Friday, December 16, 2011
The trilogy
Assalamualaikum,
Dah lama aku tak update blog aku ni. Kalau dikira blog ni berupa sebuah buku, dah tentu berhabuk dan nampak usang dah. :D
Sebenarnya bukan aku tak nak updae blog aku. Maklumlah banyak sangat urusan yang aku terpaksa lalui setiap hari. Bila teringat ja nak update blog, ada je masalah yang datang. Ni pun aku baru je baik dari demam dan flu yang terpaksa aku tanggung selama 2 minggu.
Cakap pasal flu, sebenarnya this is the first time aku kena flu tahap teruk mcm ni. Terpaksalah menahan sakit hidung aku yang bengkak dan bleeding. my sayang aku risau sampaikan post kat blog dia...cancerlah...mcm2 lah. :) Aku tau dia mmg sangat2 sayang dan concern kat aku. Aku faham. Dia mmg risau kat aku seperti mana aku risau dan amik berat kat dia. Cuma nose bleeding ni Insyaallah aku rasa taklah seteruk mana. Tapi mmg sakit.
24th dec, tiba giliran adik aku plak nak bertunang. Jeng..jeng jeng....see? Dulu masa kami single mingle dan tka fikir pasal kawen, ramia dok bising tanya awatlah tak kawen lagi. Kendurinya bila. Last bila adik aku dah ada awek, tinggallah aku solo sensorang diri. pernah suatu ketika dulu aku cakap kat aku yang supposely dia tka leh tunggu lama2 sebab dia dah ada awek. Aku nohal kalau diizinkan Allah s.w.t, aku plak sampai masa kot mana pun tak leh elak. Adik aku tetap berkeras tak nak. Dia kata dia tak nak langkah bendul dan dia nak aku dulu yang kawen or bertunang. dia nak kasi line kat aku dulu walaupun dia terpaksa menunggu betahun. Tu dia. terharu aku dengar pasal tu. Yerlah...masa tu aku manalah ada awek. Ada tu ada. Tapi on off on off. Mcm tak serious. Aku masa tu mmg terfikir pasal masa depan aku, terfikir pasal jodoh aku tapi ntah lah, lepas aku down dari clash ngan ex aku a few years before, terus aku takde mood nak cari awek or calon isteri ni. Aku dah ssh nak percaya pada perempuan dan aku lebih suka couple atas dasar syok syok ja. Sebab aku fikir masa tu, kalau aku buat teruk, punya pulun nak jaga dan maintain utk jadi calon ister last2 kalau tak dapat buat apa..frust jugak mcm dulu. So lebih baik buat tak reti. Ada..ada..kalau takdak..maka takdaklah...haha..punya simple.
Aku pernah ingat lagi mcm mana life aku time tu. Jenis tak kisah dengan org sekeliling. Kalau aku ditanya bab kawen or calon, aku buat tak reti. Aku senang jawab, kalau ada..adalah. Padahal merata aku hangout ngan org itulah ini lah. Calon ramai tapi aku buat tak reti.
Sampailah satu hari tu, aku sembang dengan kawan baik aku yang dah lama aku tak jumpa. Baru aku tetiba tersedar yang aku bukanlah muda sangat. Tua sikit dari zaman remaja, muda sikit dari alam dewasa. Eh..cenggitu plak...hehe. baru aku sedar yang aku kena cari someone yang betul2 aku nak buat calon isteri. Tapi aku letakkan 3 syarat pada diri aku, kalau betul aku nak cari calon isteri utk aku, syaratnya yang pertama, calon tu aku yang cari sendiri. Syarat yang ke dua, aku tak nak tangkap muat. Means aku tak nak pilih seseorang walaupun aku tak suka or terpaksa. Aku nak calon isteri tu aku someone yang aku suka dan aku falling in love. Dan syarat yang ke tiga simple je, kalau aku suka, then parents n family aku pun suka. Kalau depa suka maka dia calon isteri dan someone yang aku sayang. :)
Maka bermulalah episod cari menantu untuk parents aku merangkap cari calon isteri untuk aku. Maka ramailah suara-suara kera sumbang yang nak rekemen kat aku. Dari pelosok Malaya hinggalah kat rumah aku sendiri pun ada. Rakan-rakan aku, sedara mara aku dan parents aku turun menyumbang tenaga mencari calon. Berpalulah gendang seluruh pulau mutiara akan khabar si putera istana Sri Bayu mahu mencari permaisuri. Puas mencari, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Hari berganti hari bulan berganti bulan maka tiada satu pun bunga di taman yang mampu menarik perhatian si kumbang.
