" Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat. "
- chedet.com

Pada 4 Jun yg lalu kita sekali lagi dikejutkan dengan tsunami yg cukup besar dalam sejarah negara kita. Pedulikan soal tsunami laut yg pernah melanda, bukan tsunami politik yg dipersoalkan kerana cakap-cakap pasal politik tersebut hampir basi unutk dibincangkan.
Apa yg penting ketika Pak Lah mengumumkan harga minyak naik 78sen kepada RM2.70 seliter, ramai yg menepuk dahi. Ada yg terduduk, ada yg tak percaya. Kenaikan harga minyak kali ini merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara kita. Bagi pengguna kenderaan bermotor mcm aku dan hampir 80 peratus rakyat Malaysia, kenaikan harga emas hitam yg melampau sememangnya membebankan.
sumber: malaysiakini.com
Tengok sekarang ni, belum 24 jam harga minyak dinaikkan, harga barang mentah naik, secawan teh ais yg biasa aku beli dengan harga Rm1.10 (itu kira harga paling mahal waktu tu) sekarang ni naik kepada RM1.30!. Dengan alasan?? HARGA
MINYAK NAIK !!
Pendapat aku sendirilah, aku dah bersedia dengan kenaikan harga minyak ketika Pak Lah dah umum pun harga minyak akan dikaji semula dan diumumkan hari Rabu (4/6/2008). Tapi secara jujurnya, peningkatan Rm0.78 melangkaui pemikiran aku yg aku sendiri hanya menjangka kenaikan harga minyak mungkin sekitar RM0.20 - RM0.35.
Apa pun alasan yg mereka beri, sebenarnya agak susah untuk kita dan khususnya org mcm aku nak terima. Ada cakap-cakap kosong yg dikaitkan dengan politik kotor dan sebagainya tapi bagi aku itu bukanlah satu alasan dan hujah yg aku perlu terima. Alasan perlu diberikan secara konkrit, aspek ekonomi dan mudah diterima org ramai tanpa mengira parti politik mana pun mereka sokong.
Lupakan soal harga minyak yg naik sekarang. Tumpukan tentang lain. Maksud aku impak selepas harga minyak naik. Sejak hampir 5 tahun aku ikuti tentang harga minyak naik ni, trend masyarakat Malaysia sekarang ni khususnya kepada golongan ahli perniagaan (tak kiralah berniaga kecil-kecilan atau pun tergolong dalam golongan elit korporat) dah menjadi satu trend, lumrah dan adat akan menaikan harga barangan mereka. Dengan alasan?? Sekali lagi, harga minyak naik. Sebagai contoh dahulu kita pernah mengalami kenaikkan harga tepung gandum sebanyak RM0.10 sekilogram ( tolong highlightkan ayat 'sekilogram' tu) , secara tak langsung harga roti canai sekeping naik RM0.10. Pernah aku sound kat kedai mamak ni sebab itulah kedai pertama aku makan roti canai selepas harga tepung naik. ( Sapa suruh aku pegi makan kat situ...padan muka kena sound ngan aku...) "Mamak...you buat sekeping roti canai guna sekilo tepung ke?"
Rata-rata kebanyakkan pengusaha dan ahli perniagaan sebenarnya masih mendapat keuntungan dengan kenaikkan harga tepung waktu tu. Cuma apa yg mereka nak ialah margin keuntungan mesti sama dengan dulu walaupun haga bahan mentah naik. Adalah sorang pengusaha roti canai professional ni cakap kat aku dulu. Kos untuk buat seketul doh roti canai secara purata termasuk kos minyak, gas..dsb hanyalah RM0.30 - Rm0.35. Kalau harga sekeping yg sampai kat meja makan kita RM0.50. Kalau dikira kos maksimum RM0.35, keuntungan sekeping roti canai diperolehi ialah sekitar RM0.15. Walaupun harga tepung waktu tu naik RM0.10 sekilo diorang masih dapat untung RM0.10-RM0.12 sen sekeping. Dek kerana nak mengekalkan margin keuntungan RM0.15 sekeping, diorang naikkan harga roti canai sebanyak RM0.10 sekeping. Malah jauh lebih untung dari margin yg sedia ada.
Inilah yg dinamakan cekik darah. Jangankan kata roti canai, Bayangkan kos air mentah, serbuk teh, gula, susu pekat manis dsbnya untuk menghasilkan RM1.30 secawan teh ais. Dah berapa banyak untung.
Kita sebenarnya kat Malaysia ni susah nak berkorban sedikit untuk kepentingan bersama. Masing-masing nak menjaga periuk nasi masing-masing. Aku teringat lagu bangau oh bangau yg sering aku menyanyi kat sekolah tadika dulu. Hakikatnya apabila sesuatu kenaikkan harga barang dipersoalkan, alasannya mmg mudah - harga bahan mentah naik. Bila disoal kenapa harga mentah naik, jawapan terakhir bagi segala kenaikkan haga barang ialah harga minyak naik.
Sememangnya aku dah menjangka tahun 2008 adalah "tahun kejutan" untuk rakyat Malaysia. Tak hairanlah kalau tiba-tiba apabila kita memandu di jalan raya suatu hari nanti sambil merungut harga minyak naik akan terpampang poster di tepi jalan "Penyakit Jantung Adalah Musuh No. 1 Negara ! Jauhi Kejutan Amalkan Cara Hidup Sihat..."
Ketika rakyat Malaysia masih trauma dengan angka 78sen, Gabenor Bank Negara telah umumkan inflasi negara akan meningkat sebanyak 5% ! Yg pastinya taraf hidup negara akan menurun, kuasa pembeli akan kurang, kurang daya saing sihat dikalangan peniaga, pelabur luar angkat kaki dan mcm-mcm lagi yg tak perlu aku huraikan.
Dalam laman chedet yg aku baca, banyak alasan dan hujah yg diberikan oleh mantan perdana menteri kita. Sejauh mana kebenarannya?? Hanya kita sendiri yg menilainya.
Harapan aku, selaku rakyat Malaysia, agar kerajaan akan mempertimbangkan semula tentang kenaikkan harga minyak ni. Mungkin kita terpaksa menghadapai kenaikkan harga minyak, tetapi biarlah kenaikkan harga dilakukan dengan bijaksana dan seminima yg mungkin. Kita rakyat Malaysia ni tak ramai yg kaya raya. Kita pelbagai dengan taraf sosio-ekonomi, status pekerjaan dan taraf hidup. Pertimbangkanlah semula. Biar apa pun alasan pati pembangkan dengan hujah mereka, harga minyak perlu dikaji semula. Itulah harapan aku.
Kat sini aku sertakan gambarrajah perbandingan harga minyak seliter mengikut negara pengeluar. Korang pikirlah sendiri....
No comments:
Post a Comment