
Aku rasa mcm tak percaya apa yg jadi kat aku. Mcm dejaavu plak. Last 2 weeks, aku pegi kat sekolah aku. Sekolah rendah tempat aku berlajar dulu. Sekolah yg banyak kenangan kat aku . Kat situlah aku berlajar bab cinta monyet ni. Hekss...series. Aku dulu tak reti bab-bab cinta ni apetah lagi bab bab couple ni. Nak jadikan cerita, 'first love' (?) aku masa aku darjah 5. Masa tu aku kelas 5 Jingga. Kelas aku ni kire kelas yg top dalam darjah lima. Masa tu aku jadi penolong ketua pengawas.
Aku kenal dengan sorang awek ni. Yg bestnya dia setahun lebih tua dari aku. Dia darjah enam masa tu. Aku tak tau mcm mana, aku boleh gak minat kat awek ni .Masa tulah aku baru berlajar bab-bab cinta monyet ni . Aku kenal dia masa hari sukan sekolah.
Hebat....first love aku je dah setahun lebih tua dari aku. Haha..mmg lawak. Aku minat awek ni sebab aku suka tgk dia. Masa tu aku tak reti nak dating. Jgnkan kata dating, nak jumpa pun aku takut. Yg best nya masa aku nak ngorat awek ni, aku adalah mintak tlg kat kawan aku. Sorang budak sengal dari kelas aku. Nama dia Ikramula. Dia ni mmg jenis kamcing gakla ngan aku. Dari start loceng bunyi sekolah sampailah loceng terakhir utk balik sekolah mmg kami akan sentiasa bersama. Yg bestnya dia ni mmg jenis bendul. Masa tu aku nak bagi tau kat awek ni yg aku suka dia. Si Ikram ni bagilah cadangan tulis surat cinta kat awek ni .
Aku dengan gelabah, tulis surat cinta. Yg aku pelik, boleh pulak aku amik buku latihan aku(tak silap aku buku latihan pemahaman bahasa melayu), guna pen merah, aku draft kat last page buku tu. Punyalah panjang. Aku tak ingat isi karangan tu. Yang pasti budak sengal member aku nilah punya isi karangan. Konon nak tulis ayat romantik. Aku belasah je tulis. Lepas edit beberapa kali, dari 2 perenggan, jadi setengah perengan je. Aku tulis kat satu kertas, dengan pen merah tugak, siap ada liquid paper lagi. Aku kirim kat member aku ni .
Awek yg aku minat ni kelas 6 Biru. Banggunan sebelah. Aku cakap kat member aku ni suruh bagi masa time rehat. Sebab member aku ni mmg kenal ngan awek ni. berjiran gak la. Yg sengal..masa member aku ni pi toilet, sekali plak dia kirim surat tu kat awek ni. Yg tak tahan tu dia siap ketuk pintu kelas mintak izin kat cikgu tgh mengajar nak jumpa dengan awek ni. Aduilaa.....skema giler member aku ni . Mcmla time rehat tak boleh bagi.
2 minggu lepas aku kirm surat tu, aku tak dapat berita dari awek ni. Yg pasti, sepanjang 2 minggu tu aku mmg nak elak dari bertembung dengan awek ni sebab aku mmg rasa malu. yerlahkan..mana tau kot2 dia reject aku, aku je nak tersengih-sengih kat dia. Kan malu tu.
Masuk minggu ke-3, aku dapat surat. Masa tu aku ada pendidikan jasmani. Kawan dia kirim surat kat aku.
jeng..jeng..jeng..suspen ni. Masa aku bukak surat tu, aku mmg takut. Excited pun ada.
Punyalah panjang dia tulis. Aku sendiri tak faham. Dalam surat tu dia kata dia nak kawan dengan aku. Aku tak faham istilah 'kawan' yg dia maksudkan. Yg buat aku terharu sebab dia kata 'terima kasih sebab awak sudi kawan dengan kita'. Perghh...masa tu..aku rasa seronok sgt.
