Alhamdulillah..ketika blog post ini ditulis, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru. Menutup tirai lama tahun 2011 dan membuka jendela baru memasuki tahun 2012. Say goodbye to 2011 say a big welcome to 2012 !!! ;)
Ketika blog post ini ditulis, aku ditempat kerja. Sekadar dtg OT cover shift leader 3 yang bercuti kerana sambut tahun baru manakala manusia tak reti bercampur dan tak reti bersosial mcm aku dtg kerja sebab takde menda nak di celebrate kan. Yes..say I'm faggot and what so ever the fact is, I'm still here celebrating my new year in fornt of my PC. DAANNGG !!!....
Banyak yang terjadi sepanjang tahun 2011 kalau hendak dikenangkan balik. Cerita geografi politik antarabangsa, bagaimana beberapa kerajaan timur tengah ditumbangkan - Syria, Libya, Egypt dan pembunuhan Osama bin Laden yang menjadi isu hangat di muka surat khabar dan laman web antarabangsa. Cerita mcm mana
Aku? well tahun 2011 merupakan titik perubahan bagi aku. I don't want to say this but I must admit yang this year, it is the most happening year untuk aku. :) Cerita mcmana aku couple..clash..then couple dan alhamdulillah this year aku bertunang. Everything happens in this year !!
A few day masa aku lepak ngan kengkawan aku kat salah satu port utama kami. Old Town White Coffee Bayan Baru, cerita mcm mana Alan membuka story tentang Krimas celebration dan new year celebration. tentang bagiamana excited sangat dia sambut.
Ok..this part, aku rasa tak berapa syok and I need to advise. Aku terpaksa tegur kat sini. Something is not right here. Sebagai umat Islam, aku sedih tengok beberapa sahabat seagama dengan aku (aku tak kisah kalau sebangsa LAIN agama tapi aku lebih utamakan SEAGAMA) letak posting kat FB how excited they are nak sambut Krismas. Dengan izin tuan speaker, WHAT THE FCUK !!?? Sedih. Seolah2 olah bangga sangat nak drive dari kampung ke Penang sebab member dah tunggu kat sini nak sambut Krismas. Kalau kawan aku nama Chris, Vincent, Michael, Benett, aku tak kisah sebab they deserve to get excited dan aku pun wish kat diorang. Tapi, bila nama ber 'bin' dan 'binti' ni yang buat aku sedih. Post gambar pakai baju Heineken, Tiger Beer dan santa claus seolah banga dengan apa mereka miliki. Siap pegang botol arak lagi. Well guys, I'm not GOD to say who is innocent or sins but dalam Al-quran sendiri diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 219 dan surah An-Nisa ayat 43. Demand for the recitation and translation?? Well guys.. GOOGLE it. Kalau aku letak korang malas nak cari nak harapkan aku ja. So kalau korang cari sendiri Insyaallah pahala korang dapat dan korang boleh berusaha.
Well mmg difikirkan bila fikir balik umat nabi zaman sekarang dah jauh tersasar dari Islam. Tak tahu membezakan antara haram dan halal, dosa dan pahala, sunnah dan bida'ah. Bagi aku tak salah kalau kita sambut tahun baru. Setakat nak tgk bunga api its ok. Tapi jauhkan dari melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, hiburan sehingga melalaikan dan seks bebas. Biarlah kita sambut tahun baru dengan rasa bersyukur kepada Allah swt kerana dikurniakan umur yang panjang dan bermuhasabah diri. Itu yang lebih bagus aku rasa. Aku pun sambut new year setiap tahun. Aku ngaku gak. Tapi sambutlah dengan rasa seronok dan beryukur.
Teguran untuk kawan2 aku dan diri aku sendiri, jauhilah sesuatu perbuatan sehingga boleh merosakkan akidah kita. Become more worst, merosakkan agama dan akidah islam kita. Rosak akidah means kita jauh dengna Allah, apa tah lagi mendapat keredaan-Nya.
Cakap pasal tahun baru, aku harapkan sesuatu perubahan besar untuk aku. Insyaallah, bulan 6 aku akan menamatkan zaman bujang aku. ;) rasa seronok plak. Series dowhh....mmg rasa seronok sebab dah lama bujang. Friends asked me "Wei hang tak rasa ka rindu zaman bujang nnt? Yerla zaman bujang semua bebas. Nak pi mana bebas, nak lepak2 boleh, nak merambu boleh, no commitment, tak rasa terkongkong, tak rasa beban. tak rindu ka?"
