Saturday, February 18, 2006

Statement berani mati

Statement berani mati


Image hosting by Photobucket



lepat (2/17/2006 8:25:32 PM): apesal lama tak masuk blog aku ?
katik* (2/17/2006 8:25:41 PM): hah?
katik(2/17/2006 8:25:43 PM): :))
katik (2/17/2006 8:25:50 PM): if u 1 2 know...everyday aku masuk blog ko

katik (2/17/2006 8:26:10 PM): tapi tak best
lepat (2/17/2006 8:26:11 PM): :))
katik (2/17/2006 8:26:12 PM): takde cite
lepat (2/17/2006 8:26:19 PM): hurm..
katik (2/17/2006 8:26:20 PM): bosanlah

katik (2/17/2006 8:26:25 PM): ko jgn tutup
lepat (2/17/2006 8:26:29 PM): ko nk aku citer camne
lepat (2/17/2006 8:26:33 PM): cakap la
lepat (2/17/2006 8:26:36 PM): aku bukan tak nak tulis
lepat (2/17/2006 8:26:40 PM): aku takde idea

*katik - bukan nama dan sifat sebenar

Waaa...terkejut aku. Rupa-rupanya ada org masuk blog aku tiap-tiap hari. Ni perbualan aku ngan best friend aku semalam. tgk tarikh pun dah tahu kan.

Betul jugak cakap dia. Blog aku sekarang ni mmg dah bosan. Sejak dua minggu aku balik sini, cuma 4 posting je yg aku tulis. Dan banyak yg lirik je. Aku sebenarnya tak tahu nak tulis ape dah. Hari tu aku balik cuti. Awek aku cakap kat aku, better jgn tulis pasal personal life kat blog. She said that if you want to publish, its ok. Tapi kekadang it is better keep off. Sebab tak semuanya mende peribadi kiter tulis kat situ. Hurm..ni lagi satu.

Aku lagi konpius. Sejak bila aku tulis mende yg terlalu peribadi aku kat sini? Aku cuba gak tulis mende mcm ni. Tapi bukan peribadi tapi daily life aku. Aku dah banyak masuk blog org, semua citer apa diorang buat dari A-Z. cth: "hari ni bangun kol 9 pagi, lepas tu gosok gigi, lepas gosok gigi, mandi...lepas tu gi makan kat kedai janda. Lepas gi makan balik umah.....tgk tv..takde citer best...bla..bla bla... "

Aku tak suka tulis mcm tu sebab memeningkan org lain nak baca. Aku suka tulis perkara yg jadi dalam hidup aku. Cth kalau sesuatu perkara tu jadi kat aku hari ni aku akan tulis share ngan korang.

Aku tak marah dengan statement kawan aku ni. Jgn ingat lak aku marah. Bila baca balik, statement 'berani mati' dan paling jujur aku pernah jumpa bila org komen blog aku ni. Bila aku tanya kengkawan aku yg lain, semua ok je. Mana ada. Tipu semua tu. Setiap blog, setiap apa yg kita buat tak semua perfect. Mesti ada something kekurangankan. Dan kawan aku ni je yg cakap blog aku dah bosan.

Thanx buat sahabat aku ni. Sebab komen mcm tu. Aku akan cuba cari artikel yg sebaik mungkin nak letak kat sini. Sahabat aku ni adalah salah seorang 'peminat' blog aku. Ada peminat tuu....ihikkss...Peminat blog aku ok..bukan peminat aku. Harap maklum tu. Dia banyak bagi sokongan kat blog aku ni dan dia jugak banyak masuk blog aku ni. Terima kasih aku ucapkan kat sahabat aku ni. Dulu aku pernah nak tutup blog aku disebabkan beberapa masalah yg aku tak dapat elak dan disebabkan aku takde masa nak tulis blog. Tapi dia nih la yg menghalang aku tutup. Aku terpikir gak, kan best kalau aku ada blog dari aku muda, sampailah aku tua. Org leh baca blog aku. Sesapa yg tak dapat contact aku dari jauh atleast boleh tahu pasal perkembangan aku dari semasa ke semasa melalui blog. Best kan ?

Dari aku start tulis blog ni....sampai aku dah berusia, kawin :-p, dah ader family, sampailah aku tua..semua aku citer kat sini..wahh best tu....series mmg best...

Untuk best friend aku nie, terima kasih bebanyak sebab komen pasal blog aku. Thanx alot. Nanti aku belanja ko makan otak-otak kat kedai Sweet tea ke. Sorrylah nama terpaksa di 'rahsiakan' sebab aku tak mintak kebenaran pun kat sahabat aku ni nak letak YM ni. Nih pun kira stok berani mati je ni aku copy and paste. Dan aku tak nak dia syok sendiri bila aku letak nama dia. Ahahahahaha...takde...aku memain je...

Oh ye...nih saje buat statement barani mati gak. Aku ni adalah salah seorang peminat Jamie Oliver. saper Jamie Oliver? Korang carilah sendiri. Saper yg tahu maksudya dia suke memasak. Saper yg tak tahu, meaning dia tak reti memasak. Ahaks....(tanya dalam hati - sahabat aku ni tahu ke Jamie Oliver? hihihi...)

Apa yg menarik perhatian aku dalam website dia, selain dari ada resepi yg bahan-bahan dia ntah ape2, dia jugak menubuhkan Fifteen Foundation. Fifteen Foundation ditubuhkan untuk melatih anak muda yg hidup susah, tanam anggur, takde tempat tinggal untuk menjadi seorang chef yg berjaya. Senang cakap dari hidup seorang looser menjadi winner. Fifteen Foundation lebih kepada pogram charity unutk meraik lebih ramai anak muda terjebak dalam dunia masakan. Dan mentor diorang sendiri? Jamie Oliver !!

Oh ye...aku sebenarnya sedang mencari poster concert Fort Minor kat Malaysia. Kalau korang ada jumpa ke..tlg kasi link kat aku ok....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...