Thursday, June 9, 2011
Statement apakah ini?
Aku cukup hangin bila membaca statement bodoh mcm ni. Gila. Korang tau sapa yg cakap mcm ni. Statement berani yang dikeluarkan oleh Naib Presiden Kelab IsterI Taat, Dr Rohaya Mohamed. Kenapa nak disamakan isteri dengna pelacur? Kenapa nak sangat menghina kaum perempuan dan wanita sehingga meletakkan mereka staraf dengan pelacur kepas pertama? Hati aku menyumpah seranah. Itulah bezanya dengan orang berilmu dan beragama. Hati kecilku berkata.
Yeah right. Pelacur dibayar setiap kali perkhidmatan. Nak ke buat kat isteri mcm tu? Wadehel man....Ape tak 'wanita'kah org yg keluar statement ni?? Apa nak jadi dengan zaman sekarang. Dulu Sisters In Islam membangkang habis-habisan poligami yang dibenarkan oleh Islam, Kemudan 'ulama' wanita plak buat statement zaman jahiliah "isteri dibolehkan melacur kalau dah terlalu darurat mencari rezeki anak-anak"..
Astaghfirullah....aku mengucap panjang. Di mana letaknya maruah wanita kalau semua nak ikut mcm ni? Yang menariknya, semua statement ni dikeluarkan oleh kaum wanita sendiri. Yeah...WANITA. Apakah zaman sekarang wanita terlalu terlebih ajar dari lelaki sampaikan boleh keluar statement bodoh mcm ni? Apakah wanita zaman sekarang dah layak bergelar mufti atau ulamak sampaikan dah boleh buat statement yg boleh menggugat kesucian Islam?
"Makcik tak salah nak...makcik melacur ni sebab laki dah takde...anak2 semua 8 orang. Makcik kena sara diorang. Kalau makcik tak buat kerja ni..saper nak kasi mkn diorang? Saper nak jaga diorang?"
Korang nak ke tetiba dalam buletin utama keluar mcm ni? Tetiba mahkamah membebaskan wanita yg melacur kerana 'fatwa' jahiliah dari ulama kaum hawa ni? Korang nak ke mcm tu ?? Lu Pikir la sendiri beb.
Ni lagi satu nak habaq mai sat. Dari mana datangnya Kelab Isteri Taat ni semua? Perlu ke kena ada kelab isteri taat ni? Apa selama ni zaman tok nenek kita dah ke kelab isteri taat mcm ni sampai anak-anak diorang bersusun sampai berbelas-belas mcm ni ? Perlu ke? Zaman sekarang bila kes banyak sangat nak mempopularkan sesuatu isu, keluarlah segala mcm tok nenek kelab badan-badan NGO yang seolah-olah merendahkan kaum martabat wanita sendiri. Apa..kalau tak masuk kelab ni tak taat ke isteri tu? Korang masih ingat lagi tak dulu salah seorang bekas isteri pemimpin kita yang sanggup merasmikan kempen "Satu Suami Satu Isteri"? Apa cer...kenapa sanggup sangat nak berkempen sedangkan hukum pangkal plogami langsung tak kaji?
Aku bukan nak kata kena sokong poligami. Aku sokong poligami kalau cara poligami tu sendiri ikut Islam, berkemampuan, berlaku adil dsb. Poligami berlandaskan nafsu dan niat jahat mmg aku pun tentang. Sebab apa? Last-last tak berlaku adil kat isteri. Sebab tu lah sekarang ni kes penceraian makin berleluasa. Bapak aku sendiri kata "Dasyat na...kes cerai kat mahkamah ni berlambak dah sampai mcm kes saman trafik kat mahkamah dah. Pi saja mahkamah syariah mesti ada kes baru. Apala...nak poligami pun kena la adil.."
Aiii....bapak aku ni statement len mcm je..nak ikut Saleh Yaakub ke?..hahaha....
Aku kekadang tak faham dengan golongan wanita yg bertatus datin ni. Kempen sana sini. Kelab sana sini bertambah. Tapi hampeh..semua dah mcm takde apa pun. Sudah-sudahlah makcik oi. Dari dok sibuk pi canang kempen satu laki satu bini, dari dok sibuk nak melayan suami mcm pelacur kelas pertama, dari dok sibuk nak bangkang poligami, baik tgk diri sendiri tu. Toksah dok pi kempen tak tentu hala, toksah dok buat statement ala-ala Doremon makan belacan. Sendiri balik rumah tgk dulu keluarga kat rumah dari dok sibuk buat stement syirik mcm ni.
p/s: Ntah kenapa aku suka sgt dok kata "I follow' ni. I folllowww....... :-p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment