Monday, August 29, 2011
Lu Pikirlah Sendiri Beb....
Salam my comrades !! First of all, sorry for delaying some blog posting here. Semenjak dua menjak ni mmg aku bz sket sebab nak buat preparation dan aku pun kerja. ;)
Ok..esok nak raya. Seronok. At the same time aku rasa sedih sebab Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita. Ntah ada ke tak tahun depan ni nak merasa Ramadhan. Insyaallah di harapkan mcm tu lah.
Sebelum aku nak wish selamat hari raya dan mintak maaf ke apa, aku sedikit nak buat satu statement yang bersifat general. Pertamanya, statement yang aku buat di bulan yang penuh kemuliaan ni dan nak menghadapi bulan mulia bulan Syawal diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan cerita sebenar.
Ok..first of all. Aku beragama Islam dan aku tau apa yang syirik dan apa yang dosa dosa besar. Aku tau apa perbuatan yang boleh menyekutukan Allah, dan perbuatan yang boleh membuat aku terkeluar dari agama Islam. Aku mungkin jahil dari segi Islam, tapi aku tak pernah jahil bila bab syirik/murad ataupun apa2 saja perbuatan yang boleh buat aku jadi mcm ni. Alhamdulillah..Allah sentiasa melindungi aku dari aku melakukan perkara-perkara keji yang boleh menyukutukan Allah s.w.t. Walaupun aku bukanlah alim mcm ustaz, walaupun aku tak hafal 30 juzuk Al-quran, walau pun aku tak hafal hadis-hadis nabi kita, tapi sekurang kurangnya rukun iman dan rukun Islam semua aku lakukan yang terbaik untuk aku jaga.
Apa 7 dosa besar? Kalau ditanya kat orang lain yang sibuk dok pandai kata, mungkin dia sendiri yang tak tau kan? Aku malas nak tulis kat sini. Google it. Zaman sekarang dah ada internet, senang je nak cari. Kalau aku tulis means korang malas nak cari then korang nak harapkan aku tulis je. Dan yang penting ada 2 perkara yang tergolong dalam 7 dosa besar ialah MENYEKUTUKAN ALLAH dan SIHIR.
OK cerita bab menyekutukan Allah ni. Aku tak sanggup nak buat perkara mcm tu. Segala mcm perkara yang boleh menyukutan Allah, na'uzubillah mintak simpang dari aku. Senang cakap Syirik. Syirik ada dua. iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi. Apa itu syirik Jali dan Khafi? Korang cari sendiri. Dan apa yang aku tau ni bukan sebab aku baru je cari. Mmg aku tau dari dulu. Cara nak menyekutukan Allah ni banyak. tapi yang paling direct dan terang terangan ialah melafaz sesuatu dengan sedar ungkapan yang dia tidak mempercayai Allah dsb dan boleh terkeluar dari Islam. Tau apa azab Allah orang yg syirik ni adik-adik? Azabnya, Allah akan mengharamkan orang yang syirik ni dari cium dan merasai nikmat syurga selama-lamanya dan akan ditempatkan di neraka bersama orang kafir. Na'uzubillah.....takde makne nye...
Ok..cerita bab yang kedua SIHIR. pertamanya sihir yang apa boleh aku tafsirkan ialah perbuatan meminta pertolongan dari sesuatu makhluk selain dari Allah dengan cara tertentu atau kaedah tertentu sama ada cara baik atau pun buruk. Itu tafsiran aku lah. Bila sebut meminta pertolongan sesuatu selain dari Allah means kita tidak percaya sama sekali kewujudan Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya. Means....terjerumus dalam lembah Syirik. Ok cerita bab sihir ni kita selalu panggil bomoh la apa la kan? Mintak tlg kat segala datuk nenek, segala makhluk puaka dan segala makhluk yang kononnya panglima lah itu lah ini lah...sama ada untuk merawat pesakit atau pun SANTAU !
Sepanjang hidup aku, sejujurnya aku tak pernah main ngan sihir ni. Aku berani bersumpah dengan Al-Quran sebab aku tau apa yang aku pernah buat dan aku tak pernah buat. Biar susah mcm mana aku pun biar mcm mana senang aku pun, sihir sesekali takkan aku buat walaupun akan mendapat keuntungan bagi aku. Kalau korang nak tau, aku sendiri pernah kena perbuatan orang. Almost setahun aku suffer. Dan aku pernah merasai mcm mana azab kena sihir. Dan alhamdulillah, aku berjaya merawat penyakit aku dengan kaedah Islam. Semuanya berpandukan Al-Quran dan hadis. Orang banyak kali menganiayai aku. Kalau secara logika akal, boleh je aku nak buat kat diorang ni. Tapi apakah apa yang aku buat ni akan dapat faedah kat aku? Aku mungkin rasa puas kan kalau aku sihir kan orang ke apa. Tapi aku fikir jugak, pertama Iman dalam diri ni kalau kita buat kat orang dengan sihir, sia-sia je amalan kita seumur hidup. Puasalah 365 hari sekali pun, Sembahyanglah tungging terbalik sekali pun, berdoalah memintak ampun kepada Allah sekali pun once kita buat amalan keji tu amalan pahala kita akan terhapus. Mcm tu je.
Kedua nya, ingin aku tegaskan yang sejahat-jahat aku lah, aku tak pernah buat cara halus kat orang. Pujuk cara lembut tu adalah...hahaha..tu pun kita cara halus ke?? Lantak koranglah nak pikir apa. As I said, orang pernah buat kat aku dan aku tak pernah buat kat orang. Ketiganya, aku tak pernah percaya kata-kata 'ustaz' or bomoh bila kita dtg untuk merawat. Bila dtg je. dia mesti kata hang ni orang dok buat kat hang itu ini lah org dia mcm ni lah apa lah. Kita pun percaya. then kita tuduh orang tu dengan membabi buta. Orang yang dituduh itu tak tau apa2 dikeji dan di hina sebab perbuatan yang dia tak buat. teranaiya. Tu kira baik lagi. Kalau org yang kena tu nak balas dendam dia santau balik org yg kena tuduh tu, tak pasal2 dia tak bersalah. tau tak adik -adik apa yang akan terjadi kat doa yang yang teranaiya?
Sebab apa aku tak percaya? Pertamanya jin dan syaitan sendiri pernah bersumpah dihadapan Allah s.w.t akan menyesatkan manusia. Keduanya, syaitan sendiri pernah berkata kat nabi (ok..this part aku tak ingat nabi yang mana..soo aku sebut je nabi..aku seriesly tak ingat) yang sesungguhnya pencapaian tetinggi diorang dalam menyesatkan manusia ialah apa bila mereka berjaya memecahkan hubungan sesama saudara Islam. Apa bila si adik dan abg bergaduh apa bila si anak dan mak bapak membuang keluarga masing2 Syaitan tu dah di anggap boleh mkn pencen dah. Hahaha..tak percaya ?? Aku ada buku dia cerita pasal ni. Nnt aku tunjuk. Soo..berbalik cerita sihir ni, hanya Nabi Allah dan para Wali Allah je yang tahu apa yang berlaku. Nabi, akan tahu melalui mukjizat dan utusan yang dihantar oleh Malaikat. Dan para wali Allah boleh tahu disebabkan kebolehan yang dikurniakan oleh Allah swt. Means kalau setakat ustaz ke apa ke..tetiba nak kata "Oh...org yang buat kat hang ni dia mcm ni...org dia mcm ni..." Aku mintak maaf bebanyak kalau aku cakap. It just all BULLSHIT !! Sebab aku sendiri pernah bertanya kat Ustaz Ismail Kamus, aku sendiri pernah bertanya pada Ustaz Harun Din pasal bomoh dan ustaz yang boleh bagi gambaran siapa pelakunya mereka sendiri kata menda yang sama. Cuma penerangan mereka tu lebih islamik dan bukti yg cukup banyak dari segi Al Quran, hadis dan pengalaman mereka sendiri.
Aku cerita ni bukan sebab aku nak marah nak buruk sangka. Buruk sangka? Wahaha..lantaklah kalau aku buruk sangka ke tak. Aku peduli apa sebab org tu sendiri pun selalu buruk sangka kat aku. Jauh lagi teruk dari aku. Aku tak nak aibkan dia. Semua cerita dia semua aku dah tau dan jgn aku bagi pecah lubang je. Aku sendiri dah tau cerita sebenar dia. Kalau aku tulis kat sini, aku tak nak sebab bagi aku adalah haram dan berdosa besar kalau aku aibkan orang. Apa yang boleh aku kata, bertaubatlah sebelum terlambat dan berubatlah sebelum terlewat.
Apa yang aku tulis ni sebenarnya aku nak clearkan statement aku. Aku nak org tau aku mcm mana. Sejahat-jahat aku, aku penah pukul orang, aku pernah buat jahat tapi demi Allah aku tak pernah merasa bangga dengan apa yang aku buat. Aku bertaubat dengan apa yang aku dah buat. Aku bersyukur kerana Allah masih sayang kat aku sehingga dia membuka pintu hati aku untuk betaubat. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah mensyrikkan Allah dan jauh untuk sihir mensihir orang ni. Aku mmg tak reti weh nak sihir ni. Tanyalah aku kat mana ada bomoh siam ke apa. Aku sendiri tak tau. Dan org yang kata kat aku pun kena ingat jugak, aku sendiri pernah nak tlg dia bawak kat Ust Ismail Kamus masa dia tgh sakit dulu. Dia sendiri kata kat aku yang dia mintak tlg kat aku. Sebab itulah aku nak tlg dia. berkat dari doa aku dan pertolongan kawan2 aku aku mmg nak bawak dia tapi ntah mcm mana dia yang tak nak. See? Adakah cara aku nak mensihirkan orang dengan cara mcm tu? Kalau dia ajak aku nak santau orang ke apa ke tlglah jgn ajak. Nak buat syirik pegi wat sensorang. Aku mmg tak nak. Terniat pun tak pernah nak balas dendam dengna cara halus ke apa ke. Haha...aku dah bahagia dengan hidup aku sekarang ni. Buat apa aku nak buat kat orang? Buat apa aku masih nak dengki kat orang? Buat apa aku nak rasa tak puas hati kat orang? Aku mmg dah bahagia dan aku mmg dah dapat yang aku nak dapat selama ni. Alhamdulillah.. Aku tak pernah kacau sesapa. Aku tak pernah sakitkan hati sesapa. Kalau aku buat, aku akan mintak maaf. Aku beryukur sebab aku ada ramai kawan kawan aku. Satu Malaysia aku ada. Nak pi mana pun aku tak risau tetambah kat tpt kelahiran aku ni. lagi la berlambak. Semuanya sahabat aku. Sebab apa aku ada ramai kawan? Sebab aku tak pernah aniaya kawan aku, aku tak pernah sakitkan hati kawan aku, aku tak pernah mensyirikkan kawan aku, aku tak pernah mensihirkan kawan aku, aku tak pernah tuduh kawan2 aku itu ini. Sebaliknya org yang pernah kata kat aku mcm2. Tapi ada pernah aku balas balik dengan cara halus? Ada.....mmg aku balas balik dengan cara halus. Aku berdoa kepada tuhan aku, Allah swt supaya segala perbuatan mereka akan dihitung di Akhirat kelak dan aku akan tuntut segala perbuatan mereka di mahkamah Maha Agung kelak. Mahkamah akhirat. Itu cara halus aku.