Well this is my answer. To be honest, mmg aku akan rindu zaman aku bujang nnt. Series aku rindu. Rindu macma dalam filem Ombak Rindu. Rindu mcm mana hidup aku hanya dengan kawan2. Rindu mcm mana nak ngorat awek yang aku suka (ok..ni cerita lama..aku tak ngorat aweks dah since I'm not available and I already taken..*wink*). Rindu mcm mana hangout ngan kengkawan perempuan and lelaki, rindu semuanya. Mmg aku rindu. Tak payah nak pikir pasal orang lain, sebab takdak komitmen. Janji aku jaga hal aku sudah. Mmg aku rindu. Tapi at the end of a time setiap manusia pasti akan berkahwin kelak jika ada jodoh. Kalau kita rindu zaman bujang, then tak nak kawen, nnt kita akan cemburu bila tgk kawan2 kita yang dah kawen ada isteri/suami then ada anak2. Masa tu baru nak kata "Jeles plak tgk depa dah kawen" See? kot mana pun kita takkan rasa puas dengan apa yang kita pilih. Mmg zaman kawen ni ada 'pantang larang' dan limit dari segi pergaulan. Tapi tak semestinya lepas kawen kita tak leh jumpa, lepas kawen kita tak leh hangout, lepas kawen kita tak leh buat aktiviti. Apa yang penting, pasangan kita, diri kita dan org sekeliling kena faham. Contoh yang aku tgk kawan aku. walaupun dia dah kawen, dia still hangout dengan kawan2 dia. Tapi tak sekerap mcm dulu. Ada masa dia bawak wife dia, ada masa dia dtg sorang. Dia kata kat aku, kalu dia bawak wife dia dia nak wife dia tau dengan siapa dia berkawan, apa yang dia buat, supaya tak timbulkan fitnah dan syak wasangka. Kalau wife dia tak leh dtg, dia tak paksa dan dia make sure wife dia tau apa yang dia buat. simple. Wife dia mmg faham dia sebab dari dulu lagi dia mmg jenis kaki lepak punya orang. Dialah dulu rajin call aku ajak jumpa. Sat2 call ajak lepak. Then sembang sampai kul 2-3 pagi. Org kata sembang kosong itu tak berfaedah, sembang kosong tu buang masa. Tapi sejujurnya aku tak nampak. Sebab ?? Sembang kosong tak dapat dosa dari keluar tgh mlm jumpa kengkawan pi merambu buat maksiat. Sebang kosong tak berdosa kalau setakat jumpa then bertanyakan khabar dan berkongsi maklumat dari jumpa kengkawan then bersosial ke tempat maksiat. Sembang kosong tak berdosa kalau setakat di kedai mamak dari bersosial kat clubing.
Mmg jenis aku kalau aku lepak ngan kengkawan, mmg aku sembang lama. Sampai 3-4 jam pun boleh. Jumpa sekadar bertanya khabar kawan2, kongsi cerita menarik, kongsi maklumat, then sesi meluahkan perasaan, cerita problem masing2. Sebab semua tu boleh menghiburkan diri dan heal diri kita. Lepas balik rasa puas dan lega sebab boleh luah kan isi hati. dan yang penting, jumpa kawan2 ni menguatkan silaturrahim sesama kengkawan. :)
Well aku harap sayang aku faham aku jenis mcm mana. Mmg bujang ni aku selalu lepak ngan kengkawan aku. Insyaallah, bila dah kawen there is a limit time yang aku kena letak kat situ. Selagi tak kawen, tak leh cakap lah kan. Haha...
Next year, aku harap sayang aku dapat tawaran sambung berlajar amik ursus perguruan. Aku tau sejak dia tak dapat dia mmg sedih sebab itulah harapan dia selama ni. Profession seorang guru adalah minat dia yang dah lama tertanam dari dulu. Aku pun rasa tertekan dan sedih seba dia tak dapat. Tapi kita kena sedar setiap aturan yang ditetapkan oleh Allah ada hikmah-Nya. Insyaallah selagi boleh buat rayuan, buatlah. Sekurangnya kita tak dapat walaupun dah berusaha daripada takdapat sebab tak buat apa2..aku sentiasa doakan yang terbaik untuk sayang aku.
Insyaallah next year, aku akan berpuasa bersama seorang isteri, aku akan menyambut hari raya sebagai seorang suami dan aku akan hidup sebagai husband of somebody.... nice...
Well guys..since the last paragraph dah pun memasuki thaun baru, seems that I took a years to write this entry. Yeah..call me poser and lame, butthe fact is this entry most probably the best post I ever had. I started writing on 31st Dec 2011 and end on 1st Jan 2012. Yeahuuu !!
Wish you guys Happy New Year. All the best for us in coming challenging years and some people say, the end of day would be on 2012. Percaya? Ntah...

No comments:
Post a Comment