Tuesday, September 8, 2009

[Satu_Catatan]

Aku melihat beberapa perkembangan diri aku tahun ni sebelum datanggnya hujung tahun. Alhamdulillah..walaupun tak semua perubahan yang aku dapat buat, tapi sekurang-kurangnya aku dapat mencapai life target aku yang tertangguh dari tahun lepas.

Raya tahun ni adalah raya yang amat berbeza dalam hidup diri aku. Bukan kerana aku dah tua. [hakikatnya aku semakin muda !!] tapi tahun ni adalah tahun terkahir bagi aku untuk beraya di rumah keluarga aku yang hampir 22 tahun kami duduki. Lepas raya, ayah aku buat keputusan unutk berpindah dari sini. Walaupun masih di dalam pulau, mmg tak jauh dari rumah aku sebenarnya, tapi di rumah nilah banyak kenangan yang tak mampu aku ungkapkan. Dari zaman aku kecik, naik basikal meredah hutan dan sungai sampailah aku besar, meredah bangunan-bangunan tinggi di sepanjang dalam besar rumah aku ni. Dah banyak berubah....

Aku sebenarnya berbangga dengan tempat aku membesar ni. Dahulu, tempat ni penuh dengan hutan. Sungai yang tak terjaga, semak samun. Apa yang menariknya kat sini peuh dengan suasana hijau pada zaman aku kacik dulu. Aku selalu naik basikal dengan kengkawan aku, menangkap ikan laga di celah-celah parit dan tali air. Menangkap burung, dan yang penting menagkap ikan di sungai.

Sekarang ni segalanya dah berubah. Berubah ikut masa. Tali air tempat aku menangkap ikan laga sekarang ni dah didirikan kompleks membeli belah, tempat aku menangkap burung sekarang ni dah pun di naikkan kilang besar, tempat aku menangkap ikan pun sekarang ni dah kuranggnya ikan akibat dari pencemaran air.

Walaupun tempat aku ni kira lambat untuk membangun, sekurang-kurangnya aku berbangga kerana tempat aku ni merupakan salah satu tumpuan utama penduduk Pulau Pinang. Bnyak shopping complex, pusat perniagaan, zon perindustrian dan yang penting banyak kedai-kedai makan yang dibuka 24 jam. Soo senang nak lepakkan?

Hakikatnya, aku tetap merindui tempat ni. Insyaallah, salah satu target aku, kalau boleh aku nak beli hartaha kat sini. Memang mahal. Jauh beza dari dulu. Tapi sekurang-kurangnya kat sini aku bukan lagi jadi pendatang baru.

Kalau ikut life aku ni, kalau aku jadi je pindah dari sini, iniadalah perpindahan yang ke-3 dalam hidup aku. dan di sinilah aku lama menetap. Dari aku mula start nak berlajar membaca, sampailah aku selayaknya unutk berkahwin!..Woo-ho....

Dan yang pasti, walaupun aku nak pindah dari sini, aku tetap ada kawan-kawan. Sebab? Aku pindah pun cuma bertukar daerah. Bukan bertukar negeri.

Kat sini aku selit sikit gambar sekitar Bayan Baru, tempat di mana aku dibesarkan dan aku mengenal erti hidup. Gambar ni bukan diambil dari kamera aku, tetapi diambil dari internet sendiri.








Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...