
Aku mungkin bodoh sebab terlau percaya pada 'magik'. Bukannya blog kedai magik yang selalu aku kunjungi, tapi mengharapkan sesuatu yang berlaku kepada aku seolah-olah miracle akan terjadi. 'It only can happens when miracle is there'
Hah....budus....nilah antara beberapa ayat yang sering aku dengar dari mulut manusia - kawan-kawan aku dan kekadang diri aku sendiri.
Aku teringat bagaimana sesuatu perkara terjadi dekat aku. Aku hanya pasrah dengan apa yang terjadi, tanpa aku sedari sebenarnya aku sendiri boleh mengubah sesuatu perkara (dengan izin Allah) dengan usaha aku sendiri untuk mengubah perkara tersebut.
Akibatnya??
Inilah ayat 'syirik' magik yang aku sendiri harapkan. Seolah-olah aku hanya bergantung pada miracle, tanpa perlu berusaha unutk mengubah takdir aku sendiri.
Sebenarnya, bagi aku walau apa sekalipun perkara yang kita ingin lakukan, bukannya magic, tapi
usaha...
effort...
willingness...
dare...
itu yang peting...contoh ada kes kawan aku ni. Minat sangat kat awek sorang ni. Biasalah, kalau dah minat. Sebab dia lelaki. Dahlah minat, berbulan tengok muka minah tu sambil jadi mat jenin..
"Kalaulah dia ni dapat jadi awek aku..."
"Bilala nak dapat awek mcm ni..."
"Kenapalah aku tak ngorat dia..."
Alahai....baguslah kalau minat kat seseorang. Setakat jadi peminat jauh aku pun boleh buat. Hakikatnya dah bertahun aku tengok member aku nie mcm tu, Last-last..awek kemana..mat jenin pun ntah kemana.
Aduilah....
Bab kedua yang aku nak share dengan korang...bab "don't judge the book by its cover."
Atau dalam bahasa mudah "Jangan menghakimi buku dengna melihat kulitnya."
Nilah perkara yang paling lemah dalam hidup aku. Aku bukan jenis cepat berburuk sangka, tapi aku jenis mudah menilai seseorang tanpa aku mengenali seseorang itu dengan dekat.
Contoh??
Hurm....ada seorang kenalan yang aku kenal. Aku tak kenal sangat dengan dia, setakat pernah nampak dia kat area kawasan aku. Sekali tengok, orang ni mmg nampak sombong, jenis pilih kawan. Maklumlah, bukan orang sebarangan. Rumah besar kat hujung taman rumah aku. Bagi aku orang ni mmg nampak mcm poyo. Disebab kan ke'poyo'ran aku nilah, aku assume dia poyo (Aku sebenarnya tak tau dari mana datang ayat poyo ni, tapi aku selalu cakap..). Nak dijadikan cerita aku tengah tunggu kawan aku ni. Sekali aku terpaksa duduk semeja dengan dia memandangkan kami tunggu kawan aku ni. Dek kerana lama sangat tunggu, aku cuba gak berborak dengan dia. Bila dah kenal, barulah aku tau hati budi dia mcm mana. Rupanya, dia ni jenis tak reti nak start conversation dengan orang yang dia tak kenal. Dan dia jenis pemalu dengan kawan spesis sendiri. Aduila...ini macam ka punya orang. Ingatkan sombong...
See?? Aku sendiri cepat judge orang mcm tu. Kekadang sampai teruk orang tu aku kena judge.
Sebab aku sendiri pernah jadi mcm tu. Orang kekadang misjudge aku. Ada.....mmg ada.
Ni bukan kes kat office aku. Aku takkan cerita bab office kat sini sebab aku tau..ada gak pembaca blog dikalangan officemate aku. Kehkehkeh....
Pernah aku ditergur oleh seorang kawan aku. Aku sembanglah dengan dia mcm biasa. Last-last dalam punya lama sembang, dia kata dalam bahasa loghat utara "Hang ni aku tengok tak lah nampak mcm sombong. Depa dok kata hang ni muka kekadang mcm sombong. Depa takut nak tegoq hang. Depa ingat hang jenis dok buat cekang."
Aduila....aku tak marah..sebaliknya gelak....aku gelihati bila orang misjudge aku mcm tu. Hakikatnya aku bukkanlah jenis moody 24 jam all night long. Gila apa. Pi sat tanya kengkawan aku yang kenal aku. Ada tak aku ni jenis nak buat muka garang selalu?
Mungkin raut muka aku jenis mcm tu kot. Biaselah muka hensem perasan mcm aku ni ramia sgt org dengki kot. Aku sendiri tak tau. Yelah..kekadang at certain time..aku letih bekerja...mengantuk ke....mcm mcm lagi mungkin secara tak sedar aku nampak mcm tu. Jenis aku, aku tak suka bawak hal kerja/rumah ke tampat lain. Kalau aku tension dengan kerja, balik rumah itu dah lain bab. Paling kuat pun aku akan ngadu kat parents aku yang selalu dengar masalah aku. Lepas tu aku akan relief..then aku boleh happy.
Yerlah..ada time jugak kekadang bila tension muka aku akan nampak mcm tu. Kekadang muka mcm tu sebab nak terberak pun ada gak sebab perut tgh sakit. Abis..takkan nak ketawa dan senyum kambing bila sakit perut sesangat? Gila apa. Wajarlah sikit....
Soo...bila fikir balik, mmg patutlah. Aku cepat misunderstood kat orang, org pun sama gak kat aku. Soo aku boleh faham gak situation tu mcm mana.
Bab kata kawan aku...Deejavu Is the love....eh...mcm takde kaitan dengan apa yang tulis...tapi hakikatnya itulah ayat2 cinta kawan aku tu. Deejavu Is the love....
\m/ \m/ Rawks brader...
HHaaaahhh~~~~~
No comments:
Post a Comment