Kelas sampai pukul 1 hari nih. Mmg meletihkan. Lepas kelas, aku singgah jap kat library. Seingat aku dah lama aku tak masuk lib untuk tujuan. Kalau masuk pun just nak hantar barang ke kat kawan aku.
Aku masuk, pinjam surat khabar Utusan. Baca. Aku belek satu persatu muka surat. Hurm..citer pasal UMNO je. Aku teringat balik masa ayah aku aktif dalam UMNO. Tapi sekarang nih dia tak aktif sebab sibuk dengan kerja.
Dalam tengah baca paper, aku disapa oleh member aku yg dah lama aku tak jumpa. Kebetulan dia nak hantar buku kat sana. Soo dah alang-alang jumpa aku berborak kejap ngan dia dalam lib.
Mcm biasalah, dah kata lama tak berorak. Aku ajak dia lunch ngan aku. Dek kerana nak hisap rokok punya pasal dia ajak aku pegi makan kat RSI. ahahaha....masih tak berubah kawan aku ni.
Mcm-mcm kitorang borak. Hal kengkawan lah, hal dia ngan moto dia lah, hal dia dengan kelab lah. Bila masuk bab awek, dia tanya aku "Ko dah ada awek ke?" wahahaha.....giler maut soalan. Aku senyum je. Bukan aku tak nak kasi tau tapi aku just nak kasi dia pikir. "Ko cakap la bebetul..ko ada wek ke lum? Takkan sampai bila nak membujang jackk" Aku cakap "Kalau ada awek tak semestinya tak bujang, tak kawin pun org kata bujang"
"Yerlah..aku tau ko ada awek...hari tu aku nampak ko gi makan kat Pizza Hut kat MP ngan awek ko weekend hari tu"
Ahahahaha....giler ayat..dia nak pancing aku sampaikan main belasah je. Serkap Jarang la tu.
"Aku ngan awek aku pun tak pernah kuar lagi time weekend, inikan plak aku nak gi makan kat situ time weekend..apela ko ni"
"Haa...ko ada awek la nih..aahaha..aku pancing je ko makan kat situ..bukan aku tau pun...aku nak tgk ko deny je ayat tu"
Ciss...aku kene pancing...mmg aku kene....
"Adalah....dia sama batch ngan aku dulu...aku kenal lama tapi aku baru je couple ngan dia." Merah je muka aku jawab. Bukan segan tapi malu kene pancing. Siott tol...
"Ko ok tak ngan awek ko? Maksud aku ko bahagia tak ?"..huh..apa punya soalan dia tanya ni.
"Aku OK aper ngan dia...kitorang dah lama kawan..soo takde kekok sangat hal couple nih..soo far aku boleh la faham dia mcm mana..nak kata 100 percent tu taklah. Tapi...aku boleh la faham dia at certain hal." aku jawab.
"Hurm....apa yg ko faham dia ?" dengan selamba dia tanya aku.
"Maksud ko?"
"Yerla...apa yg ko faham sifat dia...dia tu mcm mana...jenis mcm mana..."
"Hurm...dia nih biasa je....jenis selamba, jenis on-time punya org, manja tu biasala, jenis kuat jeles jugak tapi soo far takde sangat, sebab dia tak pernah tunjuk sifat tu depan aku, jenis open minded, sometimes unpredictable jugak. Kekadang, dia simpan dalam hati bila dia ada something nak cakap. Satu lagi bagi aku dia tak reti nak sembunyikan masalah dia. Sebab so far aku kenal dia, aku boleh tau dia ada masalah ke apa ke dengan tgk air muka dia. Senang cakap la...dia banyak tunjuk ekspresi muka bila dia ada something. Susah la aku nak describe sangat tapi aku tahulah dia tu mcm mana..naper ko tanya aku mcm tu? Ko kenal ke awek aku? Ke ko ada someting nak cakap pasal awek aku?"
"Isy..takdelah....aku sendiri tak pernah nampak ko kuar ngan dia..aku tak kenal pun dia..tgk pun tak pernah"
"Then?" tetiba aku rasa suspen plak.
