM 4200. Murah ni. Series murah. Warranty valid lagi, baru 4 bulan pakai, tak pernah jatuh. Goddamn good condition. Berminat? Msg ak ok....tak pun call je aku...
No comments:
Post a Comment