Tuesday, July 26, 2005

bernilainya berlian....

25/7/2005

Aku buat suprise kat awek aku....mmg best giler. Sebenarnya aku nak buat lama dah. Tapi mmg tak jadi je manjang. Soo aku amik keputusan nak buat surprise pada hari Isnin. 25/7/2005. Bagi aku...takde excuse untuk aku nak tangguh lagi. Takde excuse untuk awek aku tak nak keluar time tu. Aku mmg tekad giler nak buat. Naper aku pilih hari isnin? Sebab hari Isnin adalah 25hb. bersamaan dgn hari lahir awek aku, 25hb feb 2005. Masa besdey awek aku (masa tu aku belum couple lagi) aku nak buat surpsie, at last tak jadi sebab ada masalah teknikal yg tak dapat dielakkan. :-)

So aku dah tekad yang 25th july, (dah 5 bulan lepas besey awek aku nih) aku nak buat satu lagi kejutan untuk awek aku. Sebab aku rasa tak puas hati masa besdey awek aku hari tuh aku tak dapat buat. ahahaha....LOL. Soo bukan maksud aku nak ganti tapi sekurangnnya hati aku dah terubat selepas lima bulan yang lalu dan yang penting, aku nak melihat dia gembira. Setelah apa yg dia 'hilangkan' selama nih mungkin dia masih mencari sehingga sekarang, Tetapi sekurang-kurangnya hatinya sedikit terubat kembali setelah berminggu dia memikirkan perkara yg dia hilangkan.

Bagi aku, apa yg aku buat , aku bukannya nak buktikan cinta aku pada nya sendiri. Aku tak perlu buktikan dengna apa yg aku buat hari ini. Sebab bagi aku, cinta aku pada dia, tak pernah sedikit pun akan berkurang walau secebis zarah, walau dia membenci aku sekalipun, walau dia telah hilang perasaan cintanya pada aku. Itulah sumpah aku pada diri aku dan diri dia sendiri. Setiap hari...setiap itulah cinta aku tetap sama dan akan bertambah. Jika ada org suruh aku buktikan cinta aku, aku kaan menjawab " Aku boleh buktikan, tapi esok-esok hari aku boleh buktikan lebih hebat dari nih sebab cinta aku akan bertambah sampai bila-bila. Tak perlu nak buktikan hari ini. Mmg sia sia" Tunggu sehingga aku sendiri berkata" cinta aku padanya telah sampai ke tahap penghujungnya" Namun, jgn haraplah cinta aku akan hilang. Selagi aku bernafas, selagi maut belum menjemput aku, dan selagi malaikat Izrail belum berada disisi ku, selagi tulah cinta aku takkan berkurang dan tiada penghujungnya.

Bagi aku, cinta itu ibarat seketul berlian. Dari seketul batu yang digali, yang masih belum ada sinarnya. yang masih kita tidak nampak betapa berharganya. Namun, berlian yg kita gali dan cari itu bukan nya senang. Tidak mudah untuk mendapatkan walau seketul batu berlian yg halus. Kerana untuk mendapatkan seketul berlian yg masih belum digilap, memerlukan pengorbanan, memerlukan kesabaran dan memerlukan ketekunan dan yang penting sekali, keikhlasan.

Tidak perlu bersifat tamak, tidak perlu berkira dan tidak perlu merungut untuk medapatkan seketul berlian. Sebaliknya, bersyukur dengan pa yg kita mampu dapat. Itulah yg dikatakan "terimalah seadanya". ;-). Jika kecil berlian yg kita dapat, maka bersyukurlah, tetapi kita harus berusaha agar berlian tersebut mempunyai nilainya, kita perlu berusaha agar berlian tersebut setanding dengan batu belian yg besar. Jika besar habuannya, maka, bergembiralah dan bersyukurlah. Namun ingat, sebesar berlian yg kita dapat itu, kita harus peka, kita harus jaga dan kita harus memastikan agar sebesar berlian yg kita dapat itu jgn di salah gunakan. Jangan tamak dengan nilai berlian tersebut. dan yang penting, ketulinan berlian tersebut.

Harus diingat berlian harus digilap bagi memastikan sinarannya. Harus dijaga agar tidak hilang serinya dan tidak hilang gemerlapannya. Namun harus juga diingat agar berlian yg terlalu digilap akan menjadi haus dan kurang serinya, maka hilanglah bemerlapannya. Gilaplah apa bila perlu sahaja namun kita harus pastikan serinya dan germerlapannya tetap tidak akan berubah.

Berlian yg bergemelapan, ada yg akan mencemburui tuan punya nya. ramai pencuri ingin memilikinya. Maka berlian tersebut harus dijaga, harus disimpan dan yang penting harus diletakan di suatu tempat yg betul-betul selamat. tempat dimana nafsu kita dan musuh kita tidak akan dapat mencuri berlian tersebut.(iaitu di hati).

Sebenarnyakan, berlian tersebut senang dijaga, tidak perlu untuk memikirkan bila harus digilap, bagaimana dengan keadaan berlian tersebut. Sebaliknya, berlian yg betul-betul berlian akan bersinar walaupun seribu tahun tidak digilap, walaupun seribu tahun disimpan. Apa yg perlu dilakukan, hanyalah hargai berlian tersebut.

Ketika mencari berlian, jgn di tanya kat mana nak carinya. Berlian sebenarnya sudah ada dimana-mana. Kita yg tidak nampak. kekadang kita nampak tapi kita kekadang menjadi buta untuk melihat. JIka dianya kat mana, percayalah, sampai bila-bila pun tidak akan jumpa. Sebaliknya kita perlu bertnaya bagaimana nak mencarinya.

Jika berlian merupakan perkara yg paling berharga, samalah dengan cinta itu sendiri. Betul bukan ???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...