Sunday, July 24, 2005

TRUST vs LOYALTY vs SACRIFICE (republished)

Orang selalu kata kat aku. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seseorang terhadap kita. Betul. Aku tak pernah menafikan. Bagi aku kepercayaan dtg sendiri hasil dari kesungguhan kita untuk mendapaTkannya. Dari kepercayaan tulah datangnya keihklasan, datangnya amanah, datangnya perasaan sayang. Sebab apa? Sebab...untuk mendapatkan kepercayaan seseorang, senjata yang paling kuat ialah keikhlasan. Tanpa keikhlasan kita takkan mudah mendapat kepercayaan. Bila kita mendapat kepercayaan, dari situlah datangnya amanah. Apabila seseorang memberikan kepercayaan kpd kita, maksudnya dia memberikan amanah kepada kita untuk dia bergantung kepada kita. Cuba kita fikir sejenak berapa ramai dari kita yg boleh memberikan kepercayaan kita sendiri kat org lain? Bukan senang kita nak memberikan kepercayaan kita kerana kepercayaan(trust) adalah sesuatu perkara yang amat rumit. Aku masih ingat lagi kata Imam Ghazali yg lebih kurang berbunyi: "Kepercayaan adalah satu amanah, dan amanah itu adalah benda yang paling berat dalam dunia." Setiap diri kita yang dilahirkan dalam muka bumi ini telah pun diberikan amanah oleh Allah s.w.t. apakah amanah kita? sebagai khlaifah dimuka bumi ini iaitu menjaga hasil ciptaan tuhan dengan sebaik mungkin dan yg besar sekali sebagai pemimpin kepada segala makhluk di alam ini. Sebab itulah nabi pernah berkata: "Sebaik-baik kejadian adalah manusia". Tiada satupun makhluk lain yg dapat menandingi manusia kerana masnuia diberikan akal fikiran yg sempurna. Berbalik kepada trust tadi. Berapa ramai dari kita yg mendapat kepercayaan seseorang? setiap dari kita diberi kepercayaan. Ibu bapa kita memberi kita kepercayan kpd kita untuk hidup berdikari hasil dari didikan mereka, sahabat kita memberi kita kerpercayaan kpd kita. tetapi..berapa ramai dari kita yg berjaya mendapat kepercayaan itu..akhirnya disi-siakan bergitu sahaja?? Berapa ramai??

Apabila kita mendapat kepercayaan dari seseorang, secara tak langsung kita akan dihargai. Bukan kerana sifat kita tetapi niat kita yg hendak mendapatkan kepercayaan dari sesorang. Betul tak? Sebagai contoh, kalau seseorang tu mendapat kepercayaan dari kawan dia. Bukan kerana sifat baik hati yg ditunjukkan oleh org tuh tetapi niat seseorang tuh untuk menolong kawan dia sendiri. Sifat baik tak cukup. Yang penting niat dan bersama sifat kita, sikap kita untuk menolong seseorang. Ada sesetengah orang mendapat kepercayaan hanya berbekalkan sekali pertolongan ada pulak mangambil masa bertahun, baru mendapat kepercayaan dari seseorang. Bukan senangkan nak medapatkan kepercayaan dari seseorang. Bagi aku, kepercayaan ni, adalah separuh dari hidup kita. Kalau kita memberikan kepercayaan kepada seseorang, maknanya dia telah memberikan separuh dari hudup dia kat seseorang. Nak tau sebab apa? Korang pikirla sendiri.

Kepercayaan(trust) boleh wujudnya kasih sayang?? hmmm..menarik tu. Ramai dari kita tak menyedari, dari kepercayaan itulah akan merapatkan lagi hubungan kita dengan seseorang. Kerana, bila seseorang akan mempercayai kita, kita akan dihargai. Sekurang-kurangnya kita akan berfikir yg we are the choosen one. Betul ?? sbg contoh dalam persahabatan. Kalau kita diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia, diberi kepercayaan untuk membimbing org yg kita memberikan kepercayaan, secara tak langsung kita akan cuba untuk merapatkan kembali jurang yg kita ada. Secara tak langsung kita akan mengenali siapa rakan kita. Maka..dari situlah datangnya kasih sayang. Semakin kita hampir dengan seseorang, semakin itulah bertambahnya kasih sayang kita terhadap kawan kita.

