Tuesday, June 14, 2011

Kena getah



Apa korang nak buat bila network down satu building?

A. Buat tak tau sebab tak reti?
B. Cuak giler sebab korang kena troubleshoot tapi korang tak reti.
C. Tunjuk pandai tapi sebenarnya korang tak pandai.
D. Buat pengsan lepas tu pi sepital then dapat MC. Lepas tu rasa lega sebab korang tak kena troubleshoot.
E. Gantung diri dalam bilik IT sebab pressure nak settle dan tak leh nak handle nak menjawab soalan maut dari manager2 korang.

Ni lah yg jadi kat aku sepanjang aku kerja dari ahad dan isnin minggu lepas. Aku masuk kerja pagi kol 7. Muka masih lagi mengantuk dan suara halus masih mengatakan yg aku perlukan tido. Sampai je kat bawah.

" IT..IT...SuperUser calling over..." (tgh walkie talkie dengan SuperUser)


"Send Over.."


"IT please note that all network in warehouse in Module 1 and Module 2 is down. I repeat network is down. Can you please look this issue ASAP?"


" Roger that."


Pieeyy......network down. Aku cuak. Mampos aku network warehouse down. Aku dah tau ni semua nak mai reba dah ni kat aku. Aku naik atas 3 org technician dah ada kat atas. Aku check email dan aku suruh depa turun kat bawah.

Kesimpulannya, 2 hari aku flat. Nak trooubleshoot system and network down. Escalation process ke Costa Rica, China, Amerika dan Amesterdam mmg pening kepala aku. Sehari kat 50 email aku hantar. Update status, verification dan hardware toubleshooting. tu belum masuk conference call dan panggilan hangit yang aku kena menjawab satu persatu dari manager dan engineer kat merata. Ada dari Penang site, Kulim site. Costa Rica site dan US site sendiri. Adoila...memandang kan aku IT on site support masa tu..aku mmg kena getah la.

One thing aku nak bagi tau, sekuat mana pun kita kerja. Don't ever expect you will get credits from your boss. Aku rasa sedih gak sebab aku dah buat byk keja mcm nak rak kat sini. It not hard to say 'Thanks'. Aku bukan nak sangat perhargaan. Tapi ucaplah terima kasih, sekurang-kurangnya kita rasa dihargai. Bukan utk aku, untuk team aku yg sama2 buat kerja ni. At least kasi semangat kat diorang.

Anyway sebagai menghargai jasa baik team aku yg bersusah payah troubleshoot issue ni, aku belanja diorang makan. Hehehe...nasib baik tak kena sembelih dan demand. Aku ikhlas belanja sebab diorang dah byk tlg dan cover aku. Love you guys !

P/s: hari tu pi sepital jumpa dengan someone. Gila terkejut and unexpected ! Masa ditanya "awak tak terkejut ke?" Cover line jawab "tak..biasa ja.." dalam hati sapa yg tau...tu baru jumpa sat..belum jumpa betul2 lagi...wahahahaha !! lariii !!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...