"Jap sebelum tu, aku nak tanya ko soalan..last...ko jgn salah sangka plak...ko sayang awek ko?"
"Mestilah...apa punya soalan la ko nih. Saper tak sayang awek sendiri. takkan ko tak sayang awek ko. Aku sedikit marah dengan soalan bodo mcm tu."
"Takdelah....aku ada satu masalah nih..tapi tak tahu nak cakap mcm mana." Huh..itu rupanya...aku ingatkan apa dia. Tanya berjela tapi itu je point dia. Kan senang kalau dia cakap je.
"Ape masalah ko? Awek ko tinggalkan ko ke ?"
"Takdelah..mcm ni..aku kenal awek aku nih lama jugak. Kat setahun lebih. Tapi masa aku kenal dia..kitorang mmg kawan. Aku mcm ko jugak. Kenal sbg kawan. Tapi sejak aku couple ngan dia, aku rasa something pasal awek aku. Makin lama aku kenal dia, aku rasa dia ada something sifat dia yg aku tak tahu. " Tiba-tiba raut wajah dia berubah. Aku nampak ada sedikit kesedihan(mungkin kot ?) dan sedikit kekecewaaan.
Aku hairan....tapi dalam hati..biasalah ramai yg mcm tu. Aku pun pernah mcm tu jugak.
"Apa yg ko tak tahu ?"
"Ntahlah...dia mcm berubah..and kekadang sejak aku couple ngan dia, dia bnyak fikir, banyak berahsia ngan aku, one thing yg paling ketara ialah aku banyak tahu sifat sebenar dia sejak aku couple. Sebelum nih dia ok je..."
"Biasalah..maybe dia tak nak tunjukkan keburukan dia. Semua org ada keburukkan. Tapi yg beza, cara kita nak terima je" aku cuba cool downkan dia. Amik hati.
"Ntahlah...kekadang aku rasa mcm aku tak enjoy ngan dia. Dia jenis tak faham aku. Apa yg dia tau..dia je..."
Aku fikir sejenak....aku rasa mcm pernah alami je mende nih.
"Ko tlg la aku, pak...advise la skit mcm mana"
"Ahahaha....aku bukan tak nak advice ko, tapi aku bukan Dr. Fadzilah. Aku tak reti sangat nak advice sangat bab hal nih sebab aku pun baru je couple ngan awek aku. Apa kata ko mintak pendapat kat Faizal, dia kalau bab nih mmg terror. Ko bukan tak tahu. Dia dah couple ngan awek dia kat 6 tahun dah. Aku sendiri pun berguru ngan dia..."
Kitorang ketawa....mmg tak dapat dinafikan aku mg respek gila kat Faizal tu. Kawan aku merangkap ex-housemate aku ngan roomate aku. Aku banyak mintak advice dari dia.
"Mcm nihla....aku nak advice pun susah skit. Tapi aku citer jela apa yang aku ngan awek aku buat. Kitorang masa kawan dulu...memasing bersikap biasa je. So far kitorang mmg ngam, senang cakap la sekepala la. So memasing takde nak cover time tu. Maksud aku, aku kawan ngan dia, aku takde nak sembunyikan apa-apa dari dia. Dia pun jugak. Dia mmg ok. Soo bagi akulah, apa yg dia nampak aku...itulah aku. Kalau dia nak kata aku nih kerek ke, poyo ke, jahat ke apa ke..nak buat mcm mana, itulah aku. sama mcm dia jugak. Apa aku nampak dia, itulah dia aku tak boleh nak expect lebih dari apa yang aku nak. Aku tak reti nak jadi org lain bila aku ngan awek aku. Bagi aku, dalam friendship, tak perlu nak tipu diri sendiri, tak perlu nak tipu org lain siapa diri kita. Sebab org tak tgk ko anak org kaya ke, ko pakai kete apa. Tapi org tgk ko mcm mana. Aku ngan awek aku..kitorang just biasa je. Soo masa couple...kitorang still go on dengan apa yg mcm tu. Bagi aku couple ke tak couple ke still aku dan dia yg sama. Cuma, mcm aku selalu cakap la, sayang tu lebih dan special dari sblm ni. Yang pentingkan...just be urself. Itu akan buat org hormat ko. Even musuh kita sendiri akan hormat kita sebab dia tahu kita nih jahat atau baik mcm mana. "
Dia mencelah "OO....tapi mcm mana aku nak suruh awek aku buat mcm tu ? Sebab aku tgk dia lain la dari aku kenal"
"Soal tu bagi aku kita tak perlu nak suruh. Sebenarnya kan bagi aku, dia sendiri kene buat mcm tu. Salah la buat mcm tu. Depan org baik. Belakang org dia lain plak. Aku beruntung kenal awek aku sebab dia tak mcm tu. And then bagi aku awek aku nih mmg jenis obviously dalam semua hal. Cara dia yg aku kenal, dia tak reti nak sembunyikan perasaan dia kat org. Mungkin dia buat. Tapi aku jenis boleh baca raut muka dia. Tak tahulah org lain mcm mana. Sebab bagi aku, kalau org tu jenis open minded, open dari segi perwatakkan, tak susah kita nak kenal dia dan kita boleh cepat menilai dia."
"Tulah yg aku risau nih, mcm hari tulah, tetiba je nak marah marah aku. Aku hairan gila. Kot yer pun tgh bendera jepun ke, jgn la buat mcm tu. Aku pun ada perasaan jugak. Dia punya marah nak amik tahu. aku punya marah dia tak pernah kira lagi."
Ahaha..part nih aku ketawa...sebab ayat dia "Dia punya marah nak amik tahu. aku punya marah dia tak pernah kira lagi." mcm aku jugak. Sebijik. ego beb..ego....
"Sebab tulahkan...ko kene anggap couple nih mcm suami isteri. Maksud aku bukanla ko boleh buat apa saje kat awek ko. Tapi maksud aku suami isteri in terms of the way ko run relationship ko lah...cthnya...ko kene biasakan diri ko ngan awek ko....selalu berbincang, ada masalah..apa yg tak puas hati, cakap je kat depan. Tak perlu tak simpan dalam hati. Bahaya bagi seroang perempuan simpan dalam hati sebab dia akan merajuk...makan hati. Kalau lelaki bahaya sebab kalau simpan dalam hati boleh jadi dendam. So ko kene bawak sifat tu. Aku pun tak kata aku perfect..of course in certain times aku simpan dalam hati jugak pasal awek aku..tapi sebelum tu aku fikir, kalau mende nih remeh, tak perlu nak dikecohkan..so tak payah la...apa yg penting, kalau ko rasa mende tu perlu di bawak berbincang, bincanglah...tapi kene berbincang elok-elok. Jgn nak mcm bergaduh plak."
Dia terdiam seketika..aku tak tahu apa yg dia tgh pikir. Then..dia tanya "Ko pernah bergaduh ngan awek ko tak? Paling koman ko terasa something yg dia ad abuat kat ko ? Mcm kecil hati ke....apa ke. Pernah?"
huh..soalan maut....tapi untuk kebaikkan dia aku citer lah.."Bergaduh tak pernah..dan itulah aku cuba nak elakkan..sebab bagi aku..aku tak nak bergaduh. Aku tahu tahap ego awek aku mcm mana, dan aku tahu tahap ego aku mcm mana. Soo org cakap, jgn simbah minyak kat api la bila kitorang bergaduh."
Ketawa...memasing ketawa. Aku dah nampak sedikit wajah ceria dia.
"Kalau ko terasa ngan awek ko pernah ?" dia bertanya kat aku.
"Hurm...pernah jugak aku terasa dalam certain hal, tapi mcm aku cakap, aku jenis tak kisah. Sebelum aku nak menjadikan benda tu serious, aku akan fikir dulu. Perlu ker aku buat mcm tu? Apa sebabnya kalau aku nak buat mcm tu. Kalau setakat mende remeh aku lupakan je. Haa..one thing..jgn sesekali buatkan mende remeh antara korang jadi mende besar. Tu yang penting tu."