Maka teringatlah seorang sahabat aku ni akan pertolongan dari alam ghaib. Hanya pertolongan dari alam ghaib saja mampu menolong aku. Mula2 aku tak percaya akan alam ni. Last aku mengalah, kawan aku tadi dah pun mintak pertolongan dari 'jin' alam maya. MyJ. Tu dia. My Jin?? Ini adalah jin segala jin yang dok ada. Dari MyJ, kami berhubung dalam FB, then telefon, borak2 kosong, then jumpa. Lama2...couple.
Dipendekkan cerita, akibat kesabaran aku dan takdir Allah swt, aku jumpa dengan seorang yang betul2 buat aku jatuh cinta.
"Weh..mcmmana hang boleh jatuh cinta kat dia?"...
"Mcm mana hang boleh jumpa dia?"..
"Aik...dulu bukan hang ada awek lain tertiba ja hang boleh jumpa dia? Sat saja break then boleh plak couple ngna awek ni?"...
"Huii.....tu dia..tau tau dah ada dah...tetiba ja ni?"
"Pojie...kenapa hang boleh jatuh cinta kat dia sedangkan hang baru ja putus cinta?"
Haa...inilah antara persoalan yang bermain difikiran kawan2 aku dan sepupu aku. Kenapa dan bagaimana aku boleh jatuh cinta ?? Well it is simple. Lepas aku sedar atas apa yang pernah terjadi kat aku masa aku berkawan dengan dia, even aku dah ada orang lain, aku sedar she is the person yang betul2 sabar dengan aku, jujur dengan persahabatan yang ada walaupun aku dah ada orang lain waktu tu, jauh sekali untuk menjahui diri dia dari aku, tetap cuba untuk memahami aku dan yang penting, sentiasa di sisi aku bila aku perlukan someone yang aku perlukan pertolongan dan nasihat. For every moment and time that I need someone, she will be there for me even as a friend. Dan sebab tulah kenapa aku jatuh cinta kat dia. :) And I'm so lucky sebab cinta yang aku beri kat dia mmg tak sia-sia dan aku rasa sungguh bertuah kerana aku pilih dia. You guys know who I mean. Sebab tulah kenapa aku tak nak tunggu lama2. Lepas aku break ngan ex aku, terus aku purpose kat dia yang aku mmg suka kat dia. Dalam masa kami ber couple tulah aku cuba berlajar memahami dia dan dia juga berlajar untuk mengenali aku. Just a few months later 01.10.11, aku mengikat tali pertunangan dengna someone yang aku cintai dan someone yang aku tahu dialah yang akan menemani dan hidup bersama aku hingga ke akhir hayat.
Sampailah sekarang walaupun aku masih berlum berkahwin lagi dengan dia, dan Insyaallah later, aku sentiasa rasa cukup bertuah kat diri aku. For every day, aku rasa I'm the lucky guy. :) Only time will count sehingga kami akan diijabkabulkan. Insyaallah. Yang penting, family aku termasuk parents aku dan makcik pakcik aku semua dapat terima dia. That is why masa aku bertunang dulu sikit punya ramai yang nak buat ramai jadi rombongan. Dari seberang hinggallah ke Pulau semua mai turun. Dan Alhamdulillah family dia dapat terima aku seadanya aku. Aku memula cuak gak sebab masa 1st time nak pi kat rumah dia. Yerlah, time tu orang nak tgk kita n judge kita. Punya la gelabah. Tapi alhamdulillah aku sentiasa berpegang pada prinsip kalau aku betul2 ikhlas, jujur dan berniat baik terhadap apa yang aku buat, soo just be who I am dan takyah nak hipokrit. :) Btl tak??
Sekarang ni aku dah jumpa someone. And thatsomeone itulah yang telah mengisi hati aku dan aku dah tutp pintu hati kat orang lain. tapi serious tu, betul kata kawan2 aku, bila darah dok manis ni lah dugaan menimpa. Macam2. Cuma aku ketepikan hal yang tu dan yang penting aku dah ada dia. Again, I'm so luck yang aku telah pilih dia dan tak salah pilihan aku.
Well guys, I already answered your question. Cerita mcmana aku boleh jatuh cinta dengan jodoh aku. Ok stop that questions and don't ask anymore. :D Kalau aku online ja..sembang mesti selit soalan tu. Leceh tul nak jawab, tapi aku sayang korang gak sbb tu aku jawab. Yerla..koranglah yang banyak tlg aku, banyak kasi semangat kat aku dan banyak advice aku even jarak yang memisahkan kita. Atleast aku ccerita gak. kalau nak detail aku rasa tak perllulah. Atleast ap ayang korang tanya ni aku dah jawab.
Ok....I'm still waiting for my answer. Rizwan !! Biler ko nak bertunang ni ?? Saper awek ko ?? hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment