
Selamat Tahun Baru !!! Sedar tak sedar dah masuk tahun 2006 dah. Maka umo kita pun dah meningkat. Kali nih aku tak nak share ngan korang pasal azam tahun baru. Bagi aku kalau org tanya aku " Apa azam ko masuk tahun baru ?" Sorry to say mcm shitt. AHahaha...mcm bebudak sekolah pulak bila ditanya soalan mitos mcm tu. Bebudak sekolah biasa akan jawab:
"Saya nak berlajar bersungguh sungguh"
" Saya nak berlajar sungguh-sungguh sebab nanti saya nak amik exam."
"Saya nak berlajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat capai cita-cita saya dan masuk univeristi."
"Saya nak berlajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat capai cita-cita saya dan masuk univeristi."
"Azam tahun baru..nak berlajar rajin-rajin, tak nak main guli lagi, tak nak main sungai lagi, tak nak kene rotan lagi"
Dah biasa sgt dengar mende semua tu. Tapi bila dah sampai tahun penghujung, berapa banyak org yg ikut apa yg diorang cakap? Tak banyak pun. Ni plak jawapan tradisi bagi bebudak IPTA/IPTS mcm aku dan kengkawan aku:
"Series unta, aku nak stop smoking masuk tahun baru ni."
"Giler aa tahun baru ni aku nak study tahap maut. Nak score pointer tahap gaban punya."
"Aku tahun baru nih genap setahun aku clash ngan awek aku."
"Masuk je tahun baru ni , dah *** tahun aku kapel ngan awek aku...ihikss."
"Huuu...nih dah tahun ke berapa aku blajar kat sini."
"Tahun baru? Bila nak kawin?"
"Tahun baru nih nak slim kan badan, nak tiru mcm Syanie tu. Comel sesangat."
"Siapla..tahun baru nih, mmg aku akan berubah wajah, make-up abis giler, vouge tahap dewa, dressing seksa gila, body cutting baik punya."
Soo...bagi aku kalau nak azam tak perlu kira tahun baru ke tak, anytime boleh azam. Org yg nama Azam tiap2 hari dah azam.
Soalnya sekarang ni, apa yg kita dah buat sepanjang hidup kita? Bila masuk tahun baru, yg penting bagi aku, aku akan ingat balik kenangan aku tahun lepas. Suka duka, ceria ke...kenangan manis, pahit, masam, kelat, mcm mcmla. Tu yg best. Sebab bila aku kenang balik semua tu akan ada semangat bagi aku nak improve atau maintain mcm tu. Secara jujur aku tak pernah azam setiap kali bila tahun baru. Apa yg aku buat, just live as comfortable as you are, at the same time improve je apa yg tak kena. Tak perlu nak berazam.
Aku tak nafikan sesetengah org mmg berazam atau memasang cita-cita. Bagi aku mmg bagus. Bagus bila apa yg diorang azam dan cita-citakan tu diorang buat dan terlaksana. Bersyukur. Depends la kan pada setiap org.
Oh ye...masa 31hb Dec 2005 tu kitorang buat BBQ. Yg kitorang tu budak umah aku dan umah Kent. gambar ada dalam fotopages aku. Nanti korang check ok.
Dan kepada semua pembaca setiap blog aku, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang kerana tak jemu tgk blog aku nie yg membosankan. Kekadang aku malas nak tulis blog ni. Dan terima kasih kerana memberikan sokongan moral, sokongan padu, sokongan metal dan cadangan unutk memantapkan lagi blog aku ni. Thanx alot sebab sebarang cadangan dan sokongan korang, aku amat menghargai sesangat. Tanpa korang, apelah gunanya blog aku nie. YOU GUYS RAWK !!!!
Untuk pengetahuan korang gak, aku dah ada fotopages baru. Fotopages lama aku sekarang nih dah full soo aku dah create fotopages yg baru. Mulai hari ni kalau aku cakap " fotopages has been update", tanpa banyak soal dan kerenah, masuk je dalam fotopages baru aku. Orait?? Kepada sesapa yg masih nak masuk kat yg lama, dipersilakan sebab aku masih active yglama cuma aku dah tak update yg lama je.
Link fotopages baru aku : http://tycooncyber.fotopages.com
Senang jekan? Nama fotopages aku sejibik mcm nama blog aku nie. Jgn segan silu dan gundah gulana nak masuk fotopages aku.
Oh ye...gambar New Year BBQ dah aku update dalam fotopages aku. Haa...tu nak klik kat fotopages lama lagi tu..gigit kang. Masuk kat fotopages baru aku ok. Sesaper warga BBQ dinner yg nak amik gambar kat situ dipersilakan. Baik punya cilok kat situ.
Dan tak lupa jugak aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk kawan aku yg bernama Manje. Kalau tak silap aku Besdey dia 1 hb. Tak aci betul besdey dia awal gila. Boleh celebrate new year ngan besdey dia lak tu. Meaning tiap tiap tahun Pak Lah di dataran sambut new year kira Pak Lah sambut besdey dia gak tu. Huh..hangin tul Pak Lah sambut besdey dia sekali. Lupa laks..dia nih tak pernah masuk blog aku. Kalau masuk sure jarang gila. Ada dua kebarangkalian mitos yg boleh aku buat kalau dia masuk blog aku nie. Mungkin tersesat nak taip url MMU lepas tu dapat seru mc mmana ntah tertaip url aku, tak pun cicak terjatuh atas keyboard notebook dia dan tak sengaja cicak tu tertaip "http://tycooncyber.blogspot.com"...perghh.....gila power cicak tu....cicak lak leh usha blog aku nie...ahahaha..ape² hal kebarangkalian tu hanyalah mitos dan rekaan semata-mata, tak perlu nak percaya, kalau nak percaya lantak la. Jgn kata syirik dah la.
Siapa Manje? jeng jeng jeng......tu member aku. Orgnya kiut, tinggi bak tiang telekom sebatang dan "Gemuk"..ehekss..tapi tak manje...ihiks...Tapi tak single dah. Ape² hal Manje, semoga sihat sejahtera dan panjang umo. Semoga tahun ni maintain 'berisi' mcm biasa eh...eheks.....ape-ape hal..chillss bersama insan tersayang.
OKlah, aku rasa aku perlu stop kat sini sebab makin lama makin mitos plak blog aku nie nak jadi. Kepada semua warga bloggers, pembaca blog aku, kengkawan aku, dan semua unta-unta aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru !! Semoga dengan bertambah nya tahun baru kita akan semakin berusia dan semakin matang. Ape2 hal...vote utk blog aku !! Sesapa vote, aku akan berlanja korang minum ais kosong dan wasabi. Vote segmen ada kat sebelah ni.
Untuk awek aku...hurm...takpe, aku dah wish kat dia dah. ~~Chill \m/ \m/
p/s: opss...lupa laks...tahniah buat salah seorang kawan aku yg berjaya membeli spek mata yg kiut miut tu. Warna maroon siap ada bunga-bunga kat frame lagi tuuuu....eheks...tak boleh belah...beb...ape ape hal..selamat menjaga spek baru ok...tgk spek..teringat gambar unta kat blog ni....ahahahaha
No comments:
Post a Comment