"Apa mende yg ko terasa ngan dia? Citerlah" Dia tanya aku..ciss nak korek citer mamat ni.
"Adalah...tu hal aku lah..takan aku nak citer sumer kat ko plak"
"Heh..sorry...aku bukan nak keypo..tapi just nak tahu..sebagai guide untuk aku"
"Yang penting...korang kene open minded...kene berlajar mcm mana nak bawak berbincang."
"Aku nak tanya ko..soryyla kalau ko marah..ko kuat jeles tak ngan awek ko. Let saylah kan..ko dapat tahu yg dia kuar ngan lelaki lain. "
"Sebenarnya kan jels tu tetap ada, tapi bagi aku, aku susah la nak jeles. Katakanlah aku tahu dia kuar ngan org lain, aku tanya dia, tapi so far mcm awek aku nih, dia akan kuar ngan kawan yg dia bebetul kenal je..dia pernah citer kat aku dia kuar ngna saper. So far aku tak kisah. Sebab sebelum aku couple pun aku tahu dia kuar ngan saper then lepas couple pun aku tahu dia kuar ngan saper. So aku tak kisah, as long as dia tahu jaga diri cukuplah. Aku bukan jenis suka mengongkong org. Sebab aku tak suka aku kene mcm tu. Itu tak boleh lah..ini tak boleh la...sebab aku kat penang pun kat mlk pun..aku kuar ngan sesapa je aku nak kuar. Kalau lelaki biasalah, kalau perempuan, awek aku pun tahu ngan saper aku kuar. Dia kenal ngan saper aku kuar. Yg penting kene jujurlah. Jgn la kata kuar ngan member perempuan tapi ko kata ngan lelaki. Kalau kantoi..naya ko..."
Lepas tu pebualan kitorang stop. Memasing mcm takde idea nak cakap. Aku plak hisap rokok..mcm biasa..dia plak baca surat khabar.
Dalam 15 minit mcm tu dia hantar aku balik rumah. Dalam kete dia cakap kat aku "Pak, thanx advice ko. Insyallah aku ikut. Aku pon tak sedar yg mende agak complicated jugak"
"Ala..that is what the friends are for rite? Lagi pun ko pernah tolong aku banyak mende. Ko ingat tak masa aku nak call minah yg dok ostel tu. Saper yg tolong aku masa tu ? Ko la...yg kiter lepak kat bawah hostel kat kerusi tu ngan minah tu sampai kene sound ngan pak guard sebab lepak sampai koil 3 pagi....kalau tak kerana ko...aku tak dapat kuar ngan minah tu..."
Kitorang ketawa....kelakar sungguh masa tu. Aku punyalah takut nak ajak minah tu date ngan aku. Last sekali dating kat bawah ostel je. Itu pun berteman...
"Lagi satu...aku nak advice kat ko....just two things je...terimalah dia seadanya dan dia pun kene terima ko seadanya...tapi yang penting ko kene faham dia ..dan dia kene faham ko mcm mana. Baru ko boleh buat mcm tu. Itulah baru namanya ikhlas. OK? Last one..enjoy your relationship...tak perlu nak complicated sangat mende nih...enjoy je"
"OK..thanx aa..nanti mlm nanti aku nak ajak ko gi makan...lewat skit lah pasal aku ada meeting club ni."
Aku menunjukkan isyarat bagus dan dia berlalu pegi.....dalam hati aku...itulah "kawan"..sebenarnya..aku terasa ngan dia jugak. Baru sekarang nak buat baik ngan aku balik. Masa dia couple ngan awek tu, tak pernah dia cakap dia dah couple, dia tipu diri sendiri tipu kengkawan dia. Lepas kitorang tahu yg dia dah ada awek, dia buat hal sendiri. Sekarang nih bila ada prob...baru lah nak kata...lama tak jumpa lah ngan aku....dia cari aku konon masa nih. Padahal no tel aku dia still simpan lagi. naper tak call aku je? Anyway....sekurang-kurangnya..dia still anggap aku lagi kawan dia...all the best untuk ko !!
No comments:
Post a Comment