Friday, June 27, 2008

Lamanya tak update..

Selepas beberapa siri kekalahan Itali dan beberapa lagi pasukan fave aku dalam Euro, aku amik keputusan untuk diam dan amik taktik tunggu dan lihat siapa yg masuk final.

Keputusan mengejut kekalahan Itali 4-2 dalam permainan penalti mmg leceh. Mmg aku jangka Itali mmg kantoi amik penalti sebab record penalti tak pernahnya cemerlang.

Last week, aku jumpa member aku. Satu sekolah dengan aku dulu yg dah lama aku tak jumpa. Mmg org dia dah berubah (mcm aku..heheh..). Dulu aku boleh katakan pendiam adalah sifat utama. Malu kat perempuan mmg tabiat dia. Sekarang ni apa yg aku nampak dia lebih cakap banyak, kelakar dan yang penting dah bertunang...yeaasshh...

Nak jadikan cerita, pertemuan aku mmg aku dah set dengan dia sendiri sebab aku dah brp kali nak jumpa dia tapi tak jadi. Nak ditakdirkan aku dapat jumpa dia hari tu jugak. Dia dtg dengna tunang dia. Apa yg menjengkelkan aku bila selepas aku berborak panjang dengna dia, aku perasan dia ni jenis suka cakap tinggi. Almaklumlah jawatan besar dalam company besar, based on dia punya cerita, dia tgh handle beberapa projek besar kat area Tanjung Bungah.

Kejengkelan tu mmg aku tak suka bila dia tanya pasal aku. Aku keje kat mana, buat apa. Yg paling aku tak suka bila dia nak menangkan diri dia bila nak compare dengan aku. Ada jugak perangai kawan aku mcm ni. Aku tak faham apa yg dia nak sgt. Aku bukan cerita aku ni keje besar mana. Tapi asal aku citer apa yg aku buat kat office, dia nak cerita gak betapa gahnya dia kat office. Apa yg aku faham, sumber dari kawan aku yg satu office ngan dia, dia ni mmg jenis kerek skit ngan staff kat sana (ada gak sorang staff kat office aku yg perangai mcm tu...mmg tunggu masa je).

The thing is, takyah la nak berlagak ngan aku. Aku tahu gaji dia kat sana berlipat kali ganda dari aku. Stakat nak bermewah bagi dia mmg takde masalah. Tapi jgnlah nak riak dengna diri sendiri. Aku rasa masa dia sekolah dulu dengna kau pun dia mmg bukan jenis mcm tu. Aku mmg tak rapat sgt dengan dia tapi aku tahu dia bukan jenis sombong. Rambut je sama hitam, hati lain lain beb.

Cerita pasal blog ni, aku lupa plak nak mention someting. Aku mintak maaf kat kengkawan aku yg selalu mengikuti perkembangan blog aku ni sebab aku lama tak update. Aku dapat banyak email (yg sebetulnya tak berapa banyak..) dan msg dari kengkawan aku termasuk yg bertanya sendiri kat aku pasal kepana aku tak update. Reason is.....aku mmg sibuk dengna exam yg aku nak amik ni. Tak sangka plak kelas CCNA yg aku amik modul baru ni banyak dengan exam sebelum aku berjaya untuk nak amik ujian sebenar. So, sementara ada kesempatan ni ( sebab esok aku syif petang) aku amik masa unutk nak publish dalam blog aku ni . Insyaallah aku harap aku masih bersemangat untuk tulis blog aku ni.

Sejak dua menjak ni aku masih sempat gak download beberapa lagu yg aku selalu dengar kat flyfm. Semestinya flyfm salah satu radio fave aku.

Untuk Ridz yg aku tak sempat jumpa semalam, aku mintak maaf sebab tak sempat nak call nak bagi tua aku mmg bz. Insyaallah nnt kita jumpa weekend ni. Nnt aku belanja makan satay. Hakss....

Currently most frequently play song in my mp3 playah~~

Jordan Sparks ft. Chris Brown ~ No Air

Usher ft. Young Jeezy ~ Make Love In This Club

Natasha Bedingfield ~Pocketful of Sunshine

Rihanna ~ Take A Bow

Ray J ft. Yung Berg ~ Sexy Can I

Flyleaf ~ All Around Me

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...