Date pertama aku masa jumpa dia masa kokurikulum hari sabtu. Aku 'dating' dengan awek ni kat depan klinik gigi sebab kat situ mmg best. Kecik-kecik dah pandai date dah. Yg aku ingat aku belikan teh ais bungkus kat dia. Ahaha..kire aku belanja la. Padahal tu duit makan aku hari tu. Aku sendiri tak makan.
Aku kawan dengan awek ni sampailah dia pindah sekolah lepas dia amik UPSR. Sepanjang aku date dengan awek ni, aku mg rasa best sgt sebab aku ada kawan baik bagi aku dia mmg baik, sebab sepanjang aku kawan dengan dia, takdak lansung perbezaan umur antara aku dengan dia. Masa tu aku konpius gak sebab aku tak faham yg aku ni couple ke kawan baik dengan dia. Yg pasti kami mmg rapat. Termasuk dengan kawan baik aku yg sengal tu. Raya 2 kali aku dah singgah rumah dia. Besdey dia, aku dah bagi hadiah. Pensil kaler. Mahal beb. Aku tipu mak aku yg aku nak beli utk aku. Padahal aku nak hadiah kat dia. ahahaha..tau dek mak aku..sampai sekarang ada parut tapak kaki kat perut aku.
Sampailah aku last jumpa dia, masa tu hujung tahun. Tahun 1992. Dia dah abis darjah 6. Nak masuk tingkatan satu dan tunggu result UPSR. Aku selalu telefon dia gak kat rumah. Masa result keluar, dia dapat 3A 1B. Dia dapat berlajar kat Sek. Men. St Georges. Aku plak masih darjah 6. Masa tu kami dah jadi renggang sebab masin2 buat hal sendiri.
Sampailah 2 minggu lepas.....
Aku singgah kat sekolah lama aku sebab nak jumpa guru besar. Aku sapa seorang cikgu perempuan yg kebetulan ada kat office. Masa aku tgh sembang dengna cikgu nilah baru aku dapat tau yg dialah awek yg aku kenal dulu. Yg aku pernah minat dulu. Memula aku tak perasan dia. Lepas dia kata dia ex sekolah ni, batch tahun bila nama apa...then barulah aku tau. Aku try refresh balik pasal kisah aku dengan dia. Selambe je.
Dia mmg terkejut dan terus gelak. Dia tak percaya dapat jumpa aku balik. Based on caerita dia, lepas dia abih SPM dia sambung kat UPM amik cikgu. Lepas grad dia kena pindah kat Pahang, then balik Penang mengajar kat sekolah lama dia. Sekarang ni dia dah kawin. Husband dia jadi pilot TUDM kat Sg. Besi.
Awek yg aku kenal ni mmg dah berubah. Makin lawa aku tgk. Tapi aku respek dia sebab dia kenal lagi aku. Yerlah kitorang takdelah nak malu sgt borak pasal hal lama kitorang sebab mende tu cuma cinta monyet. Lagi pun aku dah lupa pasal dia. Sempat jugak aku mintak no tel dia. As a friend, dia mmg baik. Mcm dulu gak. Jenis tak banyak cakap. Senyuman dia mmg manis. Sebabtu lah aku minat kat dia dulu. Sekarang ni dah jadi isteri org (melepas aku.....~~).
Kadang-kadang aku terpikir gak, takdir aku yg jumpa dia kat sekolah tu, dan takdir aku gak jumpa dia balik hampir selepas 16 tahun aku jumpa dia balik kat sekolah yg sama. Aku anggap dia sebagai kawan aku. Dia ada gak ajak aku dtg rumah dia next month. Sebab dia dengan husband dia buat kenduri. Kenduri kesyukuran sebab husband dia nak balik dari Russia. Insyaallah jika tiada aral melintang aku akan sampai.
Mungkin dia tak tau, kertas yg aku tulis kat muka surat belakang masa aku nak hantar 'surat cinta' tu..aku masih simpan sehingga hari ni. Sebab itulah kenangan 'first love' aku......
No comments:
Post a Comment