Kepada orang yang dok tuduh aku ni, insaflah dengan diri sendiri dan sedar-sedarlah sikit. Sampai bila nak buruk sangka kat orang lain. Nampak gaya, dia ni sampai bila pun mmg takkan berlajar dari apa yang dia pernah lalui. Sedih betul. Ingatkan bila dah pernah lalui dia akan berlajar tapi rasa aku semakin takbur, semakin riak semakin bermegah plak aku tgk. Semakin ego plak aku rasa. Anyway, aku akan maafkan dia dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Cuma satu ja permintaan aku, sebelum kita mengata kat orang itu ini, kita ambil cermin letak kat depan then kata kat manusia kat dlm cermin tu. Kalau kita kata tu kat org dlm cermin tu then kita rasa sakit hati ke atau kita sendiri tersentap..kecewa ke...then itulah perasaaan org yg dia dok kata tu. Kan ? Dan kembalilah kepada Allah. bertaubatlah...udah udah la tu....kalau sayang aku baca blog ni aku rasa dia pun pening apa. Hahaha..
Bagi aku, aku tak nak perbesarkan issue ni. Mungkin apa yang dia kata tu sekadar gurauan, atau pun aku yang tersentap sendiri ka. Tapi kalaulah apa yang dia kata tu bukan kat aku, Alhamdulillah aku bersyukur sebab sekurangnya dia tau aku ni mcm mana. dan sekurangnya dia tau aku bukan org jenis mcm tu. Kalau dia kata kat aku..mmg nak kata kat aku....as I said..baca balik dari mula posting aku ni.
Korang nak tau tak cerita aku based on pengalaman aku? ok..cerita dia mcm ni. Dulu aku selalu sakit. Mcm2 aku sakit. Merata aku pi. Ustazlah, klnik lah apa la..semua kata ngarut. doktor cakap aku tekanan jiwa. Ustaz2 kata aku kena buatan oranglah, kena tegur lah. Ahaha..yang kelakarnya org yang dikatakan ustaz semua nya bagi punca yang berbeza penyakit aku ni. See that point? Ok then aku di bawa berjumpa dengan seorang ustaz yang cukup terkenal di Malaysia. Mmg pandai berubat cara Islam dan pandai dalam agama. tinggi ilmu agama dia. Bayangkan aku pi je nak berubat. Tapi aku tak tau kenapa hari tu aku rasa gelisah, takut, rasa bersalah dan rasa mcm nak sembunyikan sesuatu. Aku sendiri tak tau. Masa aku jumpa dengan ustaz tu, dia hanya tersenyum tgk aku. Kawan aku ni dok cerita kat ustaz tu apa sakit aku. Last sekali dia mintak tlg semua kawan2 aku beredar sekejap dia ada something nak cakap kat aku. Tapi dalam salah satu tu dia kata "Sebenarnya bukan masalah dari orang lain. Masalah dari diri awak sendiri. Bila kita selalu lupakan Allah, hati kita ni jadi terlampau hitam sampaikan apa yang baik apa yang dtg dari Allah semua susah nak masuk. Dah jadi sarang tempat jin dan syaitan duduk. Sebabtu penyakit dtg. Nabi Muhammad sendiri pernah kata. Penyakit semuanya berpunca dari HATI. Betul tak? Sekarang ni awak balik. Sembahyang mintak ampun dari Allah dan dekatkan diri dengan Allah, insyaallah awak akan rasa lebih baik dari sekarang ni."
Itulah kata-kata keramat yang aku dapat. Dan apa yang dia kata betul. Aku saja dok kata menda ni perbuatan orglah apa lah. Aku dok tuduh orang tu buat kat aku lah itulah ini lah..last2 diri aku sendiri tak betul. Morale of the story ?? Lu pikir la sendiri beb....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment