Mission Accomplished...

Ptg tadi...aku ngan Kay pegi tgk wayang. Citer ape lagi. Citer yg aku dah idam lama nak tunggu.
Akhirnya aku dah berjaya tgk citer tu. Thanx to Mr. Kay sebab 'terpaksa' teman aku tgk citer tu. Terpaksa jadi mangsa. Ahahahaha...mcm kenal je ayat tu.
Aku dah lama sebenarnya nak tgk citer ni. tapi banyak sgt halangan. Salah satu sebab aku tgk citer nih sebab aku adalah kipas susah mati kepada Jet Li. Dan filem Fearless adalah filem terakhir beliau dalma arena perfileman. Menurut kata Jet Li, lepas filem ni, dia akan bersara dari arena filem kung fu sebab dia dah terlalu tua untuk melakonkan adegan ganas kung fu tu. Lepas nih Jet Li nak menumpukan sepenuhnya terhadap penerbitan filem dokumentari berunsurkan keagamaan dan alam. Mungkin lepas nih dia ka berlakon jadi sami plak kot. eheks...
OK..kepada sesaper yg tak nak tgk filem ni. Ataupun malas nak tgk filem ni, aku kasi sinopsis skit.
Filem ni menceritakan tentang Huo Yuan Jia (Jet Li) seorang Kung fu master. Beliau mengimpikan untuk menjadi yg terbaik dan no. 1 dalam pertandingan martial art sejak kecil lagi dan cita-citanya terlaksana apabila meningkat dewasa. Dek kerana terlalu power dan sering menang dalam pertandingan, Huo Yuan Jia telah menjadi bongkak dan lupa diri serta asal usul dirinya. Dan akhirnya disebabkan sifat bongkak itulah dia telah kehilangan seluruh keluarganya termasuk ibunya dan anaknya yg masih kecil. Dan dia telah kehilangan anak-anak buahnya. Gara-gara sifat bongkak dan terlalu terburu-buru, segala hidupnya telah berubah.
Huo Yuan Jia telah melarikan diri ke jauh dari kampung halamannya dan kebetulan beliau telah diselamatkan oleh org kampung ketika beliau terjatuh di dalam sungai. Di situlah beliau berlajar kembali erti kehidupan dan berusaha memulihkan semangatnya. Huo Yuan Jia telah menyedari kesilapannya dan pulang semula ke kampung halamannya untuk menebus sifat malunya.
Namun ketika pulang ke kampung halaman, China waktu itu, China telah jatuh ke tangan British. Dan ketika bliau tgh lepak, beliau terjumpa poster dimana poster tersebut telah menghina org China kononnya org China terlalu lemah dan Kung Fu China tidak sehebat mana.
Akibat dari itu, beliau telah berjumpa kembali rakan lamanya untuk meminta maaf dan pertolongan agar beliau dapat menebus kembali maruah org China. Dan Kawannya telah menolong beliau dan ketika pertandingan di Britain, beliau telah berjaya mengalahkan ramai jaguh handalan dari seluruh dunia. Ketika bertarung dengan jaguh dari Jepun, beliau telah di racun supaya beliau kalah. Namun di atas semangat yg mahu mempertahankan maruah bangsanya, beliau telah cuba berlawan sehingga beliau mati.
Moral dari cerita ni, ialah jgn sesekali kiter bongkak dan sombong dengan apa yg kita ada. walau sebesar mana ilmu kita ada, walau sebesar mana keistimewaan yg kita ada, kita harus ingat bahawa setinggi mana pun ilmu yg kita ada, kita sentiasa dicemburui dan kita akan sentiasa tidak disenangi.
Lagi satu, bersifat patriotikla sikit. Kalau Jet Li buat filem ni nak tunjuk org China handal dengna Kung fu nya yg tidak terkalah. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bangga dengan pencak Silat kita yg dikagumi. Ini aku tgk, kalau ada filem silat je, sure adegan ala kungfu ada. Koman-koman adegan terbang mesti ada. Dahla tu pakai keris. Buat malu je. Soo far aku tgk dalam citer Fearless ni, banyak adegan kungfu di jayakan sendiri oleh Jet Li. lagi pun Jet Li adalah salah seorang juara dunia Wu Shu 4 kali berturut-turut ketika beliau masih muda dan mewakili negaranya sendiri iaitu China. Apa yg memeranjatkan, beiau menjadi juara dunia yg pertama ketika umurnya baru mencecah 12 tahun.
Gosip liar dan citer mitos mengatakan beliau selama nih pernah berlajar di temple Shaolin adalah tidak benar kerana sepanjang hidup nya beliau hanya pernah memasuki Akademi Wushu Kebangsaan. Dan disitulah beliau berlatih dengan latihan yg keras dan penuh disiplin.
Kebanyakkan filem Jet Li lebih berkira kepada Kung Fu. Dan salah satu filem hollywood beliau yg aku minat ialah "Unleashed" dimana beliau melakonkan watak 'Danny' seorang lelaki saiko yg dilayan seperti anjing oleh tuannya sediri. Tu pun filem banyak gaduh tu. Korang kene tgk. Mmg best. Berbanding Jackie Chan, adegan kungfu Jet Li lebih kepada Kungfu dari aliran lama. Dimana adegan tersebut adalah serius dan keras. Tetapi Jackie Chan banyak adegan 'kung fu' yg berunsurkan komedi dan banyak direka sendiri oleh Jackie Chan.
Soo lepas ni sesiapa yg nak tgk filem terakhir Jet Li, baik korang pegi tgk. Sebab tak rugi. Yg tak adilya, bapak aku sendiri dah tgk citer ni awal-awal lagi. Cis...aku je yg tgk lewat.
Rating filem ni, dari 5 bintang aku bagi 4.5 sebab ending dia mmg sedih sesangat. Aku masih teringat kata-kata Huo Yuan Jia dalam filem tu. "Aku hanya tahu berkungfu, biar aku mati ketika aku bertarung kerana aku tidak mempunyai apa-apa melainkan kungfu aku sendiri."
Series mmg sedih ending citer aku. Aku sendiri rasa sedih giler.
Syabas buat Jet Li dan diharapkan Jet Li dapat buat filem kungfu balik sebab aku sedih gak dia nak bersara ni. Ihihi....
No comments:
Post a Comment