Pagi nih aku pegi amik tiket nak tgk citer Narnia The Cronicles. Bangun kol 10 pagi tanpa banyak soal terus gi MP.
Semalam kuar ngan bebudak ni. Lepak kat Ayoob. Kol 4 lebih mcm tu tetiba ada sorang mamat nih nak buat tebiat gi kat Ayoob time hujan. Ahaha...yg nak pegi semua jenis stok hati kering. Hujan pun pegi je tanpa segan silu.
Nih nak citer skit...aku dah banyak buang phone num kengkawan aku dalam hp aku nie. Soofar total phone num dalam phonebook ada kat 200. AKu try buat misscall satu persatu. Yg mana aku dengar suara awek horny menjawab 'the number you have dial is currently not in service' terus aku delete. Ha..puas...banyak sangat nak simpan buat apa. Bukan leh call pon. Lantak korang la yg menjadi mangsa aku phone num kene delete. Dah tukar num reti retikan lah jari nak kasi msg. Tak call pun antar sms je. Bukan aku soh pakai 3G pun. eheheh...kat 30 lebih kau delete. AKhirnya phone aku boleh bernafas dengan cemerlang. Patutla Hp aku nih sejak dua menjak buat hal. Rup-rupa nya otak dah tepu sgt ngan no telefon yg mitos nie...eheks..
ASal aku publish je mende baru kat bog aku nie..bersepah msg aku dapat dari kroni kroni aku. Yg aku heran..sekor pun tak hantar kat shoubox. Apa la korang nie. Nak komen ke..kutuk ke..backstab ke...letak la kat shoutbox. Buat pennat je aku register menatang tu.
Oh ye...kepada pembaca blog aku termasuk pembaca setia dan yg tak amik puduli pun, aku nak kasi tau, aku akan tutup blog ni nanti. Aku dah nak bersara dari arena blogging yg bagi aku ntah apa apa aku tulis kat sini.
"Wei...apesal ko nak tutup?'
"Ala......tak best la mcm ni.."
"Kalau ko tutup...lepas nih aku tak baca blog lain dah"
" KO nih buat statement mitos ke syirik nie? Apehal tetiba nak tutup?"
"Nanti lepas nih ko tak buat blog lagi la ?"
"Jgn la tutup wei....blog ko blog aku gak...nanti aku tak tau rahsia ko kat blog nie"
Ni lagi best :-
" Tutupla blog ko...ko tutp je blog ko..aku delete friendster ko dalam friendlist aku"
Apela korang ni. Tu baru je nak acah nak tutup blog. Dah ribut mcm taufan katrina. Aku kata nak tutup, tpai tak semstinya aku tak buat. Sebab.....jeng...jeng..jeng...aku ada buat coding utk blog aku. Senang cakap, welkam to the new version of my blog soonzz !! yeah..chill \m/ \m/
Sorrylah...aku mmg takkan tutup blog aku nie sebab bukan aku nak kasi korang baca atau pun ada 'fan' sgt..tapi kerana blog aku nih la aku dapat meluahkan perasaan aku.
OKlah..esok la aku nak sambung citer. Nak gi jamban nie..saper nak ikut ? Jom.... ahahaha....

No comments:
Post a Comment