Friday, September 18, 2009

[ Salam Lebaran ]



Wa..lagi 2 hari je kita nak menyambut hari lebaran. Kejap je kan tahun ni. Aku mcm baru rasa seolah-olah kita baru je berpuasa 2 minggu.

Persiapan raya aku tahun nie mmg tak banyak sebab aku just depends pada family aku je. Kalau diorang nak buat cara sederhana, maka sederhanalah aku. Tapi mood aku untuk beraya tetap meriah.

Dah menjadi trend bagi aku dan aku percaya dah menjadi trend kat orang Malaysia ni (sejak dulu lagi) bila sambut je raya, mesti aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara, sahabat handai dan rumah bf dan gf diorang sendiri. Itu adatlahkan. Semalam, selepas aku solat maghrib sementara menunggu kol 9.30 malam, aku sempat berborak dengan adik aku pasal trend raya ni. Apa yang menjadi trend orang Malaysia bila sebut pasal raya. Aku ada gak list kan beberapa trend, incase kalau korang nak tambah, boleh gak.

1. Kuih raya.

Kalau sebut je pasal raya, stiap rumah mesti ada kuih raya. Tak meriah dan tak lengkap kalau pegi beraya di rumah orang, last-last tengok takde kuih raya. Seingat aku lagilah, takdela lak aku jumpa orang yang menghidangkan air kopi dan biskut kering je masa raya. Bagi mereka yang tak mampu nak beli atau buat terutama golongan miskin tegar, itu aku faham sesangat. Ni kira aku letak dalam kategori golongan pendapatan sederhana dan ke atas. Ramai diantara kita sendiri, mak-mak kita, kakak kita terutama golongan kaum hawa akan sibuk buat kuih raya bila dah nak dekat raya. Ada gak yang mengambil inisiatif yg buat kuih tunjuk.


2. Baju raya.

Kalau sebut je pasal baju raya, aku rasa golongan kanak-kanaklah yang paling familiar dengan kategori ni. Raya takkan seronok kalau takde baju raya baru. Sama gak dengan aku. Koman-koman pun sepasang jadilah.

3. Ketupat, dodol & lemang

Trend ketupat, dodol & lemang ni biasanya meriah kat kampung je. Bukan takde langsung kat bandar, tapi kebanyakkan kat bandar tu semua dah ready made. Lagi best kalau ketupat, dodol dan lemang ni di buat sendiri, homemade. Aku haraplah budaya ni takkan pupus kelak.

4. Balik kampung

Ni lah antara beberapa influance paling besar dalam nak meraikan hari raya. Tak pernah aku tengok dalam setahun tu tetiba je orang semua tak nak balik kampung. Kalau hari raya korban mungkin tak berapa sangat. Tapi kalau raya Aidilfitri ni, budaya balik kampunglah yang menjadi salah satu main event dalam kalendar raya.

5. Lagu raya

Sebut je pasal raya, mesti kena ada lagu raya. Apa yang menarik kat Malaysia ni, trend lagu raya dari dulu lagi tak pernah berubah. Walaupun dah berpuluh tahun lagi yang sama tetapi masih ramai yang suka kerana lagu-lagu nihlah menjadi igauan kepada orang nak sambut raya. Kalau tgh memandu nak balik kampung, dengar lagu raya kat radio, pergh..semangat beb. Kalau boleh time tu jugak nak sampai dah. Kalau kat rumah, tengah dengar lagu raya, time tu jugak nak raya dah. Punyalah berhantu lagu-lagu raya ni.

6. Duit raya

Yang ni aku khaskan kepada golongan kanak-kanak. Selalunya golongan ni lah yang akan menjadi golongan kapitalis dan golongan 'money sucker' time raya. Golongan kanak-kanak yang paling suka sebab dapat duit raya. Golongan dewasa mcm aku akan garu kepala lepas ni sebab duit kocek dah kurang. Tips aku untuk nak mengelakkan dari kena bagi duit raya, jauhilah dari golongan kanak-kanak. Hah !...... tapi aku percaya kita semua tak sekejam mcm tukan sebab diorang ni lah antara penyeri bila raya.

7. Pegi beraya

Ok...yang ni trend paling kuat jugak bila time raya. Budaya kunjung-mengujung ke rumah sanak saudara, sahabat handai dan rumah terbuka. Biasanya tuan rumah takkan cukup tangan bila nak handle menda ni. Masa nilah nak dengar komen dari juri professional tentang rumah, langsir raya, perabot. Sambil datang rumah unutk beraya sambil tulah mata akan perhati. Awas....kaalu anda jumpa puak-puak ni, anda harus berhati-hati anda mungkin dikritik dibelakang.

8. Solat hari raya

Nilah antara rukun paling awal bila tiba hari raya. Solat raya di masjid, surau antara yang mesti buat. Selain dari tu, takbir raya jugaklakan.

9. Bermaaf-maafan

Bila sebut je raya, istilah maaf zahir batin, kosong-kosong, no heart feeling mesti keluar punya. Sekarang ni bila raya je trend bermaaf maafan ni akan menjadi satu trend di hari raya je. Lepas tu buat salah balik. Ahahaha...mcm aku la..kuat ngata kat kengkawan.

10. Mercun/Bunga api

Kategori nilah antara kategori kegemaran aku. Percaya atau tak, kategori nilah yang menjadi keseronokan tak kira apa pun umur. Bukan sahaja kanak-kanak seronok main bunga api dan mercun, tapi orang dewasa pun main mercun. Termasuk aku. Hoho.....mak aku kata, main bunga api kira dah bakar duit. Aku cakap kat mak aku, tu oklah tu sebab ada keseronokkan sket tapi kalau dah sampai tahap jari pun hilang, beli mercun seringgit pun tak guna. Soo lagi baik beli mercun. Tetiba je tudung saji mak aku melayang kat aku. Huh....

Sebenarnya banyak lagi kategori yang tak dapat aku senaraikan. Memang banyak. Apa-apa pun ramai dah lupa bila setiap kali menjelang hari raya, satu kategori seolah olah dilupakan, mcm tak penting je. kategori apa tu? Kategori kemalangan maut bila nak balik kampung! Mintak simpanglah jadi kat aku dan semua rakyat Malaysia ni. Orang lain sambut dengan gelak ketawa, kita akan sambut dengan tangisan.

Apa-apa pun harus di ingat, walau apa pun trend hari raya, bagi aku, nikmatilah keseronokkan hari raya dengan penuh meriah dan berbelanjalah unutk hari raya dengan kesederhanaan. Tak semestinya kita harus berbelanja beribu ringgit unutk meriah. Kemeriahan hari raya bukan dinilai dengan apa yang kita miliki tapi dinilai dengan cara mcm mana kita nak hayati.

Untuk semua pembaca blog aku, aku tahu berapa kerat je yang baca pun, seluruh rakyat Malaysia khususnya sahabat-sahabat aku diperantauan, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! Semoga sambutan hari raya akan lebih bermakna bersama-sama orang yang tersayang. Aku memohon ampun dan maaf andai kiranya ada tersalah bahasa (memang byk pun), tersalah ejaan dan yang penting, andai blog aku ni mengguris hati dan perasaan korang semua. Aku tak pernah terlepas dari kesilapan. Maaf zahir dan...batin takde...sebab takde apa pun unsur batin yang aku buat salah kat korang !!!

Adios !!!!
Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...