Loyalty??? dari mana kita boleh dapatkan loyalty?? senjata utama untuk mendapatkan loyalty ialah trust. Betul tak ?? kerana kepercayaanlah wujudnya amanah, keikhlasan dan kasih sayang. Wujudnya semua perasaan ini dan semua sifat tadi, secara tak langsung akan wujud kesetiaan dalam persahabatan (percintaan pon boleh). Sebab bila kita dihargai kerana kepercayaan yg diberikan oleh kita, kita akan cuba untuk mengekalkan satu perhubungan. Kerana kita tahu selagi seseorang itu masih memberikan kepercayaan kepada kita, kita akan merasa kita akan paling hampir dgn orang yg memberikan kepercayaan dengan kita. Dari situlah kita akan cuba untuk mengekalkan hubungan kita dengan org yang memberikan kepercayaan, caranya?? loyalty !!

Bagaimana dengan sacrifice(pengorbanan)? apabila wujudnya kepercayaan(trust), wujudnya kesetiaan(loyalty) dari situlah wujudnya sacrifice. Maksud aku sacrifice ialah kita sanggup berkorban untuk org yang kita harapkan, org yang memberikan kepercayaan. Sebenarnya bagi aku maksud sacrifice nih banyak...aku tak boleh nak detailkan, terpulang cara seseorang tu sacrifice. Ada yang melakukan pengorbanan yg besar, ada yg tidak, tapi yang penting, niat kita. Kita tak boleh mengharapkan seseorang untuk melakukan perngorbanan terhadap kita. Apatah lagi mengaharapkan sejumlah perngorbanan yang kita hendak. Yang penting, walaupon seseorang tu melakukan pengorbanan, walaupun kecil, ia tetap pengorbanan. Dari pengoranan itulah datangya pernghargaan. Jangan sesekali membandingkan jumlah pengorbanan dengan keikhlasan. Ada org selalu pikir, pengorbananlah yg menunjukkan sejauh mana keikhlasan kita. Tetapi bagi aku silap dan salah sama sekali. Bila kita berkorban, itu dah menunjukkan kita ikhlas, kita sanggup melakukan sesuatu yang mungkin bagi kita, kita terpaksa melupakan sekejap apa yg kita lakukan waktu tudan kadang-kala melupakan sekejap apa yg kita impikan waktu itu. Walau sekecil mana pengorbanan, walau sebesar nama pengorbanan kalau hati kita tak ikhlas, jawapannya sia-sia sahaja. Memang dalam hidup perlu ada pengorbanan.Selagi ia bernama perngorbanan, selagi itulah manusia akan menghargai satu sama lain. Selagi itulah wujudnya kasih sayang, wujudnya kesetiaan. Dan wujudnya Keihlasan. Tanpa pengorbanan, mungkin semua tu tak wujud.

Ingatlah, jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan org yang beri kat kita. Kalau kita mensia-sia kan kepercayaan, hilanglah kesetiaan yang wujud dan percayalah kita takkan dihargai. Untuk mengekalkan kepercayaan yang diberi kepada kita, pengorbanan lah merupakan satu senjata utama, benteng utama kepada kita untuk mengekalkan kepercayaan. Sejauh mana pengorbanan kita, terpulanglah, asalkan ia mempunyai niat yg ikhlas.

Jadi yang mana lebih hebat?? trust?? loyalty?? atau pon sacrifice? Bagi aku semua sama hebat kerana elemen inilah yang wujud dalam setiap satu sama lain.....

Perkara yang paling jauh di dunia ialah masa,
kerana masa itu sentiasa meninggalkan kita.
Semakin jauh masa meninggalkan kita,
semakin itulah kita akan mengenang kembali masa kita yang berlalu,
setiap perkara yang belaku dalam masa itulah dinamakan takdir,

Dan ingatlah....
kita mampu mengubah takdir kita,
jika kita menghargai masa yang akan datang.

Perkara yang paling berat di dunia ialah amanah,
kerana amanah itulah yg mewujudkan kepercayaan,
kerana amanahlah yang melahirkan kesetiaan,
kerana kesetiaanlah kita harus berkorban,
sejauh mana pengorbanan kita?
Terpulanglah.....asalkan niat kita ikhlas....

Perkara yag paling berkuasa di dunia ialah nafsu,
kerana nafsulah manusia bergelar manusia,
kerana nafsulah binatang bergelar binatang,
dan kerana nafsulah juga manusia bergelar binatang,

Senjata utama nafsu??
Akal dan iman.
Itulah bezanya kita dengan binatang.
Ingatlah....

kerana nafsulah...
hancurnya kepercayaan,
maka hilanglah kesetiaan,
akhirnya sia-sialah pengorbanan......
[LePaT]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...